‘Bas Kembali ke Sekolah’ FABER-CASTELL Perkenal Produk Inovasi Bersama Peragaan Menarik

Tengok bas sekolah Faber Castell dengan rangkaian produk inovasi barangan alat tulis yang menarik memang rasa nak kembali ke zaman sekolah balik. Bestnya kalau dapat jadi kanak-kanak semula!

Group Photo at the Official Launch of Faber-Castell Back-to-School Bus

Pelancaran ‘Bas Kembali ke Sekolah’ (Back-to-School Bus) dengan Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 48 baharu itu diadakan sempena Kempen Kembali ke Sekolah yang sedang berlangsung hingga awal Januari 2019.

Bas Kembali ke Sekolah dari Faber-Castell Malaysia yang akan ditempatkan di semua kedai buku, pasaraya dan pasaraya besar terkemuka di seluruh negara menjadi daya penarik dalam kalangan pelanggan dengan inovasi produk terkininya dan peragaan yang menarik.

Dilengkapi dengan komponen 3D yang menarik, bas Kembali ke Sekolah tersebut menampilkan beraneka jenis produk alat tulis terkini dari Faber-Castell dan pek promosi yang memberi nilai bagi wang pelanggan.

Lebih menarik lagi, ia turut menyertakan sorotan produk utamanya iaitu Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 48 yang diperagakan bersama contoh karya mewarna yang mengagumkan hasilan daripada pensel warna Faber-Castell.

Bas Kembali ke Sekolah yang direka khusus oleh Faber-Castell ini membuktikan komitmen jenama ini untuk berinovasi dalam memberikan pengalaman membeli-belah yang unik kepada para pelanggan. Dengan pelancaran Bas Kembali ke Sekolah oleh Faber-Castell, kami menyasarkan bukan sahaja untuk memperkenalkan inovasi produk terkini dari Faber-Castell, tetapi kami juga berharap dapat memeriahkan mood pengguna dalam persediaan untuk menghadapi tahun persekolahan yang baharu,” kata Ivy Leong, Pengurus Pemasaran Faber-Castell Malaysia.

Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 dari Faber-Castell direka dengan alur dalaman untuk memastikan pensel warna berada dalam keadaan tersusun rapi dan kemas ketika disimpan. Tambahan pula, kotaknya yang nipis dan padat mengurangkan ruang simpanan (contohnya beg sekolah) supaya ia boleh dibawa dan digunakan di mana-mana mengikut kesesuaian pengguna.

“Reka bentuk pek Faber-Castell yang terkini bagi pelbagai jenis pensel warnanya (iaitu 12, 24, 36 & 48 warna), bertujuan memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik – sama ada di sekolah, pejabat atau untuk tujuan santai. Kami yakin dengan kotak Slim-Flexi baharu yang padat, fleksibel dan nipis ini, pengguna terutamanya kanak-kanak sekolah akan berasa lebih seronok dan bersemangat untuk membawanya ke mana-mana dan seterusnya dapat menikmati keseronokan melukis dan mewarna dengan kreatif menggunakan pensel warna Faber-Castell,” tambah Leong.

Antara produk terkemuka dari Faber-Castell termasuklah:

  • Air Gel Pen yang dilengkapi ciri-ciri dakwat yang cepat kering dan genggaman yang lembut (rujuk kepada Lebaran Maklumat Faber-Castell untuk maklumat lanjut)
  • Stamp Markers (6 & 10 warna)
  • pengasah pensel (UFO, Panda Table Top & Bear Table Top)
  • pensel mekanikal (Shark & Bubble)
  • pemadam (Seaworld)
  • pen mata bulat & pen gel (WinBall, Eco Gel, Air Gel & Super Clip Gel)
  • isian semula marker papan putih
  • highlighter (Textliner 18)

Harga produk alat tulis Faber-Castell bermula dari RM1.30 ke atas.

Sempena Kempen Kembali ke Sekolah ini, Faber-Castell Malaysia turut menganjurkan Peraduan ‘Spot, Snap & Win’ yang berlangsung hingga 6 Januari 2019.

Rebutlah peluang untuk menjadi salah seorang daripada 40 pemenang untuk memenangi hadiah tunai RM150 dan produk-produk Faber-Castell bernilai RM80 berserta sekotak Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 yang direka khas untuk anda!

Cara sertainya:

  1. Anda hanya perlu mengambil gambar yang kreatif dengan mana-mana peragaan Bas Kembali ke Sekolah Faber-Castell
  2. memuat naik gambar tersebut di Facebook berserta hashtag #FaberCastellBacktoSchool.

Sementara itu, sempena sambutan ulang tahun jenama ini yang ke-40, Faber-Castell Malaysia juga mengumumkan pembabitan syarikat tersebut dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang melibatkan pemberian bekalan produk alat tulis untuk setahun kepada kanak-kanak di 40 buah rumah amal di seluruh negara.

“Kejayaan Faber-Castell Malaysia sepanjang 40 tahun ini tidak mungkin dapat dikecapi tanpa sokongan umum. Oleh itu, kami sentiasa berpegang kepada prinsip berbakti kepada masyarakat. Dengan memberikan produk alat tulis yang paling berkualiti kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik, Faber-Castell Malaysia berharap dapat menaikkan semangat kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini sambil menyerikan meja mereka dengan kelengkapan peralatan tulis untuk penggal persekolahan yang akan datang,” tambah Leong lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Kembali ke Sekolah Faber-Castell Malaysia dan program CSR 2018, layari:

https://www.facebook.com/fabercastell.malaysia/

Tampil Lebih Cantik dan Sihat Bersama InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu

Tahukah anda dari segi kesihatan, pati prun membantu mempertingkatkan pergerakan usus, menyingkirkan toksin dari tubuh, memulihkan kesihatan dalaman serta menggalakkan sistem penghadaman yang sihat secara tidak langsung membolehkan tubuh menyerap nutrien dengan lebih baik.

Diperkaya dengan Resistant Maltodextrin iaitu sejenis serat diet larut,  Innershine Pati Prun dengan Camu Camu adalah pati buah-buahan semula jadi.

Innershine Pati Prun dengan Camu Camu baru-baru ini mengadakan kerjasama terbaru dengan dua ikon dalam bidang kecantikan dan fesyen media sosial. Nita dan Umma yang terlibat dalam perniagaan gincu cecair premium serta tudung ini membantu Innershine Pati Prun mendapat keserian luaran yang lebih menyerlah,

Sehingga 30 April ini, pengguna berpeluang mendapatkan sebotol InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu 42gm apabila mereka membeli produk daripada Nita dan Umma bernilai lebih RM69. Tawaran ini terhad kepada 1,000 pelanggan pertama sahaja, jadi segera mulakan belian dalam talian sekarang!

Bagi mereka yang lebih gemar mengunjungi pusatbeli-belah, InnerShine® akan memberi ganjaran lebih tinggi apabila mereka membeli dua pek InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu di mana mereka bakal membawa pulang pek minuman tenaga BRAND’S® Ca’ya yang mengandungi 6 botol secara percuma! Sementara itu, pembelian pek InnerShine® 6 botol atau 12 botol pula memberikan anda pulangan sebotol BRAND’S® Ca’ya.

Ayuh melaburlah sekarang demi kesihatan dan kecantikan anda hari ini dengan mengunjungi farmasi Guardian dan Watsons terpilih di seluruh negara sebelum promosi ini berakhir bulan depan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Khidmat Prihatin Pelanggan BRAND’S di 1-300-228-300, atau layari www.innershine.com.my juga InnerShine Club di Facebook.

NESTLE Perkenal KitKat Mini Dengan Tiga Perisa Baharu

KitKat baru-baru ini melancarkan KitKat Mini dengan tiga perisa baharu iaitu KitKat Mini Caramel, KitKat Mini Cookies & Cream dan KitKat Mini Mocha; masing-masing memiliki personaliti tersendiri yang sesuai dinikmati dalam pelbagai suasana.

