Miliki Wajah Mulus Dengan DUA Esen Baharu SYAHIRAH Korean Secrets

Dua esen terbaharu itu adalah Hydra Soft Dewy Moist Essence dan White Glow Snowy White Essence.

IMG_20190430_153253

Ia bakal membantu kulit anda tampak licin, gebu dan mulus persis artis-artis wanita Korea yang dinobatkan antara yang tercantik di dunia

IMG_20190430_154832

Terkini, trend kecantikan di Korea membuktikan betapa halus dan mulusnya kulit bintang-bintang di Korea dan ianya bukanlah daripada hasil solekan yang tebal, tetapi daripada efek Glass Skin yang mampu menyerlahkan kecantikan dan keserian kulit mereka.

Trend Glass Skin menjadi semakin tular dan terkenal kerana pastinya semua wanita mahukan kulit yang kelihatan sihat dan tidak kusam, sekaligus menyerlahkan kejelitaan mereka.

Bagi mendapatkan kulit secantik ini, semestinya regim penjagaan wajah yang betul diperkatakan, maka penggunaan 8 atau 10 produk atau kaedah dalam penjagaan kulit wajah wanita – wanita Korea tidak asing lagi.

Oleh itu, penggunaan esen tidak pernah diketepikan kerana mereka mempercayai ia dapat membantu kulit menjadi lebih sihat, anjal, lembap dan licin, serta dapat meratakan tona kulit sehingga bintik hitam makin berkurangan.

Serlahkan Kulit Licin, Gebu dan Lembut Dengan Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence

Syahirah memahami kehendak wanita Malaysia yang mahukan kulit yang bersih dan licin dengan kelembapan yang mencukupi. Oleh itu, ia memperkenalkan Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence dengan pati Tri-Flower Essence, rahsia kulit cantik persis bintang Korea.

Dihasilkan daripada sumber bunga-bungaan dari Pulau Jeju, Korea, pati Tri-Flower Essence ini terdiri daripada tiga ramuan penting:

  1. Bunga Ginseng yang membantu menyegarkan kulit dengan menyeimbangkan minyak pada kulit muka serta mencerahkan tona kulit
  2. Bunga Teh Hijau yang tinggi dengan ramuan anti-oksida membantu menentang radikal bebas sambil melembapkan dan mencerahkan kulit
  3. Bunga Chamomile membantu mengurangkan iritasi pada kulit dan membantu meratakan tona kulit agar tampak sekata.

Kekalkan hidrasi pada wajah dan dapatkan efek Glass Skin dengan mudah dengan Syahirah Hydra Soft Dewy Moist Essence. Katakan selamat tinggal kepada kulit kusam kerana anda kini pemilik kulit yang sihat, licin dan lembut.

Kuasai Kulit Lebih Cerah Berseri Dengan Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy White Essence

Sementara itu, untuk memiliki kulit lebih cerah berseri, Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy White Essence merupakan solusi untuk wajah polos seperti bintang K-pop kesayangan anda.

Esen ini dapat membantu meratakan tona kulit yang tidak sekata agar kelihatan lebih licin dan halus. Bukan itu sahaja, ia dapat menghalang pembentukan tompok gelap disamping melembapkan kulit wajah. Hasilnya, tampil secantik jelitawan Korea di pentas arena dengan esen hebat ini.

Syahirah White Glow Snowy White Essence juga mengandungi Tri-Flower Essence dalam formulasinya, dengan intipati daripada bunga-bungaan yang terdapat di Pulau Jeju.

Esen ini mengandungi:

  • intipati bunga Cherry Blossom, yang diperkaya dengan anti-oksidan dan juga membantu melegakan kulit serta mengurangkan kemerahan dan kesan iritasi
  • intipati Camellia memberikan kelembapan yang diperlukan
  • intipati bunga Lotus membantu menyihatkan dan mencerahkan kulit.

Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence dan Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy White Essence boleh didapati pada harga runcit RM39.90 setiap satu di semua rangkaian farmasi terkemuka dan semua pasar raya terpilih seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, layari:

Segar, Menawan dan Berkeyakinan Dengan SYAHIRAH Vitalis Mystique

Segar dan berangin seperti berada di tepi pantai. Itulah yang dirasa apabila memakai haruman terbaharu SYAHIRAH Vitalis Mystique Eau De Cologne.

IMG_20181128_145232

Haruman memukau, melonjakkan rasa ceria dan menggamit ingatan indah adalah intipati yang ada pada haruman Vitalis Mystique ini.

 

IMG_20181128_141906

Cetusan inspirasi kehangatan kota penuh ceria, berani dan luar biasa Honolulu di Hawaii, ia membawa ada mengembara jauh seolah-olah sedang beada di kepulauan yang mempunyai panorama yang indah dan cantik, sesekali dibuai angin laut yang lembut dan segar.

IMG_20181128_141843

Haruman Vitalis Mystique ini dirumus istimewa untuk wanita muslimah yang moden, ranggi, bijak lagi mempersona serta berkeyakinan tinggi dalam apa jua aktiviti yang dilakukan namun tetap menyerlah anggun dan berketrampilan.

Seunik namanya, Vitalis Mystique pasti menjadi teman baik kaum hawa yang ingin menyerlahkan personaliti dan persona yang ada menerusi semburan komposisi aroma yang semerbak secara tak langsung menambah daya penarik pada orang di sekeliling.

TIGA komposisi utama haruman Vitalis Mystique adalah:

  • kemanisan buah rasberi
  • keharuman bunga peony
  • kehangatan aroma musky

Ketiga-tiga elemen meyuntik tenaga yang berlainan sebaik sahaja ia disemburkan pada badan.

Menariknya, ia adalah satu resolusi bagi mereka yang kurang berkeyakinan tatkala bersama dengan yang tersayang.

Hadir dalam bingkisan biru gelap mewah ala kristal menampilkan sesuatu yang misteri di dalamnya.

Selain Vitalis Mystique, rangkaian haruman Syahirah Vitalis didatangkan dalam ENAM lagi jenis haruman. Semuanya mempunyai harumannya yang tersendiri bersama aroma yang berlainan agar dapat digunakan oleh kaum wanita yang mempunyai aura misteri dan kecantikan masing-masing.

  1. Haute Couture: dicipta daripada kombinasi ros, buah beri dan vanilla mencetuskan aroma manis dan lembut. Sesuai untuk wanita moden yang romantik dan ingin tampil menyerlah sepanjang masa
  2. Femme Chic: Letusan aroma yang menyerlahkan sisi feminin dan sensual. Rumusan buah beri dan bungaan sesnsual menerbitkan rasa manis dan segar, untuk kekal wangi sepanjang hari
  3. Celebrite: Alami keghairahan campuran aroma utama daripada Floriental Fruity seperti Jasmin dan kayu cendana, ia memberikan sensasi aroma menyegarkan sesuai untuk wanita ceria, berani dan positif
  4. Magnifique: Dibaluti dengan gabungan haruman sitrus seperti buah mandarin dan tangerine, bunga lili dan vanila, ia membangkitkan aroma yang lembut dan halus, sesuai untuk anda yang feminin dan manis
  5. Empress: Adunan beberapa haruman mewah menggambarkan pesona menawan di dalam diri untuk terus bersemangat melalui hari dengan positid
  6. Dazzling: Serlahkan kegembiraan dengan mencipta memori manis menerusi semburan haruman gabungan nota oren, ros, lily, vanilla dance darwood agar haruman melekat mesrsa untuk tempoh yang lama

Anda boleh miliki haruman Syahirah Vitalis Mystique EDC Edisi Terhad bermula bulan ini sehingga Disember 2018. Ia boleh didapati pada harga runcit RM19.90 di semua rangkaian farmasi terkemuka, pasar raya dan pasar raya besar terpilih.

Maklumat lanjut, layari http://www.syahirah.com.my