Heart Wood di Pilih Jadi Warna Tahunan 2018

AkzoNobel, syarikat peneraju industri cat, penyaduran dan pengeluar cat jenama Dulux telah pun mengumumkan pelancaran ramalan trend tahunan, ColourFutures™ yang menggambarkan gaya warna utama untuk tahun 2018.

Photo 4_lowres (1)

Warna terunggul yang dipilih sebagai Warna Tahunan 2018 adalah Heart Wood, berikutan penyelidikan yang dijalankan terhadap trend, pandangan dan sikap pengguna.

Dengan tona warna merah jambu matang yang lembut dan panas, ia menarik ciri-ciri sentuhan kayu-kayan dan kulit, menyerlahkan suasana keselesaan yang ringkas sebagai tawaran kepada pengguna yang menginginkan keselesaan dan mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih mesra.

Penyelidikan dijalankan oleh pasukan warna di Pusat Estetik Global Dulux bersama 11 pakar antarabangsa. Kajian tersebut merupakan sesuatu yang mengkaji trend kukuh di kalangan pengguna yang mahu mengubah kediaman mereka sebagai ruang berehat dan asing dari dunia luar.

“Dengan masa yang bergerak pantas terutamanya disebabkan oleh kehidupan yang kian sibuk, kini adalah masa untuk kita berhenti sejenak dan mencari ketenangan.Kediaman kita perlu menjadi tempat yang membolehkan kita merendahkan nada bising, ruang untuk menyemai nilai serta menyegarkan semula minda dan badan. Warna boleh memainkan peranan signifikan dalam mencapai keseimbangan antara kesibukan dunia luar dan ketenangan dalaman.”

Warna Tahunan 2018 kami benar-benar menyampaikan mood pada masa ini. Heart Wood dan empat palet warna yang saling melengkapinya akan membantu pengguna mendapatkan sebuah kediaman yang unik dan benar-benar menampakkan persona mereka, membawakan perasaan selamat dan damai, seterusnya mewujudkan ruang yang selesa untuk didiami bagi semua.”

-Pengarah Kreatif Pusat Estetik Global Dulux, Heleen Van Gent.

Bercakap pada majlis pelancaran tersebut, Pengarah Urusan AkzoNobel Decorative Paints Asia Tenggara dan Asia Selatan, Timur Tengah, Jeremy Rowe mengulas,

“Warna memainkan peranan penting dalam mewujudkan persekitaran selesa yang sempurna. Sebagai pakar dalam bidang warna, kami hadir untuk memperkasakan pelanggan agar membuat keputusan pilihan warna yang tepat dan menggembirakan mereka serta membolehkan mereka bangga dengan kediaman yang dimiliki. Menerusi Warna Tahunan 2018 dan empat palet warna saling melengkapinya, para pelanggan di seluruh dunia kini boleh menghasilkan ruang kediaman yang menyerlahkan diri mereka dan mengikut keperluan harian masing-masing.”

Jadikan kediaman anda syurga anda

Maklum balas daripada penyelidikan teliti terhadap trend masyarakat, ekonomi dan rekaan mendedahkan kita hidup dalam dunia yang tidak menentu, dengan akses terhadap maklumat dan pilihan yang pelbagai.

Kini merupakan waktu yang sesuai untuk mencari keselesaan diri dan berada dalam keselesaan kediaman, yang mana kita boleh berada jauh daripada kekalutan dunia luar dan memanjakan diri.

Sehubungan itu, pengguna menginginkan sebuah kediaman yang menyediakan keselesaan dan ketenangan. Dengan meneroka dan membangunkan trend dan tema A Welcome Home (Rumah yang Mengundang) Pusat Estetik Global Dulux mengenal pasti Heart Wood sebagai Warna Tahunan 2018. Warnanya benar-benar menyerlahkan mood semasa dan membenarkan pelanggan hidup dalam keseimbangan sempurna menerusi kediaman mereka.

Ruang harmoni, selesa dan mudah untuk semua

Kediaman yang mengundang adalah rumah Heart Wood. Ia menggabungkan tona warna kelabu-merah jambu dan koko muda yang berkesinambungan dengan tona warna biru dakwat dan ungu yang berani.