Kit Kat Mini Caramel dilimpahi dengan citarasa dan tekstur lunak serta sensual, manakala Kit Kat Mini Cookies & Cream memiliki lapisan lembut berkrim yang diapit dengan biskut rangup dan Kita Kat Mini Mocha pula menampilkan aroma kopi sejati yang sungguh menyelerakan.

Keiga-tiga perisa itu meresap ke seluruh bahagian snek jejari dengan aroma lazat dan rasa mewah yang memberikan keenakan yang sungguh memuaskan. Bahagian tengahnya yang berkrim dan wafer rangup bersalut coklat susu yang lembut  pasti memberi kepuasan kepada anda dalam apa jua suasana.

“Kami mempunyai kelebihan dalam mencipta sesuatu yang hebat, lazat dan menyeronokkan untuk dinikmati oleh penggemar KitKat selain menambah keceriaan waktu rehat mereka dengan KitKat. Aspek ini menjadi sangat penting, lebih-lebih lagi dalam dunia masa kini yang pantas dan masyarakat mencari kepuasan segera. Dengan KitKat Mini, kami telah berjaya merekacipta jejari bersaiz snek yang sempurna untuk warga urban yang inginkan segalanya – sesuatu yang mudah tanpa perlu mengabaikan kepuasan. Ia merupakan snek lazat yang membuatkan anda ingin berhenti sejenak untuk menikmatinya di mana sahaja – cara terbaik untuk berehat bagi membolehkan anda meraikan setiap kejayaan yang anda capai sepanjang kesibukan seharian.”-Sachin Goel, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Konfeksi (Pasaran ASEAN), Nestlé Malaysia

Goel turut menegaskan komitmen jenama tersebut dalam penggunaan koko mapan dengan berkata,

“KitKat adalah produk konfeksi global pertama yang dihasilkan menggunakan 100% koko mapan yang diperoleh menerusi Rancangan Koko Nestlé. Rancangan tersebut bertujuan untuk mempertingkatkan kehidupan komuniti penanam koko di Côte d’Ivoire atau Ivory Coast. Ini adalah sejajar dengan matlamat kami untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat. Sejak Februari 2016, KitKat di Malaysia telah menggunakan 100% koko mapan dalam penghasilan rangkaian produk KitKat di kilang kami di Chembong, Negeri Sembilan.”

Ruang Legar Orange di Sunway Pyramid telah bertukar wajah menjadi KitKat Break Land yang lengkap dengan persembahan kugiran secara live, pelbagai pertunjukan hebat, maskot yang sentiasa mesra dan sebuah pangkin KitKat gergasi. Break Land di Sunway Pyramid yang menampilkan persembahan secara live lima kali sehari dan dibuka kepada orang ramai sehingga 9 April itu akan turut dibawa ke pusat-pusat membeli-belah terpilih di seluruh negara pada April ini.

Pelancaran KitKat Mini ini adalah penambahan kepada keluarga produk bertemakan ‘rehat’ yang terdiri daripada rangkaian produk teras yang amat digemari iaitu KitKat 2 keping dan 4 keping, KitKat Bites, KitKat Rubies bertaraf premium, KitKat Chunky yang sungguh memuaskan dan KitKat Green Tea yang berinspirasika\n Jepun.

KitKat telah meluaskan liputannya ke dalam pasaran produk konfeksi khusus berikutan pengenalan KitKat Chocolatory pada tahun 2016, iaitu suatu konsep yang menawarkan sehingga 10,000 kombinasi perisa untuk membolehkan anda menikmati waktu rehat yang benar-benar memuaskan setiap citarasa. Diilhamkan oleh Chocolatory, KitKat Bar dilancarkan pada Februari 2017.

KitKat Mini Caramel, KitKat Mini Cookies & Cream dan KitKat Mini Mocha serba baharu dan lazat boleh didapati dalam pek berisi 8 keping di semua kedai runcit pada harga runcit disyorkan RM12.17.

Nikmati waktu rehat yang memuaskan, nikmati KitKat Mini!

Begini caranya untuk menikmati waktu rehat yang memuaskan dengan KitKat Mini:
1. Tolak wafer keluar daripada pembalut merah.
2. Patahkan sekeping daripada jejari wafer dan nikmati aromanya yang menyelerakan.
3. Nikmati waktu rehat anda yang memuaskan dengan KitKat Mini Cookies and Cream, Mocha dan Caramel!

Untuk maklumat lanjut mengenai KitKat, Sila layari:

Laman jenama – http://www.nestle.com.my/brands/confectionery_and_chocolate/kitkat
Facebook – http://www.Facebook.com/KitKatMalaysia
Laman sesawang rasmi –http://www.kitkat.com.my

Nestle Bliss Plus Minuman Yogurt Premium Untuk Kebaikan Usus

Nestle Bliss Plus- minuman yogurt PREMIUM diperkaya dengan Inulin (Prebiotik), Kultur hidup (Probiotik)
Group Photo - Carey Ng, AEON CO representatives & Nestle Malaysia Repres...

Minuman yogurt kegemaran rakyat Malaysia sepanjang masa, Nestlé® BLISS®, kini tampil dengan variasi produk premium baharu berkualiti tinggi iaitu BLISS® PLUS yang diperkuatkan dengan khasiat yang baik untuk usus anda dan banyak lagi.

Sebahagian besar rakyat Malaysia kini mengamalkan gaya hidup aktif di mana mereka berusaha untuk membahagikan masa antara kerja dengan kegiatan peribadi tanpa menjejaskan kesihatan mereka. Usaha berterusan untuk mengekalkan badan yang sihat disebalik kesuntukan masa yang mendorong kepada permintaan produk yang memudahkan pengguna. Ini dibuktikan dengan peningkatan kewujudan produk kesihatan seperti jus perahan segar, bar salad, kedai suplimen kesihatan dan gim. Peminum yogurt adalah dikalangan mereka yang mencari minuman yang diperkaya dengan segala kebaikan lebih-lebih lagi minuman yang membantu sistem penghadaman mereka.

BLISS® PLUS merupakan minuman yogurt pertama di Malaysia dengan kombinasi kultur hidup (probiotik) dan inulin (prebiotik) untuk kebaikan usus anda serta diperkayakan dengan pelbagai zat buah-buahan yang berkhasiat tinggi (Super Fruits).

Inulin (prebiotik), yang diperoleh daripada akar chicory merupakan bahan penting untuk proses penghadaman. Prebiotik merupakan sejenis makanan yang memberi kesegaran secara menyeluruh untuk bahagian usus anda. Selain daripada Inulin, BLISS® PLUS juga diperkaya dengan khiasiat kultur hidup, iaitu sejenis prebiotik yang terdiri daripada Lactobacillus Acidophilus, Streptococcus Thermophilus dan yang paling penting Bifidobacterium Lactis yang bertindak menghadamkan makanan untuk penyerapan secara menyeluruh.

“Rakyat Malaysia kini lebih cenderung mencari pilihan yang bijak serta menjalani gaya hidup yang sihat, sehingga sanggup melabur masa dan wang untuk memperoleh produk serta trend kesihatan terkini seperti, jus perahan segar, senaman dan juga mengamalkan diet organik. BLISS® PLUS merupakan minuman yogurt premium yang ideal untuk mereka yang mahukan produk berkualiti tinggi dan sesuai dengan gaya hidup sihat mereka tanpa perlu berkompromi dari segi kebaikan dan rasa untuk usus yang baik.” Pegawai Eksekutif Perniagaan Tenusu Dingin Nestle Malaysia, Wilfrid Foo.

Untuk rasa yang hebat dan asli, BLISS® PLUS boleh didapati dalam tiga jenis kombinasi buah-buahan yang sedap serta diperkaya dengan nutrien dan vitamin, iaitu ‘Epal, Delima & Cranberi’, ‘Epal, buah Markisa & Lemon, dan ‘Epal, Beet Merah & Prune’. Kesemua buah-buahan ini terkenal dengan manfaat semula jadi seperti antioksidan, vitamin, serat dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjur lanjut mengenai Nestle® BLISS® PLUS, sila layari:

https://www.facebook.com/NestleBliss/

http://www.nestle.com.my/brands/chilled_dairy