“Warung” dari Alicafe dan Alitea Berkonsepkan ‘Macam Dolu-Dolu’

Kali ini, LIMA varian diperkenalkan di bawah jenama “WARUNG”. Memang semuanya sedap, tidak terlalu manis menyengat..

DSC_0086

Dilancarkan di Restoran Rebung Chef Ismail, Kuala Lumpur, Power Root Berhad telah mengadakan Majlis Perlancaran jenama “WARUNG” dari Alicafé dan Alitéa.

IMG_20190820_144733

Dewasa ini, Alicafé dan Alitéa telah menjadi pilihan utama tempatan menerusi siri Tongkat Ali Dan Ginseng, berikutan rumusannya yang mengandungi herba semulajadi Tongkat Ali dan Ginseng.

Siri Tongkat Ali dan Ginseng (TAG) ini adalah didatangkan dalam beberapa varian iaitu:

Kopi Alicafé TAG – Original, Original 20g, Lebih Pekat, Karamel dan Kopi Putih;
Teh Alitéa TAG – Tarik 30g dan Tarik 20g

Pengerusi Bersama Power Root Berhad, Dato’ Afifuddin bin Abdul Kadir, dalam kata aluannya telah meluahkan rasa bangganya di atas kejayaan Alicafé Tongkat Ali dan Ginseng (TAG) yang merupakan Kopi Pracampur Tongkat Ali & Ginseng No.1 di Malaysia.

Kempen “Kami Nak! Kami Nak! Kami Nak…Alicafé!” yang baru dilancarkan di bulan Mac lalu telah dapat mengungguli pasaran tempatan dengan kenaikan peratus jualan melebihi 30% (peratus) pada suku tahun pertama berbanding tahun lalu.

Beliau juga mengumumkan bahawa Power Root dengan gembiranya akan melanjutkan kerjasama dengan Artis No.1 Malaysia Alif Satar selama 2 tahun lagi.

Dan kini, Power Root mengorak langkah lebih jauh dengan memperkenalkan pula jenama “WARUNG” dari Alicafé dan Alitéa” – Rasa Halus. Kaya Aroma.

Jenama ini yang tidak mengandungi herba Tongkat Ali atau Ginseng, telah dilancar menggunakan konsep “Macam Dolu-Dolu”, yang juga merupakan slogannya, mengajak pengguna mengimbas kenangan menikmati minuman sambil bersantai, seperti yang dilalui oleh generasi terdahulu, di warung-warung, satu ketika dahulu.

Di acara sidang media ini, saudara Fairuz Misran yang dikatakan sebagai klon kepada Arwah Tan Sri P.Ramlee, seniman agung tanahair telah menyanyikan lagu “WARUNG” bertema “Macam Dolu-Dolu”. Lebih menarik lagi, lagu latar iklan ini telah didendangkan oleh saudara Fairuz dengan suara hampir serupa dengan seniman agung tersebut, yang benar-benar menggamit kenangan serta memukau para hadirin sekelian.

Pengerusi Bersama Power Root Berhad, Y.A.D. Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj bin Y.A.M. Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, dalam kata aluanya menjelaskan bahawa jenama “Warung” tidak mengandungi herba Tongkat Ali atau Ginseng, “Sebagai sebuah syarikat yang diasaskan di Malaysia, kami mahu jenama baru ini berdasarkan warisan Malaysia yang boleh berkaitan dengan semua warga Malaysia. Jenama “Warung” diilhamkan oleh Kedai Kopi “Warung” yang kami biasa sembang di kampung apabila kami masih muda. Saya sentiasa terkenang kelazatan minuman yang dibikin dengan bahan-bahan yang tulen dan sepenuh hati oleh Pakcik.”

Di penghujung acara, pihak Power Root telah menyampaikan dua Anugerah.
Dengan slogannya ‘Dekat Lagi Murah’ Pasaraya Speedmart 99 telah dipilih untuk menerima anugerah pertama iaitu Anugerah Perkembangan Jualan Monumental (Monumental Sales Growth Award) kepada Encik Simon Yong Kin Onn kerana kejayaan syarikat yang semakin di kenali di Malaysia ini, dan Power Root berasa amat bangga dapat bersama-sama membangun bersama syarikat ini.

Anugerah seterusnya adalah untuk Rakan Niaga Utama Terbaik (Best Key Business Partner Award) kepada Pasaraya Aeon, yang diwakili oleh Cik Norsyazwanie Che Teh Merican, kerana sokongan yang tidak putus –putus serta memberi kerjasama yang sangat baik dimana jualan di sasarkan kepada outlet ini amat memberangsangkan.

Perlantikan Pengerusi Terbaharu Power Root Berhad

Power Root Berhad juga telah mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan perlantikan Pengerusi Bersama terbaharu Y.A.D. Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj bin Y.A.M. Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, yang akan bergandingan dengan Pengerusi Bersama semasa, Dato’ Afifuddin bin Abdul Kadir, di dalam menerajui jenama Alicafé, Alitéa, Per’l, Extra Power Root, dan Oligo untuk mengembangkan pasaran Power Root di Malaysia dan di negara-negara lain seperti di Eropah, Timur Tengah, Afrika, China & Asia Tenggara.

Continue reading ““Warung” dari Alicafe dan Alitea Berkonsepkan ‘Macam Dolu-Dolu’”

CADBURY Rai Hari Kemerdekaan Dengan Pengenalan Pada Coklat Perisa Durian

Admin suka perisa baharu ni sebab tak manis sangat malah bau durian pun tak terlalu kuat. Sedang-sedang orang kata..

Limited-Edition gift boxes Cadbury Dairy Milk Durian

Cadbury, jenama konfeksi kesukaan Malaysia di bawah jenama makanan ringan terkemuka Mondelēz International sekali lagi meraikan perisa Malaysia dengan pelancaran perisa edisi terhad tempatan keduanya, Cadbury Dairy Milk Durian eksklusif untuk pasaran Malaysia.

Tempo-19+(1)

Dalam usaha berterusan menghormati sambutan kebudayaan Malaysia, Cadbury Dairy Milk sekali lagi menjalin kolaborasi dengan kartunis ikonik Malaysia, Datul Lat, yang mana ilustrasinya akan dipaparkan pada bungkusan produk terpilih Cadbury Dairy Milk.

Konglomerat konfeksi berterusan membawa lebih banyak coklat lazat kepada pengguna Malaysia dengan memperkenalkan Cadbury Dairy Milk Durian yang sinonim dengan budaya Malaysia.

Bersama adunan enak perisa sebenar durian dan coklat susu yang lazat, produk terbaharu Cadbury Dairy Milk ini pasti menggamit nostalgia terhadap dua perisa yang rakyat Malaysia sudah kenali dari kecil dan menyukainya.

Pengalaman berjalan ke dusun durian adalah satu perkara yang ramai rakyat Malaysia kongsikan dengan ahli keluarga dan sahabat handai mereka dengan matlamat meluangkan masa berkualiti dan menikmati rasa tiada tolok bandingnya Raja Buah itu.

Dalam usaha mengembalikan semula kenangan pengalaman itu, Cadbury Dairy Milk telah mengelolakan acara hujung minggu bertema “Dusun di dalam Kota” di Sunway Pyramid dari 16-18 Ogos lalu yang memaparkan keadaan di dusun dan permainan kanak-kanak nostalgik seperti permainan gasing, dan bowling durian – yang diambil daripada boling kelapa – bagi membolehkan rakyat Malaysia mengenang dan menghidupkan kembali pengalaman sebenar rakyat negara ini.

