Sambill Park Umum Anjur Pertandingan Chuck Chicken Junior Warriors 2.0

Edisi kedua ini telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia, En. Zainal bin Abas mewakili Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie Ching.

Photo 1 (3)

Pertandingan yang diilhamkan oleh siri animasi yang terkenal seperti yang dapat ditonton di saluran Disney XD Asia dan NEXFLIX.

Photo 2 (2)

Pertandingan Chuck Chicken Junior Warriors 2.0 ini merangkumi siri halangan sejauh 300 meter direka khas untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun, yang akan dibina di Vanity Atrium di Sunway Velocity Mall.

Dengan matlamat utama untuk mendidik anak muda tentang kemahiran mental dan fizikal, para peserta dapat melatih kebolehan dan membangunkan keyakinan diri mereka.

Siri Chuck Chicken Junior Warriors 2.0 akan dijalankan di 5 buah sekolah di Lembah Klang untuk pusingan kelayakan, diikuti dengan pusingan separuh akhir dan peringkat akhir yang akan diadakan di Sunway Velocity Mall.

Pengarah Urusan Sambill Park (M) Sdn Bhd dan Penganjur Utama Chuck Chicken Junior Warriors 2.0, Encik Daniel Wong berkata,

“Pengikut setia Pertandingan Chuck Chicken perlu menyelesaikan beberapa cabaran mental sebelum melepasi ujian fizikal. Persaingan Chuck Chicken seperti yang dapat ditonton di saluran Disney XD Asia dan NETFLIX dapat menggalakkan kanak-kanak sama ada dari sekolah awam atau swasta untuk berfikir secara kritis dan mengembangkan kemahiran mental mereka dalam masa yang singkat. Kami amat berbangga kerana Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, YB Teo Nie Ching telah memilih untuk menyokong dan merasmikan pertandingan ini. Kami yakin bahawa lebih ramai kanak-kanak akan dapat dididik melalui pengalaman istimewa ini berbanding edisi pertama.”

Edisi Kedua Chuck Chicken Junior Warriors juga mempunyai perancangan untuk membawa cabaran ke semua sekolah di Lembah Klang dan mencari Juara Kebangsaan seterusnya menembusi pasaran Asia Tenggara. Dalam tempoh dua tahun akan datang, sekurang-kurangnya 5 negara akan terlibat dalam siri pertandingan ini dan para peserta akan dibawa ke Malaysia untuk bersaing di Pusingan Akhir selaras dengan strategi untuk mempromosikan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

Siri animasi Chuck Chicken telah memberi impak yang luar biasa dalam industri dengan menjana jumlah penonton lebih daripada 11 juta, dicalonkan sebagai Animasi 2D Terbaik di Anugerah Televisyen Asia ke-21 dengan liputan lebih dari 20,000 di media sosial, 180,000 pelanggan setia Youtube, 50 juta tinjauan keseluruhan di Youtube dan ditonton lebih 2 bilion kali di platfom digital China sahaja. Edisi ke-2 pertandigan ini pada 2019 telah menarik beberapa rakan kongsi utama termasuk Animasia Studio, Tenby International School Principle, Seri Bintang Utara Principle dan Sunway Velocity Mall. Ia juga disokong oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dengan rekod penyertaan lebih daripada 600 peserta kanak-kanak untuk siri sebelumnya, Chuck Chicken Junior Warrior 2.0 telah diumumkan secara rasmi dengan kehadiran rakan-rakan kongsi termasuk Encik Danny Lee, Pengurus Sunway Velocity Mall, En. Hazizul Hakim dari Singapore’s Brilliant Sports Solutions dan Encik Raye Lee, Pengarah Animasia Studio.

Tiket kini boleh didapati di www.ccjuniorwarriors.com.

‘Shop Your Way To Korea’ Bakal Bawa Pemenang Bercuti ke Korea Dengan Nilai Pakej RM36,000

EMPAT pemenang utama peraduan ‘Shop Your Way to Korea’ ini bakal memenangi Pakej Percutian Eksklusif Pengalaman Kecantikan dan Kesejahteraan selama 7 hari 5 malam!!

Guardian Malaysia's Head of Marketing and Promotions, Wong Vai Chi (3rd from left) and Marketing Director, Cho Do Youn with the main sponsors of 'Shop Your Way To Korea' contest

Dan lagi hebat, pakej itu termasuk untuk dua orang dan harga setiap pakej bernilai RM36,000!

Hadiah kedua pula tidak kurang hebatnya iaitu Samsung Note 9 untuk 16 orang pemenang bertuah!!

Shop Your Way To Korea

Menyedari betapa hebatnya pengaruh produk dan trend Korea terhadap gaya hidup dan tabiat berbelanja pengguna setempat buat masa kini, Guardian Malaysia menawarkan peluang menarik kepada pelanggannya melalui Peraduan “Shop Your Way To Korea”.

Melalui peraduan “Shop Your Way to Korea” itu, pelanggan berpeluang memenangi hadiah utama berupa Pakej Percutian Eksklusif Pengalaman Kecantikan dan Kesejahteraan Korea untuk DUA orang, dimana mereka boleh menyelami budaya, trend dan gaya hidup masyarakat Korea.

Ms Wong Vai Chi, Ketua Pemasaran dan Promosi, Guardian Health And Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia), berkata di majlis pelancaran itu:

“Sebagai peneraju dalam peruncitan kesihatan dan kecantikan, kami telah menyaksikan bagaimana produk penjagaan kulit dan kecantikan Korea dengan cepat menarik minat pelanggan kami, yang sentiasa mencari variasi, kualiti dan nilai yang lebih hebat. Jadi peraduan ini adalah untuk mengiktiraf kehebatan produk-produk Korea dalam mempengaruhi gaya hidup dan tabiat berbelanja, dalam masa yang sama, memberi ganjaran kepada pelanggan kami.

Jelas Ms Wong lagi, peraduan tersebut juga sejajar dengan polisi Guardian Malaysia yang sentiasa mengutamakan pelanggan. Guardian akan terus berusaha untuk menawarkan pelbagai promosi baru dan inovatif yang memberikan produk bervariasi, berkualiti dan bernilai hebat serta perkhidmatan terbaik untuk pelanggan kami.

“Kami yakin para pelanggan akan teruja dengan peraduan ini kerana ia sangat mudah dan hadiah-hadiah yang ditawarkan pula sangat menarik! Hadiah Utama adalah Pengalaman Kecantikan dan Kesejahteraan Korea selama 7 hari 5 malam untuk DUA orang, bernilai hampir RM36,000!

Dan lagi menarik adalah terdapat EMPAT Hadiah Utama!”

Hadiah bagi pemenang KEDUA pula berupa 16 Samsung Note 9 dan 30 hadiah KETIGA berupa baucar Guardian bernilai RM300 untuk setiap pemenang!

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merebut hadiah-hadiah yang berjumlah lebih RM200,000 ini!

Cara menyertainya:

  1. Pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM40 termasuk satu jenama yang mengambil bahagian, dalam satu resit
  2. Selepas membuat pembelian, mereka perlu ‘mengira bilangan Guardian Jeju Mask yang terdapat di dalam bekas akrilik I Guardian Heart yang berukuran 780mm (lebar), 600mm (tinggi) dan 270mm (diameter). Setiap Jeju Mask pula berukuran 11.4cm x 15.9 cm
  3. Setelah mereka yakin dengan bilangan Guardian Jeju Mask tersebut, pelanggan perlu menulis jawapan dan menghantar penyertaan mereka. Peraduan bermula pada 1 November sehingga 31 Disember. Penyertaan pula boleh dibuat melalui borang fizikal atau melalui atas talian, yang berakhir pada 31 Disember.

Sebanyak 38 jenama mengambil bahagian dalam peraduan ini, termasuk LIMA penaja utama iaitu Dove, L’Oreal, Maybelline, Pantene dan Safi.

Maklumat lengkap peraduan serta terma dan syarat boleh didapati di:

“Kami menyarankan agar pelanggan menghantar seberapa banyak mungkin penyertaan, agar peluang untuk mereka memenangi hadiah-hadiah menarik ini lebih besar.” tambah Ms Wong.

MILO dan Kementerian Pendidikan Lancar Pertandingan Activ Jam Senam Aerobik

Pertandingan senam aerobik peringkat kebangsaan yang ertama sepertinya adalah kemuncak kepada pencapaian yng mengukuhkan lagi agenda suka kebangsaan.

Ia juga dijadikan sebagai satu lagi platform untuk membantu murid-murid kekal aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat.

ACTIVJAM PUTRAJAYA 2018 01

Activ Jam Senam Aerobik, acara terbaharu dalam program sukan berasaskan sekolah anjuran MILO® ini merupakan kemuncak kerjasama strategik dengan Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2013 di bawah inisiatif 1Murid 1Sukan menerusi satu siri aktiviti berkaitan sukan yang melibatkan pelajar dan guru.

ACTIVJAM PUTRAJAYA 2018 03

Pertandingan ini bakal menyaksikan 10 sekolah rendah dan 16 kumpulan Muhibbah (terbuka) berentap untuk merangkul gelaran juara kebangsaan kategori masing-masing.

Pemenang setiap kategori akan menerima peralatan sukan bernilai RM5,000 serta berpeluang muncul sebagai juara senam aerobik kebangsaan yang pertama.

“Inisiatif ini telah membantu mengukuhkan lagi kerjasama kami dengan Kementerian Pendidikan Malaysia yang terjalin sejak 40 tahun yang lalu. Sebagai peneraju pembangunan sukan di peringkat akar umbi, kami komited dalam menyokong usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan memupuk budaya kecemerlangan sukan dalam kalangan pelajar.

Justeru, kami memperkenalkan Activ Jam Senam Aerobik kepada murid-murid menerusi 1Murid 1Sukan untuk menunjukkan betapa mudahnya untuk kekal aktif dan sihat dengan senam aerobik yang ringkas dan menyeronokkan namun menyihatkan badan,” kata Ng Ping Loong, Pengurus Pemasaran Sukan – MILO®.

Dasar 1Murid 1Sukan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2011 di bawah program pembangunan sukan sekolah yang mewajibkan setiap murid untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Kementerian Pendidikan Malaysia amat mengalu-alukan dan mengangkat kerjasama antara sektor swasta dan sektor awam seperti yang diterajui oleh MILO® ini untuk mencapai matlamat dasar 1Murid 1Sukan yang sama.

Berdasarkan Dasar Sukan Negara yang menggariskan sukan untuk semua, 1Murid 1Sukan menekankan penyertaan setiap pelajar dalam sukan sebagai satu reformasi pendidikan yang dipelopori oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menerap nilai-nilai positif di samping mempromosikan kesihatan fizikal yang dicapai menerusi sukan untuk manfaat setiap pelajar.

Activ Jam Senam Aerobik merupakan satu langkah yang sejajar dengan usaha sama kami untuk memartabatkan sukan sebagai asas pembangunan negara sejak usia muda,” jelas Dr. Mehander Singh A/L Nahar Singh, Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dalam melancarkan Activ Jam Senam Aerobik, inisiatif usaha sama 1Murid 1Sukan antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan MILO® ini telah mengukuhkan program pendidikan sukan di sekolah yang menempa pencapaian berikut.

 Menerusi Bengkel Jurulatih 1Murid 1Sukan, lebih 4,500 guru telah dilatih untuk menganjurkan aktiviti sukan untuk murid-murid mereka sejak bengkel ini diperkenalkan di bawah inisiatif 1Murid 1Sukan pada tahun 2015.

 Demi menggalakkan aktiviti fizikal dalam kalangan pelajar, aktiviti lawatan ke sekolah oleh van MILO® yang ikonik kini dilengkapi dengan peralatan sukan serta dipadankan dengan aktiviti senam aerobik selama 20 minit. Seramai tiga juta pelajar menyertai aktiviti ini setiap tahun.

 Menerusi sokongan yang diberikan kepada acara sukan di bawah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), MILO® telah memperkasakan seramai 10,000 atlet pelajar untuk bersaing di platform ini setiap tahun. Malahan, ada antara mereka yang telah berjaya merangkul pingat di Sukan Asia Tenggara ke-29 di Kuala Lumpur pada tahun lalu.

Activ Jam Senam Aerobik merupakan sebahagian daripada kempen MILO® Aktif Negaraku yang menyasarkan lima juta rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.

Dilancarkan pada awal tahun ini, MILO® Aktif Negaraku merupakan kesinambungan komitmen MILO® terhadap usaha pembangunan negara menerusi sukan di peringkat akar umbi yang merangkumi program-program sukan MILO® popular seperti MILO® Hidup Bola dan Klinik Juara MILO®.

Untuk maklumat lanjut tentang Activ Jam Senam Aerobik, layari:

www.milo.com.my/activ-jam

Kari Ayam Warisan Bonda Juarai Cabaran Raja Kuah Knorr 2018

Resipi milik arwah bonda Siti Nor Yuwana Zulkifli, 35 bersama dua hidangan ciptaannya sendiri iaitu Masak Lemak Daging Salai Berapi dan Ayam Masak Kicap Cara Saya terpilih sebagai Pemenang Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 mengalahkan 10 perserta lain.
DSC_0472

DSC_0261A

Ketiga-tiga hidangan yang disediakan oleh pengendali makanan dari Kuala Lumpur ini berjaya mencuri perhatian juri dan memenangi hadiah utama berupa pakej Umrah untuk dua orang bernilai RM25,000, wang tunai sebanyak RM15,000 dan hamper.

Siti Nor Yuwana berkata:

“Saya juga harus berterima kasih kepada suami saya kerana mendaftarkan saya dalam pertandingan ini dan saya tidak sangka saya akan menang sehingga kami berdua dapat menunaikan Umrah bersama-sama dan juga menikmati hadiah lain!”

Pemenang-pemenang lain untuk Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 bertuah adalah:

  • Naib Johan: Fazerina Ibrahim, 34 dari Selangor menerima wang tunai RM10,000 beserta hamper
  • Pemenang ketiga Ali: Zainuddin Adnan, 39, menerima wang tunai RM6,000 dan hamper
  • Tujuh pemenang saguhati menerima wang tunai RM1,000 beserta hamper.

Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 sedang giat meneruskan usaha untuk menghayatkan penghargaan baru bagi hidangan berkuah Melayu yang digemari oleh rakyat Malaysia.

Sejak diperkenalkan buat kali pertama pada 2016, Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 anjuran Unilever Food Solutions ini memberi fokus kepada masakan Melayu berkuah yang mewakili sehingga 70% daripada hidangan pengendali makanan Melayu bagi hidangan kari, kicap dan masak lemak.

Pengarah Urusan UFS Malaysia Nusrat Perveen berkata:

“Oleh kerana kini terdapat satu trend menggunakan perasa ayam juga untuk menaikkan selera, Unilever Food Solutions memberi pengiktirafan terhadap usaha memasak mengguna Serbuk Ayam Knorr.

