OPPO F7 Gabung Ciri Tempatan dan Antarabangsa

Malah Oppo berbesar hati menamakan bintang terkemuka Malaysia, Neelofa dan penyanyi dari Taiwan, Hebe Tien sebagai Duta Produk.

 

14

Kedua-dua selebriti ini dipilih mewakili Oppo F7 kerana mereka mempunyai aura, keanggunan, kelas dan keperibadian tersendiri selain berbakat serta pernah memenangi pelbagai anugerah, menjadikan mereka bintang terkenal dalam industri hiburan baik di dalam negara mahupun antarabangsa.

“Saya teruja kerana telah dilantik oleh OPPO sebagai Duta Produk F7. Sebagai seorang yang suka berswafoto, telefon pintar luar biasa ini dilengkapi dengan Teknologi Pengecaman Kecantikan A.I 2.0 yang membawa fotografi swafoto ke suatu tahap yang baru.

Dengan keupayaan F7 mengimbas wajah dengan lebih tepat dan memberikan kesan kecantikan yang lebih baik, saya kini dapat mengambil swafoto secara semula jadi dengan mudah dan kemudian berkongsinya bersama peminat saya.”

-Neelofar

“Pengecaman Kecantikan A.I 2.0 telah mempertingkatkan teknologi swafoto daripada pendahulunya dengan membolehkan pengguna mengambil swafoto yang lebih baik dengan impak semula jadi. Di samping itu, cermin khas yang berkilat di belakangnya dapat menjimatkan masa saya untuk mencarinya dari dalam beg kerana warna merahnya itu mudah menarik perhatian. Ukuran telegon 6.2 inci Oppo F7 ini senang untuk dipegang dan sesuai bagi kegunaan harian saya.”

-Hebe

Menurut William Fang, Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia:

“Berurusan dengan Neelofa serta Hebe dan kemudiannya menjadikan mereka sebagai Duta Produk adalah amat mudah, semudah mengambil swafoto mengguna Oppo F7. Matlamat kami adalah untuk sentiasa memperbaiki teknologi sedia ada untuk membawa peminat kepada sesuatu yang baru dan mengujakan, jadi dengan kehadiran mereka beserta teknologi yang lebih baik, kami tidak sabar untuk menunggu saat di mana pengguna akan mencuba sendiri Oppo F7 kerana ia pasti memberikan pengalaman penggunaan yang luar biasa.”

Antara ciri F7 adalah penggunaan teknologi AI yang dipertingkatkan untuk fotografi swafoto selain daripada banyak ciri-ciri operasi AI yang berkuasa. Bersama-sama dengan Paparan Skrin Terluas dan perisian pelbagai fungsi yang dinaiktaraf, F7 menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

25MP Real-Time HDR Sensor

Kamera hadapan F7 resolusi tinggi 25MP dengan Sensor High Dynamic Range masa-sebenar. Imej yang diambil akan mempunyai lebih banyak maklumat seperti tahap perincian, warna dan pencahayaan yang lebih tinggi apabila gambar diambil di bawah sinar matahari atau teduh sama seperti imej yang diambil mengguna kamera digital berkualiti tinggi.

Oleh itu, pengguna mempunyai lebih banyak kawalan, tidak kira sama ada foto diambil dalam persekitaran cahaya yang tinggi atau rendah.

Teknologi AI Beauty 2.0 mempertingkatkan “Kepakaran Kecantikan Anda”

F7 mempunyai generasi kedua Teknologi Pengecaman Kecantikan A.I 2.0 yang mengangkat kedudukan fotografi swafoto lebih tinggi. Kemajuan terbaru termasuk keupayaan pengenalan wajah lebih tepat, kesan kecantikan lebih baik untuk pelbagai umur dan jantina dan keupayaan pembelajaran sendiri.

Teknologi AI mengimbas 296 titik pengenalan wajah, peningkatan 20% daripada teknologi generasi pertama membolehkan keupayaan pengenalan wajah yang lebih jelas dan tepat.

Ciri-ciri baru juga dibangunkan untuk menjadikannya lebih menarik dan menyeronokkan:

  • Vivid Mode memberi pengguna pilihan untuk lebih banyak kombinasi warna daripada swafoto seperti mempertigkatkan warna pakaian dan latar belakang.
  • Fungsi Pelekat AR (Augmented reality) membolehkan anda menambah pelbagai elemn kepada swafoto seperti menambah ciri binatang comel atau bintang filem dan berkongsinya terus ke media sosial.

