11street Perkenal Fon Telinga Tanpa Wayar Dengan Kecerdasan Buatan

Hasil usahama dengan SOUL Electronics juga menjadikan Fon Telinga Tanpa Wayar RUN FREE PRO BIO pertama seumpamanya di dunia yang dilengkapi dengan BiomechEngine bersama suara masa sebenar. 

IMG_20181204_112515

Tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk mendapatkan jurulatih, anda boleh mendapatkan perkhidmatan Jurulatih Larian A.I, SOUL Run Free Pro Bio yang akan membimbing anda di sepanjang larian.

IMG_20181204_111124

Menerusi teknologi analisis GAIT, RUN FREE PRO BIO bersama aplikasi SOUL Fit pula , ia menyediakan analisis terperinci keadaan larian dan risiko kecederaan untuk meningkatkan prestasi larian anda.

Memandangkan kebelakangan ini, jelas dilihat gaya hidup rakyat Malaysia semakin aktif dan sihat. Larian juga kian menjadi bentuk senaman pilihan ekoran kemudahan yang disediakan di sekeliling kita. Sebagai aktiviti senaman, larian boleh dilakukan di mana-mana lokasi, pada bila-bila masa dan juga merupakan aktiviti yang menjimatkan kos.

Walaupun demikian, seperti semua jenis aktiviti mahupun senaman, postur badan yang tidak betul mampu memberi kesan negatif terhadap latihan dan mungkin menyebabkan berlakunya kecederaan.

Menyediakan penyelesaian terhadap isu tersebut,  11street (www.11street.my), menjalin kerjasama dengan SOUL Electronics, sebuah peneraju global dalam peranti audio pengguna yang direka khusus untuk gaya hidup aktif dan cergas,  memperkenalkan fon telinga tanpa wayar kecerdasan buatan (A.I) pertama di dunia, RUN FREE PRO BIO. Alat RUN FREE PRO BIO dilengkapi dengan fungsi jurulatih suara bagi memberikan nasihat masa sebenar ketika larian anda.

Merupakan inovasi terbaharu dalam teknologi sukan, fon telinga RUN FREE PRO BIO dikuasakan oleh Beflex BiomechEngine® telah direka khas untuk menjadi jurulatih peribadi khas untuk anda bagi memantau prestasi anda demi meningkatkan keberkesanan larian serta mengurangkan risiko kecederaan.

Serba-lengkap bersama aplikasi SOUL FIT, RUN FREE PRO BIO menghimpun data Analisis GAIT dengan mengukur data dan membandingkanya dengan pelbagai parameter lain seperti sudut memiring dan simetri kepala, ayunan menegak, panjang, lebar serta rentak langkah, hentakan dan sebagainya.

Aplikasi SOUL FIT kemudian menganalisis corak larian anda dan menyediakan grafik terperinci dan maklum balas masa sebenar untuk memperbaiki prestasi larian anda dan mengurangkan risiko kecederaan. Melalui maklumat ini, anda dapat mengkaji semula prestasi dan memperbetulkan bentuk larian selepas setiap sesi latihan.

Terry Ho, Pengurus Perniagaan Serantau SOUL Electronics Limited berkata,

“Kami mereka kesemua produk kami untuk memenuhi permintaan atlet serta golongan yang menggemari aktiviti kecergasan harian. Kami terus berada di kedudukan pendahulu trend terkini dan sentiasa seiring dengan keperluan dan kehendak spesifik pengguna. RUN FREE PRO BIO terbaharu ini merupakan fon telinga A.I pertama yang dibangunkan menerusi usaha bersama Beflex untuk menyediakan penyelesaian latihan peribadi yang mudah dipakai. SOUL mahu menyediakan generasi baharu teknologi sukan di pasaran, beralih daripada fungsi jejak ke latihan. Malah, usaha tersebut disasarkan ke semua produk A.I kami yang akan datang.

Sebahagian daripada matlamat jalinan kerjasama dengan 11street adalah untuk mendekati rakyat Malaysia yang menjalani gaya hidup lebih sihat secara proaktif dan memenuhi keperluan komuniti tersebut”

Jenny Tay, Ketua Pegawai Pemasaran 11street berkata,

“Kami amat gembira melihat lebih ramai rakyat Malaysia melabur dalam penjagaan kesihatan mereka, berdasarkan jualan 11.11 kami baru-baru ini yang telah melonjakkan kedudukan kategori produk ‘Kesihatan & Kecantikan’ ke tiga kategori utama pembelian pelanggan. Sehubungan itu, usaha kerjasama dengan SOUL Electronics ini adalah pada masa yang tepat dan merupakan langkah strategik pihak kami untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan memperluaskan penyenaraian produk dalam kategori ini.

Kami amat teruja menjadi yang pertama di rantau Asia Tenggara untuk menyediakan RUN FREE PRO BIO, fon telinga kecerdasan pintar pertama dunia, kepada para pelanggan 11street pada jualan 12.12 yang akan datang dan kami menjangkakan langkah penambahan produk di dalam platform kami akan terus menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan pelanggan.”

Fon telinga RUN FREE PRO BIO memaparkan kualiti bunyi terbaik dengan penyahkod stereo apt- X bagi keterhubungan lancar dalam sebarang persekitaran dengan keupayaan fungsi sehingga 11 jam menerusi pengecasan penuh. Fungsi kalis cuacanya juga menyediakan perlindungan daripada peluh dan air, sementara kancing telinga boleh ditukar ganti ergonomik memastikan fon telinga itu sentiasa terletak sempurna dan selesa pada pelbagai saiz telinga.

Tambahan kepada itu, fon telinga berkenaan juga dilengkapi dengan lampu LED keselamatan dan kabel memantul bagi penglihatan yang lebih jelas dan penjagaan keselamatan semasa larian malam.

SOUL terus memperluaskan siri sukan dan gaya hidup mereka, memberi fokus terhadap pembangunan produk Tanpa Wayar Sebenar dan A.I untuk menawarkan penyelesaian audio terbaik industri yang menawarkan kualiti bunyi dan keselesaan terbaik, di samping rekaan bergaya.

Menerusi usaha kerjasama ini, para pelanggan boleh membuat tempahan awal fon telinga RUN FREE PRO BIO secara eksklusif di:

 11street pada harga RM699, dari 4 hingga 12 Disember 2018.

Pelanggan yang membeli fon telinga itu layak menikmati manfaat pertukaran 1-bagi-1 dalam tempoh setahun, tertakluk pada terma dan syarat, serta jaminan lanjutan yang disediakan dengan mengimbas kod QR yang tersedia pada kotak produk.

Didatangkan dengan pilihan warna Power Grey dan Passion Red dengan kepala telinga pelbagai saiz, fon telinga berkenaan sesuai dipakai oleh semua jenis pengguna dan pada sebarang persekitaran larian, menjadikan RUN FREE PRO BIO penyelesaian latihan peribadi mudah dipakai terbaik sepanjang pengembaraan kecergasan anda.

Mulai 4 hingga 31 Disember 2018, SOUL Electronics juga akan menyediakan potongan 20% di kedai mayanya di 11street, tidak termasuk RUN FREE PRO BIO.

Individu yang membuat pembelian fon telinga RUN FREE PRO BIO akan menerima kupon kredit bernilai RM200 setelah membuat pengesahan pembelian. Pelanggan juga boleh mendapatkan produk-produk SOUL terpilih daripada aplikasi Boost pada kadar diskaun 20% dari 4 hingga 31 Disember 2018, sementara stok masih ada.

Di samping itu, 11street juga turut menawarkan pelbagai tawaran dan promosi yang luar biasa untuk pelanggan sempena jualan 12.12 yang akan datang. Bermula pada 5 hingga 10 Disember, para pelanggan akan mempunyai akses kepada Muat Turun Kupon Jenama Khas 12.12 bagi 12 produk utama daripada 12 jenama popular merentasi pelbagai kategori serta Tawaran Jenama sehingga 90%.

Pembeli juga boleh nantikan Promosi Permainan Krismas di 11street, di mana pengguna boleh mendaftar masuk setiap hari untuk mendapatkan kupon. Bukan itu sahaja! 11street juga turut menawarkan Tawaran Kilat dari 11 hingga 14 Disember, serta Tawaran ebaucar dari 18 hingga 20 Disember.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.11street.my/store/soulelectronics

Mengenai SOUL Electronics
SOUL merupakan peneraju dalam sektor elektronik pengguna dan pengilangan global dengan kekayaan sejarah dalam menghasilkan teknologi dan konsep inovatif termasuk produk audio berkualiti tinggi, penyingkiran bunyi dan tanpa wayar. Jurutera bunyi terkemuka dan artis memenangi anugerah Grammy, Chris “Ludacris” Bridges, telah menghasilkan fon telinga SOUL yang pertama bersama-sama. Pasukan kami sentiasa mencabar diri dalam menghasilkan produk audio terbaik pada harga mampu milik. Kami mewakili visi dalam rekaan berpaksikan ciri-ciri inovatif terbaik dengan teknologi akustik terkini, selain penampilan bergaya yang juga boleh ditemui pada produk-produk silam dan masa depan SOUL.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari: http://www.soulelectronics.com

Bagi pertanyaan media berkenaan SOUL, sila hubungi:
Sam Tee
Pengarah SK Gadget Sdn Bhd (Pengedar Sah SOUL di Malaysia)
+016-3676218
skgadgetsb@gmail.com

Mengenai 11street (www.11street.my)
11street merupakan pasaran dalam talian yang boleh dipercayai dan mudah yang menawarkan pelbagai pilihan produk pada harga yang kompetitif. Ia bermatlamat untuk merevolusikan pengalaman membeli-belah dalam talian dengan menjadikannya lebih khusus dan menarik. 11street mempunyai pilihan meluas kategori produk yang terdiri daripada Fesyen, Elektronik, Barangan Keperluan, Kesihatan & Kecantikan, Kanak-kanak & Bayi, Riadah & Sukan, Kediaman & Gaya Hidup serta Buku & Perkhidmatan, termasuk tawaran menarik seperti e-baucar. 11street juga adalah sebuah pasaran yang optimum, yang mana ekosistem pembarangan, pendidikan dan program latihannya mampu memberi sokongan kepada penjual terlibat tanpa mengira saiz perniagaan mereka. Ditubuhkan di Korea sejak tahun 2008, 11street kini merupakan salah satu daripada penyedia pasaran e-dagangan terkemuka dunia dengan 400,000 penjual yang menyediakan khidmat kepada lebih 30 juta pelanggan di seluruh dunia. 11street di Malaysia dioperasi oleh Celcom Planet Sdn. Bhd. – usaha sama diantara Axiata Digital Services Sdn. Bhd., SK Planet Ltd, dan PUC Ventures Sdn. Bhd. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.11street.my

Hubungan media 11street:
Pelf Yeen Chen
+6012 463 8411
pelfyeen@11street.my

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Joanna Ambrose Arcis Communications
+6012 980 3154
joanna@arciscommunications.com

Nurul Atiqah
Arcis Communications
+60 19-234 1115
atiqah@arciscommunications.com

BOTANECO GARDEN Chia Seed Oil and Honey Penyelesaian Kulit dan Rambut Kering

Mengguna ramuan tradisional bersumberkan alam semula jadi, rangkaian Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey ini melembap serta melindungi kulit dan rambut kering agar lebih terurus.

dav

Bertemakan ‘Be A Mess Free Beauty’, majlis pelancaran produk itu diadakan di A Cut Above Academy, Bandar Sunway. Dalam majlis itu, tetamu dan pengamal media serta penulis blog didedahkan dengan cabaran bagaimana menghasilkan ramuan kecantikan secara “DIY” mengguna bji Chia bersama madu melalui tutorial di laman Youtube. Pada masa sama berkongsi akan manfaat kedua-dua ramuan it untuk jenis kulit dan rambut kering hingga normal.

dav

Rangkaian baru Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey ini menawarkan penyelesaian kepada pengguna yang peka terhadap alam sekitar dan mahukan produk penjagaan diri yang lembut serta efektif.

