Koleksi Disney Tsum Tsum X Cathy Doll dari GUARDIAN bakal jadi buruan

Aduhai Kawaii..comelnya..cute sangat-sangat..Geram betul tengok KOLEKSI DISNEY TSUM TSUM X CATHY DOLL sampai rasa nak beli semuanya!

mr. wongwiwat theekhakhirikul (right) and mr. pongwiwat theekahkhirikul from karmarts thailand posing with the cute limited edition disney tsum tsum x cathy doll collection

Guardian Malaysia meneruskan usaha menawan hati pelanggannya dengan menambah satu lagi jenama kecantikan terkemuka ke dalam portfolio tawaran eksklusifnya yang kian berkembang. iaitu Disney Tsum Tsum X Cathy Doll.

disney tsum tsum x cathy doll range now available exclusively at guardian

Koleksi istimewa produk solekan comel yang pertama kalinya ditawarkansempena tahun 2019 kini boleh didapati secara eksklusif di Guardian.

Berucap di majlis pelancaran koleksi tersebut hari ini, DY Cho, Pengarah Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Asia Tenggara, Guardian Health And Beauty Sdn Bhd berkata:

“Sebagai peneraju perniagaan runcit kesihatan dan kecantikan di Malaysia, Guardian mengutamakan kehendak pelanggan dan jenama mana yang sedang menjadi trend terhangat dalam pasaran kesihatan dan kecantikan global. Produk kosmetik Disney Tsum Tsum X Cathy Doll amat menepati citarasa semasa dengan kombinasi karakter Tsum Tsum berilhamkan Disney yang sangat comel sebagai bungkusan kepada produk kosmetik terkenal Cathy Doll.

Kedua-dua anak patung Disney Tsum Tsum dan produk penjagaan kecantikan Cathy Doll merupakan jenama popular dalam kategori tersendiri, masing-masing dengan pengaruh yang luar biasa. Sejak patung Disney Tsum Tsum diperkenalkan pada tahun 2013, berjuta-juta patung telah dijual dan ia telah menjadi item kegilaan pengumpul. Cathy Doll juga merupakan salah satu jenama penjagaan kecantikan yang berkembang pesat di Malaysia dan apabila kedua-dua jenama ini bergabung untuk menghasilkan koleksi produk kosmetik Disney Tsum Tsum x Cathy Doll, yakinlah bahawa ia bakal menjadi satu kolaborasi yang sangat luar biasa. Kami sangat yakin koleksi Disney Tsum Tsum X Cathy Doll akan menjadi rebutan dikalangan pengumpul dan pelanggan kami yang menghargai produk hebat pada nilai hebat,” 

Rangkaian kosmetik Disney Tsum Tsum X Cathy Doll boleh didapati secara eksklusif di Guardian termasuk:

  • Krim CC
  • bedak kompak dengan perlindungan SPF 40
  • Kawalan MInyak Blur Pact
  • pemerah pipi
  • pensil kening lembut
  • penggaris mata Crazy Black
  • maskara
  • palet pembayang mata
  • pemerah bibir dan pipi 2 dalam 1 rona Chiffon Tint
  • koktel glos gincu

Semua produk ini dibungkus dalam watak popular Disney Tsum Tsum seperti Mickey dan Minnie Mouse, Goofy, Donald Duck, Pooh, Piglet, Tigger dan Eeyore dari Winnie the Pooh; Elsa, Anna dan Olaf dari Frozen dan banyak lagi

Bersempena dengan pelancaran tersebut, Guardian menawarkan tawaran menakjubkan kepada pelanggan. Antaranya hadiah Beg Tali Cerut Edisi Terhad Tsum Tsum Mickey untuk 100 pelanggan pertama yang berbelanja lebih RM100 untuk produk Disney Tsum Tsum di Atrium Lower Ground Midvalley semasa tempoh tawaran berlangsung.

“Oleh kerana perayaan Tahun Baru Cina bakal tiba diikuti dengan sambutan Hari Valentine, hari untuk cinta, rangkaian produk Disney Tsum Tsum X Cathy Doll sangat sesuai dijadikan hadiah istimewa untuk yang tersayang.

