100Plus Perkenal Perisa Baharu

 

Wow sedapnya 100Plus ungu gelap Anggur Hitam..manis dan menyegarkan!!

New 100PLUS Blackcurrant Launch Photo

Semenjak dilancarkan pada 1983 sebagai minuman isotonik pertama di Malaysia, 100PLUS sentiasa berada di hadapan untuk menerajui kempen kesukanan dan gaya hidup aktif.

Menyedari kehendak pengguna yang menginginkan produk lebih sihat sebagai minuman kegemaran, 100PLUS mengambil inisiatif untuk memenuhi permintaan tersebut.

Baru-baru ini, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd dengan bangganya mengumumkan kesemua produk 100PLUS kini diperakui dengan Logo Pilihan Lebih Sihat (Healthier Choice Logo) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH).

Penggunaan formula baharu dalam penghasilan 100PLUS ORIGINAL dan 100PLUS ACTIVE membawa dua produk ini menerima Logo Pilihan Lebih Sihat pada tahun lepas bersempena dengan pelancaran logo tersebut oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada April 2017.

100PLUS kemudiannya meneruskan inisiatif tersebut dengan memperbaharui formula kesemua produk 100PLUS termasuk 100PLUS BERI, 100PLUS OREN dan 100PLUS LEMON LIMAU dan memenuhi kriteria Logo Pilihan Lebih Sihat bermula Mac 2018.

Graham Lim, Naib Presiden, Pemasaran Jenama F&N berkata,

“Bermula dari saat ini, setiap minuman dalam portfolio kami akan membawa yang terbaik untuk para pengguna. 100PLUS akan terus menjadi pelopor dalam menyediakan minuman yang lebih sihat kepada pengguna bukan sahaja kepada golongan atlet tetapi juga kepada mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif. Kini, semua orang boleh menikmati 100PLUS sebagai minuman pilihan yang lebih sihat dengan kandungan gula yang lebih rendah.

“Penggubahan formula adalah satu proses yang kompleks dan kami ingin memastikan kami berjaya mendapatkan keseimbangan dari segi rasa yang digemari oleh pengguna serta memberikan kebaikan penghidratan optimum tanpa berkompromi terhadap kualitinya. Kami berjaya menghasilkan formula baharu untuk kesemua varian 100PLUS dimana bermula sekarang mempunyai kandungan gula sebanyak 6-gram atau kurang daripada itu untuk setiap 100ml dan semestinya memenuhi kriteria Logo Pilihan Lebih Sihat. Tambahan lagi, kami ingin menggalakkan setiap individu untuk aktifkan potensi mereka dan amalkan gaya hidup yang aktif.”

Logo Pilihan Lebih Sihat merupakan inisiatif dalam memberikan maklumat jualan kepada pengguna bagi membuat pilihan makanan yang lebih sihat. Objektifnya adalah untuk menyediakan persekitaran yang menyokong pemakanan sihat dan membantu mempromosikan gaya hidup aktif kepada semua lapisan masyarakat.

Leong Wai Yin, Pengurus Kanan Pemasaran 100PLUS menambah,

“Bersempena dengan inisiatif yang menyihatkan ini, kami juga rasa teruja untuk mengumumkan perisa baharu kegemaran rakyat Malaysia iaitu 100PLUS Anggur Hitam (Blackcurrant) – minuman ungu gelap berkarbonat yang menyegarkan serta memberikan penghidratan optimum dan semestinya sedap diminum.”

Duta 100PLUS, Mira Filzah yang hadir dalam majlis pelancaran berkata,

“Berada dalam industri hiburan, saya berdepan dengan jadual yang begitu padat dan memenatkan. Oleh itu, saya pilih 100PLUS sebagai minuman kegemaran saya yang boleh menghidratkan tubuh badan saya sepanjang hari. Ia bukan sahaja menyegarkan, malah berfungsi menggantikan bendalir yang hilang dalam badan.”

Turut bersama Mira untuk meraikan pelancaran ini adalah hos selebriti, CK Faizal. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Lai Ming Kong, Naib Presiden Kanan, Bahagian Operasi Komersial Domestik F&N serta Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Mohd, Pengarah Mydin Mohamed Holdings Berhad.

Jadi apalagi, kekal hidrat bersama minuman isotonik nombor 1 di Malaysia dan semestinya pilihan bijak untuk gaya hidup aktif anda!

MENGENAI LOGO PILIHAN LEBIH SIHAT (Healthier Choice Logo)

Pengenalan Logo Pilihan Lebih Sihat (Healthier Choices Logo) merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan Kementerian Kesihatan Malaysia dimana ia dilancarkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya pada 20 April tahun lalu. Inisiatif ini bertepatan dengan stategi Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM) III (2016-2025) iaitu mempromosikan pemakanan sihat dan gaya hidup aktif kepada semua lapisan masyarakat. Pada Kongres World Health Assembly (WHA) ke-65 yang diadakan pada 2012, satu resolusi telah dikeluarkan bagi memberi penekanan terhadap kepentingan label makanan sebagai strategi mendidik pengguna terhadap pilihan makanan yang sihat. Selain itu, Persidangan AEAN ke-23 pada 2013 turut menekankan tanggungjawab pemain industri pemprosesan makanan untuk menghasilkan makanan yang lebih sihat di pasaran.