Tahun ini, kami telah mengadakan perkongsian khas dengan NSK Trade City, pemborong yang terbesar di Malaysia dan rakan ‘Cash & Carry’ kita yang terbesar. NSK Trade City terkenal dengan pelbagai jenis produk yang berkualiti tinggi dan harga berpatutan seperti tin makanan, minuman, produk penjagaan badan dan bahan pencuci. Ini hanyalah beberapa jenis produk yang dapat saya namakan! ” 

Para juri termasuk chef selebriti Mohd Johari Edrus (lebih dikenali sebagai Chef Jo), Chef Profesional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan Pengarang dari majalah masakan Saji Rosmarlinda Kamarudin telah menentukan pemenang berdasarkan kriteria seperti kebersihan, penampilan dan citarasa hidangan.

Penyertaan Cabaran Raja Kuah Knorr dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan caranya sungguh mudah sekali dengan menampilkan TIGA jenis resepi hidangan berkuah yang terdiri daripada masakan berkuah jenis kari, kicap dan lemak (kunyit dan santan) menggunakan Stok Ayam Knorr.

Unilever Food Solutions ingin berkembang untuk masa depan dengan menyentuh 800 juta pengguna setiap tahun. UFS berhasrat mencapai matlamat ini dengan cara yang mampan dan menumpukan kepada empat bidang di mana UFS boleh membuat perbezaan: memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan, meningkatkan keselamatan makanan, mengurangkan pembaziran makanan dan mencari sumber yang mampan.

Makanan hebat harus menjangkaui sempadan geografik dan perbezaan budaya. Makanan merupakan penyatu besar dan kenyataan ini jelas sekali di sebuah negara berbilang budaya seperti Malaysia di mana semua di sini, daripada penduduk tempatan pelbagai kaum dan juga warga asing yang menginap atau melawat, menikmati hidangan yang ditawarkan dalam suasana citarasa berharmoni yang berbeza!

TMT oleh Thundermatch Lancar Kedai Rasmi Pasaran Sosial di SHOPEE

Dengan pelancaran kedai itu, ia bakal menggegarkan dengan Pelancaran Mega
Berbelanja di Gedung IT Dalam Talian Terbesar di Malaysia dan berpeluang memenangi wang tunai hingga RM100,000!!

Photo 3 (6)

Sempena meraikan pelancaran itu, TMT mengadakan Pertandingan Beli & Menang dari 20 Ogos hingga 19 September 2018 yang membolehkan SEMBILAN pembeli tertinggi di gedung TMT Shopee berpeluang memenangi hadiah berupa wang tunai.

Sebagai platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee dan Thunder Match menawarkan Jaminan Harga Terendah (LPG) atas 2,400 produk dari kedai TMT di Shopee yang mempunyai 3,000 produk elektronik.

Pengguna Shopee yang mencari gajet elektronik dan kelengkapan permainan seperti komputer riba, skrin monitor, alat dengar, komponen komputer, telefon pintar dan pelbagai lagi pasti teruja dengan ganjaran segera berbentuk baucar RM50 bagi setiap perbelanjaan minimum berjumlah RM1500 dan baucar RM100 bagi setiap pembelian minimum berjumlah RM2,500 sepanjang tempoh kempen.

Pelancaran ini sejajar dengan pelan transformasi digital TMT dan strategi jangka panjang untuk mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peruncit IT terbesar di Malaysia tidak kira bagi pasaran dalam talian dan luar talian.

Pelancaran TMT di Shopee menjadikan kedai IT tersebut yang terbesar di sebuah platform e-dagang sekaligus kedai Jenama SIS pertama di Shopee Mall.

Jadi, jangan lupa!!

  • Check kedai rasmi TMT di Shopee untuk melihat papan tanda dalam talian yang akan dikemaskini dua kali seminggu untuk menyenaraikan SEMBILAN pembeli tertinggi yang berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM100,000
  • Layari https://shopee.com.my/thundermatch untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Thunder Match dan promosi mereka di Shopee
  • Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA di Apple App Store atau Google Play Store.

Tan Eng Yong Juara Peraduan OSIM Sayangi Ibu Bapa Anda

Bertuahnya badan dapat memandu pulang Nissan X-Trail 2.5 bernilai RM170, 362!

