Touch ‘N Go EWallet Tawar Diskaun Hebat

Tawaran hebat dan eksklusif ini hanya boleh didapati apabila membuat transaksi mengguna eWallet di pusat beli-belah Mid Valley dan The Gardens.

Picture 1

80% pengusaha kedai di kedua-dua pusat membeli-belah ini akan memperkenalkan kaedah pembayaran QR didayakan oleh Touch ‘n Go eWallet pada tahun 2019

Jadi ayuh mulakan musim cuti ini dengan pelbagai promosi menarik yang dibawakan secara eksklusif oleh Touch ‘n Go eWallet. Pelbagai tawaran eksklusif boleh didapati dari 17 hingga 31 Disember 2018 apabila pengunjung membeli-belah tanpa tunai di pengusaha-pengusaha berikut:

IMG_20181214_110304

● Hanya RM2.50 untuk minuman Tealive di cawangan seluruh negara.
● Diskaun RM5 dengan setiap pembelian minima RM80 di Popular Bookstore di seluruh negara.
● RM5 untuk setiap scoop di Haagen Dazs.
● RM1 untuk secawan Air Mata Kucing di Mou Tak Ding; percuma 2,000 cawan hanya pada 14 Disember 2018, stok terhad.
● Diskaun RM5 di Gindaco Takoyaki
● Hanya RM5 untuk pembelian satu bekas kecil dengan satu topping di Llao Llao.
● Diskaun RM15 untuk semua hidangan utama di Define Food dalam resit yang sama
● Kadar tetap RM5 untuk perjalanan ke Mid Valley Megamall & The Gardens Mall dari mana-mana lokasi dengan menggunakan perkhidmatan EzCab
● RM6.60 untuk setiap pembelian minuman All Berry Bang, Mango Magic dan Strawberry Squeeze di Boost Juice
*Tertakluk Terma & Syarat.

TNG Digital juga meletakkan sasaran bahawa lebih 80 peratus pengusaha-pengusaha di Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall akan menggunakan kaedah pembayaran QR oleh Touch ‘n Go eWallet pada tahun 2019, agar lebih ramai rakyat Malaysia boleh menikmati cara pembayaran yang lebih pantas dan mudah dengan hanya beberapa klik di telefon pintar.

Pada majlis pelancaran, Syahrunizam Samsudin, CEO kepada TNG Digital Sdn Bhd berkata,

“Orang ramai kini boleh menikmati kemudahan tanpa tunai di destinasi pusat beli-belah nombor satu Malaysia dan turut menerima ganjaran hebat daripada jenama-jenama terbaik melalui Touch ‘n Go eWallet. Kami sangat teruja kerana pihak pengurusan Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall turut sama ingin menjayakannya bersama kami. Hasrat kami adalah untuk menambah baik lagi usaha supaya lebih banyak kedai akan menggunakan kaedah pembayaran melalui Touch ‘n Go eWallet di masa akan datang.

Bagi memacu ke arah komuniti tanpa tunai, TNG Digital menawarkan pin tambah nilai Touch ‘n Go eWallet berjumlah RM4 juta secara keseluruhan bermula dari 17 hingga 31 Disember 2018. Tiada sebarang pembelian minima yang diperlukan. Orang ramai juga boleh dapatkan pin tambah nilai Touch ‘n Go eWallet berjumlah RM10 daripada kios di Tingkat 3, Mid Valley Megamall (berhampiran Tealive) dan Tingkat 2, The Gardens Mall (berhampiran Starbucks). Orang ramai boleh terus menggunakan pin tambah nilai tersebut selepas menambah nilainya ke aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Namun begitu, pin tambah nilai ini hanya boleh digunakan oleh pengguna eWallet pada kali pertama sahaja.

Pembayaran tanpa tunai ialah pemacu sistem pembayaran masa hadapan. Kami berada di sini untuk memperkenalkan kepada orang ramai tentang perkhidmatan pembayaran yang dipercayai, lancar dan mudah yang akan memenuhi semua keperluan gaya hidup mereka,” tambah Syahrunizam.

