Festival yang berlangsung di perkarangan Tempat Letak Kenderaan B, Stadium Bukit Jalil menyaksikan lebih 1,000 penggemar makanan di seluruh Lembah Klang berkumpul untuk mencuba pelbagai jenis menu jalanan, pencuci mulut dan pelbagai lagi hidangan.

Antaranya termasuklah mi pedas ‘mala’, BBQ, nasi ayam, makanan tradisional Thai serta pelbagai hidangan pencuci mulut yang lazat seperti makarun, wafel telur dan aiskrim.

Menurut Pengurus Jualan dan Pemasaran NMooMoo, Francis Chio,

“Kami berhasrat untuk mewujudkan suasana yang meriah dan inklusif, di mana orang ramai dari segenap lapisan masyarakat boleh berkumpul dan bersama-sama makanan yang lazat, seperti yang kami gemari. Kami berharap agar festival ini boleh mencerminkan nilai asas jenama kami, dan membuktikan komitmen kami dalam meneraju sebuah gerakan sosial yang mengatasi pengalaman gastronomi. Festival Makanan Moomazing telah mencapai kejayaan yang memberangsangkan, di mana acara ini menyediakan platform penting untuk usahawan makanan dan minuman yang bekerjasama dengan kami, selain menjadi tempat berkumpul untuk menjamu selera pada hujung minggu ini.”

Selain keseronokan menjamu selera, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan secara langsung daripada The Rebels Cheer Team serta pemuzik Elaine Lee dan Ava. Pameran A Greatest Showman oleh HyperActive Entertainment turut memeriahkan lagi festival tersebut.

Selain itu, pengunjung turut dihiburkan oleh keletah maskot Moo Moo dan Nii Nii yang boleh ditemui sepanjang festival.

Pelbagai permainan dan hadiah percuma turut disediakan di mana para pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM30,000 sepanjang tiga hari festival tersebut diadakan.

Dalam usaha untuk memberi kembali kepada masyarakat, festival ini turut menyediakan kotak derma bagi menggalakkan para penganjur yang ingin menderma untuk tujuan amal kebajikan. Sepanjang acara tersebut subangan akan turut dikutip, di mana dana ini akan disumbangkan kepada Persatuan Rakyat Miskin Malaysia, Kelab Anak Muda Bandar Tun Razak, dan Persatuan Penduduk PPR Taman Mulia untuk membantu usaha masing-masing.
“Melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR), kami akan terus menyokong amal kebajikan yang dekat di hati kami dengan menyumbang kepada kebaikan masyarakat secara amnya. Kami percaya bahawa dengan jalinan kerjasama, kami boleh memberi impak yang lebih besar untuk mencipta masa depan yang lebih cerah untuk semua,” tambah Francis.
Ditaja oleh Halo Telco dan Musii, Festival Makanan Moomazing telah dilancarkan secara rasmi oleh tetamu kehormat,Muhammad Fitri Bin Ramli Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Turut hadir ialah wakil penaja, Shukri Bin Abdul Rahim dari Halo Telco dan Mansee Lau Sow Chen dari Musii.
Dengan kejayaan festival makanan ini, NMooMoo kini giat mengorak langkah ke selatan untuk menemui penggemar-penggemar makanan di Johor. Edisi ke-2 Festival Makanan Moomazing dijadualkan untuk berlangsung akhir tahun ini di Johor.
Mahu menjadi yang terawal untuk merasai kemeriahan festival dan makanan yang dibawa NMooMoo? Ikuti perkembangan Festival Makanan Moomazing ke selatan serta berita terkini NMooMoo secara umum melalui halaman Instagram dan Facebook NMooMoo.
Mengenai NMooMoo
NMooMoo merupakan aplikasi penghantaran makanan yang beroperasi di Lembah Klang dan Johor Bahru. Bermula pada Mei 2021 sebagai aplikasi penghantaran makanan yang bertumpu di kawasan kejiranan, kini NMooMoo bekerjasama dengan lebih 4,000+ usahawan termasuklah Coco Loca, US Pizza dan Jom Cha oleh Farm Fresh. Dengan moto “Good Food Moo~ing 2U”, NMooMoo berhasrat untuk menghantar pilihan makanan dan minuman tempatan yang terbaik kepada pengguna mereka. NMooMoo telah dinobatkan sebagai salah satu penghantar makanan terbaik dalam 15 Aplikasi Penghantar Makanan Terbaik Malaysia bagi tahun 2023.
Untuk maklumat lanjut, layari nmoomoos.com, atau ikuti laman Facebook (NMooMoo) dan Instagram(@nmoomoomy).

Leave a comment