Super Full Screen 2.0 dengan nisbah Aspek 19:9

F7 dilengkapi dengan resolusi 2280×1080 yang ditambahbaik. Paparan skrin 6.2 inci FHD+ memberikan pengalaman visual yang lebih berwarna, terang dan menyeronokkan. F7 juga adalah telefon pintar pertama dengan nisbah aspek 19:9 yang memberikan pengguna kesan yang lebih lua untuk permainan strategi yang popular.

Funsi ‘App-inApp’ pula membolehkan pengguna menjawab panggilan masuk sambil meneruskan permainan atau menonton filem. Skrin Penuh Pelbagai Tugas adalah pertama dalam industri yang membolehkan pengguna mengguna gerak isyarat untuk menavigasi antara aplikasi.

Rekaan Industri baharu menarik perhatian pengguna muda

Rekaan F7 menetapkan piawaian baru dalam kejuruteraan ketetapan dan bahan dengan setiap butiran dipertimbangkan dengan teliti oleh pereka. Pengguna mempunyai tiga pilihan warna iaitu Solar Red, Moonlight Silver dan edisi khas Diamond Black.

Model 128GB edisi khas Sunrise Red mengguna badan kaca unik yang berkilauan seperti batu permata membiaskan warna berlainan dari setiap sudut pandangan pengguna.

Model 128GB edisi khas Sunrise Red dan Diamond Black mempunyai mempunyai memori 128GB antara terbesar yang pernah ada pada telefon Oppo.

ColorOS 5.0 terbaru dan perkakasan berkuasa

F7 berfungsi dengan mengguna pemproses 64-bit 4GB Octa-Core terbaru yang menggua sistem operasi yang lebih terperinci. Berdasarkan Android 8.1, ColorOS mempunyai AI yang dibina ke dalam perisian bagi pengurusan sistem yang lebih lancar.

Pengurusan kuasa ColorOS 5.0 AI mengagihkan kuasa pemprosesan dengan sewajarny ke setiap aplikasi tertentu bagi memastikan telefon berfungsi dengan kelancaran yang terbaik. Oleh itu, F7 berfungsi 80% lebih cepat daripada pendahulunya apabila pelbagai aplikasi digunakan secara serentak. Disamping itu ia juga mengguna kuasa dengan sewajarnya untuk memanjangkan lagi jangka hayat harian penggunaan bateri.

Oppo F7 boleh didapati dalam variasi warna Solar Red, Moonlight Silver dan Diamond Black.

Maklumat lanjut:

OPPO Concept Store:https://www.oppo.com/my/shops/

Laman rasmi:https://www.facebook.com/malaysiaoppo

 

XIAOMI Umum Redmi Note 5 “Camera Beast”

Xiaomi lancar telefon baru iaitu Redmi Note 5. Dalam masa sama turut mengumumkan pelan mereka untuk membuka 6 lagi Mi Stores iaitu di:

  • Dataran Pahlawan Mall, Melaka
  • AEON Bukit Tinggi, Klang
  • Paradigm Mall, Johor Bahru
  • Aman Sentral, Alor Setar, Kedah
  • Imago KK Time Square, Kota Kinabalu, Sabah
  • Sunway Carnival, Prai, Pulau Pinang

 

IMG_0613

Rangkaian telefon pintar yang terbaharu itu boleh didapati pada harga RM799 bagi varian 3 + 32 GB dan RM999 bagi varian 4 + 64GB.

Redmi Note 5 menawarkan kualiti imej kamera yang mengagumkan serta prestasi yang tiada tandingannya dalam julat harga berkenaan. Ia sekali lagi membuktikan komitmen Xiomi dalam menyediakan teknologi telefon pintar yang terbaik pada harga yang menakjubkan.

Digelar sebagai “Camera Beast ”, Redmi Note 5 dilengkapi dengan:

  • platform Qualcomm Snapdragon 636 dan mempunyai keupayaan fotografi bertaraf premium
  • dwi kamera dengan sensor besar 1.4μm piksel
  • kesan kamera AI
  • lampu swafoto LED untuk kamera hadapannya.

Redmi Note 5 sememangnya cukup berkuasa untuk merakam gambar-gambar yang hebat tidak kira di mana sahaja, pada bila-bila masa.

Pada majlis itu juga, Xiaomi turut mengumumkan bahawa merek akan membuka 6 lagi Mi Stores di Malaysia pada Mei, sebagai tambahan kepada 4 buah Mi Stores yang sedia ada di seluruh negara. Langkah berkenaan sejajar dengan wawasan Xiaomi iaitu untuk menyediakan pelbagai produk berinovasi yang mudah didapati oleh semua orang ke dalam pasaran Malaysia.

Ketua Xiaomi Rantau Pasifik Selatan, Steven Shi berkata,

“Saya berasa amat gembira kerana dapat mengumumkan pelancaran Redmi Note 5 di Malaysia, sebuah peranti berkuasa dilengkapi dengan kamera yang sangat mengagumkan setanding dengan telefon pintar flagship di pasaran. Saya percaya bahawa peranti ini akan mendapat sambutan hangat daripada para peminat teknologi kerana ia memberi kuasa ke tangan pengguna di seluruh negara.

Saya juga teruja mengumumkan rancangan Xiaomi untuk meluaskan lagi kedudukannya di Malaysia, termasuklah dengan pembukaan kedai di setiap bandaraya utama, bagi memudahkan orang ramai mendapatkan produk kami.”

Imej lebih jelas dan pantas memfokus walau dalam cahaya suram

Redmi Note 5 menawarkan ciri dwi kamera, sebuah ciri yang biasanya hanya terdapat pada telefon pintar flagship sahaja. Sensor utama 12 megapiksel menampilkan piksel bersaiz besar 1.4μm, yang dapat memerangkap lebih banyak cahaya dan menghasilkan imej yang lebih jelas walau dalam cahaya suram.

Dilengkapi dengan teknologi Dwi Piksel yang biasanya digunakan dalam kamera DSLR profesional, kamera Redmi Note 5 berupaya memberikan fungsi autofokus yang amat pantas agar pengguna tidak terlepas sebarang detik yang mereka ingin rakamkan. Setiap satu piksel daripada sensor utama 12 megapiksel mengandungi dua fotodiod (peranti semikonduktor yang boleh menukar cahaya kepada arus elektrik), menjadikan jumlah keseluruhan 24 juta fotodiod, iaitu hampir 30 kali ganda lebih fotodiod berbanding sensor PDAF biasa pada resolusi yang sama. Ianya membolehkan sensor berkenaan mengukur perbezaan fasa dengan berkesan, lalu meningkatkan kepantasan autofokus dengan ketara.

Kamera hadapan Redmi Note 5 dilengkapi dengan sensor 13 megapiksel serta didatangkan dengan lampu Swafoto LED. Kedua-dua kamera hadapan dan belakangnya turut dilengkapi dengan fungsi Beautify 4.0 terbaharu Xiaomi. Ini bermakna apabila Mod Potret diaktifkan, ia akan menghasilkan pelbagai kesan berbeza yang dimantapkan oleh komputasi AI agar tampak semula jadi seolah-olah seperti dimekap. Walaupun tiada sensor kedua, kamera hadapan tetap berupaya menghasilkan kesan bokeh yang hebat dalam Mod Potret hasil bantuan teknologi AI yang berupaya mengasingkan subjek daripada latar belakangnya.

Qualcomm Snapdragon 636 yang berkuasa serta efisien

Redmi Note 5 menggunakan platform Snapdragon 636 yang terkini daripada Qualcomm berasaskan kepada proses pengilangan semikonduktor 14nm. Pengguna akan mengalami prestasi yang lebih pantas sama ada ketika menyunting dokumen spreadsheet yang besar atau bermain permainan video yang memerlukan sokongan tinggi, dengan seni bina Kryo 260, kelajuan pemprosesan maksimum 1.8GHz dan GPU Adreno 509 yang dimilikinya.

Berbanding dengan Qualcomm Snapdragon 630, prestasi Snapdragon 636 meningkat sebanyak 40 peratus sementara mengekalkan kecekapan tenaga yang cemerlang.

Sementara itu, Redmi Note 5 merupakan peranti pertama keluaran Redmi yang menggunakan LPDDR4X DRAM, yang selalunya hanya didapati dalam telefon pintar flagship. Gabungan kepantasan DRAM dengan kapasiti sehingga 4GB, Redmi Note 5 boleh mengendalikan lebih banyak aplikasi secara serentak dan beralih antara program dengan lancar.

Redmi Note 5 dilengkapi dengan skrin penuh 18:9 FHD+ 5.99 inci, bateri berkapasiti besar 4000mAh dan menyokong pengecasan pantas. Dilengkapi dengan sistem operasi MIUI 9 berasaskan Android Oreo, Redmi Note 5 turut didatangkan dengan
isyarat paparan skrin penuh yang membolehkan pengguna untuk menyembunyikan bar navigasi sepenuhnya bagi memaksimumkan ruang paparan.