Bermula 1 Februari sehingga 28 Februari, 5 unit beg bagasi vintaj edisi terhad Disney Tsum Tsum x Cathy Doll bakal ditawarkan berdasarkan cabutan bertuah. Untuk mengambil bahagian, pelanggan hanya perlu membeli produk Disney Tsum Tsum X Cathy Doll sebanyak RM150 dan ke atas, layari laman Facebook Guardian Malaysia untuk mengimbas kod QR atau klik pada pautan, muat naik resit pembelian, isi butiran peribadi dan jawab satu soalan mudah.”

Jadi saranan saya, berkunjunglah ke Guardian yang terdekat dengan anda dan mulakan koleksi produk Disney Tsum Tsum X Cathy Doll anda sekarang. Ia hanya boleh didapati sementara stok masih ada,” tambah Cho.

 

MEERACLE Produk Kecantikan Dengan Formula 3 Batu Permata

 

Batu permata yang digunakan adalah dari tiga ekstrak iaitu berian, rubi dan mutiara.

hdr

Satu tren terkini dalam dunia kosmetik dan kecantikan iaitu batu permata berharga yang kian mendapat tempat dan digunakan dalam produk-produk kecantikan kulit kerana strukturnya yang kaya dengan mineral yang boleh menghasilkan kulit menjadi lebih berseri.

Bangga sebagai warganegara Malaysia, Meeracle adalah jenama pertama di Asia yang memperkenalkan produk kecantikan kulit yang berasaskan formula berinovasikan batu permata dengan menggunakan ekstrak berlian, rubi dan mutiara.

Diasaskan oleh Meera Nordin dan dikeluarkan oleh Edelsteen Sdn Bhd, rangkaian produk penjagaan kulit Meeracle dicipta hasil kajian selama beberapa tahun oleh kumpulan kajian farmaseutikal.

“Kami percaya dengan melabur dalam R&D, kami dapat memberikan hasil produk yang berkualiti tinggi dan selamat untuk para pengguna. Kami mengambil masa selama 2 tahun dalam pembangunan produk untuk Meeracle Facial Serum sebelum membuat pelancaran, dan kami juga menghabiskan banyak masa untuk mencipta formulasi terbaik untuk pencuci muka dengan malakit kami yang telah pun dilancarkan tahun lepas.”

-Meera Nordin.

Ketika pelancaran tersebut, Pengarah Urusan Edelsteen Sdn Bhd, Raja Mohd Nasrullah Haziq b. Raja Abdul Rashid juga telah merasmikan “EMPOWERING YOU”, program tanggungjawab sosial korporat syarikat yang mensasar dan membantu golongan wanita yang mempunyai masalah kewangan dengan memberikan mereka peluang untuk memperbaiki kehidupan mereka.

Bekerjasama rapat dengan para Master Stokis Meeracle, yang merupakan tulang belakang kepada rangkaian pengedar jenama tersebut, program ini menawarkan para wanita dengan latihan, sesi mentor serta kit untuk memulakan perniagaan.

“Wanita adalah golongan semula jadi yang bekerja keras lagi bersemangat dan dengan membantu mereka yang memerlukan pendapatan sampingan lebih, kami juga berharap dapat membantu menambahbaik kehidupan anak-anak mereka, keluarga dan juga komuniti. Program CSR ini akan memberikan mereka peluang untuk memulakan perniagaan kecil demi kemajuan mereka serta menjanjikan kehidupan yang lebih baik di masa hadapan. Kami berazam untuk mensasar lebih kurang 50 ke 60 orang wanita untuk tahun yang pertama.”

-Raja Haziq.

hdr

Dengan ekstrak unik campuran tiga bahan batu permata ini yang disumberkan daripada France dan dengan formulasinya yang dicipta khas, menjadikan kulit lebih berseri, muda dan mulus.

Berlian

Satu sumber terkelupas, berlian yang dikisar halus ini berfungsi lembut pada kulit sekaligus membantu meratakan tona warna kulit di samping memudarkan kesan parut dan kedut, menjadikan kulit lebih mulus dan berseri.

Batu rubi merah

Keajaiban batu rubi merah memulihkan kesihatan dan keserian kulit kerana ianya membantu memulihkan, mendetoksifikasi dan menyucikan jangkitan kulit, memperbaiki peredaran darah serta menyuburkan kulit menjadikan kompleksi tona warna kulit kelihatan merah jambu.

Mutiara

Kemujaraban dengan sinarnya yang bergemerlapan, mutiara mempunyai banyak kebaikan melembap, anti-penuaan dan mencerah juga boleh membantu menjadikan kulit lebih anjal dan rata.
.
Keunikan formula batu permata adalah bahan utama dalam rangkaian produk-produk Meeracle yang mempunyai bahan aktif semula jadi untuk memberikan hasil yang terbaik.

