Chefmanship Akademi Melengkapkan Wanita Dengan Kemahiran Keusahawana

Ia adalah usahasama antara Unilever Food Solutions  (UFS) dengan  Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

CA-MBSA2019-_19.04.08_041

Chefmanship Akademi (CA) yang dikelolakan oleh UFS telah memperkenalkan dua modul terbaru iaitu:

  1. Ke Arah Kelestarian Hijau (‘Go Green)
  2. Inisiatif untuk memperkuatkan tahap keupayaan warga wanita, mengikut usaha peningkatan berterusan yang wajar dengan trend terkini dalam industri perkhidmatan makanan.

CA-MBSA2019-_19.04.08_012

Pengarah Urusan UFS Malaysia, Nusrat Perveen berkata pada majlis pelancaran acara CA di Auditorium MBSA bahawa sementara tumpuannya adalah untuk mendidik pengendali mengenai pengurusan sisa makanan dan pengiraan kos, terdapat keperluan mendesak untuk meningkatkan lagi program akademik yang inovatif.

“Sejajar dengan pendekatan global Unilever iaitu Pelan Hidup Lestari dalam meningkatkan tabiat kesihatan dan kesejahteraan di Malaysia, ‘Go Green’ ialah satu titik tumpuan utama kami dan akan dilancarkan pada Jun ini di mana kempen digital Tonton & Menang (‘Watch & Win’) di laman Facebook UFS bertujuan untuk menjangkau sekurang-kurangnya 8,000 pengendali makanan serta menggalak dan menekan pada manfaat pembungkusan makanan biodegrad untuk impak jangkamasa panjang, “ kata Nusrat.

“Di samping ‘Go Green’, satu lagi inisiatif penting oleh UFS Malaysia ialah memperkuatkan tahap keupayaan warga wanita dalam industry perkhidmatan makanan. Pihak-pihak penting lain dalam program inisiatif wanita ini termasuk MBSA bersama Persatuan Usahawan Wanita Malaysia (NAWEM) menggalakkan kemahiran keusahawanan wanita di kalangan kumpulan isi rumah B40 dengan menyediakan latihan dan dana untuk potensi memulakan perniagaan mereka sendiri.”

CA menegaskan keusahawanan pintar dan membantu pengusaha makanan memahami keperluan untuk meningkatkan kualiti makanan, perkhidmatan dan kecekapan untuk menjadi cef yang lebih baik.

Nusrat berkata:

“UFS telah memulakan program pertama CA 2019 dengan bekerjasama dengan MBSA yang disasarkan untuk melibatkan 700 pengendali makanan minggu ini untuk Bazar Ramadhan tahunan ini.

“Kami amat berbesar hati untuk meneruskan hubungan rapat kami dengan majlis bandaraya ini sejak penubuhan CA kami dalam tahun 2013 dan kami tak sabar menanti peluang bekerjasama selanjutnya dalam masa terdekat.”

Nusrat berkata bahawa berdasarkan data dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) pada 2016, rakyat Malaysia membazir makanan berjumlah 15,000 tan setiap hari, di mana 8,000 tan adalah sisa dan lebihan makanan, 3,000 tan anggaran adalah makanan yang masih boleh dimakan dan makanan dibazir, dengan pembuangan hampir 1.1 juta tan setahun.

Sejak CA dilancarkan pada tahun 2013, UFS telah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia. Untuk Lembah Klang, pelbagai sesi CA telah dilanjutkan dengan jayanya bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Klang & Pantai.

Program CA juga dikendalikan dengan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Nusrat berkata,

Chefmanship Akademi dari Unilever Food Solutions merupakan inisiatif pertama seumpamanya di Malaysia. Dari titik permulaan dengan penglibatan 400 orang, kini anggaran lebih daripada 43,000 pengendali makanan sudah terlibat dalam CA.

“Kami amat gembira bahawa CA sedang berkembang dengan cepat, dengan pertolongan rakan sepandangan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri dan persekutuan,” kata Nusrat.

UFS Malaysia berganding bahu dengan PBT utama dan organisasi swasta supaya meningkatkan teknik pengendali makanan yang terlibat dan memperolehi pandangan mendalam untuk pengurusan makanan, menjimat masa dan beroperasi lebih berkesan terutamanya dengan pertambahan kos operasi termasuk bahan makanan.

Ini akan meningkatkan kesedaran pengendali makanan tentang perkembangan baru dalam industri dan membantu mereka memahami keperluan peraturan dengan mendalam. CA menggabungkan maklumat terkini dengan penyelidikan industri supaya dapat menyediakan pengalaman yang meliputi lebih daripada 100 topik, termasuk cara meningkatkan teknik memasak dan membangunkan praktis bisnes yang sesuai.

“Dengan pletfom Chefmanship Akademi, UFS menyasarkan supaya kesihatan orang ramai tidak terjejas apabila bersantap di luar. Penyedia makanan akan membantu dalam memartabatkan kebersihan makanan dan tidak mengutamakan kemudahan dan keuntungan sahaja, terutamanya semasa bulan berbuka puasa di mana sudah menjadi kebiasaan dan keselesaan orang ramai untuk mengunjungi gerai makanan Bazar Ramadhan,” Nusrat kata.

