Nak Kediaman Mesra Insta Sepanjang Hari Raya? Ikuti Tips Dari IKEA

Beberapa hari lagi nak sambut lebaran Aidilfitri yang sememangnya dinanti-nantikan. Ia sinonim dengan juadah enak, pertemuan antara keluarga dan sahabat karib, serta suasana meriah.

Dengan baju raya baru yang berseri-seri, kita pastinya sudah bersiap sedia untuk sesi swafoto (selfie) dan swafoto bersama (wefie)!

Jangan lupa berikan juga ‘pakaian baru’ pada kediaman sempena Aidilfitri ini untuk mencipta latar belakang sempurna bagi menangkap memori terindah!

Rumah yang dihiasi dengan sempurna akan memeriahkan lagi suasana perayaan serta memberikan anda peluang untuk’menangkap’ detik yang paling sempurna untuk dikongsi dengan setiap kenalan anda.

Berikut adalah TIGA tip yang cepat dan mudah untuk membantu menjadikan rumah anda mesra Insta buat Aidilfitri ini:

1. Serlahkanlah keenakan air tangan anda dengan susunan flat lay
Align slide 11-15 and crop to 3:4 ratio 
max 2732◊2048 pix, highres JPG

Selepas berjam-jam di dapur, akhirnya tibanya masa untuk mempersembahkan air tangan anda kepada keluarga dan tetamu. Selepas menyusun aturkan makanan pada meja, gunakanlah kaedah fotografi flat lay untuk menangkap memori ini untuk dikongsi Bersama mereka yang tidak dapat hadir. Tunjukkan kepada mereka apa yang telah mereka ketinggalan – juadah Raya seperti rendang, lontong dan ketupat yang disediakan anda!

PH145430

Serlahkanlah keunggulan fotografi anda dengan menggunakan kain dan selendang meja berwarna terang bagi menghasilkan foto yang menakjubkan. Satu lagi tip adalah mencipta dalam foto anda lapisan dengan pinggan-pinggan yang berbeza rona warna dan saiz untuk mendapatkan kesan yang diinginkan.

Untuk pengalaman makan malam yang lain, anda boleh menggunakan landas cincang sebagai pinggan. Anda boleh menggunakannya untuk menyajikan kuih-muih seperti mana cara persembahan makanan di kafe. Bagi mewujudkan hiasan yang anggun, kutleri perak yang berhiasan boleh digunakan untuk menjadikan juadah anda nampak lebih membangkitkan selera!

HyperFocal: 0

Juadah yang enak harus dipadankan dengan set makan malam yang sofistikated bagi menyerlahkan rasa enaknya. Oleh itu, susunkan kuih raya yang berwarna-warni pada bekas hidangan FÖRÄDLA tiga tingkat bagi menangkap foto gaya flat lay yang cantik. Selain itu, meja BJURSTA boleh dipanjangkan untuk memuat lebih banyak

makanan (atau hiasan meja).

Sebgai kemasan akhir, terapkan tumbuh-tumbuhan tiruan berpasu FEJKA serta lilin BLOMDOFT bagi mempercantik lagi meja makan anda. Ambillah foto-foto gaya flat lay yang paling hebat, sebelum semua juadah anda hilang dalam sekelip mata!

2. Hasilkan titik fokus dalam ruang tamu anda

PH149150
Ruang tamu sememangnya bilik yang paling mesra semasa Aidilfitri. Oleh sebab ramai ahli keluarga dan rakan karib akan berkumpul di ruang ini, ia pastinya akan menjadi latar belakang bagi banyak foto yang diambil.

Sebagai permulaan, anda boleh menghasilkan latar belakang yang mesra foto melalui penggunaan warna terang serta pelbagai bentuk dan jalur yang tajam. Dalam foto diatas, katil sofa & meja sisi FLOTTEBO dijadikan titik fokus disebabkan warnanya yang terang serta jalurnya yang cantik. Apabila dipadankan dengan dinding berwarna cerah, ia akan mewujudkan kontras menarik yang mampu menarik perhatian.

Akhirnya, penerapan corak menarik melalui hiasan lembut seperti sofa dan langsir dapat memberikan gaya kepada rekaan peribadi anda! Contohnya, anda boleh memadankan sofa atau kerusi berwarna tunggal dengan sofa NEDJA bagi menghasilkan kontras warna yang mampu menyerikan lagi suasana. Kusten juga dapat berfungsi sebagai asas di lantai untuk mencipta kesan layering dan menjamin keselesaan semua tetamu.

3. Gunakan lapisan pelbagai tekstur untuk mencipta kesan kedalaman

PH141443

Penggabungan pelbagai tekstur dan bahan merupakan satu lagi cara mudah untuk memberikan lapisan kepada rekaan dalaman anda. Pemilihan trend terkini yang berdasarkan tekstur industri dan artisan pasti akan menjadikan kecantikan rumah anda buah mulut di kalangan kawan anda.

Barangan kayu dengan kemasan semula jadi, rotan serta tumbuh-tumbuhan semula jadi juga dapat menghasilkan rona warna yang mampu melembutkan suasana rumah anda, sekaligus memberikan daya tarikan kepadanya.

Bagi menghasilkan kesan layering, mulai dengan permaidani TÅRBÄK sebagai asas. Selain memberi keselesaan kepada kaki anda, ia juga amat sesuai untuk dipadankan dengan gabungan perabot seperti kerusi katil, kerusi serta meja kopi. Bagi menghasilkan titik fokus yang menarik dalam latar belakang, gunakan langsir untuk mengawal sinaran matahari.

Penawaran Ramadhan Istimewa

Kunjungilah IKEA sehingga Hari Raya untuk mendapatkan barang keperluan bagi musim perayaan ini. Selain pelbagai bahan yang mampu menjadikan rumah anda mesra Insta, anda juga berpeluang mendapatkan pelbagai keperluan Ramadhan istimewa seperti Bufet Istimewa IKEA yang terdiri daripada pelbagai juadah tempatan serta western di semua Restoran IKEA.

Maklumat mengenai Bufet Istimewa IKEA adalah seperti berikut:

Tarikh
Jun : 4 – 7, 11 – 13

Masa : 7.00 PM

Harga
Orang Dewasa : RM35
Kanak-kanak (4-12 tahun): RM17
Kanak-kanak (4 tahun ke bawah): Percuma

Ahli IKEA FAMILY juga akan menerima satu baucer beli-belah IKEA bernilai RM10.

IKEA juga telah menyediakan satu juadah Ramadhan istimewa bagi pelanggannya. Nasi Arab Kabsa (gambar) berharga RM16.90 akan dijual bermula dari sekarang hingga 14 Jun dari pukul 4 petang di semua Restoran IKEA.

Jika anda belum mendaftar sebagai ahli IKEA FAMILY, anda boleh mendaftar secara percuma di mana-mana kiosk di mana-mana cawangan IKEA atau secara dalam talian di IKEA.my/FAMILY/register. Kunjungilah kedai-kedai IKEA Damansara, IKEA Cheras dan IKEA Tebrau untuk mendapatkan keperluan Raya anda. Untuk mendapat lebih inspirasi mengenai cara menghiasi rumah bagi menyambut perayaan, layari IKEA.my

AvatarOn Menambah Serikan Dinding Kediaman

Selalunya penutup soket di rumah hanya satu warna sahaja iaitu putih. Sudahlah warna dinding pun putih polos, tak menarik langsung. Tapi dengan adanya penutup soket AvatarOn dari Schneider Electric, dinding yang putih selama ini pastinya nampak berseri-seri.

Apa yang menarik sangat dengan penutup soket AvatarOn Schneider Electric?

Penutup soket AvatarOn ini dihiasi dengan pelbagai rekaan seni yang menarik malah ia boleh di ‘customise’ dengan gambar sendiri, gambar pemandangan dan apa jua gambar mengikut cita rasa masing-masing.

Mr. Sitao Ma, VP of Wiring Devices Asia Cluster of Schneider Electric China (second from left) and Mr. Francis Heng Business VP Retail of Schneider Electric Malaysia (third from left) (2

Schneider Electric, nama yang tidak asing lagi dalam Transformasi Digital Pengurusan Tenaga dan Automasi dalam kediaman, bangunan, pusat data, insfraktuktur dan indusri memperkenalkan AvatarOn, iaitu penutup soket bercorak dengan pelbagai rekaan dan warna.

Product Showcase (4)

Apabila digunakan dalam kediaman, penutup soket AvatarOn yang boleh didapati dalam reka bentuk plastik, kayu, logam, marmar dan kulit serta dicetak mengikut cita rasa pengguna,  menambahkan lagi keserian dekorasi hiasan dalaman.

Bercakap dalam majlis pelancaran yang diadakan di pusat beli-belah Bangsar, Francis heng, Business VP Retail, Schneider Electric Malaysia berkata:

“Rumah adalah gambaran sebenar diri kita sebagai individu, dan sebagai rakyat Malaysia, kita dipandu oleh kepekaan terhadap gaya.  Di Schneider Electric, kami memahami kemahuan rakyat Malaysia yang inginkan produk inovatif yang boleh disebatikan dengan apa jua gaya hidup yang diambil. AvatarOn adalah satu produk masterpiece untuk kediaman, digabungkan dengan keupayaannya beraksi, dengan ciri kebolehpercayaannya, tahan lama dan penjimatan tenaga, produk revolusi yang mempunyai gabungan estetik, fungsi dan praktikal menjadikannya satu produk yang bagus untuk hiasan dalama di rumah dan pejabat.”

Datang dengan teknologi “Slim Rocker, Sure Click” penutup soket dengan keseluruhannya direka bentuk secara nipis ini menjadikannya produk yang near-zero contact jitter, kurang percikan sekali gus menjadikan penggunaannya selamat. Bingkainya pula dihiasi dengan garisan halus rona kuning emas dan kayu putih lembut menambahkan lagi gaya moden dan elegan.

“Kami tahu gaya rekaan hiasan dalaman untuk rumah cepat berkembang ditambah dengan permintaan daripada gaya hidup yang semakin sibuk, maka kami mencipta produk inovatif AvatarOn yang mana penutupnya fleksibel dan mudah ditukar pada bila-bila masa untuk kesenangan mereka. Selain mempunyai penutup yang menarik, AvatarOn juga datang dengan aksesori seperti pemegang kunci dan soket pengecas USB untuk penggunaan seharian, sesuai dengan keperluan masa kini sama ada di rumah atau pun pejabat.”

Dalam majlis itu juga, Schneider Electric mengumumkan jalinan usahasama dengan Photobook Malaysia, pihak yang bertanggungjawab menghasilkan ‘customise’ rekaan untuk penutup soket AvatarOn dan kemudian mencetaknya. Ini adalah kali pertama usahasama diadakan di antara keduadua pihak dan secara tidak langsung menjadikan  Schneider  perintis pertama mengadakan usahasama ini.

Tahun lepas, Schneider telah menerima anugerah dalam iF Design Award, salah satu pertandingan antarabangsa dalam bidang reka bentuk yang terkenal di dunia. Produk revolusi penutup soket AvatarOn yang mudah ditukar menjadikannya satu produk yang mudah digabungkan dengan apa jua gaya hiasan dalaman yang diketengahkan.

Sempena pengenalan AvatarOn ini, Schneider telah mengadakan satu pertadingan reka bentuk bermula 1 Mac lalu dan bakal berakhir 30 April ini. Peserta perlu mencipta satu rekaan kreatif mereka di atas kanvas berukuran 85mm x 85mm. Ia terbuka kepada mereka yang profesional dan bukan-profesional dengan kedua-dua kategori tidak memunyai tema yang khusus.

10 rekaan terbaik bakal dipamerkan dalam Archidex 2018 dan juga menghiasi halaman muka surat Facebook Schneider Electric Malaysia. Hasil kreatif pemenang juga bakal dimasukkan dalam koleksi penutup  soket AvatarOn Edisi Terhad.

Schneider buat masa kini bergabung dengan TIGA institusi pendidikan yang mana pertandingan reka bentuk ini dijadikan sebagai daripada projek kursus mereka dala m menggalakkan lagi lebih ramai pelajar mengemukakan idea kreatif mereka. Institusi pendidikan itu adalah Universiti Teknologi Malaysia, Kolej Universiti First City dan Universiti Teknologi MARA. INTI Centre of Art and Design dan The One Academy turut mempromosikan projek tersebut kepada pelajar mereka.

Penutup soket AvatarOn ini boleh didapati melalui pengedar rasmi Schneider Electric yang terpilih bermula dengan harga RM21.

Untuk maklumat lanjut, layari www.schneider-electric.com.my/avataron