RYANEES Untuk Wanita Traveller Yang Berhijab

TIDAK PERLU pin. TIDAK PERLU kerongsang. DAN yang BEST sekali TIDAK PERLU menggosok!

Tudung sebegini memang dicari-cari oleh kaum wanita bertudung sewaktu travel. Sangat menyenangkan dan tidak leceh, malah mudah membentuk mengikut bentuk muka.

 

36839560_2244050858955503_2828281280615940096_n

Mengguna material knitted cotton, tudung separuh instant RYANEES ini tidak mudah berkedut menjadikannya pilihan terbaik sewaktu travel.

IMG_20180706_201639

Dengan tagline “Hijab for Travellers”, RYANEES yang mendapat nama hasil gabungan ‘RYAN‘ + RinEE + Syahrein di mana ‘Ryan’ adalah nama anak tunggal pasangan pengasas Rinee Amelia Zakaria dan suaminya Syahrein.

Awal penubuhannya hanyalah dengan bermula di SOHO di Shah Alam, ia kini telah berkembang menjadi sebuah butik. Sasarannya memang kepada kaum wanita berhijab yang gemar mengembara di antara umur 25 hingga 55 tahun memandangkan pengasas sendiri mempunyai minat yang sama dan sudah pun mengembara hingga ke 44 negara dalam masa 25 tahun.

Tidak hairanlah tudung rekaannya dinamakan sempena 137 tempat yang pernah dilawatinya sejak tahun 1993. Antaranya Ryanees Bologna, Ryanees Dubai, Ryanees Moscow, Ryanees Prague, Ryanees Liverpool, Ryanees Rotorua dan Ryanees Sydney.

Baru-baru ini RYANEES telah mengadakan “Majlis Riang Ria Raya Ryanees” yang telah memperkenalkan tudung terbaru di bawah  Autograph Collection yang menyaksikan model-model memperagakan tudung tersebut.

RYANEES turut memperkenalkan penyanyi, pelakon dan usahawan, Linda Rafar sebagai Duta Jenama mereka dan telah pun membawa beliau ke India dan Maghribi untuk penggambaran produk di sana.

Produk RYANEES banyak dipromosi oleh media-media tempatan antaranya TV Alhijrah,  Radio KoolFM, majalah fesyen dan juga dipakai oleh pelakon dalam drama-drama tempatan seperti “Jangan Padam Rindu”, “Cinta Fatamorgana” dan banyak lagi.

RYANEES juga mengadakan pertandingan “Ingat Travel, Ingat RYANEES” yang mana pemenang dipilih berdasarkan pemakaian tudung RYANEES yang bertetapan dengan negara yang dilawati.

36804538_2243891502304772_8928880161026211840_n

RYANEES juga menggalakkan mereka yang berminat untuk menjadi Agen dan Dropship. Buat masa sekarang, RYANEES mempunyai lebih daripada 150 agen yang berdaftar di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Untuk lebih lanjut layari:

GUARDIAN dan ARIANI Lancar 4 Tudung Edisi Lebaran

Sudahlah cantik dan eksklusif,materialnya juga berkualiti, koleksi tudung Ariani berilhamkan flora ini boleh didapati pada harga mampu milik. Berseri-seri apabila digayakan sewaktu hari lebaran nanti.

IMG_20180502_131521

Buat julung kalinya, peneraju perniagaan runcit kesihatan dan kecantikan Guardian Malaysia dan jenama fesyen tudung terkemuka, Ariani, telah berkolaborasi untuk menampilkan koleksi tudung eksklusif ‘Edisi Lebaran’ sempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.

Dijual secara eksklusif untuk pelanggan Guardian Malaysia, ‘Edisi Lebaran’ dihasilkan daripada material berkualiti dengan EMPAT rekaan anggun berilhamkan flora di Malaysia dan paduan warna-warna menarik untuk digayakan lebaran nanti.