Ia diinspirasikan daripada ciri-ciri sentuhan kayu semulajadi dan keselesaan kulit, material-material yang sering menjadi pilihan pelanggan terutamanya ketika keadaan tidak menentu.

Bersifat menenangkan dan memulih, Heart Wood memberikan rasa hubungan antara dunia luar dan dalam. Palet Heart Wood Home menggabungkan konsep harmoni dengan material-material yang menjadi inspirasi warna unggul tersebut.

Disebabkan Heart Wood Home (Kediaman yang Mengundang) memberi makna yang berbeza bagi setiap individu, tiga palet sokongan melengkapi warna Heart Wood, memberikan keseimbangan antara warna lembut dengan tona-tona yang lebih gelap dan berani.

The Comforting Home (Kediaman yang Menenangkan) mewujudkan persekitaran yang benar-benar merangsang dan mengatur semula minda. Sebuah kepompong yang bertindak sebagai elemen pemulih. Tona warna semulajadi menyelubungi kediaman, menggabungkan tona warna lumpur dan merah jambu muda untuk menenangkan minda dan deria melalui teknologi kekedapan bunyi menghalang kebisingan di luar. Tekstur yang kaya seperti sutera dan baldu mewujudkan ruang sentuhan yang tinggi.

Sebuah ruang untuk berehat, kediaman ini sesuai untuk individu yang ingin mencari ketengangan diri. Menggunakan teknologi yang inovatif, individu tersebut terasa ketenangan semulajadi di dalam kediaman mereka dalam keadaan terkawal dan menyeimbangkan estetika dengan fungsi dalam pilihan rekaan dalaman rumah tersebut. Kayu-kayan dan sentuhan bertekstur yang menenangkan merupakan pilihan mereka.

The Inviting Home (Kediaman yang Mengundang) membawa keselesaan dan kemudahan hidup bagi mereka yang mahu mengukuhkan hubungan dan membawa keluarga dan sahabat handai bersama. Tona biru yang menenangkan menggalakkan pendekatan yang jelas terhadap kehidupan, sementara warna-warna neutral dan hijau segar memberi sokongan yang diperlukan untuk berhubung dengan dunia luar. Tona pastel yang lembut diserlahkan dengan warna arang dan biru dakwat.

Pada kebiasaannya, sesebuah ruang itu digunakan untuk berkongsi waktu berkualiti bersama orang tersayang, warna ini merupakan pilihan sempurna bagi mereka yang mempunyai persona mesra dan terbuka. Bersifat inklusif, optimistik dan merapatkan hubungan silaturrahim, ia merupakan sebuah ruang yang membolehkan mereka berhimpun bersama keluarga dan rakan-rakan, membawakan keselesaan menerusi komuniti.

Teknologi digunakan secara terkawal untuk merangsangkan hubungan sesama individu dalam kediaman mereka. Ini mewujudkan situasi yang mempunyai kesinambungan di luar dan dalam kediaman. Kehidupan pelan terbuka merupakan nadi kediaman ini, memilih fabrik neutral yang lembut dan bertahan lama memberikan suasana selamat.

The Playful Home (Kediaman yang Ceria) mewujudkan ruang yang dapat memberikan inspirasi serta mencergaskan minda seseorang individu. Tona hijau kekuningan emas merangsang sinaps dan menggalakkan pendekatan kreatif terhadap kehidupan. Percikan warna menambahkan keterujaan dan tenaga, sementara penggunaan warna yang kreatif akan mewujudkan zon-zon yang berbeza dalam ruang yang lebih kecil.

Kediaman ini sesuai bagi mereka yang berkeperibadian lembut, mempunyai rasa ingin tahu, berani dan senang menyesuaikan diri. Semasa keadaan tidak menentu, individu tersebut melihat ke arah dunia luar berbanding menyorokkan diri dan berhadapan secara terus. Merupakan pengguna awal teknologi yang kemudiannya dipadukan dalam kediaman mereka, individu ini sentiasa mencari tenaga, pengalaman dan daya kreatif, disokong oleh pengalaman luas yang dihabiskan ketika di luar. Ruang kecil dan fungsi yang pelbagai ini sesuai dengan tekstur semulajadi dan corak-corak yang meriangkan.