Ia terdiri daripada:

  • syampu Deep Moist and Protect
  • perapi
  • minyak rambut
  • cucian badan
  • losyen
  • krim tangan

Kesemuaya adalah produk penjagaan harian untuk kulit dan rambt. Produk-produk di atas memfokuskan pada ciri-ciri melembap dan melindungi kulit serta rambut dari jenis kering hingga normal.

Diformulasikan dengan 100% minyak biji Chia organik yang disahkan eco dari Jerman untuk memulihara kelembapan semula jadi kulit dan rambut di samping mengekalkan kelembapan dan diperkaya dengan ekstrak madu organik dari Perancis yang tinggi kandungan mineral, vitamin dan anti-oksidan. Kombinasi minyak biji Chia organik yang disahkan 100% eco dan ekstrak madu organik menwarkan tahap lembapan serta hidrasi yang ideal untuk kulit jenis kering dan normal. Ia juga telah diuji dan terbukti secara dermatologi serta tidak diuji ke atas haiwan.

Pengurus Jenama Sendiri, Kesihatan & Kecantikan, Malaysia & Brunei, Guardian Health & Beauty Sdn Bhd., Michelle Yeap menjelaskan bhawa rangkaian produk Organic Chia Seed Oil and Honey dihasilkan untuk menawarkan produk yang berasaskan kepada trend kosmeseutikal global serta memenuhi keperluan pelanggan Guardian di rantau ini.

“Diinspirasikan daripada alam semula jadi, produk yang melembap secara mendalam serta menjadi penyelesaian protektif ke atas kulit dan rambut kering ini sememangnya dimahukan oleh pelanggan kami. Kami sudah mengkaji banyak ramuan yang disahkan eco dan organik sebelum menjumpai kombinasi unik 100% minyak biji Chia dan ekstrak madu organik yang menawarkan tahap lembapan, hidrasi dan manfaat berkesan kepada kulit kering dan normal.

pelanggan tegar kami sukakan prodk kecantikan DIY yang disediakan di rumah tetapi kurang gemar dengan jumlah masa, tenaga dan kos yang terpaksa dihabiskan untuk menghasilkannya. Penyediaan, membersihkan dapur dan kemudiannya mandi memang memenatkan! Risiko juga ada jika mereka mengguna resipi yang salah di mana nisbah ramuan tidak memberikan hasil yang diingini.

Untuk rangkaian produk Organic Chia Seed Oil and Honey“, Botaneco Garden menawarkan kebaikan dua ramuan bagi memberikan produk penjagaan diri yang mampu milik serta berkesan ke atas jenis kulit kering kepada pengguna. Ia telah diuji dan terbukti secara dermatologi, jadi anda boleh jadi lebih cantik dengan mudah. Gunakan terus dari botol atau tiub dan ia cukup lembut untuk keguaan setiap hari.”

Mereka yang hadir pada majlis pelancaran produk itu juga berpeluang merasai sendiri manfaat produk menerusi sesi cucian rambut, perapian dan kering seperti di salon. Sebelum diikuti oleh sesi merias kuku dan urutan tangan yang disediakan oleh pasukan profesional di A Cut Above Academy.

“Sebelum majis ini bermula, kami telah mencuba syampu, perapi, minyak rambut, losyen badan dan krim tangan Botaneco Garden Organic Chia Seed oil and Honey. Hasilnya sangat mengagumkan. Syampu ini tidak mengeluarkan buih yang banyak. Ini bagus kerana buih boleh menghilangkan minyak semula jadi rambut dan membuatkannya menjadi kering. Perapi membuatkan rambut lebih mudah diurus adan mengurangkan kerinting halus. Minyak rambut pla membuatkan rambut mudah digayakan dan tidak berat.” kata Ketua A Cut Above Academy, Peter Wang.

Rangkaian produk Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey ditawarkan pada harga bermula RM9.34 untuk krim tangan Deep Moist and protect hingga RM18.77 untuk syampu, perapi, mandian dan losyen badan Deep moist and Protect.

Semua produk ini boleh didapati di semua kedai Guardian di seluruh negara dan melalui e-stor Guardian: www.guardian.com.my

Maklumat lanjut, layari: http://www.botanecogarden.com/en-my/ atau @mybotanecogarden di IG.

BABY KOALA Jadikan Penyimpanan Susu Ibu Lebih Teratur

Jenama bayi baru di Malaysia ini membantu ibu-ibu menyusu meyimpan susu dengan lebih mudah dan teratur

Ia sejajar dengan tagline Baby Koala dalam menjadikan kehidupan ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi menyimpan susu dengan lebih mudah.

PA235346

Label Botol Baby Koala merupakan produk genius yang pernah dihasilkan menjadikan penyimpanan susu ibu lebih teratur.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Label Botol Baby Koala direka secara unik dengan menggunakan silikon gred makanan yang berkualiti tinggi, terutamanya untuk melabelkan botol penyimpanan susu dan botol bayi untuk meringankan beban ibu-ibu yang sering mencabut dan mencuci kesan label kertas sticker atau mencuci dakwat marker pen pada botol susu atau bekas makanan.

Ia adalah suatu produk yang amat penting bagi setiap ibu menyusu yang menggunakan botol sebagai pilihan untuk penyimpanan susu. Sama ada anda sedang mengepam semasa waktu bekerja atau hanya di rumah, Label Botol Baby Koala membolehkan anda melabel botol dengan nama, tarikh dan kandungan tanpa sebarang masalah untuk mengelakkan campuran. Tulis, basuh dan tulis semula sekerap yang anda suka.

Disasarkan kepada kebanyakan ibu yag menyusu, label ini membantu mereka untuk menjadi lebih bersedia dan teratur. Dengan alat yang betul, penyimpanan susu ibu jauh lebih mudah dan momen-momen menyusukan bayi menjadi lebih tenang dan aman.

Label Botol Baby Koala ini bukan sahaja boleh digunakan pada botol penyimpanan susu badan tetapi boleh digunakan untuk cawan sippy, botol air dan bekas makanan kecil dan sebagainya. Label yang menarik dan berwarna-warni ini boleh ditulis semula, boleh dibasuh & boleh digunakan semula untuk kegunaan harian.

Setiap pek mengandungi EMPAT keping Label Botol Baby Koala dan 1 pen marker. Produk ini juga memberi manfaat kepada semua peringkat umur dan sesuai untuk penjagaan harian, tadika, sekolah, semasa bersukan dan juga di pejabat.

Keistimewaan Produk

  • Boleh digunakan dengan mana mana pen marker. Mudah dipadam dengan air
  • Sangat elastik dan fleksibel
  • Dihasilkan daripada silicon gred makanan bekualiti tinggi yang bebas daripada BPA, BPS, PVC dan Phthalate
  • Produk mesra alam dan tidak toksik. Mudah dan menjimatkan
  • Boleh dimasukkan di dalam sterilizer, dishwasher dan microwave
  • Sangat disyorkan untuk setiap kanak kanak. Sesuai untuk ibu-ibu menyusu untuk melabelkan botol simpanan susu, susu formula untuk mengenalpasti botol bayi, sippy cup dan botol air terutamanya di pusat penjagaan anak, tadika dan sekolah
  • FDA Amerika Syarikat diluluskan

Cara Penggunaan Label Botol Baby Koala

  1. Masukkan Label Botol Baby Koala pada botol
  2. Tulis pada label menggunakan pen marker yang disediakan atau mana-mana permanent marker pen. Tunggu selama beberapa saat untuk membiarkan dakwat kering sebelum menggunakannya
  3. Jika memanaskan botol di dalam air, pastikan lap label perlahan-lahan supaya tulisan tidak hilang
  4. Selepas mencuci label, jika ingin menulis semula dengan serta merta, pastikan label kering dengan mengelapnya dengan tuala kering
  5. Untuk menghilangkan tulisan, hanya perlu bilaskan label dengan air dan gosok atau lap dengan span
  6. Untuk penggunaan chiller bag dengan pek ais, pastikan botol simpanan susu diletakkan dalam ziplock bag secara individu bagi mengelakkan kelembapan yang boleh menyebabkan tulisan hilang

Label Botol Baby Koala berharga RM49.90 dan setiap pek mengandungi 4 keping label botol dan 1 pen marker.

Baby Koala kini menjadikan hidup ibu lebih mudah!

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari: