GUARDIAN Perkenal Rangkaian Vitamin & Mineral Untuk Ketahanan Badan

Beban kerja yang banyak dan gaya hidup yang semakin mencabar antara penyebab badan mudah letih, lesu serta tidak bertenaga.

Sudah tiba masanya untuk anda menambah tenaga dan kualiti hidup ke dalam regim penjagaan kesihatan harian menerusi rangkaian vitamin dan mineral yang mudah larut daripada Guardian.

Perkenalkan!

GDN_03

Suplemen yang berguna dan mudah diambil, iaitu tablet Vitamin C + Zink serta Vitamin B – Complex + Vitamin C + Minerals Effervescent ini diperkenalkan oleh Guardian. Ia mudah larut untuk menghasilkan segelas minuman segar yang mampu membantu meningkatkan tahap ketahanan dan tenaga tubuh badan anda.

Mulakan Pagi Anda dengan Penuh Tenaga!

Menerusi jaminan produk buatan Jerman yang berkualiti tinggi, Tablet Vitamin C + Zink dan Vitamin B – Complex + Vitamin C + Minerals Effervescent Guardian larut dengan mudah di dalam air sejuk. Ia menawarkan minuman yang kaya dengan nutrien berperisa oren yang menyegarkan untuk dinikmati pada waktu pagi.

Guardian Vitamin C 1000mg + zinc 10mg Effervescent Tablets

‘Guardian Vitamin C 1000mg + zinc 10mg Effervescent Tablet’ mengandungi Vitamin C dan Zink. Vitamin C penting untuk penyelenggaraan tubuh secara umumnya. Produk ini juga mengandungi diformulasi Dual Action yang mengandungi 10mg zink. Zink ialah sejenis mineral penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh yang baik.

Pengambilan Harian yang Disarankan (RDA) untuk Vitamin C ialah 90mg . Vitamin C ialah vitamin yang larut di dalam air kerana ia mudah diuraikan, dikumuh dan tidak disimpan oleh tubuh manusia. Jadi, anda perlu menambah bekalan vitamin C yang larut air ke dalam tubuh pada setiap hari.

Sediakan ‘Guardian Vitamin C + Zinc Effervescent Tablets’ di dalam beg atau di tempat kerja untuk meningkatkan ketahanan tubuh setiap hari dan mengelakkan anda daripada jatuh sakit.

Setiap ‘Guardian Vitamin C + Zinc Effervescent Tablets’ mengandungi 1,000mg vitamin C dan 10mg Zink, cukup untuk keperluan harian anda.

Guardian Vitamin B-Complex + Vitamin C + Minerals Effervescent Tablets

‘Guardian Vitamin B-Complex + Vitamin C + Minerals Effervescent Tablets’ padat dengan tenaga melalui gabungan lima vitamin B yang penting – B1, B2, B3, B6, B12, Vitamin C dan mineral. Ia membantu anda supaya kekal bertenaga untuk menjalani gaya hidup yang sibuk pada setiap hari.

Setiap pengambilan ‘Guardian Vitamin B-Complex + Vitamin C + Minerals Effervescent Tablets’ mengandungi 90.01mg vitamin B-complex dan 500mg vitamin C.

Jangan bimbang kerana, kedua-dua produk ini dirumus tanpa kanji, yis, gandum, jagung, soya, tenusu atau bahan pengawet tambahan untuk memastikannya selamat dimakan.

Pengarah Jenama Korporat Kesihatan & Kecantikan, The Dairy Farm Company Limited, Puan Segolene Defline berkata,

“Produk-produk jenama Guardian diinovasikan untuk memberi lebih kebaikan dan kemudahan kepada para pelanggan kami. Sebab itulah suplemen-suplemen kami ini dirumus dalam bentuk tablet yang mudah larut bagi membolehkan pelanggan kami menikmati manfaat kesihatan dengan lebih mudah dan lebih sedap kerana ia boleh dilarutkan ke dalam air sejuk. Tablet-tablet ini juga menawarkan cara pengambilan suplemen yang lebih efisien kerana ia boleh diserap dengan lebih pantas dan sekata.” 

Harga dan Cara Mendapatkannya

‘Guardian Vitamin C + Zinc Effervescent Tablets’ (10 biji tablet) kini boleh didapati di semua cawangan Guardian di seluruh negara dan e-stor di https://online.guardian.com.my pada harga runcit yang disyorkan, RM16.50.

Untuk lebih nilai untuk wang anda, ‘Guardian Vitamin C + Zinc Effervescent Tablets’ (10 biji tablet) juga hadir dalam satu set kotak dengan 30 tablet untuk pengambilan selama sebulan pada harga runcit RM33.90. ‘Guardian Vitamin B-Complex + Vitamin C + Minerals Effervescent Tablets’ (15 biji tablet) pula ditawarkan pada harga runcit RM25.50.

Mengenai Dairy Farm

Continue reading “GUARDIAN Perkenal Rangkaian Vitamin & Mineral Untuk Ketahanan Badan”