Redmi Note 5 didatangkan dalam DUA versi:

  • 3GB + 32GB
  • 4GB + 64GB.

Ia boleh didapati dalam TIGA warna iaitu:

  • Biru Muda
  • Emas
  • Hitam.

Sebuah sarung TPU yang ringkas serta elegan turut disertakan dalam setiap kotak Redmi Note 5.

Pengguna boleh membuat tempahan awal bagi mendapatkan Redmi Note 5 di Lazada, dan peranti berkenaan boleh didapati di Mi Stores bermula pada 5 Mei.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Xiaomi, sila kunjungi: http://blog.mi.com/en/

Mengenai Xiaomi

Xiaomi diasaskan pada 2010 oleh usahawan berjaya Lei Jun berdasarkan kepada wawasan “inovasi untuk semua”. Kami di Xiaomi percaya bahawa produk berkualiti tinggi yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi canggih sepatutnya boleh didapati dengan mudah oleh semua. Kami mencipta perkakasan, perisian dan perkhidmatan internet yang luar biasa untuk dan dengan bantuan para peminat Mi kami. Kami menggabungkan maklum balas mereka ke dalam rangkaian produk kami, yang ketika ini termasuk telefon pintar Mi dan Redmi, Mi TV dan set-top box, router Mi dan produk Ekosistem Mi termasuklah produk rumah pintar, peranti boleh pakai dan aksesori lain. Setelah berjaya menembusi pasaran di lebih 70 buah negara serta wilayah, Xiaomi terus mengembangkan sayapnya di seluruh dunia untuk menjadi sebuah jenama global.

VIVO V9 FullView Hasil Imej Sempurna Dengan Teknologi Kecerdasan Buatan

Selain memperkenalkan telefon baharu, Vivo turut perkenalkan Alvin Chong sebagai personaliti terbaharu jenama mereka.

V9 Launch (2)
Vivo hari telah melancarkan telefon pintar V9 FullView™ yang serba baharu, dengan keluasan skrin 90 peratus dengan ciri dan reka bentuk yang anggun dan bergaya.

Dari fotografi ke prestasi mudah alih yang dipertingkatkan, V9 sesuai untuk keperluan golongan tertentu yang mahu menghasilkan imej sempurna dan menyeronokkan melalui telefon bimbit.

Vivo juga menggiatkan usaha mendekati pelanggan tempatan dengan mengumumkan Alvin Chong sebagai Ikon Muzik Vivo, wajah terbaru dalam barisan personaliti jenama Vivo.

“Perkembangan pesat dalam teknologi mudah alih sentiasa mengubah gaya hidup dan cara kita berkomunikasi. Perkembangan ini menjadikan telefon pintar sebagai satu keperluan dalam rutin harian. Ini telah memberi inspirasi kepada Vivo untuk terus berinovasi. Vivo V9 direka untuk meningkatkan pengalaman telefon pintar para pelanggan, termasuk merakam imej yang menarik, menikmati hiburan terus-menerus dan melakukan tugasan harian mereka melalui telefon pintar.”

– Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia.

FullView™ tawar keseronokan tanpa had

V9 menawarkan reka bentuk kompak yang lebih luas dengan 6.3 inci paparan skrin berbanding ciri sebelumnya dengan keluasan 5.5 inci namun ia masih selesa dipegang.

Vivo V9 mengaplikasikan nisbah 19:9 bagi meningkatkan saiz skrin sebanyak 5.2% berbanding generasi sebelumnya V7 +, dan bezel sisi dikurangkan sebanyak 19% kepada hanya 1.75mm. Bagi menghasilkan reka bentuk telefon yang lebih elegan, setiap bucu dibentuk dengan teliti untuk memastikan keselesaan mutlak di tapak tangan anda.

Imej Sempurna dengan fungsi Al Fotografi

Fungsi baru kamera ‘AI-powered’ meneruskan objektif Vivo untuk menyediakan kamera telefon bimbit dengan V9 crystal-clear 24MP bagi kamera depan dan 16MP+5MP bagi dwi kamera.

Melalui kajian dan penyelidikan yang mendalam, Vivo menggunakan teknologi AI bagi membantu pengguna mendapatkan imej bagi menyerlahkan kecantikan mereka.

V9 dilengkapi ciri-ciri:

  • Super HDR- AI secara automatik mengesan dan menghasilkan foto yang lebih jelas, warna yang lebih menarik, dan nada yang lebih jelas. Super HDR merakam dan menggabungkan bingkai bagi menghasilkan pencahayaan yang lebih optimum. Super HDR menggunakan pengesanan pemandangan pintar untuk mengimbangi pencahayaan orang dan latar belakang untuk mewujudkan rasa semula jadi.
  • AI Face Beauty mampu mengenal pasti umur, jantina, warna kulit dan tekstur pengguna, dengan persekitaran. Hampir satu juta pangkalan yang mewakili satu juta imej wajah dari seluruh dunia telah digunakan untuk melatih algoritma AI. Ini menghasilkan AI Face Beauty untuk disesuaikan dan menggunakan algoritma yang ideal untuk menghasilkan imej yang lebih optimum. Apabila penggunaan meningkat, AI akan mempelajari pilihan tetapan anda yang paling sesuai secara automatik dalam mewujudkan imej ideal yang anda mahukan.
  • Ciri pencahayaan AI Selfie yang baru juga membolehkan pengguna membuat karya seni artistik pada bila-bila masa di mana-mana tanpa persediaan peralatan yang rumit. Algoritma AI V9 mengubah profil wajah dalam foto asal 2D menjadi model 3D untuk memproses cahaya secara autentik. Pengguna boleh memilih dari pelbagai kesan seperti Latar semulajadi, Lampu Studio, Latar Belakang Stereo dan Latar Monochrome. Apabila digabungkan dengan Pelekat AR yang menyediakan pelbagai kesan untuk menghiasi diri sendiri, V9 membantu pengguna mengambil gambar diri yang mencerminkan gaya unik mereka dengan hanya beberapa klik.
  • Kamera VN 16MP + 5MP belakang mencipta rakaman imej menakjubkan yang menyamai imej yang dirakam menggunakan kamera DSLR. Menggunakan algoritma AI Bokeh yang telah dioptimumkan berdasarkan pembelajaran mesin, sehingga dapat mencapai ketepatan tinggi dalam mengenal pasti subjek utama untuk memastikan fokus optimum dalam foto.

AI mengoptimumkan pengalaman telefon bimbit

AI V9 juga memastikan prestasi mudah alih dan daya tahan terbaik dengan Enjin Pintar AI Vivo. Dengan mempelajari ciri dan pilihan penggunaan anda, AI Smart Engine mengutamakan sumber pemprosesan dan penyimpanan untuk pengalaman optimum.

Tidak hanya memastikan operasi yang lancar dan menjimatkan kuasa, AI juga mengenalpasti tabiat penggunaan anda. Smart Engine mampu meramalkan pergerakan anda dengan tepat dan mempunyai aplikasi kegemaran anda sebanyak 20% lebih cepat.

Dengan teknologi AI Face Access yang dinaik taraf, V9 dapat mengesan refleksi kulit semula jadi dan pergerakan muka yang halus untuk mengurangkan kemungkinan membuka kunci melalui gambar atau video. Akses Wajah AI untuk App-Lock juga membantu memastikan data dan privasi anda untuk aplikasi individu.

Pengesan Deria AI V9 juga mampu mengenalpasti anda apabila melihat telefon untuk mengurangkan gangguan secara automatik dengan mengurangkan nada mesej, panggilan masuk dan penggera secara automatik, ketika anda melihat skrin.

Hiburan dan Kuasa

Mod kemaskini permainan memberikan lebih tumpuan kepada peminat permainan video untuk menumpukan perhatian dengan fungsi yang menyekat semua mesej, panggilan dan makluman semasa permainan.

Anda juga boleh membuat tetapan untuk memaparkan panggilan telefon dari kenalan yang dipilih sahaja. Paparan bergambar juga disediakan supaya anda tidak perlu keluar dari permainan untuk membalas mesej penting.

V9 dilengkapi dengan Android OS terbaru 8.1 dan dikuasakan oleh pemproses okta Qualcomm Snapdragon 626, 4GB RAM dan 64 ROM.

Personaliti Baharu Vivo

Dalam usaha untuk lebih mendekati pelanggan tempatan, Vivo Malaysia juga menambah Alvin Chong dalam barisan artis mantap sedia ada.

Alvin dinamakan Ikon Muzik Vivo, langsung menyertai duta Vivo Janna Nick dan Ikon Swafoto Joyce Chu, sebagai personaliti jenama Vivo yang baharu dan dinamik. Alvin mula menambat hati peminat hiburan Malaysia menerusi wataknya dalam drama ‘Suri Hati Encik Pilot’ dan ‘Awak Suka Saya Tak’. Bintang muda yang progresif tersebut juga mempunyai persona yang sesuai dengan ciri-ciri jenama Vivo. Alvin akan menyertai program pemasaran, komunikasi dan promosi bersama personaliti jenama Vivo Malaysia yang lain.

Ketersediaan

Vivo V9 menawarkan warna Hitam Mutiara dan Keemasan bermula 31 Mac 2018 di semua wakil jualan Vivo seluruh negara.

Mengenai Vivo

Jenama telefon pintar dunia yang memberi tumpuan bagi memperkenalkan kualiti bunyi sempurna dan fotografi terunggul dengan teknologi canggih, Vivo mengembangkan produk inovatif dan bergaya untuk golongan muda. Kami kini mempunyai lebih daripada dua ratus juta pengguna dan merupakan salah satu jenama pilihan remaja di seluruh dunia.

Sebagai Penaja Rasmi Piala Dunia FIFA ™, Vivo percaya pentingnya menggalakkan golongan muda untuk mempertingkatkan ekspresi diri dan gaya hidup yang energik.

Maklumat lanjut mengenai telefon pintar inovatif kami boleh didapati di www.vivo.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Vivo Malaysia
Simeon Sia (simeon.sia@vivoglobal.com l +603 8600 5195)

Spesifikasi Produk V9:

Asas:

  • Pemproses Qualcomm Snapdragon 626 Octa-core
  • RAM 4GB RAM
  • Storan Dalaman 64GB ROM (menyokong kad mikroSD sehingga 256GB)
  • Bateri 3260mAh
  • Warna Hitam Mutiara, Keemasan
  • Sistem Operasi Funtouch OS 4.0 (Dasar dari Android 8.1)
  • Rekabentuk:
    Dimensi 154.81×75.03×7.89mm
    Berat 150g
    Paparan
    Skrin 6.3”(1080*2280)
    Jenis IPS Skrin Sentuh Kapasitif / incell
    Skrin Sentuh 2.5D
    SIM dan slot kad microSD
    Ruangan Kad 2 Nano SIM and 1 kad microSD
    Jenis Dual SIM Dual Standby
  • Kamera
    Kamera Depan 24MP (f2.0) / Belakang 16MP +5MP (f2.0) dengan pancaran kilau
    Mod Paparan Ultra HD,PPT,Profesional,Perlahan,Fotografi Gerakan Masa,Penapis Kamera Filter,Live,AI Bokeh,AI HDR,AI Face Beauty,Panorama,4K video, Palm capture,Pengecaman Jantina,Retina Flash,Pelekat AR, AI Kenalpasti Paparan
  • Penyambungan
    USB (USB2.0), Wi-Fi, Bluetooth (Bluetooth 4.2), GPS, OTG, FM
  • Sensor
    Accelerometer, Sensor Cahaya Ambient, Sensor Jarak, E-kompas, (Giroskopik) Gyroscope
  • Barang dalam kotakV9
    Alat Pendengaran, Buku Panduan, Kabel USB, Pengecas USB, Ejekter SIM, Bekas Pelindung, Filem Pelindung

TP-Link Lancar Telefon Terbaharu Dengan Teknologi Tinggi: Neffos N1

Memang mampu milik rangkaian telefon pintar Neffos ini. Apa lagi, dapatkan sekarang!

Photo 1_lowres (1)

TP-Link, pakar penyelesaian Networking dan teknologi rumah bijak melancarkan telefon pintar terbaharu keluaran mereka iaitu Neffos N1.

Ciri-ciri menarik Neffos N1:

  • dwi kamera 12 mega piksel-pertama seumpamanya direka pada telefon pintar Neffos
  • ringan dengan ketebalan peranti 7.5mm, menjadikannya mudah dimasukkan ke dalam poket
  • skrin 5.5 inci dengan resolusi penuh HD (403 piksel bagi setiap inci)
  • mengguna bateri 3,260mAh, bateri ini boleh tahan lama sehingga satu hari
  • USB Port type C dibawah telefon mampu mengecaj telefon dalam waktu singkat
  • Sensor RGB Sony IMX386 yang dapat menangkap spektrum warna
  • Sensor Monochrome Sony IMX386 bertanggungjawab dalam kesemua perincian
  • Bokeh effect dapat menghasilkan gambar sama seperti kamera DSLR yang mahal
  • Diiringi dengan algoritma yang mengurangkan bunyi dan menangkap lebih banyak cahaya, menjadikan gambar yang diambil pada waktu malam terutamanya menjadi jelas
  • Bagi peminat selfie, gambar anda pasti tampil menarik dengan 8 mega piksel kamera  hadapan
  • Media Tek Helio P25 chipset dengan 8 CPU Cores, 2 .6 GHz dan 4GB Ram menjadikan telefon ini berkuasa penuh apabila digunakan untuk melayari apps dan sebagainya
  • storan data 64GB sehingga tambahan 128GB melalui kad microSD

