CAROUSELL Bakal Adakan Pameran Seni LEGO Sempena Sambutan Kemerdekaan

Pameran anjuran Carousell, Republic of Bricks (ROB) dan pusat beli-belah Sunway Pyramid itu dibuka kepada orang ramai dan masuk adalah PERCUMA.

LEGO Art Exhibition Poster

Bakal memaparkan lebih daripada 20 karya seni berlatarbelakangkan panorama sekitar Malaysia, kebudayaan masyarakat dan momen-momen menarik diabadikan dalam bentuk LEGO mosaic dan mural. Turut dipamerkan adalah mural dengan wajah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed yang pastinya menjadi tumpuan sepanjang pameran berlangsung.

Menariknya, sepanjang pameran itu juga, orang ramai boleh menyaksikan aktiviti-aktiiviti bertemakan LEGO yang dijalankan oleh ROB, komuniti pembangunan LEGO.

Maklumat lanjut mengenai pameran LEGO ini adalah:

Tarikh: Khamis, 30 Ogos hingga Ahad, 2 September 2018
Masa: 10:00AM – 10:00PM
Lokasi: LG2, Central Avenue, Sunway Pyramid3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway
47500 Subang Jaya,
Selangor

Untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah: