Kekal Bertenaga dengan S Great Grain Sepanjang Ramadan Ini

Memang digalakkan pengambilan minuman multi-bijirin S Great Grain sepanjang bulan puasa nanti yang dihasilkan oleh jenama keluaran tempatan Surya. 

WhatsApp Image 2019-05-01 at 10.16.52 PM

Produk kesihatan ini pastinya sesuai untuk semua isi keluarga yang peka dengan kesihatan keluarga demi mencapai gaya hidup yang lebih sihat, bertenaga dan bermakna, lebih-lebih lagi sepanjang bulan puasa.

Minuman multi-bijirin ini mempunyai kandungan kebaikan yang sangat bagus daripada 5 makanan sunnah selain 18 lagi jenis biji-bijian, dan formulasi unik pastinya akan menggegarkan landskap multigrain Malaysia.

Apakah sebenarnya minuman multi-bijirin?

  • minuman sihat yang biasanya dirumuskan daripada pelbagai bijirin seperti beras merah, beras perang, kacang hijau, jagung, gandum, bijan hitam dan pelbagai jenis kacang serta biji benih
  • mempunyai set nutrien yang komprehensif termasuk karbohidrat yang baik, protein, serat makanan, vitamin dan antioksidan,

Maka, minuman multi-bijirin adalah pilihan yang terbaik untuk mereka yang ingin memulakan hari dengan sempurna.

Walau bagaimanapun, memilih produk yang betul mungkin sukar kerana setiap produk multigrain kelihatan sama. Mereka yang mungkin kurang pengetahuan berkenaan sesuatu produk pasti sukar untuk memilih produk yang sesuai bagi memenuhi keperluan masing-masing.

WhatsApp Image 2019-05-01 at 10.16.52 PM (1)

Dengan menggabungkan sains moden dan makanan Sunnah yang diamalkan oleh umat Islam, iaitu jintan hitam atau habbatus sauda, madu, zaitun, delima dan buah tin, formulasi ini  mengandungi antara makanan yang paling awal ditanam sejak ribuan tahun lalu. Makanan ini memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat dan mempunyai kepentingan khusus dalam budaya dan tradisi.

“Ramai yang mengidamkan manfaat makanan-makanan Sunnah ini namun ia sukar ditemui di Malaysia dan sebahagian daripadanya hanya boleh didapati di luar negara. Tambahan pula, makanan tersebut dijual pada harga yang agak mahal. Kini, dengan S Great Grain, pengguna dapat memperoleh manfaat yang sangat diidamkan tanpa berbelanja besar,” kata Pengasas Surya Malaysia Douglas Lee.

Produk ini dilancarkan semasa Majlis Rumah Terbuka Surya, dan tetamu yang hadir berpeluang mencuba kebaikan S Great Grain sambil bertemu dengan selebriti Malaysia, iaitu Wany Hasrita yang turut hadir pada majlis tersebut. Selain itu, majlis pelancaran Surya telah didatangi oleh Perunding Diet, Nurul Aziah Musa, yang berkongsi pengetahuannya tentang manfaat menggunakan makanan multi-bijirin dan sunnah.

“Oat beta glucan dalam minuman multi-bijirin membantu dalam pengurusan berat badan yang ideal menyebabkan pengguna berasa kenyang, sekali gus memperlahankan kadar pemakanan dan pencernaan. Memandangkan ia juga berfungsi untuk menstabilkan tekanan darah dan kolesterol, ia membantu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Di samping itu, makanan multi-bijirin juga membantu mengimbangi paras glukosa darah, sekali gus mengawal kepekaan insulin, manakala kandungan serat yang tinggi meningkatkan proses pencernaan dan mengurangkan risiko sembelit,” kata Perunding Diet Nurul Aziah Musa.

Kebaikan Kelima-lima makanan Sunnah itu adalah:

  • dapat memberi kita manfaat yang diperlukan demi kepentingan mengekalkan kesihatan jantung yang baik
  • mengawal tahap glukosa darah bagi mengelakkan kadar obesiti dan kencing manis yang semakin meningkat di Malaysia.

Ibu-ibu yang ingin memberikan yang terbaik kepada anak mereka boleh memanfaatkan S Great Grain kerana ia datang lengkap dengan nutrien diperlukan yang akan memberi anak-anak tenaga dan fokus untuk menjalankan aktiviti harian mereka.

“Rahsia untuk pemakanan yang sihat bagi keluarga adalah dengan menyajikan makanan kaya dengan nutrien pada setiap hidangan. Apabila kanak-kanak dibekalkan nutrisi berkualiti tinggi untuk badan dan otak mereka, mereka akan kurang minat terhadap makanan dan minuman ringan,” kata Nurul.

Turut hadir semasa sewaktu majlis tersebut ialah Dr. Norman yang merupakan penulis & jurucakap kesihatan.

“Secara peribadinya, sebagai seorang pengamal makanan sunnah seperti habbatus sauda, saya sendiri dapat merasakan kesan positif selepas mengamalkan makanan sunnah dalam aktiviti harian saya. Surya S Great Grain bukan hanya mengandungi satu, tetapi LIMA makanan Sunnah; sememangnya pilihan yang tepat untuk saya sekeluarga kerana saya sentiasa menggalakkan anak-anak saya untuk mengambil makanan dan minuman yang sihat dari usia yang awal. Ini merupakan masa yang terbaik untuk memperkenalkan produk ini memandangkan bulan Ramadan bakal menjelang.”

S Great Grain juga digalakkan untuk diambil semasa sahur kerana minuman multi-bijirin ini mengandungi nutrien dan serat yang membantu mengekalkan tahap tenaga sepanjang hari.

“Minuman multi-bijirin memenuhi keperluan nutrien harian anda dari semua kumpulan makanan terutamanya karbohidrat kompleks yang membantu melepaskan tenaga secara perlahan-lahan sepanjang tempoh berpuasa,” kata Nurul.

S Great Grain mula memasuki pasaran empat bulan yang lalu dan telah dijual lebih dari 10,000 bungkusan. Ini sekali gus membuktikan bahawa kejayaan formula mereka yang unik dan diyakini HALAL, serta diperakui GMP, HACCP, & MESTI.

Oleh itu, dapatkan Surya S Great Grain di kedai-kedai Watsons dan kedai farmasi di seluruh Malaysia dengan dua variasi – pek atau kotak yang mengandungi 15 sacet pada harga RM 39.90.

Tekan “Like” di Facebook Official Fanpage @Surya.Malaysia atau mengikuti mereka di Instagram @Surya.Malaysia untuk mendapat informasi yang terkini.