Produk yang baharu yang ditambahbaik, ringan dan senang meresap, Meeracle Facial Serum dalam botol 30ml yang dijual dengan harga RM79 sebotol juga mempunyai 23 bahan aktif semula jadi yang menunjukkan perubahan yang ketara pada jangka masa yang singkat.

Produk Meeracle Facial Cleanser dalam botol 50ml yang dijual dengan harga RM49 sebotol pula mempunyai malakit, satu lagi batu permata yang membantu mengawal minyak berlebihan dan mempunyai bahan anti-bakteria untuk memulihkan masalah jerawat. Pencuci ini juga mempunyai bahan yang terbukti kesegaran aloe vera serta teh hijau anti-penuaan, menjadikan kulit lebih tulen dan segar selepas mencuci.

Lebih baik digunakan secara set, Meeracle Facial Serum dan Cleanser ini sesuai untuk semua peringkat umur dan jenis kulit.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai produk serta para pengedar yang terdekat, layari laman web www.meeracle.com.my atau Facebook Meeracle.

GUARDIAN Umum Harga Runtuh Setiap Minggu Sepanjang Tahun

Dengan penjimatan daripada 10 hingga 70 peratus, memang wajiblah datang berbelanja di GUARDIAN untuk nikmati Kempen Harga Runtuh!

B

Guardian Malaysia telah mengumumkan bahawa ia akan menurunkan harga barangan terpilih pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, untuk sepanjang tahun ini, satu langkah berani untuk membantu pengguna mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Dikenali sebagai Kempen Harga Runtuh, ia menampilkan empat ke lima rangkaian produk yang lengkap, dengan penurunan harga sebanyak 10 hingga 70 peratus.

dav

Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia), Mr. Soren Lauridsen berkata:

“Kempen Harga Runtuh ini sangat penting bagi kami kerana ia membolehkan Syarikat menyumbang secara langsung, dan untuk membantu rakyat Malaysia mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat secara signifikan.

Pelanggan di seluruh negara, tidak kira dimana mereka berada, dan termasuk mereka yang lebih gemar membuat pembelian secara dalam talian, boleh menikmati harga runtuh ini, setiap hari Jumaat hingga Ahad.

Guardian telah menjadi sebuah jenama terkemuka di Malaysia selama lebih 50 tahun, dan kami memiliki reputasi yang baik dalam menawarkan pelbagai rangkaian barangan eksklusif dan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Malah, harga yang ditawarkan di Guardian adalah antara yang terendah dalam pasaran. Tetapi kenyataan ini tidak diberi perhatian yang secukupnya kerana tumpuan yang diberikan dalam kempen pemasaran sebelum ini adalah berbeza.

“Dengan pelbagai desas-desus yang kita dengar tentang peningkatan kos sara hidup dan barangan yang semakin mahal, kami memutuskan untuk membuat keputusan berani untuk menawarkan harga runtuh ini, setiap Jumaat hingga Ahad, untuk sepanjang tahun ini.”

Anggaran sebanyak 260 barangan, daripada produk penjagaan badan, kesihatan dan kecantikan seperti syampu, gel mandian, pencuci muka, masker muka dan banyak lagi akan ditawarkan pada harga yang lebih rendah sepanjang tahun ini.

“Kami percaya kempen ini diadakan pada waktu yang tepat dan bersesuaian, memandangkan persekitaran perniagaan semasa. Dan kami yakin pengguna akan teruja dengan kempen ini,” tambah beliau.

Harga runtuh adalah tambahan kepada penjimatan hujung minggu (weekend super savers) yang masih diadakan dan promosi eksklusif Koleksi Edisi Terhad Hello Kitty yang sedang ditawarkan sehingga 18 April.

Soren menekankan bahawa Guardian juga telah melancarkan satu lagi inisiatif promosi iaitu BEAUTY DAYS, dimana produk-produk kecantikan ditawarkan dengan potongan harga sehingga 40%.

Beliau berkata: “Bukan itu sahaja. Saya jamin ada banyak lagi promosi menarik yang telah kami rancang untuk anda.”