“Laman web UFS akan menampilkan pelbagai kandungan rangkaian yang digemari oleh pencinta makanan atau cef supaya mereka dapat melayari semasa masa lapang, termasuk inspirasi cef tentang resipi baru, produk dan perkhidmatan yang dicipta oleh cef untuk cef sahaja,” Nusrat kata.

Nusrat berkata bahawa laman web kerap disegarkan dengan kemudahan link terus ke laman web utama, www.unileverfoodsolutions.com.my.

Program Keusahawanan ‘Ibu Nakhoda Hidup’ Bantu Usahawan Wanita

Kaum ibu yang suka berniaga, bolehlah ikuti program keusahawan ni. Berbaloi masuk, banyak faedah yang boleh dapat.

IMG-20180401-WA0009

Program Keusahawanan Ibu Nakhoda Hidup usahama Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), Procter & Gamble (P&G) Malaysia dan Pertubuhan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:Girls) kembali lagi buat tahun ke-EMPAT bagi memberikan sokongan dan dorongan kepada ibu-ibu usahawan di seluruh Malaysia.

Program yang merupakan lanjutan daripada Tabung Hulurkan Harapan P&G dan MYDIN sejak 2015 ini bermatlamat untuk mencapai lebih banyak lagi organisasi dan institusi perniagaan serta universiti bagi menyediakan perkhidmatan mentor kepada waita-wanita di dalam program ini disamping bersama-sama berkongsi ilmu di dalam merangka perkembangan perniagaan mereka melalui aktiviti-aktiviti jangkauan masyarakat ketika program ini menjelajah ke 10 tapak MYDIN di seluruh negara bermula 16 Mac hingga 20 Mei 2018.

Majlis pelancaran ini juga mempamerkan perjalanan Ibu Nakhoda Hidup dengan penampilan khas kesemua alumni Ibu Nakhoda Hidup sepanjang tiga tahun di dataran Mydisn USJ, Subang jaya yang juga ibu pejabat MYDIN.

Lebih kurang 60 usahawan hadir bagi memeriahkan majlis serta melawat pameran itu yang dibawakan khas selama satu hari sahaja. Antara yang hadir adalah Datuk Yatimah Sarjiman, Ketua pengarah Jabatan pembangunan Wanita dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah urusan MYDIN; Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Mohd, Pengarah MYDIN; Jennis Tan, P&G Malaysia Ketua dari Modern Retail dan Low Ngai Yuen, Presiden dan Pengasas Pertubuhan WOMEN:girls.

“Dengan program ini memasuki tahun ke-empat, ini menunjukkan betapa pentingnya program-program sebegini untuk membantu ibu-ibu usahawan kita melihat perjalanan dan potensi perniagaan mereka yang melbih besar dan mengambil peluang ini untuk memperkembangkan perniagaan mereka dan ini bukan lagi sekadar pendapatan sampingan keluarga.

P&G sangat berbangga dengan peluang yang diberikan untuk membeli produk-produk dari ibu-ibu usahawan dalam program ii bagi kempen-kempen Hadiah-Bersama-Pembelian kami. Wanita-wanita ini telah menunjukkan komitmen bagi urusan perniagaan yang lebih besar daripada yang mereka selalu dapat dan ini menyerlahkan visi yang mereka ada untuk perniagaan mereka. Kami juga menyediakan bimbingan dan bantuan dari segi pemasaran dan penjenamaan yang merupakan sesuatu yang lebih penting bagi perniagaan kami dan ini boleh menjadi satu kelebihan kepada mereka juga.”

-Jennis Tan

Tahun lepas, sebanyak 163 penyertaan diterima dari seluruh negara dan lima pemenang dipilih oleh pihak MYDIN, P&G dan WOMEN:girls.

Mereka adalah:

  1. Nur Syuhada Amran dan Jasmine Aliya Ho
  2. Anita Othman
  3. Azizah Ahmad
  4. Haimisah Mahli
  5. Saptuyah Abang

“Tahun ini taraf dan piawaian untuk memilih LIMA ibu usahawan akan dipertingkatkan lagi. Kita mahu mereka merangka arah tuju perniagaan mereka bukan hanya untuk menjamin keuntungan tetapi bagaimana mereka boleh memberikan impak dan kesan kepada masyarakat melalui pemikiran, corak perniagaan serta misi dan visi perniagaan mereka. Mereka harus berfikir dan bertindak secara holisitik jika mereka mahu berada di depan daripada orang lain.”

-Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Mohd, Pengarah MYDIN.

Orang ramai dijemput menyertai peraduan gambar mingguan di Instagram dengan mengenalpasti pasukan Ibu Nakhoda Hidup yang berada di Mydin ketika siri Jelajah Ibu Nakhoda Hidup diadakan dan mengetag TIGA usahawan tempatan yang mereka kenal darikawasan tersebut.

TIGA pemenang akan pulang dengan baucar beli-belah Mydin bernilai RM50 dengan hadiah utama baucar beli-belah Mydin bernilai RM1,500. Pencarian Ibu Nakhoda Hidup 2018 juga sudahpun bermula dan borang penyertaan dan bantuan perundingan boleh didapati di tapak Jelajah Ibu Nakhoda Hidup di lokasi-lokasi Mydin terpilih.

Maklumat lanjut, layari www.mydin.com.my atau IG:@MydinMalaysia