Setiap produk yang mempunyai logo Pilihan Lebih Sihat adalah produk yang telah menepati kriteria nutrien yang dikeluarkan secara spesifik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengenalan Logo Pilihan Lebih Sihat adalah pilihan secara sukarela oleh pihak industri. Permohonan perlu dikemukakan kepada Bahagian Nutrisi, Kementerian Kesihatan Malaysia dan sijil pengiktirafan akan diberikan selepas diluluskan. Garis panduan ini boleh diaplikasi oleh setiap syarikat ataupun agensi pengiklanan serta agensi berkaitan. Walaubagaimanapun, tanggungjawab utama untuk menguatkuasakan dan mematuhi piawaian ini terletak pada syarikat individu. Dalam garis panduan ini, makanan merujuk kepada makanan dan minuman.

Layari laman rasmi di https://100plus.com.my/ atau saluran sosial media @my100plus di Facebook, Instagram & Twitter.

WD 40 Kembangkan Sayap ke Malaysia Bersama Bun Seng Hardware Sdn Bhd

Wah semakin agresif perancangan produk antarabangsa ini.

 

From left Mr. Marcus Chen, Regional Director Asia WD-40 ,Yb. Bhg Datuk Isham Ishak, MITI Deputy Secretary General (Trade) and Mr Wong, CEO of Bun Seng Hardware Sdn Bhd at WD-40 Launching

Produk Pelbagai-Guna WD-40®, produk jenama Amerika Syarikat yang semakin dikenali dan dipercayai di dunia pada masa kini telah bersedia untuk menembusi pasaran Asia Tenggara lebih agresif dalam tahun ini terutamanya di Malaysia.

Sebagai sebahagian perancangan peluasannya, Bun Seng Hardware Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengedar pemasaran baru di Malaysia bagi syarikat WD-40. Bun Seng Hardware Sdn Bhd akan mengambil alih peranan pengedaran dan jualan bagi semua produk yang didaftarkan di bawah jenama WD-40® termasuk:

  • Produk Pelbagai Guna WD-40®
  • Specialist WD-40®
  • Bike WD-40®.

“Dengan rangkaian pengedaran Bun Seng Hardware Sdn Bhd yang luas, kami menjangkakan untuk mencapai jualan lebih daripada 2 juta botol produk WD-40® bagi tahun 2018, yang mana ia menyumbang kepada lebih 15% pertumbuhan berbanding tahun lepas. Kerjasama ini menandakan permulaan yang lebih agresif untuk produk WD-40® memasuki rantau Asia Tenggara, terutamanya bermula dengan Malaysia terlebih dahulu. Kami akan terus meluaskan operasi dan rangkaian kami di rantau ini,” kata 

-Pengarah Serantau Syarikat WD-40 –Asia, Mr Marcus Chen

dav

WD-40® adalah jenama terkemuka isi rumah yang bukan saja berada di Amerika Syarikat, malah di banyak lagi negara di seluruh dunia pada masa ini termasuk di Malaysia bahkan sehingga setiap rumah atau garaj akan menjadi tidak lengkap tanpa memiliki botol yang berwarna biru dan kuning dengan penutup berwarna merah ini.

Oleh itu, kami sangat berbangga dilantik sebagai pengedar pemasaran baru WD-40® bagi Malaysia dan kami menjangkakan kerjasama yang lebih baik dengan Syarikat WD-40.” –

-Wong Kian Wah, Pengarah Urusan Bun Seng Hardware Sdn Bhd

Mengenai Syarikat WD-40

Syarikat WD-40 adalah pembuat produk pelbagai guna yang sangat dipercayai, malah peralatan ini mesti ada dalam toolbox setiap rumah seluruh dunia. Jenama Amerika ini ditubuhkan pada 1953 sebagai anti karat, pelindung anti-corrosian untuk lapisan luar Atlas Missile (peluru berpandu) dan ia diubah kepada produk penyelesaian yang pantas bagi membersih dan melindungi, melonggarkan bahagian yang berkarat, mengusir kelembapan dan lain-lain.

Produk syarikat WD-40 sentiasa menjadi pilihan mereka yang profesional dalam bidang penyelengaraan dan amatur DIY dalam kerja-kerja mereka .seperti perkakasan, industri, automotif , sukan, basikal dan jualan runcit.

Hari ini WD-40® boleh diperolehi di seluruh dunia dalam pelbagai saiz dan pelbagai rangkaian produk baru seperti WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE dan WD-40® Specialist™ Automotive.

Rangkaian produk WD-40® boleh diperolehi di kedai-kedai perkakasan seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang WD-40® , layari: www.wd40.asia

Mengenai Bun Seng Hardware Sdn Bhd

Bun Seng adalah peneraju alat-alat perkakasan, perkakas perindustarian dan bahan-bahan binaan yang terkemuka di seluruh negara. Dengan permulaan perniagaan sejak tahun 1979 . Bun Seng mempunyai lebih daripada 4,000 pengedar perkakasan dan pembekal perindustrian melalui rangkaian pengedarannya dan kerjasama strategik tempatan di seluruh Malaysia. Pelanggan perniagaan ke perniagaannya (B2B) termasuk rangkaian pengedaran runcit yang popular seperti HomePro, Homefix, Mr. DIY dan peruncit milik peribadi serta pembekal perkakas. Selain daripada WD-40®, Bun Seng mempunyai senarai jenama global dan tempatan yang terkemuka seperti Yale, Worx, Lenox, Aman, Colex, Everlas, Jetech, VIP, Premio, MK, Samurai, Osram, Schneider Electric dan lain-lain