Beliau menambah bahawa kempen-kempen ini membolehkan Guardian menentukan semula fokusnya terhadap DNA jenama itu, yang mana, sentiasa menawarkan yang terbaik dari segi harga, kualiti dan perkhidmatan kepada pelanggan. Ia juga selari dengan strategi Syarikat untuk menawan hati pelanggan, setiap kali mereka berkunjung ke stor Guardian!

Untuk maklumat dan butiran lanjut tentang kempen dan promosi yang ditawarkan, sila layari www.guardian.com.my
 

Eleanor: Kombinasi Mekap Bersama Art Aesthetics

Sasa perkenalkan produk kosmetik eksklusif lagi elegan dari jenama “Eleanor”

Dengan rekaan Inggeris klasik yang cantik menyerlahkan lagi konsep yang dibawa oleh Eleanor iaitu “being beautiful never goes out of Art”. Ia direka dengan mengguna kombinasi “makeup” bersama “art aesthetics” kerana Eleanor percaya dalaman semua wanita mengimpikan “beauty breeds art” yang mana ia dapat menjadikan wanita lebih cantik dan berketrampilan.

Rangkaian produk kecantikan dan mekap Eleanor in dihasilkan di Jepun dan malah telah menerima pengiktirafan daripada kerajaan Jepun.

Baru-baru ini, produk Eleanor telah pun dilancarkan oleh Sasa Hong Kong pada Jun 2017 lalu dan telahpun berada di pasaran tempatan. Ia boleh dibeli di 20 cawangan Sasa seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari http://eleanor.world atau http://www.sasa.com.my, juga di instagram:@Eleanor.World

BIMYOU Creations Perkenal Jenama Kecantikan Halal dari Korea S2J Cosmetics

Tahniah syarikat BIMYOU Creations kerana menjadi syarikat kecantikan tempatan pertama melancarkan jenama kecantikan Korea S2J di Malaysia!

BimyouxS2J_1

Bimyou Creations Sdn. Bhd., sebuah syarikat kecantikan tempatan telah mengadakan majlis pelancaran produk penjagaan wajah Korea Selatan berjenama S2J Cosmetics dengan jayanya di Ruang, Shah Alam.

Ini adalah kali pertama S2J Cosmetics berada di pasaran Malaysia. S2J Cosmetics yang merupakan milik sepenuhnya syarikat YGP Co. Ltd. dari Korea Selatan bakal berada di pasaran Malaysia bermula Januari 2018.

Kerjasama antara syarikat Bimyou Creations dan YGP Co. Ltd. merupakan kerjasama positif antara dua negara.

Keunikan produk S2J Cosmetics untuk pasaran Malaysia adalah ia akan dihasilkan di kilang tempatan yang berstatuskan Halal serta diiktiraf GMP (Good Manufacturing Practice) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Nur Zaty Liyana Indra Gunawan, Pengarah Urusan syarikat Bimyou Creations Sdn. Bhd. berkata:

“Idea untuk membawa masuk produk kecantikan S2J Cosmetics ke pasaran Malaysia adalah untuk mengatasi masalah wanita di luar sana yang mempunyai kesulitan dalam pemilihan produk wajah yang bersesuaian dan berkualiti. Saya amat meminati produk kecantikan Korea Selatan tetapi saya mendapati bahawa kebanyakan produk mereka tidak begitu serasi dengan kulit kita. Ini kerana, formula yang digunakan adalah berbeza bagi memenuhi keperluan jenis kulit mereka dan juga iklim di sana yang mempunyai empat jenis musim.

Kita tahu bahawa produk-produk kecantikan Korea Selatan dihasilkan dengan menggunakan formula yang berasaskan teknologi supaya ia memberi kesan yang lebih efektif pada kulit wajah. Maka, tercetuslah idea untuk menghasilkan produk wajah yang bersesuaian dengan jenis kulit dan iklim di Malaysia dengan menggunakan formula berasaskan teknologi dari Korea Selatan. Dengan itu, kami telah membuat keputusan untuk menghasilkan produk S2J Cosmetics di kilang tempatan untuk pasaran Malaysia agar ia sesuai digunakan pada jenis kulit wajah wanita Malaysia dan juga iklim di sini.”

Penghasilan produk kecantikan S2J Cosmetics di kilang tempatan yang mempunyai status Halal dan diiktiraf GMP oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah amat penting kerana ia dapat memberi jaminan kepada wanita di luar sana bahawa setiap produk S2J Cosmetics yang dihasilkan adalah berkualiti serta selamat dan bersih untuk digunakan pada kulit wajah.