” Ada pelanggan kami yang bertanyakan mengenai dwi telefon pintar yang mampu milik dengan ciri-ciri yang bagus, maka daripada situ kami mencipta Neffos N1.Telefon pintar ini mampu memenuhi keperluan dan gaya hidup pengguna yang mahukan telefon berkualiti tinggi dengan ciri-ciri hebat namun dalam masa mampu dimiliki.”

-Jason Xu, Ketua Pegawai Eksekutif  Neffos.

  Telefon terbaharu ini yang boleh didapati dalam warna Space Black bakal berada di pasaran Malaysia bermula 16 Mac lalu. ia juga bleh dibeli secara online melalui Lazada.my di mana 30 pelanggan pertama membelinya akan menerima premium eksklusif berharga RM299.

Layari https://goo.gl/3NCKrk untuk membeli atau layari www.neffos.my untuk maklumat lanjut.

Telefon Dwi Kamera MEIZU M6 Note Kini di Malaysia

Jika anda sedang mencari-cari telefon pintar terbaru namun bajet yang ada di di bawah RM1,000, maka Meizu M6 jawapannya.

Group Photo (2)

Meizu, sebuah syarikat pengeluar elektronik konsumer dan telefon pintar terkemuka mengumumkan kehadiran Meizu M6 Note di Malaysia

meizu_m6_note_story_1503487482266

Meizu M6 Note adalah telefon pintar pertama dari Meizu yang menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon. Tambahan pula dengan skrin 5.5-inch yang luas, dwi-kamera di belakang dan juga bateri besar dengan sokongan cas pantas – ini adalah telefon dibawah RM 1000 yang paling berbaloi di pasaran sekarang!

PRESTASI TINGGI DENGAN SNAPDRAGON 625

Dinobatkan sebagai Superstar berharga kurang dari RM 1,000 – M6 Note dikuasai oleh cip pemprosesan lapan-teras Qualcomm Snapdragon 625 dengan kelajuan 2.0GHz. Model ini adalah model pertama buatan Meizu yang menggunakan cip Qualcomm yang jimat tenaga ini. Dengan menggunakan proses pembinaan 14 nanometer LLP terbaru, ia membolehkan M6 Note menggunakan kuasa yang sedikit, sekaligus menawarkan jangkahayat bateri yang panjang. Ditambah pula dengan GPU Adreno 506 yang menawarkan 71% kecekapan lebih baik dari generasi terdahulu – ini bermaksud Meizu M6 Note meyokong lebih banyak aplikasi game untuk pengalaman yang lebih unggul.

NYAHKUNCI DALAM MASA 0.2 SAAT

Paparan LTPS 5.5-inci dengan resolusi 1920 x 1080 pixel telah digabungkan dengan badan ‘unibody’ logam dan bahagian tepi yang telah di-camfer-kan. Nisbah kontras skrin sebanyak 1000:1 pula menjaminkan apa yang dipaparkan jelas, terang dan nyata.
Butang Meizu mBack di bahagian hadapan berfungsi sebagai sensor cap jari yang boleh mengnyah-kunci M6 Note dalam masa 0.2 saat! Butang mBack ini juga menyokong sistem pembayaran AliPay untuk kemudahan pembayaran dan juga sebagai sekuriti tambahan untuk setiap transaksi di M6 Note.

DUA KAMERA UNTUK GAMBAR BERKUALITI TINGGI

Fotografi dengan Meizu M6 Note adalah baik sekali. Sistem dwi-kamera M6 Note menggunakan sensor 12-megapiksel Sony IMX362 dengan apatur f/1.9, saiz pixel sebesar 1.4um dan lensa 6P; ia disertakan sekali dengan sensor 5-megapiksel Samsung 2L7 sekunder. Kamera belakang menggunakan sistem autofokus Dual Phase Detection yang boleh memfokus selaju 0.03 saat untuk memberikan prestasi kamera yang terbaik untuk kelasnya.

Lampu denyar 4-LED dwi-warna pula disemadikan di garisan antena, yang menghasilkan sumber cahaya yang terang dan tampak semula jadi untuk gambar di kala cahaya yang kelam.

