Sertai Shopee Mencari Pasukan Bola Sepak Kegemaran

Demam Bola Sepak Kembali Melanda!

Bukan anda sahaja yang terkena tempias ini,malah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan turut dilanda demam bola – sukan terbesar sedunia!

Shopee Demam Bola [BM]

Dengan kemuncak perlawanan akhir Piala Dunia 2018 dan Shopee Piala FA Malaysia yang amat dinanti-nantikan, Shopee melancarkan kempen Demam Bola bersama Shopee selama sebulan bermula 14 Jun hingga 15 Julai 2018.

Peminat boleh memenangi jemputan eksklusif ke Majlis Tontonan Perlawanan Akhir Piala Dunia Shopee pada 15 Julai 2018 dengan menyertai pertandingan ‘Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia’ yang menampilkan pasukan kegemaran rakyat Malaysia seperti JDT, Pahang FA dan Kedah FA.

Pertandingan tersebut dilancarkan sebagai tanda penghormatan kepada pasukan dan bakat dalam arena bola sepak tempatan ini akan dianjurkan setiap hari Isnin dan Khamis sepanjang tempoh tersebut di laman Facebook rasmi Shopee.

Apa yang perlu dilakukan adalah:

  • Pengguna perlu mengundi pasukan kegemaran mereka
  • memenangi pertandingan mini termasuk trivia menarik berkaitan bola sepak
  • meneka keputusan perlawanan
  • dan banyak lagi untuk membolehkan ‘Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia’ ditampilkan di papan tanda utama.

Dengan membeli-belah di Shopee juga, pengguna boleh mendapatkan mata dalam pertandingan ini.

“Bukan selalu kita dapat menyaksikan Piala Dunia serentak dengan Shopee Piala FA Malaysia. Sebab itu kami melancarkan Kempen Demam Bola ini untuk menyemarakkan minat mendalam terhadap bola sepak kepada pengguna kami. Sebagai penaja gelaran bagi Shopee Piala FA Malaysia 2018, kempen ini adalah buah tangan istimewa kami. Semasa kami mengambil keputusan untuk menjalinkan usahasama dengan Malaysia Football League, hasrat kami adalah meningkatkan aliran pendapatan bagi kelab bola sepak Malaysia – dengan memberi sokongan terhadap Shopee Piala FA Malaysia dan Liga Super Malaysia menerusi jualan tiket dan cenderahati di platform kami.”

-Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Tambah Ho lagi,

“Walau bagaimanapun, selain daripada menjual tiket kelab bola sepak Malaysia, Shopee komited untuk menyokong bakat tempatan dan ingin memperhebatkan promosi bagi arena bola sepak tempatan. Sebab itu Shopee melancarkan promosi Beli 1 Percuma 1 bagi jualan tiket supaya lebih ramai orang dapat pergi ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola. Dalam usaha tersebut, kami menggabungkan kemeriahan Piala Dunia dengan arena bola sepak tempatan dan melancarkan Kempen Demam Bola untuk menggalakkan rakyat Malaysia menunjukkan sokongan padu dan sebagai satu penghormatan kepada pasukan tempatan. Kami menganjurkan Majlis Tontonan Perlawanan Akhir Piala Dunia sebagai tanda terima kasih kami kepada peminat bola sepak. Dengan ini pasti pengguna kami akan terus berasa teruja.”

Sebagai ganjaran kepada peminat tegar bola sepak, majlis tontonan tersebut akan diadakan di negeri pasukan yang dinobatkan sebagai pemenang ‘Pencarian Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia’ yang akan diumumkan pada 29 Jun 2018.

Selain itu, peminat pasukan tersebut juga akan pulang dengan membawa hadiah berupa baucar tunai bernilai sehingga RM500,000. Shopee juga akan mengumumkan pemain terbaik (most valuable player) setiap Rabu bagi pengguna yang mengutip mata tertinggi setiap minggu.

Sepanjang tempoh ini, peminat boleh mendapatkan pelbagai produk berasaskan sukan seperti pakaian dan kelengkapan bola sepak dengan potongan harga sehingga 90% di platform Shopee. Bagi mereka yang ingin menganjurkan majlis tontonan sendiri di rumah juga boleh mendapatkan kelengkapan rumah berkaitan seperti televisyen berdefinisi tinggi, projektor, sistem bunyi keliling, perkakas untuk barbeku, makanan ringan dan banyak lagi.

Shopee akan meneruskan promosi Beli 1 Percuma 1 menerusi jualan kilat Shocking Sale supaya peminat bola boleh menyaksikan sendiri perlawanan bola secara langsung di stadium yang menjanjikan pelbagai aksi, babak dramatik dan kontroversi tersendiri. Promosi ini tertakluk pada perlawanan separuh akhir Shopee Piala FA Malaysia dan Liga Super Malaysia.

Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan kempen Demam Bola bersama Shopee, sila layari https://shopee.com.my/m/demam-bola.

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi Apple App Store atau Google Play Store.

28Mall.com Anjur Pertandingan ‘Miss Talent International Competiton Malaysia 2018’

Siapa yang ada banyak bakat tu, bolehlah cuba pertandingan anjuran 28Mall.com ini.

IMG_20180314_125517

28Mall.com, pemegang lesen untuk Pertandingan ‘Miss Talent International Competition’ di Malaysia telah mengadakan satu persidangan media di pusat beli-belah MyTOWN.

Tujuan persidangan media itu diadakan adalah untuk mengumumkan secara rasmi mengenai Pertandingan ‘Miss Talent International Malaysia’ yang mana DUA pemenang akan menjadi wakil negara di peringkat antarabangsa yang bakal diadakan pada bulan Mei nanti di Hong Kong selain memenangi hadiah wang tunai bernilai RM200,000.

“Ini bukanlah pertandingan ratu cantik yang biasa tetapi pertandingan yang lebih mencungkil bakat dan menguji tahap kemahiran peserta dalam media sosial kerana mereka bakal menjadi “online influencer”  yang mana akan dapat meningkatkan jenama keperibadian dan pemasaran untuk masa hadapan dalam bidang ini.” 

-Fione Tan, Peneraju bersama  dan Ketua Pegawai Eksekutif 28Mall.com.

Tumpuan utama pertandingan adalah Anugerah ‘Miss Social Media Award’ edisi Malaysia yang mana hadiah berupa wang tunai bernilai RM50,000 akan diberikan kepada pemenang anugerah tersebut.  Selain wang tunai, pemenang juga akan dilantik sebagai Duta Media Sosial dan Influencer 28Mall.com dan penaja.

Terdahulu, anugerah itu diadakan buat pertama kalinya di Hong Kong pada Januari lalu dan dimenangi oleh Alice Au yang kini menjadi Duta Media Sosial 28Mall.com di Hong Kong.

Dalam persidangan media itu juga, penaja dan rakan kongsi yang bekerjsama dengan 28Mall.com diperkenalkan sebelum majlis menandatangani perjanjian diadakan. Antara pihak yang bekerjsama adalah eOneNet.com, Akademi Amber Chia, Studio Exes, Live Pictures, Nulnu Lifesyle Mall, SBS Print, Fazup Anti-Radiation France, SYLJapan, GWifi Global, InNet.Asia, 1CaringHeart serta Asia Association of Influencer manakala pusat beli-belah MyTOWN menjadi penaja tempat pertandingan dan Mighty Monster Character Cafe & Bar penaja makanan.

28Mall.com turut megumumkan penjualan tiket untuk pertandingan akhir di KL pada Mei 2018 ini dengan pelbagai hadiah menarik menanti untuk mereka yang membeli tiket pertandingan itu termasuk bonus serta baucar beli-belah bernilai 100% dengan harga tiket yang dibeli selain berpeluang menghadiri majlis selepas pertandingan dan bergambar bersama pemenang.

Ujibakat telah diadakan pada hari yang sama dengan persidangan media yang menyaksikan peserta menyanyi, berlakon dan menari.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari Facebook Miss Talent International Competition Malaysia atau hubungi 03-22846418.