Bercakap pada majlis pelancaran Cadbury Dairy Milk Durian, Rahul Mathur, Pengurus Kategori, Malaysia berkata,

“Tahun lalu terbukti merupakan kejayaan besar bagi kami yang memperkenalkan perisa tempatan pertama bagi mempamerkan penghargaan kami dan bersempena kehadiran kami yang teguh selama ini di Malaysia. Tahun ini, kami mahu mencipta perisa yang bukan sahaja meraikan perisa Malaysia tetapi juga yang benar-benar bergema ke seluruh negara. Rasa enak coklat ikonik Cadbury Dairy Milk digandingkan dengan rasa unik dan enak durian pastinya mencuit panca indera pengguna Malaysia yang membesar dengan menyukai perisa ini. Kami mengiktiraf kebanggaan rakyat Malaysia apabila menyentuh hal juadah tempatan dan menyasarkan untuk terus memberi kenikmatan kepada pengguna dengan perisa yang mereka boleh bangga bersama.”

Datuk Lat celebrating the flavours of Malaysia at Cadbury's Musang King Throne

Dengan barisan perisa edisi terhad terbaharu ini, perisa ikonik Cadbury Dairy Milk sekali lagi akan dibungkus dengan paparan lukisan tangan oleh ikon Malaysia, Datuk Lat. Ilustrasi itu memaparkan Lat, Budak Kampung di dalam tiga sinario berbeza – masyarakat yang bekerja secara harmoni membina jambatan, perhimpunan menjamu durian dan, Lat dan Epit bersama-sama menanam pokok durian. Lukisan itu tertumpu kepada tema semangat kebersamaan Malaysia untuk membantu antara satu sama lain di dalam persekitaran dusun.

“Saya teruja untuk terus bekerjasama dengan Cadbury Dairy Milk bagi kempen ini untuk tahun kedua berturut-turut. Saya lebih teruja apabila mengetahui mereka melancarkan perisa durian kerana itulah perisa yang saya sukai sejak kecil sebagai rakyat Malaysia. Perisa baharu ini membawa saya ke zaman di mana saya sering mengunjungi dusun durian bersama keluarga saya dan meluangkan masa bersama mereka menjamu selera Raja Buah ini. Ilustrasi saya sentiasa bermatlamat memaparkan cara kehidupan rakyat Malaysia dan kerja seni yang saya cipta untuk Cadbury Dairy Milk adalah menepati matlamat tersebut yang menampilkan nilai-nilai perkongsian dan kebersamaan rakyat Malaysia,’’ kata Datuk Lat.

Coklat Cadbury Dairy Milk Durian kini boleh diperoleh di Pasar Raya dan Pasar Raya Besar utama di seluruh negara dengan harga jualan dicadangan ialah RM8.50 untuk 165g bermula dari sekarang sehingga 30 September 2019. Kotak hadiah edisi terhad memaparkan ilustrasi Datuk Lat boleh dibeli secara eksklusif di Shopee berharga RM42.90.

Untuk maklumat lanjut mengenai perisa durian terkini Cadbury Dairy Milk, sila lawat halaman:

 

Kempen ‘Tak Kenal, Tak Cinta’ MAGGI Cukup Rasa Galak Wanita Jadi Lebih Berani dan Perkasa

Kempen ini diadakan dalam usaha untuk memperkasakan lebih ramai wanita dari semua lapisan masyarakat.

Photo 2 (8)

Kempen ini juga turut memperkenalkan duta jenama baharu MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman yang cukup terkenal di Instagram kerana rajin berkongsi resipi masakan rumah.

Photo 4 (4)

Popular dengan video masakan rumah, semangat juang dan kesungguhan Eina Azman terus memberi inspirasi kepada seramai 1.7 juta pengikutnya di Malaysia, mendorong mereka mencuba memasak sajian ringkas di rumah, dan inilah yang ingin diketengahkan oleh MAGGI® CukupRasa melalui kempen baharu ini.

IMG_20190816_105249

Dilancarkan di Pusat Beli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur, kempen ini mendorong wanita agar berani mengambil langkah pertama untuk mencuba sesuatu yang baharu. Langkah berani boleh mencetus kesan positif dan membantu kita belajar dan berkembang maju, seperti yang dipaparkan oleh cogan kata jenama ‘Tak Kenal, Tak Cinta’.

