OPPO F5 6GB Merah Bergaya & Berkilau Dengan Kristal Swarovski

Wow merahnya Oppo F5 baharu ni! Bukan sahaja berseri-seri tapi bertambah berkilau dengan sarungnya yang bertatatahkan kristal Swarovski. Setiap pebelian Oppo F5 ini juga, anda bakal menerima Kotak Hadiah Edisi Terhad untuk Edisi Merah.

IMG20171206123950

OPPO Malaysia sekali lagi memperkenalkan rangkaian telefon terbaharu iaitu OPPO F5 6GB yang boleh didapati dalm 2 (Dua) varian iaitu Hitam & Merah.

Menariknya, OPPO telah mereka kotak hadiah Edisi Terhad yang anggun berona merah terang yang turut mengandungi satu arung telefon bertatahkan kristal Swarovski. Memangkan ia adalah Edisi Terhad, maka ia hanya ditawarkan kepada 1,000 pelanggan pertama yang membuat pra-pesanan bermula 6 Disember lalu.

OPPO F5 menawarkan pilihan konfigurasi 6GB RAM dan 64GB ROM untuk pengalaman permainan, bertukar antara aplikasi, penstoran dan pengalaman operasi yang lebih lancar secara menyeluruh yang bleh dinikmati oleh pengguna dalam masa sama tidak perlu khuatir akan masalah kekurangan memori mahupun penstoran.

Sama seperti model OPPO F5, model F5 6GB ini ditwarkan dengan pemproses Octa-core yang memberikan kelajuan prestasi lebih tinggi untuk pengalaman permainan terunggul.

“Kami begitu teruja untuk memperkenalkan OPPO F5 6GB kepada pasaran Mlaysia, ia didatangkan dengan 6GB RAM dan 64 ROM yang lebih tinggi, sekali gus membolehkan pengguna menyimpan lebih banyak swafoto semula jadi, muzik dan fail disamping mendapatkan pegalaman peralihan di antara aplikasi yang lebih lancar dan pantas.”

-Ken Ng, Pengurus Produk bagi OPPO Malaysia

Varian OPPO F5 6GB rona merah begitu memukau dan bergaya manakala hitam kelihatan elegan serta canggih. Persamaan kedua-dua rona ini adalah ia sesuai dipadankan dengan sebarang pakaian. Apabila digabungkan dengan kemasan depan berwarna hitam atau merah pastinya menyerlahkan aura sofistikated OPPO F5 6GB ini.

Pengumuman OPPO mengenai kerjasama bersama Swarovski menandakan satu lagi langkah untuk terus mewujudkan keseronokan telfon ini.

Menurut Nikki Chen Lu, Pengarah Penjenamaan bagi OPPO Malaysia:

Kedua-dua telefon ini diminati oleh golongn mua yang secara kebetulannya turut menjdi penaja pertunjukan fesyen Victoria’s Secret baru-baru ini yang menjadi ikutan generasi muda yang mementingkan fesyen dan trend terkini. Perkongsian ideal ii akan melahirkan satu sarung telefon eksklusif yang bertatahkan kristal Swarovski.”

Sempena pelancaran OPPO F 6GB Edisi Merah, sebuah kotak edisi terhad telah direka khas sebagai ganjran buat 1,000 pelanggan pertama yang membuat pra-pesanan. Kotak hadiah itu didatangkan dengan sarung telefon bertatahkan kristal Swarovski.

Pelakon Neelofa telah dilantik sebagai Duta produk OPPO F5 6GB Edisi Merah. Beliau berkongsi mengenai telefon ini semasa lawatannya ke Shanghai dan dalam masa sama menghadiri pertunjukan fesyen Victoria’s Secret yang ditaja ecara rasmi oleh OPPO.

Sepanjang di pertunjukan fesyen itu, Neelofa berkongsi gambar swafoto bersama Angeles Victoria Secret sekali gus memperkenalkan dirinya sebagai Duta OPPO F5 6GB Edisi Merah. Dengan semangat dan personaliti beliau, memang sesuai dijadikan duta jenama itu.

Sebagai Duta OPPO F5 6GB Edisi Merah dan Rakan kepada Swarovski di Malaysia, saya teruja dengan perkongsian ini. Saya berharap mendapatkan salah satu daripda sarung edisi terhad ini kerana ia pasti menjadi satu kenyataan fesyen yang berani! Satu telefon merah bersarungkan kristal Swarovski-ia pasti menjadi satu daya tarikan unik.

Satu lagi perkara yang benar-benar mengujakan saya adalah rona merahnya yang anggun. Ia adalah warna yang cantik sesuai dipadankan dengan pakaian saya membuatkan saya rasa bergaya. Merah adalah varian yang sangat mengagumkan dan sering dilihat seksi, bersemangat dan sedikit nakl. Inilah cara saya menjalani kehidupan saya.”

-Neelofa

OPPO F5 6GB juga dilengkapi denan mod medan jelas, iaitu fungsi baru yang memberi sentuhan professional kepada swafoto hasil gabungan kamera hadapan 20MP dan Teknologi Pengecaman Kecantikan A.I yang hebat diperkatakan dn menghasilkan swafoto berkualiti premium.

Teknologi Pengecaman Kecantikan A.I

Selain dilengkapi dengan kamera hadapan 20MP, ia dipadankan dengan apertur f/20 dan Teknologi Pengecaman Kecantikan A.I yang mengumpulkan maklumat serta mempelajari ciri-ciri khusus wajah orang daripada pangkalan data imej dunia wajah manusia. Jurugambar dan arti solekan profesional dirujuk semasa proese Penyelidakn & Pembangunan menghasilkan teknologi A.I yang mempunyai keunikan unik untuk mencontohi kemahiran profesional yang dapat membntu swafoto kelihatan lebih menarik.

Teknologi itu juga apat mengesan tona kulit dan jenis, jantina dan usia, memadankan dengan pangkalan datanya seterusnya membuat peningkatan kecantikan yang dikhususkan untuk setiap individu dalam swafoto. Dengan lebih 200 ciri wajah yang diimbas, teknologi A.I mampu mengesan wajah secara terperinci dan memperbaiki swafoto anda.

‘OPPO sentiasa komited dalam menampaikan teknologi swafoto terkemuka di dunia untuk menikmati kemudahan dan mempunyai pengalaman fotografi swafoto yang terbaik. Dengan OPPO F5 6GB, pengguna boleh menangkap swafoto yang terbaik dalam apa jua keadaan.”

-William Fang, Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia.

OPPO F5 6GB dilengkapi dengan:

  • Paparan Penuh 6 inci FHD+paparan
  • mempunyai skrin resolusi tinggi 2160×1080 dengan nisbah aspek 18:9
  • Facial Unlock, teknologi pengenalan muka baru yang akan mengenali penggunanya dan mengaktifkan telefon

F5 dan F5 Youth juga dari rangkaiana siri F5 telah mencatat kejayaan besar sejak ia dilancarkan. Pra-pesanan rangkaian ini melebihi pendahulunya iaitu Pakar Selfie, F1 sehingga empat kali ganda dalam tempoh 9 hari selepas diperkenalkan sekali gus mencipta rekod jualan baharu dalam sejarah OPPO Malaysia.

Tempoh pra-pesaan OPPO F5 6GB Edisi Merah bermula pada 6 Disember di Kedai Konsep OPPO dan laman rasmi OPPO.

Cepat buat pesanan jikan anda ingin memiliki kotak hadiah edisi terhad.

Maklumat lanjut:

www. oppo.com/my/index.html

www.facebook.com/malaysiaoppo/

 

Telefon Dwi Kamera MEIZU M6 Note Kini di Malaysia

Jika anda sedang mencari-cari telefon pintar terbaru namun bajet yang ada di di bawah RM1,000, maka Meizu M6 jawapannya.

Group Photo (2)

Meizu, sebuah syarikat pengeluar elektronik konsumer dan telefon pintar terkemuka mengumumkan kehadiran Meizu M6 Note di Malaysia

meizu_m6_note_story_1503487482266

Meizu M6 Note adalah telefon pintar pertama dari Meizu yang menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon. Tambahan pula dengan skrin 5.5-inch yang luas, dwi-kamera di belakang dan juga bateri besar dengan sokongan cas pantas – ini adalah telefon dibawah RM 1000 yang paling berbaloi di pasaran sekarang!

PRESTASI TINGGI DENGAN SNAPDRAGON 625

Dinobatkan sebagai Superstar berharga kurang dari RM 1,000 – M6 Note dikuasai oleh cip pemprosesan lapan-teras Qualcomm Snapdragon 625 dengan kelajuan 2.0GHz. Model ini adalah model pertama buatan Meizu yang menggunakan cip Qualcomm yang jimat tenaga ini. Dengan menggunakan proses pembinaan 14 nanometer LLP terbaru, ia membolehkan M6 Note menggunakan kuasa yang sedikit, sekaligus menawarkan jangkahayat bateri yang panjang. Ditambah pula dengan GPU Adreno 506 yang menawarkan 71% kecekapan lebih baik dari generasi terdahulu – ini bermaksud Meizu M6 Note meyokong lebih banyak aplikasi game untuk pengalaman yang lebih unggul.

NYAHKUNCI DALAM MASA 0.2 SAAT

Paparan LTPS 5.5-inci dengan resolusi 1920 x 1080 pixel telah digabungkan dengan badan ‘unibody’ logam dan bahagian tepi yang telah di-camfer-kan. Nisbah kontras skrin sebanyak 1000:1 pula menjaminkan apa yang dipaparkan jelas, terang dan nyata.
Butang Meizu mBack di bahagian hadapan berfungsi sebagai sensor cap jari yang boleh mengnyah-kunci M6 Note dalam masa 0.2 saat! Butang mBack ini juga menyokong sistem pembayaran AliPay untuk kemudahan pembayaran dan juga sebagai sekuriti tambahan untuk setiap transaksi di M6 Note.

DUA KAMERA UNTUK GAMBAR BERKUALITI TINGGI

Fotografi dengan Meizu M6 Note adalah baik sekali. Sistem dwi-kamera M6 Note menggunakan sensor 12-megapiksel Sony IMX362 dengan apatur f/1.9, saiz pixel sebesar 1.4um dan lensa 6P; ia disertakan sekali dengan sensor 5-megapiksel Samsung 2L7 sekunder. Kamera belakang menggunakan sistem autofokus Dual Phase Detection yang boleh memfokus selaju 0.03 saat untuk memberikan prestasi kamera yang terbaik untuk kelasnya.

Lampu denyar 4-LED dwi-warna pula disemadikan di garisan antena, yang menghasilkan sumber cahaya yang terang dan tampak semula jadi untuk gambar di kala cahaya yang kelam.

Meizu M6 Note mempunyai algoritma dari Acrsoft yang mengoptimumkan bokeh dwi-kamera dan menggunakan fungsi pengurangan bunyi semasa cahaya yang malap. Kedua-dua fungsi ini meningkatkan kualiti bokeh dan gambar dengan ketara.
Untuk swafoto yang menawan hati, M6 Note mempunyai kamera 16-megapiksel dengan apatur f/2.0 di bahagian hadapan. Apabila digabungkan dengan algoritma kecantikan dari Arcsoft, warna kulit yang semulajadi dan juga tekstur yang menawan kini lebih terserlah. Tambahan pula, Flyme OS hadir dengan beratus-ratus pelekat kamera, untuk mencantikkan gambar yang diambil sebelum dikongsi bersama.

BATERI YANG MENGAGUMKAN DENGAN SOKONGAN CAS PANTAS 18W

Meizu berjaya memuatkan bateri sebesar 4,000mAh ke dalam badan M6 Note yang boleh bertahan selama 10 jam secara berterusan apabila memainkan game. Peranti cekap kuasa ini juga datang dengan pengecas pantas mCharge 18W untuk mengcas M6 Note. Telefon pintar ini menggunakan Flyme 6 dengan One Mind AI Meizu yang telah dibina berdasarkan Android 7.1.2 Nougat. Ia mempunyai dua slot SIM, 4G LTE, Bluetooth 4.2 dan juga Wi-Fi 802.11a/b/g/n.

HARGA DAN KETERSEDIAAN

Model terbaru Meizu ini tersedia di dalam empat warna:

  • Moonlight Silver
  • Champagne Gold
  • Blue
  • Obsidian Black.

Ia mempunyai 3GB RAM dan 32GB storan dalaman dan kini dijual dengan harga RM899 di Malaysia. Meizu M6 Note akan dijual di kedai-kedai jenama Meizu dan juga rakan e-dagang seperti Lazada dan Shopee.

Meizu juga akan menjual Meizu M6 untuk para peminat di Malaysia yang inginkan peranti yang lebih kompak. Meizu M6 akan dijual dengan harga RM 599 apabila ianya dilancarkan dengan rasmi tidak lama lagi.

Perbandingan diantara Meizu M6 Note dan Meizu M6 boleh dilihat dibawah:

  • MEIZU M6 NOTE MEIZU M6
  • DISPLAY 5.5-INCH 1080 x 1920 PIXELS 5.2-INCH 720 x 1280 PIXELS
  • CHIPSET QUALCOMM SNAPDRAGON 625 MEDIATEK MT6750
  • CPU OCTA-CORE 2.0 GHZ OCTA-CORE 1.5 GHZ
  • MEMORY CAPACITY 3GB RAM + 32GB ROM 3GB RAM + 32GB ROM
  • CAMERA REAR: 12 MP F1.9 + 5 MP F2.0
  • FRONT: 16MP F2.0 REAR: 13 MP F2.2
  • FRONT: 8MP F2.0
  • BATTERY 4000 MAH 3070 MAH
  • OS FLYME UI 6.0 BASED ON ANDROID 7.1.2 NOUGAT FLYME UI 6.0 BASED ON ANDROID 7.0 NOUGAT
  • BODY DIMENSION 154.6 x 75.2 x 8.4 MM 148.2 x 72.8 x 8.3 mm
  • WEIGHT 173 GRAMS 143 GRAMS

Selepas tiga bulan di pasaran, Meizu Malaysia telah menerima sambutan yang menggalakkan untuk siri Meizu Pro 7. Kebanyakan pengguna tertarik dengan rekabentuk dwi-skrin unik Pro 7.

Sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan, Meizu Malaysia telah mengurangkan harga jualan untuk Pro 7 dan Pro 7 Plus ke RM1,499 dan RM 2,399 yang membolehkan lebih ramai pelanggan setia untuk memiliki model-model ini.

Harga terbaru ini akan dikemaskinikan di kesemua kedai-kedai jenama Meizu di seluruh negara. Ianya juga boleh dibeli dalam talian melalui rakan e-dagangan rasmi Meizu Malaysia seperti Lazada dan Shopee.

Untuk maklumat lanjut:
Meizu Malaysia official Hotline: 03-8023 2100
Meizu Malaysia official Website: https://www.meizu.com/en/
Meizu Malaysia official Facebook: http://www.facebook.com/meizumyofficial

TRONSMART Perkenal 4 Produk Pengecas Terpantas Yang Terbaru

Adanya produk aksesori QUICK CHARGE ini di pasaran Malaysia sekarang, mereka yang selalu travel mahupun on-the-go tidak perlu lagi bimbang akan masalah kehabisan bateri telefon

Photo_2

Tronsmart, pengeluar aksesori telefon pintar terkemuka, kini dengan rasminya telah memasuki pasaran Malaysia.

IMG20171218154011

Tronsmart memperkenalkan produk-produk terbaru mereka untuk pasaran tempatan:

  • Titan Plus 90W Multi-Port USB Charger
  • BRIO 20,100 mAh PD Power Bank
  • AIRAMP Dual Coil Wireless Charger
  • W2DT Wall Charger

Produk-produk Tronsmart direka khusus untuk menyenangkan kehidupan pengguna, dengan memperkenalkan produk-produk yang berkualiti tinggi. Dengan hadirnya teknologi baru, Tronsmart tampil ke hadapan untuk memberikan pengalaman yang tiada bandingan di dalam pasaran aksesori mudah alih.

“Tronsmart telah berkembang dengan pesat di luar negara China sejak kebelakangan ini. Dengan kerjasama pengedar kami, Kconnection Technology Sdn Bhd, pengguna di Malaysia kini boleh membeli produk-produk Tronsmart di mana-mana kedai IT kegemaran mereka seperti di KLCC, IOI City Mall dan lain-lain lokasi. Selain itu, barangan Tronsmart juga boleh dibeli di dalam talian melalui rakan e-dagang kami seperti Lazada, Shopee, 11Street dan Lelong.

Tronsmart ingin menjadi jenama Quick Charge terunggul di Malaysia dengan menawarkan produk bermutu tinggi, jenama yang terkenal dan juga servis lepas-jualan yang bagus untuk pelanggan kami.”

-Alice Wu, Pengarah Jualan Kanan, Tronsmart Malaysia.

“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Tronsmart kerana telah memasuki pasaran Malaysia secara rasmi. Produk mudah alih mereka sangat inovatif, yang menggunakan teknologi Quick Charge dari Qualcomm,”

-Goh Thih Liang, Pengurus Negara, Qualcomm Malaysia dan Filipina.

Tronsmart bakal mengumumkan produk baru yang menggunakan teknologi Quick Charge 4.0 dari Qualcomm di 2018. Selain itu, produk yang menggunakan teknologi cas tanpa wayar dan juga tenaga solar bakal  dilancarkan. Untuk audio pula, produk yang menggunakan teknologi Bluetooth 5.0 dan Amazon Alexa akan hadir ke pasaran dunia pada masa yang sama.

U5TF TITAN PLUS 90W MULTI-PORT DESKTOP CHARGER DENGAN TEKNOLOGI QUICK CHARGE 3.0, HUAWEI FCP DAN VOLTIQ

Dengan jumlah output sebanyak 90W, pengecas meja Tronsmart U5TF Plus mempunyai lima port pengecas USB-A yang menyokong teknologi pengecas pantas Qualcomm Quick Charge 3.0. Telefon pintar yang menyokong Quick Charge 3.0 termasuklah Xiaomi Mi 6, HTC U11, LG G6, Nokia 8 dan banyak lagi.

Titan Plus boleh mengesan peranti yang tersambung untuk mengecasnya dengan teknologi VoltiQ dan juga menyokong teknologi pengecasan pantas Huawei FCP. Untuk peranti biasa, ia boleh mengecas dengan output maksimum 2.4A dan juga perlindungan pelbagai lapisan untuk memastikan peranti anda selamat.

Tronsmart U5TF Titan Plus Desktop Charger akan ke pasaran Malaysia mulai 25 Disember dengan harga RM 209.

TRONSMART BRIO 20100MAH PD POWERBANK

Power bank Tronsmart Brio 20,100mAh mempunyai dua port USB Type-A dengan teknologi VoltiQ dan juga port USB Type-C yang menyokong protokol Power Delivery 2.0 yang boleh menyalurkan sehingga 30W untuk peranti yang menyokong protokol ini seperti Apple MacBook, iPhone 8 dan 8 Plus, iPhone X, Nintendo Switch dan sebagainya.
Tronsmart Brio juga boleh mengecas sehingga tiga peranti secara serentak dengan output maksimum sebanyak 54W, yang tidak boleh ditandingi oleh pengeluar yang lain. Power bank ini menggunakan sel bateri dari LG, yang mempunyai kualiti yang tinggi dan selamat untuk digunakan.

Brio 20,100mAh boleh didapati di pasaran Malaysia dari Januari 2018 dengan harga RM 329.

AIRAMP DUAL COIL WIRELESS CHARGER

Inovasi adalah sinonim dengan Tronsmart, dan AirAmp Dual Coil Wirless Charger adalah salah satu produk yang berinovatif tinggi kerana rekabentuknya yang ergonomik dan juga keupayaan untuk mengecas pantas tanpa wayar.

AirAmp boleh digunakan dengan pelbagai model telefon pintar di pasaran yang menyokong pengecasan tanpa wayar – dari Android sehinggalah iPhone yang terkini, termasuklah Samsung Galaxy S7, S7 Edge, S8, S8 Plus, Note 8 dan sebagainya. Ianya jugamenyokong produk Apple seperti iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X.

Pengguna tidak perlu risau kerana pengecas tanpa wayar AirAmp dilengkapi dengan lubang penyejuk di belakang untuk menyejukkan pengecas ini. Walaupun ianya mengecas dengan pantas, prestasinya telah dioptimumkan untuk penggunaan am.

Pengecas ini juga mempunyai perlindungan pelbagai lapisan yang melibatkan perlindungan lebih-pengecasan, perlindungan lebih-voltan, perlindungan lebih semasa dan juga perlindungan litar pintas.

AirAmp juga boleh digunakan dengan telefon pintar yang menggunakan casing, jadi telefon boleh dicas tanpa membuka casing.

AirAmp Wireless Charger kini dijual di pasaran Malaysia dengan harga RM 199.

W2DT 48W USB WALL CHARGER

Dinobatkan sebagai pengecas dinding paling berkuasa, Tronsmart W2DT hadir dengan teknologi USB Power Delivery dan sokongan Qualcomm Quick Charge 3.0 dan VoltiQ. Ia boleh digunakan dengan pelbagai sambungan, termasuklah USB Type-C dan Micro-USB.
Quick Charge 3.0 yang terbina dalam boleh mengecas 4 kali lebih pantas dari pengecas biasa, dan 40% lebih pantas dari teknologi Quick Charge 2.0.

Port USB Type-C Power Delivery menyalurkan 30W untuk mengecas peranti yang disambungkan. Jumlah watt yang tinggi membolehkan peranti anda dicas dengan lebih pantas. Ia boleh digunakan untuk mengecas MacBook, Google Chromebook Pixel, iPad Pro dan sebagainya.

Port USB dengan Qualcomm Quick Charge 3.0 dan teknologi VoltiQ pula boleh mengesan jumlah tenaga yang diperlukan untuk setiap peranti yang disambungkan. Ia sesuai untuk peranti yang menyokong Quick Charge 3.0 seperti Samsung Galaxy Note 8 dan juga peranti lain seperti iPhone.

W2DT USB Wall Charger akan tiba di Malaysia pada Januari 2018 dengan harga RM 179.

Kesemua produk Tronsmart boleh dibeli di kedai dalam talian yang berikut:
● Lazada: http://www.lazada.com.my/tronsmart-official-store/
● 11Street: http://www.11street.my/store/tronsmart
● Lelong.com.my: http://www.lelong.com.my/merchant/tronsmart.htm
● Shopee: https://shopee.com.my/tronsmart.my
Selain itu, produk Tronsmart juga boleh didapati dari kedai IT dan elektronik terkemuka yang tertera di bawah:
● Flash Gadgets (Foto Flash)
● iGadget
● All IT Hypermarket
● Mac Studio
● My Chameleon
● Telstar
● Sun Global Concept Store

Untuk maklumat lanjut, hubungi :
-Tronsmart Malaysia official Hotline: 03-74979621
-Tronsmart Malaysia official Website: malaysia.tronsmart.com
-Tronsmart Malaysia official Facebook: http://www.facebook.com/tronsmartmalaysia