Miliki Wajah Mulus Dengan DUA Esen Baharu SYAHIRAH Korean Secrets

Dua esen terbaharu itu adalah Hydra Soft Dewy Moist Essence dan White Glow Snowy White Essence.

IMG_20190430_153253

Ia bakal membantu kulit anda tampak licin, gebu dan mulus persis artis-artis wanita Korea yang dinobatkan antara yang tercantik di dunia

IMG_20190430_154832

Terkini, trend kecantikan di Korea membuktikan betapa halus dan mulusnya kulit bintang-bintang di Korea dan ianya bukanlah daripada hasil solekan yang tebal, tetapi daripada efek Glass Skin yang mampu menyerlahkan kecantikan dan keserian kulit mereka.

Trend Glass Skin menjadi semakin tular dan terkenal kerana pastinya semua wanita mahukan kulit yang kelihatan sihat dan tidak kusam, sekaligus menyerlahkan kejelitaan mereka.

Bagi mendapatkan kulit secantik ini, semestinya regim penjagaan wajah yang betul diperkatakan, maka penggunaan 8 atau 10 produk atau kaedah dalam penjagaan kulit wajah wanita – wanita Korea tidak asing lagi.

Oleh itu, penggunaan esen tidak pernah diketepikan kerana mereka mempercayai ia dapat membantu kulit menjadi lebih sihat, anjal, lembap dan licin, serta dapat meratakan tona kulit sehingga bintik hitam makin berkurangan.

Serlahkan Kulit Licin, Gebu dan Lembut Dengan Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence

Syahirah memahami kehendak wanita Malaysia yang mahukan kulit yang bersih dan licin dengan kelembapan yang mencukupi. Oleh itu, ia memperkenalkan Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence dengan pati Tri-Flower Essence, rahsia kulit cantik persis bintang Korea.

Dihasilkan daripada sumber bunga-bungaan dari Pulau Jeju, Korea, pati Tri-Flower Essence ini terdiri daripada tiga ramuan penting:

  1. Bunga Ginseng yang membantu menyegarkan kulit dengan menyeimbangkan minyak pada kulit muka serta mencerahkan tona kulit
  2. Bunga Teh Hijau yang tinggi dengan ramuan anti-oksida membantu menentang radikal bebas sambil melembapkan dan mencerahkan kulit
  3. Bunga Chamomile membantu mengurangkan iritasi pada kulit dan membantu meratakan tona kulit agar tampak sekata.

Kekalkan hidrasi pada wajah dan dapatkan efek Glass Skin dengan mudah dengan Syahirah Hydra Soft Dewy Moist Essence. Katakan selamat tinggal kepada kulit kusam kerana anda kini pemilik kulit yang sihat, licin dan lembut.

Kuasai Kulit Lebih Cerah Berseri Dengan Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy White Essence

Sementara itu, untuk memiliki kulit lebih cerah berseri, Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy White Essence merupakan solusi untuk wajah polos seperti bintang K-pop kesayangan anda.

Esen ini dapat membantu meratakan tona kulit yang tidak sekata agar kelihatan lebih licin dan halus. Bukan itu sahaja, ia dapat menghalang pembentukan tompok gelap disamping melembapkan kulit wajah. Hasilnya, tampil secantik jelitawan Korea di pentas arena dengan esen hebat ini.

Syahirah White Glow Snowy White Essence juga mengandungi Tri-Flower Essence dalam formulasinya, dengan intipati daripada bunga-bungaan yang terdapat di Pulau Jeju.

Esen ini mengandungi:

  • intipati bunga Cherry Blossom, yang diperkaya dengan anti-oksidan dan juga membantu melegakan kulit serta mengurangkan kemerahan dan kesan iritasi
  • intipati Camellia memberikan kelembapan yang diperlukan
  • intipati bunga Lotus membantu menyihatkan dan mencerahkan kulit.

Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence dan Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy White Essence boleh didapati pada harga runcit RM39.90 setiap satu di semua rangkaian farmasi terkemuka dan semua pasar raya terpilih seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, layari: