Sedapnya Makanan Korea di Ojju K-Food, Nu Sentral

Wow bestnya bertambah satu lagi senarai restoran Korea di KL ni!

Baru-baru ini penulis berpeluang merasai makanan Korea di Ojju K-Food yang terletak di Nu Sentral.

Mengambil DUA lot di Aras Empat, penataan serba moden menjadi konsep hiasan dalaman di restoran yang baru dibuka pada 14 Oktober lalu.

Meskipun baru di Malaysia, ia telahpun beroperasi lebih 10 tahun di Jakarta, Indonesia dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat di sana.

Di Malaysia, Ojju K-Food beroperasi di bawah Asia Mex Concept yang juga pemilik kepada Mexican Kitchen dan Dolly Dim Sum, satu nama yang cukup terkenal di sini.

 

dav

Antara hidangan terkenal Ojju K-food yang mendapat perhatian daripada pelanggan adalah Rolling Cheese Korean Fried Chicken, Beef dengan resipi istimewa, Budae Jigae, Nasi Korea atau Dosirak, Japchae dan banyak lagi.

Sos istimewa dari resipi Ojju sendiri yang lain daripada lain menambah keenakan pada hidanganAyam Goreng Korea Rolling Cheese. Cara hidangannya juga unik jika dibandingkan dengan restoran yang lain.

Hidangan sampingan yang juga dikenali sebagai Banchan juga disukai ramai, begitu juga ais kisar Bingsoo pelbagai perisa juga mendapat sambutan.

Menariknya, restoran Ojjuk K-food ini juga menghidangkan pelbagai hidangan ‘street food’ yang terkenal di Korea termasuk Bulgogi Beef Tacos dan burger ayam goreng Korea dengan Kimchi. Juga disediakan hidangan Barat seperti Mac and  Cheese.

Yang paling best di Ojju K-Food ini adalah hidangannya meskipun bercirikan Korea namun disediakan mengikut citarasa tempatan dengan menambah jeruk ciri hijau pada hidangan.

Penulis merasai sendiri menu yang ada di Ojju K-Food iaitu Rolling Cheese Chicken Wings dengan Kentang Goreng, , Cheesy Korean Fried Rice, Japchae Veggie, Gyeram Jim, Teobokki & Eomuk Bokke serta Bingsoo Tutti Fruitti

Yang pastinya semuanya memang SEDAP!!

Menang rekomen pada mereka yang memang menyukai makanan Korea. Datanglah ke sini dan merasai sendiri keenakan makanan di Ojju K-Food. Harganya juga berpatutan dan tidak terlalu mahal.

 

 

 

 

PIZZA HUT Sambut Semangat Kemerdekaan Bersama Bunkface

Bukan itu sahaja, malah Pizza Hut telah meraikan 60 penggemar piza bertuah di majlis ‘Pan-triotic’ yang diadakan secara besar-besaran!

Berlangsung di Pusat Beli-belah Sunway Velocity, penggemar piza bertuah itu disajikan dengan persembahan istimewa oleh kumpulan band tempatan yang telah meraih pelbagai anugerah ini.

Pizza Hut PANtriotic with Bunkface

Selain mempersembahkan beberapa lagu popular, Bunkface turut menghiburkan tetamu dengan lagu terbaru mereka berjudul “Kita Punya Malaysia” bagi memeriahkan lagi suasana dan berkongsi minat terhadap muzik serta rasa cinta pada Malaysia.

“Kita Punya Malaysia” yang direka khas sebagai lagu tema sambutan kemerdekaan tahun ini juga telah dinyanyikan oleh Bunkface pada sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan yang berlangsung pada 31 Ogos lalu.

Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd berkata:

“Satu perkara yang boleh dipersetujui oleh setiap rakyat Malaysia adalah rasa cinta mereka terhadap Malaysia. Dan cara yang paling baik bagi penggemar piza untuk meraikan kedua-dua rasa cinta mereka terhadap negara dan piza secara sekaligus adalah melalui parti ‘Pan-triotic’ piza yang dimeriahkan lagi dengan kunjungan istimewa oleh Bunkface – artis tempatan di sebalik lagu tema Hari Kemerdekaan tahun ini.”

Bunkface merupakan pilihan yang tepat, lebih-lebih lagi dengan lagu baru mereka. Lagu tersebut bukan sahaja penuh dengan semangat, terdapat juga mesej positif yang disampaikan kepada generasi baru sekaligus menyemarakkan lagi semangat cintakan Malaysia. Di Pizza Hut, kami percaya dengan setiap semangat yang ditonjolkan – dari semangat syarikat kami untuk menyajikan anda piza yang terbaik, semangat rakyat terhadap negara dan semangat Bunkface terhadap muzik mereka, walau di mana punca semangat tersebut ia wajar diketengahkan dan diraikan oleh semua”.

Raikannya pada sepanjang bulan September!

Bagi mereka yang tidak berpeluang menyertai parti piza itu, usah khuatir kerana Pizza Hut telah merancang bulan yang menarik bagi anda.

Bermula 7 September sehingga 7 Oktober nanti, Pizza Hut akan memberikan piza percuma* kepada setiap pelanggan yang makan di restoran atau melalui servis penghantaran. Ini kerana sejajar dengan sambutan yang diadakan, Pizza Hut ingin membawakan keriangan menerusi piza yang enak sepanjang bulan patriotik ini.

Tidak lupa kepada peminat Bunkface (atau Bunkers) Pizza Hut akan membawakan band kegemaran anda buat kali kedua untuk satu lagi sesi penuh semangat pada bulan Oktober, kali ini dengan sesi istimewa bertemu peminat buat 30 peminat bertuah dan rakan mereka!

Jadi tunggu apa lagi, ekspresikan semangat patriotisme anda dengan:

  • menangkap gambar atau berswafoto dengan Piza Pan
  • hiaskan dengan perekat, contengan atau filter
  • sertakan hashtag #PizzaHutPANtriotic.

Bagi maklumat lanjut mengenai piza terbaru serta promosi piza*, sila layari https://www.pizzahut.com.my/en/newpanpizza

Untuk mengetahui mengenai peluang bertemu Bunkface pada bulan Oktober, ikuti laman Facebook Pizza Hut Malaysia: https://www.facebook.com/pizzahutmalaysia

*Promosi Beli 1, percuma 1 promo bermula 7 September sehingga 7 October

 

YOUthReka Pamer 40 Karya Seni Anak Muda

YOUthReka adalah Inisiatif Seni Nando dan tahun ini ia kembali lagi dengan Pertandingan Seni 2018.

Fine art Grand Prize Winner, Choo Ai Xin with her art work, Old Town Ipoh

Digital art Grand Prize Winner, Chew Song Kee with his artwork, Crow Guest.

Selama 11 tahun, inisiatif ini telah menjadi platform khusus untuk belia kreatif dari semua lapisan masyarakat untuk berkumpul dan mempamerkan bakat serta imaginasi mereka yang luar biasa di samping bertindak sebagai saluran untuk mendedahkan kerja mereka kepada orang ramai.

“Selama lebih satu dekad sekarang, kami telah memfokus kepada menyediakan ruang bagi artis-artis muda ini untuk berkongsi kreativiti mereka dengan orang awam dan menjadikan seni lebih mudah diakses oleh orang ramai. Setelah sekian lama, dan sebenarnya sehingga hari ini, masih terdapat persepsi bahawa seni hanya boleh diakses oleh sekumpulan orang yang sangat nic, tetapi perkara ini tidak benar, kerana seni boleh dicipta dan dinikmati oleh sesiapa sahaja”, kata Mac Chung Lynn, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nando’s Malaysia.

Tahun ini ia menerima sebanyak 468 penyertaan merangkumi kategori Seni Halus dan Seni Digital.

Pameran yang berlangsung dari 14 Ogos 2018 hingga 24 Ogos 2018 ini mempamerkan lebih daripada 40 karya agung oleh peserta dari seluruh Malaysia. Pameran itu juga menggabungkan penambahan khas yang bertujuan untuk mengembangkan bakat-bakat kreatif muda ini di samping berhubung dengan mereka yang berminat untuk menceburi dunia seni.

Selain daripada persaingan utama yang disenarai pendek, terdapat juga lapan karya seni tambahan yang dicipta oleh seniman Autistik tempatan dan sesi ‘Pop-Art’ istimewa dengan kolektif seni Titikmerah.

Inisiatif Seni Nando yang selalu bertujuan untuk mengubah kehidupan remaja tanpa mengira siapa mereka atau asau-usul mereka, telah memasukkan artis-artis tambahan ini ke dalam pameran bagi menggambarkan bahawa bakat kreatif tidak terbatas dan seni itu boleh dihasilkan dan dihargai oleh sesiapa sahaja dan semua orang.

Senarai Pemenang

  • Hadiah Utama:
    Choo Ai Xin dengan karya “Old Town Ipoh” (kategori Seni Halus)-menerima wang tunai RM5,000, baucar Nando’s bernilai RM500, pameran solo dan bimbingan yang ditaja:
  • Naib Johan: Ong Cai Bin, meraih tempat dengan karya seninya “Peep’s World II” – menerima wang tunai RM3,000, baucar Nando’s bernilai RM500
  • Tempat Ketiga: Lau Pik Yoke dengan karya seninya “A View of the Past” (kategori Seni Halus)-wang tunai RM2,000, baucar Nando’s bernilai RM500

Hadiah Sagu hati (x3) – RM 1,000 tunai dan baucar Nando’s bernilai RM500
• Pemenang: Wong Joo Yee
• Pemenang: Muhammad Syafiq bin Kholid
• Pemenang: Afiqah binti Abd Mutalib

Bagi Kategori Seni Digital

  • Hadiah Utama:
    Chew Song Kee dengan karya seninya “Crow Guest” -wang tunai RM5,000, baucar Nando’s bernilai RM500, pameran solo dan bimbingan yang ditaja
  • Naib Johan:
    Nur Ain Shariffuddin dengan ilustrasi beliau bertajuk “The Spirit of Adventure”-wang tunai RM3,000, baucar Nando’s bernilai RM500
  • Tempat Ketiga:
    Chew Yi Kai dengan karya “Maternal”-wang RM2,000, baucar Nando’s bernilai RM500

Hadiah Sagu hati (x3) – RM 1,000 Tunai dan baucar Nandos bernilai RM500
• Pemenang: Choong Shih Yeng
• Pemenang: Hoo Wei Xing
• Pemenang: Tan Kai Ying

Nando percaya bahawa seni bukan hanya untuk orang yang berbakat, tetapi untuk orang ramai juga. Menghidupkan sentimen itu, bersama dengan Titikmerah, sebuah kolektif seni yang diterajui oleh Ajim Juxta, Nando menyelenggara bahagian ‘Pop-Art’ khusus, di mana orang-orang dari pelbagai lapisan kehidupan diberikan peluang untuk menghasilkan karya mereka sendiri.

Pop Art, sebuah gaya seni yang dipopularkan oleh seniman seperti Andy Warhol dan Roy Lichtenstein, dikenali kerana kesederhanaan dan ekspresi budaya massa. Ia adalah bentuk seni yang mudah untuk difahami dan tetap relevan walaupun pada zaman moden.

Acara tersebut juga memberi penghormatan kepada Allahyarham Syed Nabil Syed Nahar, Ketua Penasihat dan seorang tokoh penting dalam penubuhan inisiatif seni tersebut. Beliau adalah seorang perunding seni dengan lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam merancang dan menganjurkan pameran seni, pengumpulan karya seni, memberi nasihat dan membina koleksi seni dan korporat, penulisan seni untuk katalog dan pameran.

Menurut Chung Lynn, beliau menyebut bahawa pertandingan tahun ini

“adalah satu kenangan yang sangat bermakna bagi kebanyakan daripada kami di Nando. Walaupun kami telah kehilangan seorang individu yang tidak ternilai, iaitu Ketua Penasihat kami, Allahyarham Syed Nabil, saya percaya bahawa legasi beliau terus hidup dengan Program Inisiatif Seni Nando’s. Kami berharap agar platform ini akan terus menggalakkan belia kita untuk meneroka dan mempamerkan kreativiti mereka yang luar biasa, sambil kekal sebagai saluran untuk menyokong penghayatan seni. “

Inisiatif Seni Nando telah berfungsi sebagai platform untuk ekspresi dan perkembangan kreatif. Ini telah mengetengahkan satu barisan seniman muda di Malaysia yang kini mempunyai saluran yang menarik untuk mempromosikan kebolehan serta karya kreatif mereka.

Semua karya seni yang dipamerkan telah dinilai berdasarkan keaslian dan kreativiti, kisah (konsep & idea), kualiti reka bentuk dan komposisi, penggunaan medium dan kemasan artistik, dan kesan keseluruhan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Inisiatif Seni Nando, sila log masuk ke www.nandos.com.my/artinitiative.

McDonald’s Delivery Perluas Rangkaian Penghantaran Dengan Food Panda

Capaian dan liputan kawasan McDelivery akan diperluas sehingga 310 titik penghantaran menjelang akhir tahun. 

Bukan itu sahaja, 90 peratus restoran menyediakan perkhidmatan McDelivery menjelang 2025

2 (1)

McDonald’s Malaysia kini meluaskan lagi rangkaian perkhidmatan penghantaran McDelivery. Aplikasi mudah alih bahru McDonald’s dan kerjasama dengan foodpanda sebagai satu pakatan perkongsian strategik kini membolehkan pelanggan memesan makanan kegemaran pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

3

Usaha meluaskan rangkaian perkhidmatan penghantaran ini dilakukan selepas McDonald’s mengamati perubahan trend dan kecenderungan pengguna serta perubahan dalam landskap perniagaan yang telah mengwujudkan peluang untuk menghantar hidangan makanan McDonald’s , manisan atau minuman McCafe dengan memanfaatkan kemudahan e-dagang.

Dengan peluasan rangkaian McDelivery dan kerjasama dengan foodpanda, McDonald’s menjangkakan kenaikan ketara sumbangan hasil daripada McDelivery seiring perkembangan pesat saluran perniagaan ini. Untuk tempoh antara Januari hingga Jun 2018, McDelivery sudah pun mencatat kadar pertumbuhan 80 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Aplikasi mudah alih baharu McDonald’s, yang boleh dimuat turun dari Apple App Store dan Google Play Store, bukan sekadar aplikasi untuk membuat pesanan makanan. Fungsi lain yang menarik termasuk promosi dan tawaran eksklusif harian untuk pelanggan, tempahan untuk majlis hari jadi, mencari lokasi restoran, permohonan pekerjaan, berita dan maklumat terkini daripada McDonald’s, dan juga maklum balas pelanggan.

Bukan setakat itu sahaja, pelanggan McDonald’s juga ditawarkan promosi tersuai menggunakan aplikasi baharu ini berdasarkan rekod pembelian bagi memastikan mereka menerima tawaran paling relevan untuk mereka. Fungsi baharu ini membuktikan bahawa aplikasi direka bentuk sebagai “pusat setempat” untuk menyenangkan pelanggan zaman sekarang yang sentiasa sibuk ke sana sini.

Selain daripada itu, peminat setia McDonald’s boleh merasa gembira kerana McDelivery kini boleh didapati 24 jam sehari.

Menurut Melati Abdul Hai, Naib Presiden / Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, usaha meluaskan perkhidmatan McDelivery adalah kerana peningkatan permintaan, yang sebahagian besarnya didorong oleh perubahan gaya hidup pengguna dan juga anjakan dalam landskap perniagaan yang sentiasa berubah.

“Pada zaman sekarang, rakyat Malaysia mendapati sukar untuk keluar makan disebabkan kesibukan dan jadual tugas yang ketat. Sama ada mereka tersangkut dalam mesyuarat kerja, kesesakan jalan raya, atau lebih suka berehat di rumah, mereka patut diberi pilihan untuk menikmati makanan kegemaran mereka.

Sebagai sebahagian daripada rancangan peluasan ini, McDonald’s komited untuk mencuba saluran yang belum diterokai sebelum ini bagi mencapai matlamat yang kami tetapkan, seperti menyediakan lebih 310 titik penghantaran menjelang tahun ini,” katanya sambil menjelaskan bahawa strategi jangka panjang adalah untuk melengkapkan sekurang-kurangnya 90 peratus restoran McDonald’s dengan perkhidmatan McDelivery menjelang 2025.”

Pakatan perkongsian strategik dengan foodpanda akan memperluas dan mendekati lebih ramai pelanggan McDonald’s di seluruh negara, dan menghantar ke kawasan baharu menerusi rangkaian penghantaran foodpanda yang luas.

Melati seterusnya menjelaskan bahawa sebagai rakan kerjasama terbesar foodpanda, McDonald’s teruja kerana dapat memanfaatkan rangkaian luas yang telah dibina oleh foodpanda untuk mendekati kepada lebih ramai pelanggan di Malaysia.

Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das, berkata,

“Kami amat gembira untuk meletakkan McDonald’s Malaysia dalam rangkaian pengurusan penghantaran foodpanda. Pakatan perkongsian strategik ini selaras dengan misi kami untuk membawa makanan yang menceriakan kehidupan seharian dan memuaskan selera pelanggan kami yang meminati McDonald’s dalam keselesaan rumah atau pejabat mereka sendiri.”

Memandangkan perkhidmatan penghantaran makanan kini menjadi lebih relevan, McDonald’s berhasrat untuk menjalin lebih banyak kerjasama dengan pengendali pihak ketiga pada masa akan datang.

Di majlis yang sama, McDonald’s Malaysia juga memperlihatkan logo baharu McDelivery kepada wakil media, dengan janji untuk membawa senyuman kepada pelanggan dari satu tempat ke satu tempat.

Mengenai foodpanda Malaysia

Foodpanda memainkan peranan membawa sajian kegemaran kepada penggemar makanan di seluruh dunia dari restoran tempatan terpilih. Sejak penubuhannya, permintaan bagi perkhidmatan penghantaran makanan telah meningkat kepada lebih 27,000 rakan restoran di lebih 190 bandar raya di 11 negara Asian dan Eropah Tengah. foodpanda aktif di Hong Kong, Singapura, Thailand, Malaysia, Pakistan, Taiwan, Filipina, Bangladesh, India, Romania dan Bulgaria. Ia dimiliki oleh Delivery Hero, pemimpin industri penghantaran makanan dunia. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman www.foodpanda.my
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Rozita Ahmad | Wan Shariena Bahrom, McDonald’s Malaysia
+603.7843.3236
Rozita.Ahmad@my.mcd.com | WanShariena.Bahrom@my.mcd.com

Lisa Santa Maria, Pengurus Perhubungan Awam foodpanda
+6017.675.4692
l.santamaria@foodpanda.my

DOMINO’S Perkenal Pencuci Mulut Terbaharu

Wah Domino’s tambah lagi satu menu terbaharu dalam kategori pencuci mulut!

d-1

Dibakar dengan sempurna, dihidangkan panas-panas dan segar dari ketuhar,  dengan leburan keju pekat sert perisa beri biru yang masam manis, pasti anda tidak sabar ingin merasai Blueberry Cheescake Lava Cake ini. 

Photo 2 (3)

“Rakyat Malaysia rata-rata meminati manisan pencuci mulut. Hasil kajian kami menunjukkan lebih 10% daripada jumlah jualan adalah termasuk manisan! Dengan pelancaran manisan baharu ini, kami menjangka angka tersebut akan meningkat lebih tinggi.

Tawaran manisan terbaharu kami ini juga akan menambah kelebihan daya saingan kami dalam pasaran yang lebih besar. Kami teruja untuk merangkumlan kek ini dalam menu tetap kami dan kami gembira menjadi Restoran Perkhidmatan Segera (QSR) yang pertama menawarkan Blueberry Cheesecake Lava Cake.

Kedudukan kami sebagai syarikat piza tidak menghadkan kreativiti kami kepada piza atau sajian utama sahaja dan kami harap pelanggan kami akan seronok menikmatinya terutama sekali pada musim raya. Menyusuli kejayaan manisan kami khususnya Chocolate Lava Cake dan Peanut Butter Chocolate Lava Cake yang menjadi kegemaran ramai, kami mempersembahkan satu lagi manisan yang enak untuk pilihan pelanggan kami.”

-Pengurus Besar Kanan, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree

“Seperti piza kami, manisan pencuci mulut kami dicipta dengan penuh kasih sayang dan ketelitian, kesungguhan dan keprihatinan. Kmi komited untuk menawarkan makanan dan perkhidmatan berkualiti, dengan hanya menggunakan bahan-bahan terbaik dan bermutu untuk manisan ini, termasuk keju krim yang enak dari New Zealand dan beri biru dari Perancis.  Bahan-bahan bermutu tinggi ini menambah keenakan kek lava kami. Satu lagi cabaran dalam menyedakan kek lava ini ialah cara untuk mengekalkan imbangan teksturnya. Oleh itu, kawalan suhu yang tepat sangat penting untuk memastikan kek lava dibakar dengan sempurna untuk menghasilkan leburan inti di tengahnya. Manisan enak ini sesuai untuk melengkapkan sesi menjamu selera dengan piza bersama keluarga dan kawan-kawan!

Blueberry Cheesecake Lava Cake memperlihatkan komitmen kami untuk menambah bai pengalaman pelanggan kami yang bakal menjadi kenangan indah. Kami melakukan sebaik mungkin untuk memastikan kami dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan sentiasa menjadi ingatan pelanggan kami.”

-Pengurus Besar Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Linda Hassan

Bermula dari 1 Julai hingga tempoh yang terhad, pelanggan boleh menikmati Blueberry Cheescake Lava Cake terbaharu pada harga pengenalan RM7.10 (harga tanpa GST) sahaja. Sempena pelancaran ini juga,  Chocolate Lava Cake dan Peanut Butter Chocolate Lava Cake juga ditawarkan pada harga yang sama.

d-2

Mereka  yang ingin memeriahkan musim perayaan ini bersama keluarga dan rakan bolehlah memilih Buddy Combo (RM42.90) yang terdiri daripada:

  • 1 piza saiz biasa
  • 1 Garlic Twisty Bread
  • 1 Blueberry Cheesecake Lava Cake
  • 1 Stuffed Cheddar Bites
  • 2 tin minuman ringan

Untuk kumpulan lebih besar, anda boleh memilih Super Combo (RM59.90) yang terdiri daripada:

  • 2 piza saiz biasa
  • 1 Garlic Twisty Bread
  • 1 Blueberry Cheesecake Lava Cake
  • 1 Chocolate atau Peanut Butter Chocolate Lava Cake
  • 1 botol minuman ringan

Untuk membuat tempahan atau mengetahui lebih lanjut mengenai Blueberry Cheesecake Lava Cake, layari dan hubungi:

  1. http://www.dominos.com.my
  2. 1300-888-3333

PIZZA Madu Padu Eratkan Kemanisan Ramadan dan Syawal

Alamilah suasana Ramadan semanis madu dengan pizza terbaru ini!

Madu Padu Pizza

Pizza Hut meraikan bulan Ramadan kali ini dengan pelancaran hidangan istimewa terbarunya untuk rakyat Malaysia; piza Madu Padu.

Inovasi terbaru ini meraikan semangat perpaduan, dengan membawa rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk bersama-sama mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga dan rakan-rakan sempena musim perayaan ini.

Sebagai jenama piza yang kerap dilawati oleh seisi keluarga, Pizza Hut bertekad untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan menjemput rakyat Malaysia, tidak mengira bangsa, kepercayaan dan latar belakang untuk meluangkan masa dengan rakan-rakan terdekat dan mengeratkan kembali hubungan dengan kenalan yang sudah lama tidak berjumpa.

“Dalam kesibukan kehidupan sehari-hari, adakalanya kita terlupa untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga kita, sehingga ada di antara kita yang terputus hubungan. Namun demikian, ia tidak terlalu lewat untuk kita membaiki kembali hubungan dengan orang tersayang. Kami berharap pelancaran Madu Padu oleh Pizza Hut akan memberikan rakyat Malaysia alasan yang kukuh untuk mengembalikan kemanisan hubungan diantara satu sama lain. Dengan ini, semua kebaikan akan berganda dengan semula jadinya pada musim perayaan ini.

“Walaupun Pizza Hut menyediakan pelbagai sajian menarik dalam musim perayaan ini dengan piza Madu Padu, kami ingin mengingatkan para pelanggan, bahawa kami bukan sahaja mementingkan tarikan makanan yang hebat tapi kami juga mementingkan penyediaan pengalaman makan bersama yang menarik. Saya rasa gembira bila saya dapat mengeratkan hubungan dengan kenalan lama dan juga memperkukuhkan hubungan bersama ahli keluarga. Harapan kami adalah supaya para pelanggan yang mengunjungi Pizza Hut bukan sahaja dapat mengisi perut mereka, tetapi dapat juga mengisi kegembiraan di dalam hati dan jiwa mereka.”

-Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd.

Piza Madu Padu ini penuh dengan inti ayam padat, kiub keju enak dan satu penambahan unik: jaluran sos madu istimewa dan enak bersama-sama dengan kepingan tortila rangup. Kesemua ramuan yang digunakan dipilih dengan teliti untuk kesinambungan rasa yang harmoni bersama untuk menghasilkan rasa yang pastinya akan menggiurkan selera rakyat Malaysia.

Piza Madu Padu didapati dalam DUA hidangan kombo (sajian di restoran):

  • Madu Padu Special untuk 2 hingga 3 orang (RM52.70)
  • Madu Padu Special untuk 4 hingga 5 orang (RM94.50)

Hidangan kombo ini disediakan dengan pilihan pembuka selera, garlic bread/tortila ayam BBQ atau sup cendawan, puding tembikai susu dan minuman berdasarkan kombo pilihan.

Pizza Hut juga menawarkan EMPAT kombo penghantaran atau bawa pulang Madu Padu iaitu :

BigBox_Madu - Copy

  • Madu Padu Big Box (RM63)

    MaduPizza_Combo1

  • Madu Padu Combo 1 (RM38.90)

    MaduPizza_Combo3

  • Madu Padu Combo 2 (RM57.90)
    DoubleBox_Madu
  • Madu Padu Double Box (RM38)

Dalam semangat untuk memberi balik pada bulan Ramadan ini, Pizza Hut juga menawarkan Madu Padu Double Box CSR, pada harga RM38.50, dengan tambahan RM0.50 yang akan disalurkan kepada inisiatif ‘Hut to Heart’.

Kutipan derma ini akan digunakan untuk membantu pesakit kanser mendapatkan rawatan yang diperlukan, dengan tujuan untuk mengurangkan kes kanser di Malaysia dengan memperkasakan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan ceria.

Piza edisi terhad ini boleh didapati* di cawangan-cawangan terpilih di seluruh negara dari sekarang hingga 14 Julai 2018, melalui dine-in, penghantaran, dan servis bawa pulang.

*Harga mungkin berbeza mengikut lokasi.
*Piza Madu Padu boleh didapati untuk masa yang terhad sahaja, di cawangan Pizza Hut terpilih di seluruh negara.

 

McDonald’s Hidupkan Legasi Nasi Lemak Dengan Perkenalkan Burger Nasi Lemak

Nasi lemak memang favorite ramai tak kisah sewaktu sarapan pagi, makan tengahari maupun makan malam. 

WEE_4567 (Large)

Mengambil populariti nasi lemak, McDonald’s memperkenalkan Burger Nasi Lemak, satu hidangan baharu yang tampil ringkas namun padat. Boleh didapati dalam tempoh masa terhad dari 26 April, Burger Nasi Lemak pastinya mampu membangkitkan citarasa anda.

Dengan kepingan ayam enak yang dimasak menggunakan santan, disalut dengan emping jagung yang rangup dan ditambah dengan sos sambal istimewa, telur goreng, bawang tumis serta kepingan timun segar yang dihidangkan bersama ban cili.

Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai, berkata, McDonald’s berbangga kerana dapat menawarkan hidangan-hidangan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Burger Nasi Lemak McDonald’s diinspirasikan daripada rasa enak nasi lemak tempatan yang dijual oleh  pengusaha tempatan. Kami berbangga kerana dapat memberi penghormatan atas sumbangan mereka yang menghidupkan legasi nasi lemak sehingga hari ini.

Bagi memberi penghormatan kepada para penjual nasi lemak di seluruh negara dan meraikan kegemaran rakyat Malaysia terhadap hidangan popular ini, McDonald’s menjemput enam pengusaha nasi lemak untuk turut serta dalam majlis pelancaran hari ini.” 

Mereka adalah:
1. Nasi Lemak BK 4, Bandar Kinrara, Kuala Lumpur
2. Nasi Lemak Angah, Sentul, Kuala Lumpur
3. Warung Sinarnor, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur
4. Warung Rindu Pak Ya, Pantai Dalam, Kuala Lumpur
5. Nasi Lemak Mok Teh, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
6. Barba Bros, Bandar Utama, Petaling Jaya

McDonald’s akan terus menambah baik tawaran menunya dengan pelbagai pilihan hidangan untuk memenuhi citarasa para pelanggan.

“Kami ingin berada lebih dekat di hati pelanggan dengan menawarkan menu yang mampu memenuhi citarasa ramai – pelbagai pilihan yang mudah, dan harga yang berpatutan. 

Untuk memastikan matlamat ini tercapai, kami perlu sentiasa melakukan inovasi terhadap menu kami, termasuklah kemampuan untuk sentiasa peka dan mengambil tindak balas efektif terhadap kemahuan pelanggan yang berubah-ubah,” tambah beliau.

“Seiring dengan janji kami untuk menyediakan hidangan yang enak untuk semua, McDonald’s Malaysia akan terus memberi fokus untuk menawarkan hidangan yang segar, berkualiti tinggi dan bernilai bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmatinya pada bila-bila masa.” 

Burger Nasi Lemak McDonald’s boleh didapati dengan harga RM14.95 untuk ala carte dan RM16.95 untuk set regular, termasuk kentang goreng dan 100PLUS.

Selain Burger Nasi Lemak, antara menu kegemaran ramai lain termasuklah Bubur Ayam, Cakoi dan juga Ayam Goreng McD yang sangat popular.

Selain itu, McDonald’s Malaysia turut menyediakan menu pencuci mulut citarasa tempatan seperti D24 Durian McFlurry, MILO McFlurry, Banana Pie, Pulut Hitam Pie, Red Bean Pie, Taro Pie dan aiskrim kon perisa Cendol.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.

Maklumat lanjut sila hubungi:

Rozita Ahmad | Wan Shariena Bahrom, McDonald’s Malaysia
+603.7843.3236
Rozita.Ahmad@my.mcd.com | WanShariena.Bahrom@my.mcd.com

Kunjungi The Chicken Rice Shop Untuk Rasai Ais Kacang Telur Masin

Biar betul! Agak-agaknya apa aje rasa Ais Kacang Telur Masin yang dicipta oleh The Chicken Rice Shop (TCRS) ni.

IMG-20171219-WA0007

Mengguna produk Etika Group of Companies (Etika) iaitu susu Dairy Champ, TCRS mengguna produk itu untuk digandingkan bersama ciptaan terbarunya iaitu Ais Kacang (ABC) Telur Masin.

Ciptaan inovasi terbaharu ini adalah sebagai tanda ingatan dalam memperbaharui perkongsian antara TCRS dan Etika yang telah diadakan di cawangan TCRS di pusat beli-belah Mid Valley. Kerjasama ini bukannya satu perkara baru malah sebenarnya kedua-dua syarikat ini telahpun bekerjasama lebih 15 tahun memandangkan Etika adalah pembekal kepada TCRS.

Sebab itu tidak hairanlah jenama produk di bawah Etika telah banyak digunakan oleh TCRS dalam meghasilkan hidangan yang enak dan sedap.

Dalam majlis tandatangan itu, ikon perniagaan dan Ratu sosial media, Dato’ Seri Vida yan juga Duta kepada Dairy Champ turut hadir memeriahkan majlis. Kehadiran beliau menunjukkan sokongan padunya bersama Pengarah Urusan yang juga Pengasas TCRS, Gaik Wong dan Presiden & Ketua Pengawai Eksekutif Etika, Erwin Selvarajah yang sama-sama melancarkan menu hidangan terbaru itu.

Dalam majlis itu juga telah diadakan sesi pembidaan di mana tetamu yang hadir membuat bidaan untuk Ais Kacang berkenaan. Hasil bidaan tersebut bakal disalurkan kepada MERCY yang aktif dalam kegiatan memberi bantuan kepada mangsa banjir.

“Kami teruja kerana menjadi pilihan produk jenama oleh TCRS dan bersama-sama memnghasilkan menu inovasi yang enak mengguna Dairy Champ Evaporated Creamer serta Dairy Champ Sweetened Creamer. Kami mempunyai kerjasama yang lama dengan TCRS dan hasil daripada kerjasama ini mengukuhkan lagi komitmen kami dalam memceburi bidang baru bersama. Selain itu kami ingin bersama-sama TCRS dalam memberi sumbangan untuk mereka yang memerlukan. Tragedi banjir baru-baru ini adalah satu bencana besar yang menyebabkan banyak nyawa terkorban dan kehilangan tempat tinggal. Sebagai tanda tanggungjawab kepada orang ramai kami mencipta ABC Telur Masin yang termahal dan dengan itu hasil daripada bidaan boleh disalurkan kepada kehidupan mangsa banjir.”

-Erwin Selvarajah

Diharapkan kerjasama kedua-dua pihak ini, orang ramai dapat menikmati pengalaman makan yang sedap sambil menikmati ABC Telur Masin.

“Kami di TCRS sentiasa mencuba mencari menu terbaharu untuk pelanggan kami. dengan adanya menu inovasi terbaharu ini, pelanggan TCRS akan dapat menikmati keenakannya dan berasa gembira memakannya.”

-Gaik Wong

Harga untuk menu terbaharu ini adalah RM9.90 semangkuk.

Untuk maklumat lajut, layari http://www.etikaholdings.com/our-brands#DairyChamp atau http://www.thechickenriceshop.com

 

GALITO Pilih Malaysia Sebagai Destinasi Pembukaan Pertama di Asia Tenggara

Restoran ayam panggang dari Afrika Selatan menjadikan pusat beli-belah eCurve sebagai lokasi pertama pembukaannya.

Galito's Brand Day

Mempunyai 150 restoran di 15 buah negara, Galito terkenal dengan sajian bertemakan Afrika terutamanya hidangan ayam panggang yang menjadi pilihan pelanggan mereka.

Keistimewaan ayam panggang yang dihasilkan oleh Galito adalah ia diperap selama 24 jam menggunakan rempah ratus terpilih.

Untuk pengetahuan, restoran ini dibuka oleh Louis Germishuys yang ingin berkongsi sajian hebat dari Afrika Selatan dengan orang ramai.

“Kami percaya dengan memelihara tradisi Galito yang menawarkan sajian Afrika kepada pelanggan. Kami inginkan pelanggan kami merasai hidangan yang enak dan memberi perkhidmatan yang bagus kepada mereka. Kami percaya juga ayam panggang Galito yang boleh didapati pada harga aberpatutan akan menjadi kesukaan rakyat Malaysia.’

-Louis Germishuys

IMG-20171212-WA0002

Restoran francais yang dipegang oleh Ri-Ya Global Food menyajikan aneka hidangan enak antaranya Galibowl, Liver and Roll, Chilli Beans, Fresh Sweet Potato, Salad, Mushroom Soup, Coleslaw, Chilli Beans dan banyak lagi.

Hidangan utama Galito:

  • Ayam panggang (1/4)-RM11.50 (One side RM13.90 & two sides RM15.90)
  • Ayam panggang (1.2)-RM17.90 (One side RM20.90 & two sides RM23.90)

“Kami nampak banyak peluang untuk Galito di Malaysia apatah lagi rakyat sini memang gemarkan ayam dan suka merasai menu terbaru. Jadi pelanggan akan pasti menyukai Glito yang menyediakan pelbagai pilihan hidangan memandangkan makanan di estoran ini semuanya pberpatutan dan enak. Pasti pelanggan akan merasai keenakan hidangan Afrika Selatan.”

-Dato’ Shaheen Shah, Pengarah Urusan Kumpulan Ri-Ya Grop.

Ingin tahu bagaimanakah rasa sajian Afrika Selatan? Kunjungi restoran Galito di eCurve yang terletak di aras G02-G03 berdekatan pintu masuk utama.