Nikmati manfaat pembayaran tanpa tunai di pengusaha-pengusaha ini iaitu 4Fingers, Bath & Body Works, Boost Juice, Caring Pharmacy, Charles & Keith, Chillis, DOME Café, GNC, Haagen Dazs, Love & Co, Mou Tak Ding, MPH Bookstores, Pedro, Poh Kong, Popular Bookstore, Sacoor Brothers, Tealive, Tumi, Jaya Grocer serta banyak lagi.

Sebagai eWallet paling pantas berkembang di Malaysia dengan 1.8 million pengguna berdaftar, TNG Digital juga mensasarkan untuk menambah senarai pengusaha mereka. Syarikat ini juga kini bekerja rapat dengan rakan niaga seperti Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall untuk mencapai sasaran 40,000 pengusaha di beberapa bulan akan datang.

Untuk maklumat dan perkembangan terbaharu serta terma dan syarat untuk setiap promosi, layari:

DACSEE Bawa Anda ke Mana Sahaja

Wah berita baik untuk mereka yang biasa guna perkhidmatan kongsi kereta.

Baru-baru ini DACSEE memperkenalkan aplikasi telefon perkhidmatannya yang siap dibangunkan sepenuhnya pada September lalu. 

DACSEE adalah satu-satunya platform didunia yang menawarkan perkongsian kereta yang memusatkan pada kuasa komuniti dengan penggunaan Teknologi Blockchain.

Teknologi itu membenarkan DACSEE menawarkan satu sistem telus bagi orang ramai yang mengguna perkhidmatan mereka. Semua maklumat yang diterima akan direkodkan untuk pemegang syer membuat penilaian dan sistem peer-to-peer yang menolak pembayaran yuran kepada ‘orang tengah’, secara tak langsung memberi banyak kemudahan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam DACSEE. Bagi pihak pemandu, mereka dapat mengawal sumber pendapatan setiap bulan dan penumpang pula dapat mengguna perkhidmatan dengan membayar pada kadar bayaran yang rendah.

Teknologi Blockchain ini juga mencipta eko-sistem sendiri yang memberi balik kepada semua komuniti yang terlibat baik sama ada dari pihak DACSEE sehingga penumpang dan dalam masa yang sama, komunti ini akan terus berkembang.

“Tidak seperti perkhidmatan perkongsian kereta yang sedia ada sekarang ini, keuntungan DACSEE diterima daripada hasil perkembangan komuniti. Kami ingin menghubungkan orang ramai yang mempunyai minat yang sama agar boleh berkongsi idea dan peluang untuk sama-sama meningkatkan kualiti personal mereka dan rangkaian perhubungan profesional serta kehidupan mereka.”-Lim Chiew Shan, Perintis dan Ketua Pegawai Eksekutif DACSEE.

Sehingga kini, pemandu Malaysia yang berdaftar dengan DACSEE adalah seramai 4,500 orang. Pengguna yang memuat turun aplikasi DACSEE pula adalah sebanyak 35,000 dan semakin meningkat berikutan mula dikenali oleh orang ramai memandangkan pengguna yang ingin mengguna perkhidmatan DACSEE berpeluang memilih sendiri jumlah bayaran yang dikenakan, saiz dan jenis kereta yang ingin dinaiki dengan hanya memilih kumpulan yang diingini.

Lebih-lebih lagi bagi pengguna wanita, mereka berpeluang untuk memilih pemandu dari kumpulan pemandu wanita sahaja.

Bagi pemandu yang menyertai DACSEE pula, mereka boleh menjana lebihan pendapatan sekiranya memperkenalkan lebih ramai pemandu menyertai DACSEE. Begitu juga dengan pengguna, lebih ramai mereka memperkenalkan DACSEE kepada ahli keluarga lain dan kawan-kawan, lebih banyak keuntungan mereka perolehi.

Untuk makluman, DACSEE bakal memperkenalkan kempen ganjaran bagi memninkatkan lagi lpengalaman orang ramai yang mengguna perkhidmatan ini. Kempen ganjaran ini juga bakal memperlihatkan kolaborasi DACSEE dengan pelbagai rakan kongsi dari pelbagai industri termasuk kedai serbaneka yang terkenal dan syarikat insuran.

Untuk mendapatkan ganjaran itu, muat turun aplikasi DACSEE, tempah pemandu dan guna perkhidmatan. Ganjaran berupa baucar tunai, perkhidmatan penghantaran percuma dan pelbagai lagi ganjaran menarik.

