derma365 Bantu Kulit Sensitif Sepanjang Tahun

Memang recommend produk derma365 ini untuk mereka yang mengalami masalah kulit sensitif dan kulit kering

Faktor persekitaran seperti pencemaran udara, perubahan suhuderma dari bahagian dalaman yang berhawa dingin kepada keadaan panas dan lembap serta kekurangan penghidratan menyebabkan kulit menjadi sensitif dan tidak selesa, kering atau merekah.

derma365_01

Oleh itu, Guardian Malaysia yang mengendalikan rantaian lebih daripada 400 kedai, menyediakan pelbagai produk Farmaseutikal, Kesihatan dan Kecantikan kepada lebih daripada 2.5 juta pelanggan Malaysia sebulan, dengan gembira memperkenalkan penyelesaian untuk kulit yang sensitif iaitu rangkaian derma365 baru Gentle Cleanser dan Gentle Lotion yang sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit kering dan sensitif.

IMG_20180411_110039

Tentang derma365

derma365 adalah barisan produk yang terbukti secara klinikal dan dermatologi yang dirumus khas untuk menawarkan penyelesaian kulit sensitif harian untuk anda dan keluarga anda. Kulit yang sihat memerlukan penjagaan yang khusus setiap hari, bukan sahaja sewaktu timbul masalah kulit.

Inilah sebabnya mengapa derma365 Gentle Cleanser dan Gentle Lotion adalah pH-seimbang dan hypoalergenik, untuk melegakan kulit dan melindungi kulit dari persekitaran luaran yang sukar. Semua produk derma365 dirumus agar lembut pada kulit dan diformulasi bebas daripada sabun, pewarna, wangian, MIT, paraben, lanolin, bahan-bahan yang berasal dari haiwan, minyak mineral, SLS dan SLES.

derma365 dibangunkan di makmal Baxter dan dibuat di Australia. Pusat Makmal, Penyelidikan & Pembangunan Baxter mempunyai kepakaran kulit dan merupakan penerima anugerah bagi perkembangan teknologi dermatologi. Dengan pengetahuan dan komitmen yang tinggi terhadap keperluan kulit yang unik, semua produk diformulasikan mengikut piagam dan piawaian kualiti yang ketat.

derma365 merupakan gabungan semulajadi dan sains dengan Sensium 2, kompleks pelbagai faedah yang membantu menenangkan dan melindungi kulit sensitif dan kering. derma365 Gentle Cleanser dan Gentle Lotion untuk semua jenis kulit menggabungkan organik Koloidal Oatmeal dan Trimethylglycine yang membantu mempromosikan lapisan perlindungan kulit dan melindungi dari persekitaran luaran yang mencabar.

  • Trimethylglycine membantu untuk mengawal keseimbangan air di dalam kulit dan membantu untuk melindungi daripada dehidrasi untuk kulit yang lembut dan licin
  • Koloidal Oatmeal telah digunakan berabad lamanya sebagai agen penenang untuk menghalang daripada dehidrasi. Kepekatan tinggi kanji dan hidrokolloid β-D-glucan membentuk penghalang air yang mengikat air secara eksklusif bagi memegang kelembapan pada kulit. Ia juga bertindak sebagai sistem penampan, membantu mengembalikan pH normal kulit.

Untuk hasil yang terbaik, pengguna dinasihatkan mandi menggunakan air suam dengan derma365 Gentle Cleanser, diikuti dengan penggunaan derma365 Gentle Lotion untuk melembapkan kulit.

Encik Alfonso Roderos, Pengarah Own Brand, The Dairy Farm Company berkata:

“Oleh kerana ramai yang mengalami kulit sensitif, maka kami mencipta produk yang mampu dimiliki yang boleh melegakan serta melindungi kulit daripada persekitaran luaran yang mencabar. derma365 mahu memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati kulit yang lebih sihat dengan menawarkan produk yang berbeza dan inovatif yang dirumuskan oleh makmal Baxter. “

Ms Antoinette Lasjunies, Ketua Penjagaan Peribadi, Own Brand, Kesihatan & Kecantikan, Kumpulan Dairy Farm menjelaskan:

“bahawa gabungan alam dan sains dalam rangkaian derma365 menawarkan pilihan pembersih dan pelembap yang lebih lembut berbanding dengan rutin menjagaan kulit yang mengeringkan atau meyebabkan liang-liang pori tersumbat. Semua produk derma365 dirumus menjadi lembut pada kulit dan formulasi bebas daripada sabun, pewarna, wangian, MIT, parabens, lanolin, bahan-bahan dari sumber haiwan, minyak mineral, SLS dan SLES.”

derma365 boleh didapati secara eksklusif di Guardian bermula March 2018.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.derma365.com/.

derma365 Gentle Cleanser

Formula yang lembut, pH seimbang dan hypolergenik, diuji secara klinikal dan terbukti secara dermatologi, khusus untuk pembersihan dan pelembapan harian. Ia sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif dan kering, untuk kedua-dua muka dan badan. Ia membersihkan dan menenangkan kulit kering serta membantu mempromosikan perlindungan kulit dari persekitaran luaran. Rumusan ini bebas daripada sabun, pewarna, wangian, MIT dan parabens, juga “non-comedogenic” yang tidak akan menyumbat liang-liang pori.