Photo 3 (5)

OSIM Malaysia menawarkan hadiah sebanyak RM250,000 dalam nilai produk bagi ‘Peraduan Osim Sayangi Ibu Bapa Anda’.

Terdapat DUA kategori peraduan, di mana ia berlangsung bermula 18 April sehingga 1 Julai lalu, sebagai tanda penghargaan untuk pelanggan yang berbelanja di OSIM sempena hari ibu bapa.

Photo 1 (3)

Peraduan ini dianjurkan untuk menggalakkan pelanggan meraikan hari ibu bapa yang jatuh pada bulan Mei dan bulan Jun dengan produk OSIM, memandangkan OSIM percaya bahawa produknya memberi manfaat kepada kesihatan semua orang, serta menjadi hadiah terbaik buat ibu bapa.

“Objektif kami adalah untuk meraikan rasa cinta dan sayang kepada ibu bapa, serta menunjukkan penghargaan kepada pelanggan kami dan memberi ganjaran terhadap mereka di atas sokongan berterusan mereka selama ini.

Peraduan ini telah mendapat sambutan hebat daripada para pelanggan kami. Pada saya, salah satu acara utama yang ditampilkan daripada peraduan ini, adalah mengenai kisah yang menyentuh perasaan daripada peserta peraduan yang memberitahu kami mengapa ibu bapa mereka layak mendapat kerusi urut OSIM. Terima kasih kerana berkongsi dengan kami kisah dan buah fikiran anda serta menyertai peraduan ini. Terima kasih sekali lagi untuk penyertaan anda semua. Kami akan mengetahui dengan segera siapa yang akan membawa pulang hadiah yang akan disampaikan hari ini di KLCC, “ kata Pengurus Besar OSIM, Chia Sook Fun.

Di bawah Kategori 1 (Kat 1), mana-mana pelanggan yang membeli kerusi urut OSIM berpeluang membawa pulang Hadiah Utama Nissan X-Trail 2.5L CVT Aero Edition bernilai RM 170,362.

Selain Hadiah Utama, para peserta di bawah Kat 1 akan bersaing untuk EMPAT jenis hadiah lain:

Hadiah Pertama: Kerusi Urut uNano OSIM x 1 unit
Hadiah Kedua: Pengurut Kaki uStiletto OSIM x 3 unit

Hadiah Ketiga: Pengurut Kepala uCrown 3 OSIM x 5 unit
Hadiah Saguhati: Pengurut belakang uHip OSIM x 10 unit

Manakala bagi Kategori 2 (Kat 2), Hadiah Utama sebuah kerusi urut uDivine Mini OSIM bersedia untuk dimenangi oleh sesiapa sahaja yang berbelanja minimum RM250 dalam satu resit.

Di samping itu, peserta di bawah Kat 2 akan memenangi:

Hadiah Pertama: Pengurut belakang uJolly OSIM x 3 unit
Hadiah ke-2: Pengurut Mata uGalaxy OSIM x 5 units
Hadiah ke-3: Pengurut Kepala uScalp OSIM x 10 unit

Sayembara Nyanyian Patriotik Tahun ke-2 Bakal Kembali September Ini

Untuk tahun kedua berturut-turut, Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor (SNPS) bakal kembali sekali lagi.

IMG_20180802_153847

IMG_20180802_153741

Sempena kejayaan cemerlang tahun lalu, kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Selangor akan menganjurkan SNPS 2018 berlokasi di Petaling Jaya.

Matlamat utama SNPS 2018 adalah untuk menggalakkan masyarakat khususnya golongan belia untuk berkongsi semangat kebangsaan mereka melalui nyanyian. SNPS 2018 juga adalah program yang menjurus kepada aktiviti-aktiviti sihat yang di titik beratkan oleh kerajaan negeri Selangor. Dengan wujudnya aktiviti- aktiviti sebegini, ia mampu melahirkan generasi yang punya semangat kebangsaan yang tinggi. Ia juga adalah aktiviti positif mengisi masa lapang masyarakat dalam usaha membanteras musuh nombor satu negara iaitu najis dadah.