Tiada Wang Tunai Untuk Guna Khidmat Grab? Alihlah Pada GrabPay

e-dompet ini memudahkan anda mengguna perkhidmatan Grab dan GrabFood tanpa perlu membayar dengan wang tunai. Ia lebih selamat, mudah dan fleksibel.

dav

Ia juga mudah ditambah nilai sama melalui TIGA cara:

  • membeli tambahan nilai di cawangan kedai 7Eleven (RM20, RM50 dan RM100)
  • pemindahan nilai dengan kad kredit
  • Online Banking

IMG_20180626_111510

GrabPay Mobile Wallet atau e-dompet ini diperkenalkan oleh Grab, peneraju plaform dalam talian ke luar talian (O2O) di Malaysia dan Asia Tenggara, memudahkan jutaaan pengguna Grab membayar perkhidmatan yang ditawarkan di dalam aplikasi Grab serta di restoran dan kedai.

Jika dahulu GrabPay hanya menerima kad kredit atau kad debit sahaja, kini ia dipertingkatkan dengna fungsi e-dompet. Pengguna kini boleh menambah nilai dan membelanjakan wang atau ‘kredit GrabPay‘ melalui aplikasi Grab.

Selain membayar perkhidmatan GrabFood dan pengangkutan, pengguna juga boleh mengguna GrabPay di premis-premis perniagaan yang mempunyai kod QR GrabPay malah boleh membuat pemindahan wang secara terus antara satu sama lain dengan mudah.

Grab juga telah bekerjasama dengan syarikat besar tempatan seperti Maybank, KLIA Ekspres dan Tealive bagi memastikan GrabPay bukan sahaja diterima di lapan bandar raya seluruh negara tetapi juga digunakan untuk pelbagai jenis perkhidmatan dan industri.

“Ramai rakyat Malaysia enggan mengamalkan gaya hidup bebas tunai kerana ia dianggap tidak selamat dan leceh. Dengan GrabPay, pengguna di seluruh negara tanpa mengira usia boleh menyertai gaya hidup bebas tunai, ekonomi digital tanpa perlu memut turun aplikasi tambahan. Dengan menambah wang ke dalam aplikasi Grab yang anda biasa guna, anda boleh menyemak perbelanjaan anda dengan mudah dan membuat pembayaran bebas tunai dengan mudah dan selamat.”

Ooi Huey Tyng, Pengarah Urusan GrabPay Malaysia, Singapura dan Filipina

Dengan menawarkn perkhidmatan penting harian seperti pengakutan, makanan serta perkhidmatan lain kepada lebih 100 juta pengguna di Asia Tenggara, Grab adalah aplikasi yang terbaik untuk memacu perubahan.

Fungsi GrabPay mobile wallet yang terbina di dalam aplikasi Grab menawarkan pilihan pembayaran bebas tunai yang selamat serta mesra pengguna kepada pengguna dan perniagaan.

GrabPay diterima di seluruh negara

Bermula pada 26 Jun, GrabPay kini diterima lebih daripada 500 perniagaan makanan dan minuman terkenal di LAPAN bandar raya di seluruh negara iaitu Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh, Melaka, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuantan.

Jumlah ini dijangka meningkat DUA KALI GANDA dalam beberapa bulan akan datang dengan restoran yang sedia ada seperti Tealive dan Tewochew Chendul yang mepunyai banyak cawangan inggalah kepada restoran  kegemaran setempat seperti Devi’s Corner, KGB Burgers dan Bakeri TedBoy (Lembah Klang), China House (Pulau Pinang), Brps & Giggles (Ipoh), Kopi Ping (Koata Kinabalu), Big Bowl Ice (Melaka) dan Coffee Gallery (Kuantan).

Pengguna hanya perlu:

  1. Mengaktifkan aplikasi Grab
  2. Mengimbas kod QR Grab yang diletakkan di premis perniagaan tersebut

Setiap transaksi yang dibuat dalam Kredit GrabPay akan memberi nilai tambah bagi setiap RM yang dibelanjakan membolehkan mereka memperolehi mata GrabRewards yang boleh ditukarkan dengan barang yang ditawarkan di dalam katalog GrabRewards.