Mewujudkan sebuah santuari sebenar dengan Warna Tahunan Akzonobel

Pengguna memerlukan warna tertentu berdasarkan perasaan dan pandangan mereka terhadap dunia sekeliling. Menerusi Warna Tahunan 2018 dan empat palet warna kontemporari yang bersesuaian, para pelanggan di seluruh dunia kini mampu mewujudkan ruang dalam kediaman mereka yang menyerlahkan identiti yang bersesuaian dengan keperluan rutin harian.

Heart Wood kini boleh didapati di kesemua rangkaian jualan Dulux di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman www.dulux.com.my.

Mengenai AkzoNobel

AkzoNobel menghasilkan keperluan harian bagi memberikan keselesaan dan ilham yeah penuh dengan inspirasi dalam kehidupan orang ramai. Sebagai syarikat cat dan salutan terkemukadunia serta pengeluar utama bahan kimia khusus, membekalkan warna, bahan dan perlindungan yang diperlukan kepada industri serta pengguna di seluruh dunia. Disokong oleh warisan perintis, produk kami yang inovatif dan teknologi lestari direka untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat di dunia kita yang pantas berubah, sambil menjadikan hidup lebih mudah. Berpusat di Amsterdam, Belanda, kami mempunyai beribu pejabat di seluruh pelusuk dunia. Sementara itu, portfolio kami meliputi jenama terkemuka seperti Dulux, Sikkens, International dan Interpon. Sebagai pemimpin dalam bab kemampanan, kami menumpuhkan dedikasi untuk memperkasakan bandar dan masyarakat sambil mewujudkan dunia yang berwarna-warni dan dilindungi di mana kehidupan diperbaiki dengan apa yang kami lakukan.

Mengenai ColourFutures™ & Warna Tahunan

ColourFutures diperkenalkan oleh Pusat Estetik Global AkzoNobel bagi menjana idea, inspirasi dan pendapat dalam kalangan pakar rekaan dalaman serta pengguna. Setiap tahun, Pusat Estetik Global AkzoNobel mengumpulkan sepasukan pakar antarabangsa dan pemerhati trend dari pelbagai bidang iaitu reka bentuk, seni bina, tekstil, reka produk, grafik dan penyelidikan. Pasukan pakar ini diundang untuk membincangkan pendapat mereka mengenai perkembangan penting yang akan berlaku bagi tahun-tahun akan datang berdasarkan aliran reka bentuk dan sosial di seluruh dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari http://www.ColourFutures.com.

Alat ColourFutures™ 2018 anda
Apakah ‘Rumah Heart Wood’ anda?

Dulux kini mempunyai cara yang lebih mudah untuk pengguna mencari palet warna ideal mereka, berikutan alat ColourFutures™ anda. Dengan menjawab lapan soalan mudah tentang diri mereka sendiri dan bagaimana mereka bertindak balas terhadap ketidakpastian di sekitar mereka, pengguna boleh mencari palet warna peribadi yang sesuai untuk rumah mereka.

Selain menerima palet warna mereka yang tersendiri, pengguna juga akan mengetahui mengapa mereka telah diberikan palet tersebut dan maksud disebalik diri mereka dan palet warna tersebut. Mereka juga akan dapat memvisualkan palet yang digunakan dalam pelbagai bilik dan konteks yang berbeza.

 

 

Rhythm of Life Jadi Trend Warna Jotun 2018

Adakah anda Urban Hipster, Hippie Dreamer ataupun Natural Escapist?

Pelancaran Trend Warna Global Jotun 2018 memperkenalkan TIGA tema warna yang baru:

  • CITY MOTIONS
  • SILENT SERENITY
  • LUSH GARDEN.

The management team of Jotun with the dancers who each represent the 3 colour themes - City Motions, Silent Serenity and Lush Garden copy

Tema-tema ini direka khas untuk menggambarkan kepelbagaian pilihan gaya hiasan dalaman yang mencerminkan identiti unik penghuni kota di setiap bandaraya yang berjiwa global.

Malaysia adalah pasaran pertama di Asia Tenggara yang mengalu-alukan kedatangan Trend Warna Global Jotun 2018: Rhythm of Life.

Ketiga-tiga tema warna ini dihasilkan melalui pelaburan masa dan kepakaran ahli-ahli Pasukan Warna Jotun dari Norway yang dipimpin Pengurus Warna Global Jotun, Lisbeth Larsen.

Trend Warna Global Jotun edisi 2018: Rhythm of Life, membawakan 3 irama yang berbeza bagi kediaman-kediaman kontemporari: CITY MOTIONS, SILENT SERENITY dan LUSH GARDEN. Ketiga-tiga irama berbeza ini mampu melengkapkan mood setiap tema dan mempamerkan keunikan warna dalam membentuk irama visual sesebuah bilik.

Tema-tema unik ini juga memberikan inspirasi kepada pemilik rumah mahupun pereka ruang dalaman dari semua lapisan dan dari mana jua – tak kiralah jika mereka berjiwa “hipster”, “hippie” ataupun sebagainya.

Perubahan berlaku di dalam aliran hidup dan irama kehidupan setiap insan berubah mengikut apa yang telah dialami – irama yang mempengaruhi cara hidup kita, pilihan berbeza yang kita buat, dan cara kita melihat dunia dan diri kita sendiri. Warna-warna Rhythm of Life menyediakan palet padan suai yang amat bersesuaian dengan keperibadian anda. Dan, apabila gaya atau pilihan anda berubah mengikut masa, anda boleh memanfaatkan kuasa luar biasa warna bagi mengubah suasana sebuah bilik dan mewujudkan ruang yang paling sesuai sekali dengan nilai-nilai diri anda yang terkini.

“Penyelidikan kami telah mengenal pasti tiga trend utama bagi penduduk-penduduk setiap bandaraya global: keinginan mengalami kuasa pemulihan alam semula jadi; impian ketenangan serta kehidupan yang lebih perlahan dan menyenangkan; dan keinginan untuk menjadikan bandaraya yang semakin padat berpenduduk sebagai ruang hidup gaya minimalis yang tetap kreatif. Kami telah merancang kad warna kami sebagai alat untuk membantu setiap penghuni kota mengekspresikan semua ini di kediaman mereka – mencampurkan dan memadankan warna dengan cara yang terbaik bagi mencerminkan identiti dan irama kehidupan mereka sendiri,” kata Lisbeth Larsen, Pengurus Warna Global Jotun.

Tema warna baru Jotun adalah cara yang baik untuk mendekati sifat peralihan yang dibawakan oleh rekabentuk dan warna berbeza. Tema-tema ini membolehkan anda membuat dan mempamerkan kecerahan, perasaan dan suasana yang berbeza untuk mencerminkan diri anda dengan lebih tepat.

“Jotun berada di barisan hadapan inovasi produk dan warna, dan sentiasa berusaha untuk melepasi jangkaan dengan membawakan produk berkualiti tinggi dan warna yang tahan lama bagi bangunan ikonik pencakar langit dan juga untuk apa jua kediaman,” kata Pengarah Urusan Jotun Malaysia & Singapura, Eric Mallace pada hari ini. Beliau juga berkata, “Sepanjang tahun, Lisbeth (Larsen) dan pasukannya di Norway memanfaatkan trend reka bentuk di bandar-bandar global, membaca laporan penyelidikan dari seluruh dunia dan melihat bagaimana gaya hidup kita berubah mengejar peredaran zaman; semua ini dilakukan supaya kami dapat meramalkan keinginan dan keperluan pereka-pereka rumah hari ini dan kemudian membuat warna yang sesuai digunakan oleh mereka. Kami juga amat berbangga kerana Malaysia menjadi pasaran pertama di Asia Tenggara yang mempamerkan Trend Warna Global Jotun 2018. “

Tema-tema ini masing-masing direka untuk mencerminkan realiti kehidupan moden dan mengilhami imaginasi. Trend Warna Global Jotun 2018: Rhythm of Life dengan 32 warna menyediakan setiap pereka dengan palet hiasan dalaman yang sesuai dengan pelbagai kediaman di seluruh dunia.

Melangkahlah ke masa hadapan 2018 untuk mengetahui palet warna yang akan memperbaharui bahagian dalaman kediaman anda .

TREND WARNA GLOBAL JOTUN 2018: RHYTHM OF LIFE

Kita semua bergerak mengikut rentak tersendiri – irama yang mempengaruhi cara hidup kita, pilihan yang kita buat, cara kita melihat dunia.

Trend Warna Jotun 2018: Rhythm of Life menggambarkan identiti global yang amat luas dan gaya dalaman untuk kediaman kontemporari melalui tiga tema warna; CITY MOTIONS, SILENT SERENITY dan LUSH GARDEN.

Tema: CITY MOTIONS
Warna-warna utama: biru pekat, kelabu marmar, coklat kayu

Diilhamkan oleh…..
Urban Hipster: Bagi hipster-hipster yang berani dan bangga.

Warna-warna City Motions mencerminkan budaya kreatif kota moden, di mana penghuninya menggemari reka bentuk terkini dan menanggalkan yang tidak perlu bagi mengubah ruang hidup terhad dengan garis-garis yang teratur dan bersih serta membawakan keanggunan bersahaja.

City Motions memaparkan kehidupan di bandar yang sibuk. Ia merangkumi seni bina dan sifat minimalis, namun masih lagi mesra-pakai – gaya santai bandar dengan butiran buatan tangan serta berfokuskan mesra alam.

Inspirasi gaya tema oleh Krakvik & D’Orazio
Rona biru membawakan ketenangan, dan dilengkapi pula bahan-bahan seperti bulu, linen, kulit, velvet, batu dan seramik.

WARNA-WARNA TEMA CITY MOTIONS

5455 Industrial Blue 5044 Icy Blue 5200 Dusky Blue
5452 Nordic Breeze 1434 Elegant 1877 Pebblestone
1973 Objective 1391 Bare 10981 Norwegian Wood
10965 Hipster Brown 10961 Raw Canvas

Diilhamkan oleh…..
Hippie Dreamer: Untuk “hippies” abad ke-21

Warna Silent Serenity diilhamkan oleh perjalanan nomad global dan gaya hidup pelbagai budaya yang mementingkan cahaya semulajadi dan rasa bebas kawasan lapang.

Silent Serenity dengan gabungan warna merah jambu dan coklat keperangan yang bersahaja menjanjikan suasana damai – fikirkan saja sayur-sayuran organik dan cara hidup menyenangkan.

Inspirasi Gaya Tema oleh Kravik & D’Orazio Kami telah mengadun pelbagai elemen budaya yang berbeza termasuk periuk tua, besi, bakul dan seramik. Semuanya dibuat dengan tangan menggunakan bahan semula jadi berbeza: linen, fabrik bulu binatang, batu, kulit asli dan terakota.

WARNA-WARNA TEMA SILENT SERENITY

10981 Norwegian Wood 20046 Savanna Sunset 20047 Blushing Peach
10580 Soft Skin 10966 Almond Beige 10965 Hipster brown
10678 Space 1024 Timeless 10962 Sandy
10963 Smoked Oak

Tema: LUSH GARDEN
Warna-warna utama: biru-hijau, coklat kekuningan dan merah

Diilhamkan oleh…..
Natural Escapist: Bagi pencinta alam semulajadi

Palet Lush Garden dicipta berasaskan permintaan warga kota yang inginkan kesegaran alam semula jadi ; daya tarikan kehijauan hutan tropika, dan taman botani yang menjanjikan ketenangan. Menggabungkan unsur-unsur semula jadi ke dalam ruangan dalaman sekitar anda akan membangkitkan semangat intrinsik di dalam diri yang menimbulkan kedamaian.

Lush Garden berlandaskan keinginan untuk dikelilingi kesegaran alam semula jadi. Ia membolehkan kita menggunakan warna dan botani yang sentiasa segar dan ceria
gayanya. Kami menumpukan perhatian menghasilkan habitat semulajadi umpama tempat-tempat yang sentiasa cerah bermatahari, contohnya Vietnam dan Malaysia, dengan ruang dalaman yang serba moden.

Inspirasi Gaya Tema oleh Kravik & D’Orazio
Tema Lush Garden mencampurkan warna-warna yang menyeronokkan, tumbuh-tumbuhan besar, bunga-bunga yang meriah, objek etnik dan antik, serta bahan semula jadi termasuk linen, sutera, bakul dan seramik.

WARNA TEMA GARDEN LUSH
5454 Dark Teal 6352 Evening Green 6350 Soft Teal
8494 Organic Green 8493 Green Tea 8302 Laurel
8281 Pale Linden 2727 Red Maple 20055 Dusty Rose
20054 Silky Pink 2588 Artist Clay 10963 Golden Bronze
6351 Tender Green