Tahun ini MBPJ akan menjadi tuan rumah sejajar dengan matlamat kerajaan negeri Selangor iaitu PJ selaku salah satu lokasi Kota Seni di Selangor. Banyak aktiviti-aktiviti kebudayaan dan kesenian telah berlangsung dan bakal berlangsung dibawah anjuran MBPJ sepanjang tahun ini. Pastinya SNPS 2018 menjadi salah satu program kesenian yang bakal mengangkat Kota Seni PJ dengan lebih gemilang.

SNPS 2018 terbahagi kepada TIGA kategori iaitu:

  • bawah 12 tahun
  • bawah 18 tahun
  • 19 tahun ke atas

Semua kategori ini dibuka sama ada secara solo, duet atau berkumpulan. Peserta perlu medaftar terlebih dahulu sebelum 12 Ogos ini dan pendaftaran adalah PERCUMA.

Borang pendaftaran boleh didapati di laman FB Majlis Bandaraya Petaling Jaya, FB Pemadam Negeri Selangor, WhatsApp di 0166806489 atau hantar email di bob@atlasoneevents.com.

Mereka yang mendaftar akan menerima email pengesahan untuk ujian saringan yang akan berlangsung pada 18 dan 19 Ogos bermula jam 8 pagi di Kompleks Arena PJ (Pusat Rakan Muda). Ujian saringan ini akan diadili oleh TIGA juri profesional iaitu Korie Aminuddin, Jojie Aminuddin dan Sarah Ismail.

Empat peserta terbaik dari setiap kategori akan melangkah ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 22 September  bermula jam 8.30 malam di Dewan Sivik MBPJ. Mereka akan sekali lagi diadili oleh juri yang sama. Peserta juga akan berkongsi pentas bersama artis-artis terkenal seperti Azharina, Korie, artis baru Dylea dan Fauzi Yusoff yang bakal menyampaikan lagu-lagu menarik untuk menyemarakkan lagi suasana malam SNPS 2018.

Orang ramai yang ingin menghadirinya perlu mendapatkan tiket PERCUMA di nombor 0166806489 atau email bob@atlasoneevents.com.

Senarai lagu yang dipertandingkan:

  1. Warna Warna Malaysiaku-Datuk Siti Nurhaliza
  2. Standing in the eyes of the World-Ella
  3. Anak Merdeka-Ella & The bOys
  4. Dirgahayu Tanah Airku-Lagu rakyat
  5. Dikir Puteri-Noraniza Idris
  6. Anak Malaysia-Aris Ariwatan
  7. Warisan-Datuk Sudirman
  8. Hijau Buni Tuhan-XPDC
  9. Sejahtera Malaysia-Zurin Aziz/Roy
  10. Hijau-Datuk ZainalAbidin
  11. Lagenda-Sheila Majid
  12. Sehati Sejiwa-Alif Satar
  13. Gemuruh-Faizal Tahir
  14. Arjuna Beta-Fynn Jamal
  15. Bahtera Mereka-Aishah
  16. Assalamualaikum-Faizal Tahir
  17. Ghazal Untuk Rabiah-Datuk Jamal Abdillah
  18. Terbang Tunduk-Fynn Jamal
  19. Malaysia-Faizal Tahir
  20. Mentera Semerah Padi-Datuk M.Nasir

Berikut adalah senarai hadiah berjumlah RM10,450.00 (jumlah terkumpul)

Bawah 12 tahun

  1. RM1,000
  2. RM700
  3. RM400
  4. RM150

Bawah 18 tahun

  1. RM1,500
  2. RM1,000
  3. RM500
  4. RM200

19 tahun ke atas

  1. RM2,500
  2. RM1,500
  3. RM700
  4. RM300