IMG_20180502_130949

Bertemakan konsep “MEKAR”, koleksi ini menampilkan:

  1. Essential Basic Shawl
  2. Blush Printed Square
  3. Blooming Printed Shawl
  4. Florescence Premium Shawl

Sepanjang tempoh promosi dua bulan, iaitu dari 1 Mei hingga 27 Jun, tudung-tudung tersebut boleh dibeli pada separuh harga iaitu antara RM29.90 hingga RM89.90, dimana 54 ke 57 peratus lebih rendah daripada harga pasaran yang disyorkan.

Berucap di majlis pelancaran koleksi tersebut hari ini, Ms Anna Hull, Pengarah Barangan Guardian Health And Beauty Sdn Bhd berkata:

“Kami memperkenalkan koleksi rekaan istimewa ini, khas sebelum Ramadan, agar pelanggan boleh mendapatkan skarf dan selendang yang menawan dan berkualiti ini untuk digayakan pada Hari Raya nanti.

Cetakan eksklusif skarf ini hadir dalam empat corak segar dan elegan. Ia dihasilkan daripada material berkualiti yang ringan dan tahan lasak, boleh disuaikan dengan pelbagai gaya, mudah serta selesa dipakai. Kami yakin dengan kualiti seperti ini, para pelanggan kami pasti tertarik untuk mendapatkannya untuk Hari Raya nanti.”

Menjelaskan rasional untuk bekerjasama dengan ARIANI, Anna berkata:

“Walaupun Guardian Malaysia merupakan sebuah jenama kesihatan dan kecantikan, pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami. Dalam perancangan untuk Ramadan dan Hari Raya, kami percaya para pelanggan kami ingin memiliki tudung terbaik; dan yang lebih utama, pada harga yang memberi nilai kepada wang mereka!

Untuk mendapatkan tudung tersebut, tiada pembelian minimum diperlukan. Pelanggan hanya perlu membeli satu produk daripada jenama-jenama yang mengambil bahagian, untuk layak membeli mana-mana skarf tersebut. Jika anda tidak membeli untuk diri sendiri, ia juga boleh diberikan sebagai hadiah istimewa untuk ibu, isteri atau sahabat handai.” 

Datin Farah Haryani, Pengarah Pemasaran Ariani, berkongsi pandangan tentang kolaborasi dan koleksi skarf rekaan eksklusif itu, berkata:

“Pengertian kecantikan dari dalam melalui penggunaan produk di stor Guardian kini dimantapkan lagi dengan pemakaian tudung ARIANI, yang mana semuanya boleh didapati di bawah satu bumbung!”

Beliau berkata, ARIANI, sebuah anak syarikat Kumpulan JAKEL, telah menghasilkan koleksi skarf ‘Edisi Lebaran’ dengan perincian yang halus dan ia direka bagi memenuhi tiga elemen teras:

  • keeksklusifan
  • kesopanan
  • kontemporari.

MEKANIK BELIAN DENGAN BELIAN:

  • Untuk setiap pembelian dengan SATU barangan jenama yang mengambil bahagian, pelanggan layak untuk membeli SATU skarf untuk satu corak
  • Dalam erti kata lain, pelanggan layak untuk membeli sebanyak EMPAT helai tudung, iaitu sehelai untuk setiap corak
  • Pelanggan yang membeli DUA produk daripada jenama yang mengambil bahagian pula, layak untuk membeli DUA helai tudung untuk setiap corak.

Antara jenama utama yang mengambil bahagian adalah : Dermo Expertise, Maybelline, Pantene, Safi, dan Thymos.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.guardian.com.my

CARRISA Boutique Perkenal Koleksi Raya di “A Night With Carrisa X Bienda”

Dah beli baju raya?

Kalau belum, bolehlah usha koleksi baju raya dari Carrisa Boutique. Cantik-cantik semuanya lebih-lebih lagi

Selain baju, Carrisa Boutique juga menjual tudung, beg, blause, skirt dan macam-macam lagi dengan rekaan yang menarik.