Harga RM48.90 untuk 500ml derma365 Gentle Cleanser boleh didapati secara eksklusif di Guardian.

derma365 Gentle Lotion

Formula pH-seimbang dan Hypoalergenik, diuji secara klinikal dan terbukti secara dermatologi, khusus didedikasikan untuk pelembapan harian. Ia sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif dan kering, untuk kedua-dua muka dan badan. Ia melembapkan kulit dan membantu mencegah dehidrasi untuk kulit lembut dan licin. Ia melegakan kulit kering dan membantu mempromosikan perlindungan kulit dari persekitaran luaran. Losyen ini mudah disapu diserap dengan cepat dan tidak berminyak. Perumusan itu bebas daripada sabun, pewarna, wangian, MIT dan parabens, juga “non-comedogenic” yang tidak akan menyumbat liang-liang pori.

Harga RM34.90 untuk 200ml derma365 Gentle Lotion boleh didapati secara eksklusif di Guardian.

AVON Perkenal Rangkaian Produk Terbaharu di Ekspo Kecantikan

Wah, lepas ni makin berseri-serilah bila guna produk Avon!

Bukan nama yang asing lagi dalam dunia kecantikan dan penjagaan diri tempatan dan antarabangsa sejak 40 tahun, Avon terus kekal komited membantu setiap wanita agar berasa yakin dan menyerlah.

Setiap tahun, pasti ada penghasilan produk terbaru dan ia sememangnya dinanti-nantikan oleh orang ramai yang sukakan kecantikan dan ketrampilan diri.

Menariknya, setiap produk baharu akan diperkenalkan secara besar-besaran dalm majlis berprestij.

 

Baru-baru ini telah diadakan pelancaran rangkaian produk utama di Ekspo Kecantikan Avon 2018 di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Produk yang diperkenalkan adalah terdiri daripada koleksi jagaan kulit terbaru Nutraeffects, alat solekan Ultra Volume Lash Magnify Mascara dan haruman paling terbaru Eve Duet.

Pada suku pertama 2018 bersempena Persidangan Kebangsaan Avon, satu majlis yang mengiktiraf kecemerlangan Wakil-Wakil Avon sepanjang 2017, kesemua rangkaian produk tersebut diperkenalkan dengan lebih terperinci oleh pakar kecantikan Avon di kaunter pameran yang berlangsung selama dua hari.

Sepanjang tempoh itu, tetamu yang hadir berpeluang mencuba produk terbaharu itu dan mendapatkan penerangan lebih lanjut merangkumi pelbagai aspek daripada pakar kecantikan Avon.

Rangkaian produk termasuk koleksi jagaan kulit untuk kekal cntik dan sihat, paduan gincu bibir rona merah jambu hebat memukau, padanan gaya dan karakter mempersona melalui haruman serta pakaian dalam yang menyerlah sisi wanita.

Antara acara di Ekspo Kecantikan itu adalah mengundang pakar haruman, Wendy Wong yang berkongsi mengenai penghasilan haruman terkini Eve Duet.

Tahun 2018, Avon sekali lagi memperkenalkan hasil inovasi rangkaian kecantikannya yang bukan sahaja membuatkan wanita tampil jelita dan yakin malah menyerlahkan sisi sendiri yang selesa.

Sesuai dengan peredaran masa, Avon meyediakan produk yang menepati citarasa wanita Malaysia pelbagai peringkat umur dan jaminan kualiti.

davAvon True Ultra Volume Lash Magnify Mascara

  • Melebat bulu mata dengan mewahnya dari setiap sudut
  • Smartfibre Complex memberi 3 transformasi hebat pada bulu mata. Membesarkan, mengganda dan memaksimum
  • Terdapat dalam rona Blackest Black
  • 10ml-RM23.90 WM/ RM27.50 EM
  • Bakal berada di pasaran pada 1 April

Avon True Nutraeffects

  •  Koleksi jagaan kulit yang lembut dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
  • Diuji untuk alergi, bebas paraben dan pewarna
  • Diformulasi dengan Active Seed Complex untuk kulit nyata sihat
  • Berada di pasaran 1 Feb

Produk baharu ini akan berada di pasaran secara berperingkat mulai bulan Feb ini sehingga April 2018.

Anda ingin memiliki koleksi terbaru Avon ini?

Hubungi wakil Avon atau lawati mana-mana Butik Kecantikan AVON seluruh negara atau hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari www.avon.my