MILO SAYANG BUMI Dorong Rakyat Ke Arah Kelestarian Alam

Tahukah anda bumi semakin tenat setiap hari?

Pencemaran udara, pencemaran alam sekitar misalnya antara yang menyumbang pada ketenatan bumi.

Sebab itulah, MILO® mengorak langkah PERTAMA ke arah kelestarian alam sekitar menerusi pelancaran MILO® Sayang Bumi sebagai komitmen mereka dalam menerapkan amalan serta inovasi produk dan proses yang mesra alam demi kebaikan bumi.

copy MILO Sayang Bumi Launch Photo 4

Berbekalkan sokongan rakyat Malaysia, MILO® Sayang Bumi menyatupadukan inisiatif kelestarian alam yang bakal diterajui jenama tersebut bermula tahun ini, sekaligus menyumbang kepada aspirasi global Nestlé untuk mencapai impak sifar terhadap alam sekitar dalam operasinya menjelang 2030.

Menyedari pencemaran plastik dan perubahan iklim sebagai ancaman terhadap kelestarian alam sekitar, Nestlé kini mempergiatkan tindakan di peringkat global dan di Malaysia ke atas komitmennya untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050, serta memastikan semua bungkusannya dapat diguna semula atau dikitar semula menjelang 2025.

MILO Sayang Bumi Launch Photo 5

“Di Malaysia, kami memacu usaha kelestarian alam sekitar menerusi pelbagai inisiatif dan berazam untuk terus memimpin usaha industri ke arah masa hadapan yang lebih hijau. Kami berbangga kerana salah satu jenama terbesar kami, MILO® kini menjadi teraju utama perjuangan kelestarian alam sekitar. Semoga MILO® menjadi suara Nestlé yang paling lantang di Malaysia untuk menerajui, menginspirasi dan mempengaruhi tindakan bersama untuk melangkah lebih jauh demi kelestarian alam, digerakkan atas platform MILO® Sayang Bumi,”

-Juan Aranols, Ketua Eksekutif Pegawai, Nestlé (Malaysia) Berhad

copy MILO Sayang Bumi Launch Photo 1

MILO® membekalkan tenaga berkhasiat kepada jutaan rakyat Malaysia setiap hari. ini bermakna setiap hari, kami berupaya untuk menginspirasi jutaan rakyat Malaysia sebagai juara untuk bertindak demi kelestarian bumi. Bumi memerlukan juara untuk memperjuangkan matlamat yang lebih besar: Masa hadapan bumi yang lebih sihat dan lestari. Sebagai jenama yang dekat di hati rakyat, kami ingin memainkan peranan dalam menyatukan juara-juara kami terhadap komitmen kelestarian bumi menerusi MILO® Sayang Bumi.”

Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan – Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad

MILO® Sayang Bumi menumpukan fokus ke atas TIGA matlamat impak iaitu:

  1. Mengurangkan sisa plastik di tapak pelupusan dan saluran air
  2. Mengurangkan pengeluaran plastik
  3. Menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui

Sehubungan itu, MILO® telah melancarkan ENAM inisiatif berikut:

  1. Projek CAREton: Kempen kitar semula karton minuman terpakai oleh MILO® UHT menerusi kerjasama dengan Tetra Pak sejak tahun 2012 yang mengubah pek minuman kepada jubin bumbung serta papan panel ‘hijau’ bagi komuniti yang memerlukan
  2. 100% Straw Kertas: Usaha pengenalan 100% straw kertas untuk keseluruhan rangkaian MILO® UHT pada tahun 2020 yang akan menjimatkan sehingga 200 juta straw plastik setiap tahun.
  3. Program-program Penebusan MILO®: Usaha berterusan MILO® untuk mengumpulkan kembali bungkusan MILO® terpakai daripada pengguna bagi mengelakkan sisa plastik berakhir di tapak pelupusan serta saluran air, termasuk MILO® Stik Pek X-Change yang dilancarkan baru-baru ini. Inisiatif ini bukan sahaja mengumpulkan kembali bungkusan stik pek dan ‘sachet’ MILO® terpakai, malah mengguna semula (‘upcycling’) bungkusan-bungkusan ini untuk menghasilkan kraftangan MILO® yang unik menerusi kerjasama dengan komuniti setempat.
  4. Bungkusan Kertas untuk Rangkaian MILO® Mixes: Inisiatif Nestlé Malaysia yang pertama seumpamanya akan menggantikan bungkusan luaran produk MILO® Less Sugar dengan bungkusan kertas yang boleh dikitar semula.
  5. 100% Cawan Kertas: Peralihan kepada 100% cawan kertas, lengkap dengan usaha mendidik murid-murid sekolah tentang kepentingan pengasingan sisa.
  6. Van MILO® dengan Panel Solar: Transformasi van MILO® ikonik dengan panel solar yang menukarkan tenaga solar – sumber tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui – kepada tenaga elektrik untuk menggantikan penjana yang bergantung pada bahan api.

Setiap inisiatif ini akan dilengkapkan dengan usaha mendidik dan menggalakkan pengguna untuk menerapkan amalan positif, baik kecil mahupun besar, demi kelestarian alam sekitar.

Menurut April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan – Unit Perniagaan Sedia Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad,

“Kami memahami sebahagian perubahan ini akan membawa pengalaman baharu kepada para pengguna kami, dan mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan ini. Namun, apa yang kita lakukan hari ini akan meninggalkan impak yang berkekalan pada masa hadapan. Oleh sebab itu, sekaranglah masanya untuk kita sama-sama mengorak langkah demi memelihara alam sekitar. Sekecil manapun langkah pertama, jika kita bersatu menggembleng tenaga demi kebaikan bersama, pastinya kita dapat mencetuskan perubahan yang bermakna.”

Untuk sama-sama melestarikan usaha ke arah kebaikan bumi bersama MILO® Sayang Bumi, layari: https://www.milo.com.my/

Lembaran Fakta: MILO® Sayang Bumi

Continue reading “MILO SAYANG BUMI Dorong Rakyat Ke Arah Kelestarian Alam”

Projek CAREton 2019 Tetra Pak dan Nestle Bakal Kitar Semula 35 Juta Pek Minuman

Projek Tetra Pak® dan Nestlé MILO® UHT ini memberi banyak manfaat kepada komuniti setempat.

the careton project 2019 (3)

Selain merancang untuk mengitar semula 35 juta pek minuman, mereka juga memperkenalkan benefisiari yang baharu iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

 

the careton project 2019 (2)

Projek CAREton merancang untuk mengumpul dan mengitar semula pek minuman yang akan diproses bagi menghasilkan papan panel serta genting atap poli Aluminium (polyAl).

Projek CAREton mula beroperasi pada tahun 2012 bersama EPIC Homes, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang membantu memudahkan pembangunan perumahan berasaskan komuniti setempat dengan masyarakat Orang Asli di Malaysia sebagai benefisiarinya.

Sejak itu, ia berjaya membekalkan genting atap dan papan panel untuk membina lebih daripada 150 buah rumah dan infrastruktur untuk komuniti setempat.

Pada tahun ini, bersama MBPJ sebagai benefisiari terbaharu, Projek CAREton bermatlamat untuk memperluaskan manfaat projek ini kepada komuniti tempatan di kawasan Petaling Jaya.

Pek minuman yang terkumpul akan dikitar semula dan dihasilkan menjadi 1,000 papan panel polyAl yang akan dibekalkan kepada MBPJ. Papan panel tersebut akan digunakan sebagai sebahagian daripada struktur luar dan dalam Eco Recycling Plaza, serta kawasan rekreasi dan taman-taman komuniti yang terletak di Petaling Jaya.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Azizi bin Mohd Zain yang telah merasmikan pelancaran tersebut menyatakan,

“Kami berbesar hati dan bersyukur menjadi sebahagian daripada Projek CAREton kerana bantuan tersebut akan memberikan nafas baharu kepada kemudahan yang sedia ada dan menambah baik kesejahteraan warga komuniti di Petaling Jaya. Semua pihak memainkan peranan yang amat penting demi kebaikan alam sekitar, kami berharap kerjasama ini akan lebih meningkatkan kesedaran dan didikan mengenai usaha pengitaran semula.”

Ruang untuk meningkatkan kesedaran dan usaha sama berkaitan pengitaran semula
Terrynz Tan, Pengarah Alam Sekitar Tetra Pak Malaysia, Singapura & Filipina berkata bahawa, trend pengitaran semula sedang mencatat peningkatan, kita masih ada ruang untuk menarik perhatian dan mendidik lebih banyak individu mengenai usaha pengitaran semula terhadap pek minuman.

“Kami telah mengusahakan inisiatif ini sejak tahun 2012, dan kebanyakan pencapaian yang digarap adalah berdasarkan usaha yang ditaburkan oleh rakan-rakan kongsi kami serta orang awam. Kami ingin menggalakkan warga Malaysia untuk terus memainkan peranan mereka dengan mengitar semula pek-pek minuman sambil mendidik orang lain tentang proses pengitaran semula yang amat mudah untuk dilakukan. Anda hanya perlu melakukan 3F (‘flip’, ‘flap’ dan ‘flat’) – pertama sekali, masukkan straw ke dalam pek minuman; kedua, buka semua lapikan untuk meleperkan pek tersebut; akhir sekali, bungkuskannya dan letakkan ia di mana-mana lokasi pengumpulan yang disediakan oleh rakan kongsi kami,” 

Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan untuk Unit Perniagaan Nestlé Ready-to-Drink, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata,

“Nestlé mengambil berat tentang penanganan sisa pembungkusan dan kami komited untuk menjadi sebahagian daripada solusi tersebut. Oleh itu, kami sentiasa mencari solusi pengitaran semula yang efektif seperti Projek CAREton. Sepanjang tujuh tahun yang lalu, Projek CAREton berjaya mengumpul 60 juta pek minuman untuk dikitar semula – jumlah yang cukup untuk membina lebih daripada 150 buah rumah dan projek komuniti yang telah memberi kesan positif terhadap ramai individu. Ia sejajar dengan impian global kami menjelang tahun 2025 untuk menjadikan 100% daripada bahan pembungkusan kami berupaya digunakan semula atau dikitar semula. Ramai warga Malaysia yang menikmati pek minuman MILO® kami saban hari, dan kami berharap untuk memupuk tabiat pengitaran semula yang lebih baik dalam kalangan orang dewasa serta yang muda.”

Pengguna boleh meletakkan pek minuman mereka yang telah digunakan di mana-mana pusat koleksi CAREton – terdapat sekitar 500 pusat koleksi di seluruh Malaysia.

Pihak-pihak yang berminat boleh mencari lokasi yang terdekat menerusi laman web Recycle Easy oleh Tetra Pak di:

http://recycle-easy.com.my.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi rakan kongsi CAREton untuk tujuan koleksi, maklumat yang berkenaan juga boleh didapati di laman web tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai Projek CAREton 2019, sila layari:

www.facebook.com/tetra.pak.my