“Sudah menjadi kebiasaan pada wanita untuk bertanyakan soalan berkenaan produk kecantikan wajah itu sebelum membuat keputusan untuk membelinya atau pun tidak. Adakah kandungan produk ini Halal? Bagaimana pula dengan kualitinya? Adakah produk ini selamat untuk digunakan pada kulit wajah? Oleh itu, bagi memenuhi permintaan mereka, kami dan rakan kongsi kami dari Korea Selatan telah berjaya menghasilkan formula produk kecantikan wajah yang berkualiti berasaskan teknologi dari Korea Selatan, selamat untuk digunakan pada kulit wajah serta bersesuaian dengan iklim di Malaysia.

Rakan kongsi perniagaan antara Bimyou Creations dan YGP.

IMG20171216151002

Seo Sujin adalah pengasas kepada YGP Co. Ltd. dan juga S2J Cosmetics. Beliau merupakan Make up Artist “Hallyu” yang pertama di Korea Selatan. Walaupun beliau mempunyai pengalaman dalam bidang kecantikan lebih daripada 20 tahun, namun beliau tidak pernah jemu untuk melopori teknik-teknik dan trend terkini. Oleh sebab itu, Seo Sujin sentiasa berada satu langkah di hadapan dari segi ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam bidang kecantikan.

Apabila ditanya mengenai perkongsian perniagaan ini, Seo Sujin berkata,

“Saya amat teruja dengan kerjasama antara Bimyou dan YGP. Pelancaran produk S2J “White Fleur” di Malaysia bakal menjadi produk pertama S2J yang menembusi pasaran di Asia Tenggara. Ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan kami.

Selain itu, saya juga berharap bahawa penghasilan produk S2J di kilang Malaysia yang berstatuskan Halal serta diiktiraf GMP oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dapat meluaskan lagi pasaran produk ini dan juga memenuhi keperluan jenis kulit pengguna di Malaysia.” 

 

Produk Pencerahan Kulit S2J “White Fleur”

S2J “White Fleur” ini merupakan produk pencerahan kulit yang mampu menyihatkan kulit agar tampak lebih muda. Produk ini mempunyai tujuh agen pencerahan di mana setiap satu agen itu diekstrak secara organik. Tujuh agen pencerahan ini adalah sangat berkualiti kerana ia diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan dan kebanyakannya adalah daripada jenis bunga-bunga yang berwarna putih. Maka, Bimyou telah memperkenalkan produk S2J untuk pasaran Malaysia sebagai produk variasi “White Fleur” yang membawa maksud bunga putih.

Produk pencerahan kulit S2J “White Fleur” telah diuji secara klinikal dan kesannya juga telah terbukti mengikut laporan ujian makmal.

Set “White Fleur” ini mempunyai 4 barangan yang merangkumi langkah asas penjagaan wajah seperti orang Korea:

  • Cleansing Oil, 115ml, RM65 – Membersihkan setiap kotoran, bakteria dan sel-sel kulit mati agar wajah menjadi lebih bersih, lembut tanpa merosakkan kulit.
  • Cleansing Gel, 115ml, RM60 – Menghasilkan buih-buih ringan yang kaya dengan agen pembersih bagi mendapatkan proses pembersihan muka secara efektif agar wajah tampak lebih segar dan bermaya.
  • Toning Essence, 115ml, RM85 – Menganjalkan kulit secara dwi kali dengan kelembapan dan nutrisi bagi mendapatkan kelembutan dan seri pada kulit wajah.
  • Hydrating Moisturizer, 50ml, RM110 – Krim ringan yang dapat menyegarkan kulit wajah serta dapat menambahkan hidrasi dan kelembapan agar wajah kelihatan lebih lembut dan licin.

Produk pencerahan kulit S2J “White Fleur” boleh dibeli melalui atas talian dan juga menerusi stokis yang disahkan bermula Januari 2018 dengan harga RM288 bagi setiap set. Untuk butiran lebih lanjut, sila lawati http://www.bimyou.com.my.

Berkenaan Bimyou Creations

Bimyou Creations Sdn. Bhd. diasaskan pada tahun 2016 dan mempunyai visi untuk melahirkan generasi wanita yang mempunyai keyakinan tinggi dan menghargai kelebihan diri mereka dengan menyerlahkan imej dan keterampilan yang cantik melalui kaedah teknologi serta pendidikan.