Meizu M6 Note mempunyai algoritma dari Acrsoft yang mengoptimumkan bokeh dwi-kamera dan menggunakan fungsi pengurangan bunyi semasa cahaya yang malap. Kedua-dua fungsi ini meningkatkan kualiti bokeh dan gambar dengan ketara.
Untuk swafoto yang menawan hati, M6 Note mempunyai kamera 16-megapiksel dengan apatur f/2.0 di bahagian hadapan. Apabila digabungkan dengan algoritma kecantikan dari Arcsoft, warna kulit yang semulajadi dan juga tekstur yang menawan kini lebih terserlah. Tambahan pula, Flyme OS hadir dengan beratus-ratus pelekat kamera, untuk mencantikkan gambar yang diambil sebelum dikongsi bersama.

BATERI YANG MENGAGUMKAN DENGAN SOKONGAN CAS PANTAS 18W

Meizu berjaya memuatkan bateri sebesar 4,000mAh ke dalam badan M6 Note yang boleh bertahan selama 10 jam secara berterusan apabila memainkan game. Peranti cekap kuasa ini juga datang dengan pengecas pantas mCharge 18W untuk mengcas M6 Note. Telefon pintar ini menggunakan Flyme 6 dengan One Mind AI Meizu yang telah dibina berdasarkan Android 7.1.2 Nougat. Ia mempunyai dua slot SIM, 4G LTE, Bluetooth 4.2 dan juga Wi-Fi 802.11a/b/g/n.

HARGA DAN KETERSEDIAAN

Model terbaru Meizu ini tersedia di dalam empat warna:

  • Moonlight Silver
  • Champagne Gold
  • Blue
  • Obsidian Black.

Ia mempunyai 3GB RAM dan 32GB storan dalaman dan kini dijual dengan harga RM899 di Malaysia. Meizu M6 Note akan dijual di kedai-kedai jenama Meizu dan juga rakan e-dagang seperti Lazada dan Shopee.

Meizu juga akan menjual Meizu M6 untuk para peminat di Malaysia yang inginkan peranti yang lebih kompak. Meizu M6 akan dijual dengan harga RM 599 apabila ianya dilancarkan dengan rasmi tidak lama lagi.

Perbandingan diantara Meizu M6 Note dan Meizu M6 boleh dilihat dibawah:

  • MEIZU M6 NOTE MEIZU M6
  • DISPLAY 5.5-INCH 1080 x 1920 PIXELS 5.2-INCH 720 x 1280 PIXELS
  • CHIPSET QUALCOMM SNAPDRAGON 625 MEDIATEK MT6750
  • CPU OCTA-CORE 2.0 GHZ OCTA-CORE 1.5 GHZ
  • MEMORY CAPACITY 3GB RAM + 32GB ROM 3GB RAM + 32GB ROM
  • CAMERA REAR: 12 MP F1.9 + 5 MP F2.0
  • FRONT: 16MP F2.0 REAR: 13 MP F2.2
  • FRONT: 8MP F2.0
  • BATTERY 4000 MAH 3070 MAH
  • OS FLYME UI 6.0 BASED ON ANDROID 7.1.2 NOUGAT FLYME UI 6.0 BASED ON ANDROID 7.0 NOUGAT
  • BODY DIMENSION 154.6 x 75.2 x 8.4 MM 148.2 x 72.8 x 8.3 mm
  • WEIGHT 173 GRAMS 143 GRAMS

Selepas tiga bulan di pasaran, Meizu Malaysia telah menerima sambutan yang menggalakkan untuk siri Meizu Pro 7. Kebanyakan pengguna tertarik dengan rekabentuk dwi-skrin unik Pro 7.

Sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan, Meizu Malaysia telah mengurangkan harga jualan untuk Pro 7 dan Pro 7 Plus ke RM1,499 dan RM 2,399 yang membolehkan lebih ramai pelanggan setia untuk memiliki model-model ini.

Harga terbaru ini akan dikemaskinikan di kesemua kedai-kedai jenama Meizu di seluruh negara. Ianya juga boleh dibeli dalam talian melalui rakan e-dagangan rasmi Meizu Malaysia seperti Lazada dan Shopee.

Untuk maklumat lanjut:
Meizu Malaysia official Hotline: 03-8023 2100
Meizu Malaysia official Website: https://www.meizu.com/en/
Meizu Malaysia official Facebook: http://www.facebook.com/meizumyofficial