 

IMG-20180422-WA0013

Baru-baru ini, bertempat di The Glass Suite, Bora Ombak Putrajaya, Carrisa Boutique telah mengadakan pertunjukan fesyen ‘A Night With Carrisa X Bienda’ yang mempamerkan koleksi terkini pakaian dan tudung sempena hari raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

IMG-20180422-WA0027

Majlis yang mendapat usahasama dengan SDM, Blonde Foundation, Red Velvet Cookies, Narabelle, Jedan, Erin Popiah, CHB Builders, Scha Fadly dan Bora Ombak Putaraja ini dihadiri oleh ramai VVIP dan selebriti terkenal tanah air antaranya penyanyi Zur Eda, Sheeda Dangdut, Maria Tunku Sabri, Lisdawati, Fauzi Nawawi dan ramai lagi.

Pertunjukan fesyen yang dihoskan oleh Embun, dimulakan dengan nyanyian daripada Basil, anak kepada pemilik Carrisa Boutique, Zurin Zakaria. Seterusnya, pertunjukan fesyen diteruskan dengan koleksi ‘Carrisa Ready to Wear’ (RTW) dan ‘Carrisa X Bienda‘.

Antara koleksi baju kurung moden yang diperagakan daripada rangkaian Carrisa RTW adalah Kurung Pleat Silang, Kurung Adelle, Kurung Pleat Tepi, Kurung Moden Riben, Kurung Flare, Kurung Peplum Pleat dan juga rangkaian selendang serta bawal.

Kesemua koleksi baju kurung ini mengguna fabrik Satin Crepe, Scuba dan Bubble Crepe yang menampilkan gaya elegen dan mewah pada si pemakai. Bukan itu sahaja, ia juga selesa dipakai. Penggunaan warna-warna lembut dan ceria seperti coklat, nude, royal blue, soft blue, kelabu, gold, maroon, purple, green turquiose, army green mustard dan peach menyerikan penampilan.

IMG-20180422-WA0009

Dalam majlis itu juga, Carrisa Boutique turut memperkenalkan artis serba boleh yang terkenal dengan muzik bernuansa Timur Tengah, Bienda sebagai ‘Wajah Carrisa‘. Bienda dan Carrisa Boutique akan bekerjasama selama setahun dalam menghasilkan koleksi Hari Raya Carrisa X Bienda.

Tahun ini, Bienda kembali mewarnai industri muzik dengan menampilkan single terbaru berjudul “Lagu Jaga Hati”. Lagu tersebut ditulis oleh DJ Fuzz selaku komposer dan Alabbas selaku penulis lirik.

Lagu “Jaga Hati” merupakan percubaan pertama Bienda untuk lagu berirama rentak moden beat yang diselitkan dengan meodi yang berbaur elemen tradisional setelah empat tahun tidak memasarkan mahupun menerbitkan album baru.

Ia adalah kesinambungan kembalinya Bienda ke persada nyanyian selepas muncul dalam program “Gema Gegar Vaganza” tahun lalu.

“Jaga Hati ternyata berbeza dengan genre yang biasa dibawa. Kerjasama dengan  DJ Fuzz  untuk lagu Jaga Hati adalah yang kali pertama bagi mengubah konsep muzik yang biasa dinyanyikan dan kini beralih kepada muzik yang rancak. DJ Fuzz  memang terkenal dengan lagu-lagunya yang catchy.”

Penggambaran muzik video “Jaga Hati” telah dirakamkan di Lombok, Indonesia dengan berlatar belakangkan pemandangan tepi laut yang indah dengan kerjasama Carrisa selaku Penerbit Eksekutif.

Muzik video “Jaga Hati” boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Warner Music Malaysia manakala lagu “Jaga Hati” pula boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan iTunes.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut akan Carrisa Collection?

Kunjungi:

  1. Boutique : Carrisa Collection,
    55-G, Jalan PJU 5/20E,
    The Strand Kota Damansara, Selangor.
    (Berhadapan Giant Kota Damansara)
    Selasa-Khamis (10am-7pm)
    Ahad/Cuti awam (10am-6pm)
     
  2.  Booth : Level 3 & 2, SACC Mall Shah Alam, Selangor
    Isnin-Khamis (10am-9.30pm)
    Jumaat-Ahad (10am-10pm)
     
  3. Online Order : PM / Whatsapp 016.6665330