Artistik Geometri ‘Radiance of Eid’ Serlahkan Sambutan Raya Avenue K

Sempena meraikan kehadiran Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba tak lama, pusat beli-belah Avenue K meriah dengan paparan artistik Geometri berwarna-warni.

IMG_20190516_181001

Pengunjung ke sini pastinya akan teruja dengan kehadiran paparan Geometri berbentuk bintang yang besar, tergantung di satu sudut di Atrium yang menghasilkan pencahayaan terang di segenap bazar berdekatan.

Diinspirasikan melalui corak-corak pada geometrik Islam, paparan artisitik yang mengambil tema ‘Radiance of Eid’ ini turut menyerlahkan gubahan-gubahan bunga tropika yang digabungkan bersama pada paparan tersebut, menjadikan ruang di Atrium berseri-seri dengan kehadiran bunga-bungaan dan warna-warna ceria yang dihasikan oleh paparan artisitik.

IMG_20190516_183608

Kehadiran bulan Ramadan 2019 bertambah seri apabila Avenue K meraikan 25 kanak-kanak dari Pertubuhan Darul Fakir Malaysia. Mereka dibawa membeli pakaian raya, diberikan duit raya dan juga menikmati hidangan berbuka puasa bersama-sama staf, media dan penyanyi Kaka Azraff yang sebelum itu menghiburkan tetamu yang datang dengan lagu hit beliau ‘Bawaku Pergi’, ‘Sibuk’ dan juga lagu raya.

Avenue K menawarkan pelbagai barangan yang boleh dibeli untuk sambutan hari raya melalui Pasar Seloka yang mana tahun ini, kembali dengan lebih besar dan lebih banyak gerai-gerai tempatan yang menjual produk-produk berkualiti tinggi dan juga lebih moden seperti pakaian, alat solek, aksesori fesyen, kuih-kuih raya dan banyak lagi agar pengunjung yang datang membeli-belah boleh mendapatkan produk yang terbaik untuk menyambut keriangan Aidil Fitri bersama-sama keluarga.

Print

Bagi pengunjung yang membeli-belah minimum RM250 di Avenue K (RM200 jika anda ahli kad AK Neighbours  ) dalam dua resit atau kurang, membolehkan anda menebus satu set sampul kad raya yang cantik, sementara stok masih ada.

Selain itu, anda juga boleh menikmati juadah percuma dengan pembelian minimum RM500 dalam maksimum 2 resit, di mana Avenue K akan memberikan baucar makanan ‘Buka Puasa’ bernilai lebih RM100. Baucar-baucar makanan itu meliputi Samba Brazilian Steakhouse, Kafe Juan Valdez, Nene Chicken, Baba Nyonya dan Wrap ‘N Roll.

Untuk memberi lebih banyak tawaran hebat sempena ‘balik kampung’, pengujung boleh memyertai pertandingan mingguan ‘Top Spender’ di mana anda berpeluang menjadi 30 pelanggan Avenue K yang memenangi Kad Touch ‘n Go Edisi Terhad bernilai RM100. Bermula 10 hingga 27 Mei ini, 10 pemenang akan dipilih, maka bersedialah untuk terpilih sebagai salah seorang pemenang!

Bagi mereka yang suka mengambil gambar ‘selfie’, anda boleh menyertai Pertandingan Instagram ‘Jom Selfie’ dan berpeluang membawa balik hamper Raya eksklusif bernilai RM200 daripada Pasar Seloka dan Wondermilk. Maka, apa lagi, follow @avenuekmy untuk maklumat lanjut.

Jika anda biasa mengguna aplikasi Grab pula, masukkan kod AKRAYA19 untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM10 untuk 2 kali perjalanan pergi dan balik dari Avenue K (hanya untuk 1,000 perjalanan pertama). Penebusan diskaun ini bermula pada 10 Mei hingga 9 June sahaja.

Jadi, jangan lepaskan peluang mendapatkan pelbagai tawaran hebat yang ditawarkan oleh Avenue K sepanjang Ramadan ini.

PPZ-MAIWP Sedia Banyak Perkhidmatan dan Keistimewaan Kepada Pembayar Zakat

Dengan tagline ” Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan”, Pusat Pungutan Zakat -Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP )menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada bakal-bakal pembayar zakat disamping berharap dapat menggalakkan lebih ramai umat Islam menunaikan zakat tahun ini.

Selain perkhidmatan, PPZ-MAIWP turut menawarkan pelbagai keistimewaan dan kelebihan kepada pembayar zakat.

IMG_20190503_105541

Maklumat tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri pada sidang media yang diadakan baru-baru ini. Beliau juga mengumumkan mengenai penjenamaan semula Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) kepada nama baru.

IMG_20190503_111115

Selepas menggunakan Skim Thohir selama 8 tahun ia bakal digantikan dengan nama baru iaitu Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB). Logo skim itu juga menerima pembaharuan.

Untuk memudahkan urusan pembayaran zakat sepanjang Ramadhan nanti, sebanyak 10 kaunter akan dibuka setiap hari termasuk cuti umum, bermula pukul 8.15 pagi hingga 4.30 petang, dengan 7 kaunter di Kuala Lumpur, 2 kaunter di Putrajaya dan 1 kaunter di Labuan. Bayaran boleh dilakukan secara tunai, cek, kad debit dan kad kredit perbankan Islam.

Pembayar zakat juga boleh mendapatkan bantuan pada pihak PPZ-MAIWP untuk membuat penaksiran zakat, menyemak rekod bayaran terdahulu, mendapatkan borang kebenaran potongan zakat, membayar zakat fitrah dan mendapatkan salinan resit pembayaran zakat.

Bagi yang tidak sempat ke kaunter, PPZ-MAIWP menyediakan Kaunter Zakat Bergerak (KZB). Sebanyak 4 buah van disediakan dan orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan PPZ-MAIWP untuk mengetahui lokasi KZB.

Menariknya mereka yang membuat pembayaran zakat di kaunter PPZ-MAIWP bakal  menerima cenderahati khas iaitu:

  • Sampul Raya-edaran bermula 1 Ramadhan
  • Kit Ramadan & Syawal-terbitan eksklusif yang membicarakan persediaan dan amalan sewaktu Ramadhan dan Syawal-edaran bermula 1 Ramadhan
  • Produk penghasilan Asnaf-tahun ini, PPZ-MAIWP memilih produk serunding-edaran minggu ke 3 Ramadhan

Bagi 1,000 pembayar zakat yang pernah membuat pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP sebelum itu, dan mengulangi pembayaran tahun inijuga akan menerima cenderahati khas.

Begitu juga bagi yang membayar melalui kaunter bergerak, mereka akan menerima cenderahati khas beserta sampul raya mulai 1 Ramadhan selagi stok masih ada.

Sepanjang bulan Ramadhan juga, PPZ-MAIWP bakal mengadakan EMPAT slot Santai@Ramadhan secara langsung melalui ‘FB Live’ PPZ-MAIWP. Setiap slot akan berlangsung selama 30 minit setiap hari Jumaat, yang akan membicarakan persoalan zakat seperti kutipan dan agihan, pengisian rohani bersama ustaz-ustaz jemputan yang membicarakan perkara berkaitan Ramadhan dan Syawal.

Tahun ini, PPZ-MAIWP mensasarkan kutipan zakat harta dan zakat fitrah sebanyak RM110 juta, 15% kenaikan daripada kutipan tahun 2018 dengan jumlah pembayar zakat seramai 126,200 berbanding tahun sebelumnya iaitu seramai 109,739 orang.

Bayaran menerusi Portal:

  1. http://www.zakat.com.my
  2. Bila-bila masa dan di mana sahaja-24 jam
  3. semua jenis zakat
  4. resit diperolehi secara terus
  5. menyenak rekod bayaran terdahulu

Bayaran melalui Kaunter Zakat Bergerak:

  1. Hubungi Pusat Panggilan PPZ-MAIWP untuk mengetahui lokasi kaunter di no: 1 300 88 5757

Marilah bersama-sama merebut keberkatan Ramadhan dengan berzakat. Bagi mereka yang membayar zakat, akan dilindungi dengan Skim Kafalah Muzakki (Skim Khairat Kematian) yang mana PPZ-MAIWP akan menyumbang sebanyak RM3,000 kepada waris sekiranya pembayar meninggal dunia.

Lulu Hypermarket Tawar Banyak Penjimatan Sempena Ramadan dan Hari Raya

Lagi beberapa hari sahaja nak sambut Ramadan. Tapi dek kekangan masa, tak sempat nak cari barang keperluan untuk sambut bulan puasa dalam masa yang singkat ni.

Kebetulan pula ada appoitment di kawasan Masjid Jamek, singgah sekejap di Lulu Hypermarket. Wah memang senang hati bila di sini sebab semua barang keperluan yang nak dibeli ada di hypermarket ini. Tak payah susah keluar masuk pasar raya yang lain.

WhatsApp Image 2019-04-30 at 11.31.23 PM

Keperluan utama sepanjang bulan puasa semestinya buah kurma. Rambang mata juga nak membuat pilihan sebab Lulu Hypermarket menawarkan pelbagai jenis kurma dengan harga yang berpatutan.

 

WhatsApp Image 2019-04-30 at 11.31.41 PM

Memang sukar membuat pilihan memandangan Lulu Hypermarket ini memang terkenal menawarkan produk kurma yang berkualiti tinggi yang diimport dari seluruh negara. Antara jenis kurma yang ditawarkan adalah Ajwa, Kudhri, Mejdoul dan kurma premium yang lain.

WhatsApp Image 2019-04-27 at 11.29.01 AM

Tambahan pula Jualan Ramadan bakal bermula 1 Mei ini sehingga 10 Jun, maka harga barang yang ditawarkan di Lulu Hypermarket pastinya semakin murah. Jualan Ramadan ini memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati penjimatan belian sehingga 70 peratus diskaun bagi produk pakaian, kasut, beg tangan, elektronik/IT, telefon pintar, barangan keperluan rumah, perabot, permainan kanak-kanak dan bagasi.

Bukan itu sahaja, produk ‘basah’ seperti ikan dan udang, produk segar dan produk keperluan harian  juga ditawarkan pada harga penjimatan.

Lulu Hypermarket juga menyediakan aneka juadah tempatan, India dan Arab untuk pelanggannya. Bagi mereka yang tidak sempat menyediakan juadah di rumah, bolehlah datang membeli juadah-juadah yang disediakan.

WhatsApp Image 2019-04-27 at 11.28.58 AM

Selain Jualan Ramadan, Lulu Hypermarket juga menawarkan Bazar Raya di Ruang Promosi, Aras 2. Bazar Raya yang telahpun bermula dan bakal berakhir pada 21 Mei nanti menawarkan pelbagai barang menarik yang dijual pada harga promosi sempena hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi.

WhatsApp Image 2019-04-30 at 11.58.10 PM (1)

WhatsApp Image 2019-04-30 at 11.59.34 PM

Antara barangan must-have yang ditawarkan di Bazar Raya adalah barangan elektrik dari jenama terkemuka seperti Philips, Panasonic, Sony, Samsung, LG, Sharp, Tefal, JBL dan banyak lagi.

 

Turut ditawarkan di Ruang Promosi itu adalah barangn keperluan harian, barangan kelengkapan rumah, kasut dan juga bagasi.

WhatsApp Image 2019-04-30 at 11.31.40 PM

Bagi yang sering membeli-belah pada hujung minggu, jangan lepaskan peluang membei barangan keperluan di Lulu Hypermarket kerana pasar raya ini turut menawarkan Promosi Mingguan.

WhatsApp Image 2019-04-30 at 11.31.41 PM (1)

Pengguna boleh membeli barangan keperluan pada harga hebat. Memang berbaloi datang membeli-belah di sini, kerana banyak penjimatan yang anda dapat nikmati!

WhatsApp Image 2019-04-27 at 11.28.59 AM

Untuk melengkapkan keceriaan Ramadan dan Hari Raya Aidil Fitri, Lulu Hypermarket mengadakan Peraduan “Dream Drive” sempena kejayaan Peraduan “Shop & Win” yang dijalankan pada tahun lepas.

Peraduan “Dream Drive” bakal menyediakan hadiah-hadiah yang menarik antaranya:

  • Hadiah Utama berupa 2 kereta Proton x70
  • Telefon Iphone 7
  • TV UHD LED
  • Baucar Lulu Hypermarket
  • dan banyak lagi

Cara penyertaan:

  1. Berbelanja sebanyak RM75 dan ke atas dalam satu resit pembelian di Lulu Hypermarket dan Department stor sewaktu tempoh promosi
  2. Dapatkan kupon Lucky Draw
  3. Isi maklumat yang diperlukan
  4. Masukkan kupon yang sudah lengkap dalam kotak yang disediakan

Pemilihan pemenang akan dilakukan dalam DUA sesi iaitu pada tarikh:

  1. 5 Julai
  2. 6 September

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan peraduan ini, boleh melayari pada Facebook, poster dan Kaunter Khidmat Pelanggan.

GUARDIAN Bawa 100 Kanak-Kanak Beli-Belah Sempena Raya dan Hadiri Iftar

 

32

100 kanak-kanak yang diraikan oleh Guardian Malaysia adalah dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Cahaya Bistari di Batu Caves, Selangor dan Asrama Darul Falah (ASDAF) di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.

5

Empat selebriti terkenal tanah air iaitu Emma Maembong, Mawar Rashid, Syada Amzah dan Aisha Liyana juga turut serta dalam sesi membeli-belah dan iftar istimewa bersama kanak-kanak tersebut.

Penolong Pengurus Perhubungan Awam dan Kerajaan Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Farahani Failul Rahman, yang mengetuai pasukan Guardian dalam menganjurkan acara tersebut di Pusat Latihan Kecemerlangan Dairy Farm di Bandar Kinrara berkata:

“Sebagai rakyat Malaysia, kami tahu bahawa Ramadan adalah bulan yang mulia dimana menjaga kebajikan dan membantu golongan yang kurang bernasib baik adalah amat digalakkan. Dan setiap tahun, dengan semangat memberi dan berkongsi, Guardian Malaysia akan memainkan peranan kami dalam memberi sumbangan dan membawa kegembiraan kepada mereka yang memerlukan.

“Ramadan ini, Guardian Malaysia telah memutuskan untuk memberikan pengalaman dan kenangan membeli-belah yang cukup istimewa kepada kanak-kanak dari dua buah rumah kebajikan ini.”

Selain daripada baucar RM100 untuk membeli-belah di Guardian dan Giant, dimana kanak-kanak ini boleh membeli barangan keperluan Hari Raya mereka, kami turut memberikan satu kejutan istimewa buat mereka!

Apa lagi kalau bukan kehadiran empat orang personaliti terkenal, yang mewakili kempen Hari-Hari Cun Guardian Malaysia, untuk menceriakan lagi pengalaman membeli-belah kanak-kanak ini dan berkongsi tip-tip berguna tentang tawaran-tawaran hebat yang terdapat di Guardian.” 

Pasukan Guardian Malaysia dankeempat-empat selebriti turut berbuka puasa bersama-sama dengan kanak-kanak itu.

Jelas Shirley lagi, Guardian berharap agar kanak-kanak ini – lelaki dan perempuan, berusia diantara 4 hingga 17 tahun – akan membawa pulang kenangan yang manis, yang dikenang untuk selamanya.

Ramadan Bufet AnCasa Hotel Kekal Tema Kedesaan

Masih mengekalkan tema kedesaan seperti tahun lepas, menu Ramadan tahun ini AnCasa Hotels & Spa Kuala Lumpur memilih tema ‘Kampung Boy’ bertetapan dengan kempen ‘Stay, Dine & Win’ yang sedang berlangsung dan bakal berakhir pada 14 Julai 2018, iaitu tarikh akhir bagi perlawanan World Cup 2018.

IMG_20180402_121206

Sebab utama AnCasa mengekalkan konsep masakan bercita rasa kampung adalah kerana menerima sambutan dan respons yang sangat menggalakkan daripada pelanggan mereka pada Ramadan tahun lalu.

Tema ‘Kampung Boy’ tahun ini adalah gabungan idea cef-cef dari AnCasa yang berpengalaman dalam masakan tradisional Melayu dan seni kulinari secara tak langsung menampilkan kelainan dalam setiap resipi serta menu yang yang disajikan pada kali ini.

dav
Sotong Sumbat Sos Pedas
dav
Udang Rangup Iman Madina
IMG_20180402_121614
Aneka jenis kerabu
dav
Jenahak Sos Lada Hitam

Lebih daripada 120 menu sajian masakan Melayu diperkenalkan di antaranya Rendang Ayam Pucuk Maman, Udang Rangup Iman Madina, Sotong Sumbat Sos Pedas, Kambing Golek, Ikan Bakar, Rebung Masak Lemak Cili Api dan bermacam-macam lagi.

dav

Selain itu, AnCasa turut menyajikan pelbagai jenis kuih-muih tradisional seperti apam balik, ketayap, wajik, kuih talam, seri muka dan banyak lagi manisan yang pastinya bakal mengubat rindu anda pada masakan bonda di kampung halaman.

“Pada tahun ini, kami masih lagi mengekalkan konsep gerai dan live cooking di mana 12 gerai dihias bertemakan ‘Kampung Boy’ dengan harapan agar pelanggan dapat merasai homely dining experience semasa berbuka puasa di sini.

Dengan memperkenalkan sajian masakan istimewa ala kampung hasil air tangan cef yang berpengalaman di tambah pula dengan dekorasi ala kampung, anda akan di bawa menggamit nostalgia waktu kanak-kanak dahulu ketika di kampung halaman serta keenakan berbuka puasa dengan masakan bonda.

Walaupun dengan keadaan ekonomi yang sedikit mencabar tambahan pula harga bahan-bbahan mentah semakin meningkat, pihak kami masih lagi mengekalkan harga yang sama seperti tahun lepas iaitu RM58 kepada pelanggan yang membeli baucar sebelum 12 Mei. Manakala harga selepas tarikh itu adalah RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak. Harga yang kami tawarkan adalah berbaloi jika dibandingkan dengan harga Ramadan bufet yang ditawarkan oleh mana-mana hotel lain.”

-En Shah Azam Khan, Naib Presiden Kanan AnCasa Hospitaliti

Harga:

  • Tempahan sebelum 12 Mei 2018-RM58
  • Tempahan selepas 12 Mei 2018-RM68 (Dewasa) dan RM40 (kanak-kanak)

Kemudahan yang disediakan:

  • Tempat parking
  • Surau
  • Mudah akses dengan bas dan LRT

Untuk membuat tempahan, sila layari www.ancasahotels.com atau hubungi 03-2026 6060 untuk mendapat harga yang terbaik.

Review: Menu sajian kampung yang disediakan memang sedap dan sesuai dengan cita rasa. Harga set bufet juga berpatutan.