RIGHTSLEDGER Kembangkan Sayap ke Asia

Adakah anda pernah dengar tentang Rightsledger?

Apa itu RightsLedger?

Ia adalah pasaran hak cipta digital yang direka bagi memperkasa pencipta kandungan bebas agar mereka dapat melindungi serta mengawal sepenuhnya karya mereka termasuk pengedaran dan penjanaan pendapatan.

1

Kepelbagaian karya kreatif yang terhasil akibat kesan daripada perkembangan media sosial telah membantu Facebook, Twitter dan YouTube untuk muncul sebagai medium paling berkuasa sebagaimana yang dapat kita saksikan pada hari ini.

Namun begitu, di sebalik perkembangan pesat industri hiburan dan media sosial di seluruh dunia, pencipta kandungan bebas yang bertungkus lumus menghasilkan karya berkenaan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Rata-rata pengguna media sosial juga tidak pernah menerima sebarang bayaran hasil daripada mana-mana iklan yang dijana menerusi penglibatan mereka. Sebagai individu, mereka akan kehilangan hak ke atas karya mereka sebaik sahaja ia dimuat naik ke dalam media sosial dan tidak dapat menikmati hasil daripada karya mereka yang sangat berharga itu.

Menyedari segala cabaran dan isu yang berlaku, RightsLedger tampil bagi mengisi kelompongan untuk memperkasakan pengguna dengan memberi kuasa kepada mereka untuk mengawal karya berkenaan.

RightsLedger telah membina asas untuk sebuah ekonomi tokenisasi kandungan digital yang berupaya memperkasakan pencipta kandungan bebas agar mereka dapat melindungi dan mengawal sepenuhnya karya mereka di dalam satu platform, termasuklah bagaimana ia digunakan, diedarkan, dilindungi, diuruskan dan pengewangan, serta memaklumkan kepada dunia siapa pemilik sebenar sesuatu karya itu.

RightsLedger ialah sebuah pasaran hak cipta digital dan pendaftaran kandungan yang memberi keupayaan kepada pencipta individu untuk melesenkan dan menjana pendapatan daripada karya mereka, yang mana sebelum ini, ia hanya boleh dilakukan oleh artis profesional serta studio penerbitan sahaja.

Pengguna boleh memuat naik dan mendaftar gambar serta video mereka ke dalam blockchain untuk mengesahkan pemilikan mereka dan di situ mereka boleh memasuki pasaran global untuk melesenkan karya berkenaan kepada pengguna lain menerusi kontrak pintar yang memastikan penghantaran dan pembayaran segera,” ” kata Ketua Pegawai Eksekutif RightsLedger, Ray Young.

Sebagai sebahagian daripada usaha pengembangan yang berterusan, RightsLedger telah melancarkan beberapa aplikasinya sendiri seperti:

  • Content Registry v1.0 aplikasi pendaftaran kandungan video
  • Licensing Deal Pad v1.0 aplikasi pelesenan video
  • Content Fingerprint (Alpha) aplikasi kandungan video
  • Rights Token (RTK) aplikasi pembayaran dan ekonomi berasaskan ganjaran.

Syarikat itu juga melebarkan sayapnya dengan mewujudkan sebuah anak syarikat antarabangsa di Asia iaitu Ledger Asia Ltd (Labuan) serta mewujudkan beberapa kerjasama antarabangsa di dalam usahanya untuk berintegrasi dengan platform penstriman kandungan dan penghosan kandungan di seluruh dunia.

“Kami telah melancarkan RightsLedger Asia untuk dijadikan sebagai hab antarabangsa bagi perniagaan kami, dan kami sedang berusaha untuk mewujudkan lebih banyak kerjasama menerusi aktiviti pengembangan di seluruh rantau ini. Berbeza dengan syarikat-syarikat blockchain lain yang masih lagi merangkak, kami telah pun mempunyai platform yang kini sedia untuk digunakan,” ujar Young.

Pejabat di Malaysia Untuk Menembusi Pasaran yang Kian Berkembang

Pelancaran RightsLedger Asia turut dijalankan sempena dengan pembukaan pejabat RightsLedger Malaysia.

Diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif tempatan, Terance Goh, syarikat itu yakin bahawa mereka mempunyai peluang yang secukupnya untuk membolehkan RightsLedger menembusi pasaran di Malaysia dan di rantau ini.

“Pasaran untuk kandungan kini bersifat global, dan RightsLedger sedang bergerak ke arah mengembangkan lagi penyelesaian dan pasaran globalnya bagi membolehkan para pencipta kandungan di seluruh dunia menjana pendapatan hasil daripada karya mereka,” kata Goh.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Transparency Market Research, pasaran pengurusan hak cipta global dijangka akan mencecah nilai lebih daripada dolar AS 9 bilion menjelang 2026 kerana peningkatan ketara dalam penggunaan modul pengurusan hak cipta digital. Peningkatan jumlah pengguna Internet serta populariti platform media sosial turut memainkan peranan dalam penghasilan lebih banyak kandungan digital yang ingin dilindungi oleh pencipta kandungan bebas.

RightsLedger juga telah mencapai persetujuan dengan TRIO OTT, Max Pandora, dan VNow TV untuk melesenkan teknologi RightsLedger bagi kegunaan di dalam perkhidmatan yang disediakan oleh mereka.

Kerjasama itu membolehkan TRIO dan rakan strategiknya untuk mengedarkan kandungan digital ke seluruh dunia dan menyediakan perkhidmatan penstriman untuk kandungan digital RightsLedger. Kerjasama itu merupakan sebahagian daripada strategi pelesenan pasaran tempatan RightsLedger selaras dengan pengembangan cawangan wilayahnya.

“Kami berhasrat untuk mengulangi kejayaan RightsLedger Malaysia di dalam usaha kami untuk mengembangkan perkhidmatan ke semua negara di rantau ini termasuk Singapura, China, Korea Selatan, Indonesia, Vietnam dan Kemboja,” tambah Young.

Mengenai RightsLedger

RightsLedger ialah platform sejagat untuk pencipta kandungan digital amatur dan profesional bagi membolehkan mereka mengesahkan, mengurus dan menjana pendapatan daripada karya mereka dengan menggunakan teknologi blockchain.

Platform pasaran kandungan dan hak cipta global RightsLedger turut disertakan dengan aplikasi pendaftaran, pelesenan, pemilikan dan semakan perjanjian serta digital fingerprinting, dan portal pembayaran.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai RightsLedger, sila kunjungi www.rightsledger.io

Syarikat Tempatan Ledgit Terajui Forum Blockchain

Sebuah syarikat milik Malaysia, Ledgit mengorak langkah dalam industri transaksi ekonomi digital lejar dengan menganjurkan ‘The Future of Blockchain Industry Forum’.

2018-04-14_14-40-08

Forum yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ini bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang manfaat teknologi ‘blockchain’ dan ‘cryptocurrency.’ Dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ledgit, Ivan Ku, forum ini telah dihadiri lebih dari 1,000 peserta.

Panel penceramah antarabangsa terkenal dijemput untuk mengupas dan membincangkan pelbagai topik termasuk evolusi masa hadapan dan pertumbuhan industri.

Kewujudan teknologi ‘blockchain’ seperti IE dan Bitcoin telah menjadi satu platform bagi pertumbuhan aset digital. Kemunculan teknologi baru ini juga memberi manfaat kepada pasaran kewangan global dengan mengadaptasi cara baru untuk melabur, memudahkan transaksi tunai rakan ke rakan dan untuk memperbaiki ekosistem kewangan.

“Forum ini memberi tumpuan untuk mendidik orang ramai tentang halangan dan jangkaan pada masa akan datang dan seterusnya memanfaatkan teknologi ini untuk pelbagai tujuan. Bukan itu sahaja, kami amat berbangga kerana dapat menganjurkan forum ini sebagai platform perbincangan dan mengubah tanggapan terhadap industri secara keseluruhan. “

-Ketua Pegawai Eksekutif Ledgit, Ivan Ku.

Teknologi ‘blockchain’ sering dikaitkan dengan pelaburan dan pemahaman dari sudut kewangan. Walau bagaimanapun, Ledgit telah menawarkan cara penyelesaian masalah untuk pelbagai bidang terutamanya kepakaran dalam mencari sumber produk dan salasilah keluarga melalui teknologi ‘blockchain’ dan aplikasi pintar.

“Kami telah menjemput penceramah yang mempunyai kepakaran dalam industri dari Timur Tengah dan China untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dengan semua peserta. Oleh itu, kami berharap peserta akan berpeluang untuk memahami industri dari sudut perspektif yang berbeza.

Barisan panel adalah dari pelbagai latar belakang dan mempunyai asas yang kukuh dalam industri ini. Dengan menggunakan trend digital terkini, pemilik perniagaan dan pengguna akan dapat memanfaatkan platform yang mempunyai potensi pertumbuhan yang besar dalam industry berlainan.” tambahnya.

Panel penceramah yang dijemput adalah:

  • Encik Fengsen, Pengasas Blockhong dan Timbalan Ketua Setiausaha Institut Blockchain Dunia (China),
  • Encik Mark Pui, Pakar Pelaburan Blockchain (Malaysia),
  • Encik Lurion Yee, Pengasas SEDA (Malaysia)
  • En. Yao Han Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Blockchain Games Company (Malaysia)
  • Cik Jia Nina, Pengarah Pemasaran Blockchain Games Company (Malaysia)
  • Cik Saba Harati, Penyelidik Blockchain Games Company (Iran).

Mengenai Ledgit

Ledgit adalah gabungan perkataan ‘Lejar’ dan ‘Legit’, yang bermaksud buku lejar yang merangkumi pelbagai maklumat disamping mengekalkan legitimasi.

Ledgit menggunakan teknologi “Smart Contracts” dan mengintegrasikan “Aplikasi Pintar” bagi menyediakan platform ketelusan yang tinggi, provinsi yang tepat, legitimasi dan kecekapan merentasi asal-usul dalam dua aspek iaitu sumber produk dalam rantaian bekalan dan salasilah keluarga dan budaya. Aplikasi ini juga membolehkan maklumat diteruskan kepada generasi akan datang.