Dalam pada itu, majlis pelancaran turut menganjurkan sesi Bual Bicara yang bertemakan ‘Tak Kenal, Tak Cinta – Perbualan Dengan Wanita Untuk Mencapai Lebih Lagi Setiap Hari’ yang nyata menyuntik semangat hadirin.

Diacarakan oleh Daphne Iking, sesi ini menampilkan penyanyi dan pencipta lagu Stacy Anam dan ahli gimnastik Malaysia Farah Ann serta Ketua Bakat dan Pembangunan Organisasi Malaysia dan Singapura, Nestlé, Durdana Kabir bersama Eina Azman di atas pentas. Ahli panel berkongsi kisah penuh inspirasi bagaimana mereka menangani dan mengatasi cabaran harian dan menyentuh topik-topik seperti memasak sajian kegemaran mereka dengan MAGGI® CukupRasa.

En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad yang turut hadir di majlis pelancaran tersebut berkata,

“Nestlé memang penyokong kuat kepelbagaian dan keterangkuman. Kami memupuk budaya organisasi dinamik yang menyokong wanita dan membolehkan mereka memperkasakan diri mereka. Mencerminkan semangat ‘Tak Kenal, Tak Cinta’, kempen ini memberi tumpuan kepada wanita Malaysia dan menggalakkan mereka agar lebih berani dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menyerlahkan keupayaan mereka.”

Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad menambah,

“Sejajar dengan janji jenama kami, “You and MAGGI®. Cook the Difference” (Anda dan MAGGI®. Masakan yang membawa perubahan bermakna), kami amat teruja untuk melancarkan kempen terbaharu kami bagi MAGGI® CukupRasa, yang menggalakkan pengguna untuk berani mencuba sesuatu di luar kelaziman. Kami berharap kempen MAGGI® CukupRasa ini boleh membantu memberikan dorongan yang diperlukan oleh kaum wanita untuk mengambil langkah pertama.”

Di majlis pelancaran kempen, Encik Juan Aranols dan Cik Geetha Balakrishna bersama dengan Chef Muluk, Chef Eksekutif Korporat Nestlé, dan Eina Azman telah menyertai demonstrasi memasak bersama tetamu lain. Wakilmedia turut berpeluang untuk mengasah bakat kulinari masing-msaing dan mencuba beberapa resipi.

Diketuai oleh Chef Muluk, mereka telah mencuba resipi Nasi Goreng Cina dan Sayur Goreng Campur MAGGI® CukupRasa ciptaan Eina Azman. Penambah perasa semua dalam satu ini, yang diperbuat daripada adunan unik bawang putih, bawang dan ikan bilis segar serta rempah lain, ialah ramuan rahsia untuk kaum ibu melazatkan lagi sajian yang dimasak di rumah. Di samping itu, dengan menggunakan MAGGI® CukupRasa dalam sajian, anda tidak perlu menambah garam!

Acara Roadshow MAGGI® CukupRasa yang  diadakan di Pusat Beli-Belah MyTOWN sehingga 18 Ogos akan menuju ke 10 negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Penang dan lain-lain lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen terbaharu MAGGI® CukupRasa, sila layari http://www.maggi.com.my.

Kempen ‘Sentiasa Denganmu Mak Abah di Mana Jua’ TENA Galak Anak Peka Pada Ibubapa Berusia

Kempen ‘Sentiasa Denganmu Mak Abah di Mana Jua: Idea Mudah Untuk Rumah, Ibu Bapa Kita Lebih Selesa’ TENA ini turut melibatkan Pereka terkenal yang tidak asing di Malaysia, Dr Eric Leong yang memberi pelbagai cadangan dalam mengubahsuai rumah dengan mudah untuk ibu bapa yang berusia.

IMG_20190815_112605

TENA, pakar yang memahami dan Yayasan Kontinens Malaysia melancarkan Kempen ‘Sentiasa Denganmu Mak Abah di Mana Jua: Idea Mudah Untuk Rumah, Ibu Bapa Kita Lebih Selesa’ ini adalah untuk mengalakkan anak-anak agar lebih peka dengan perkara-perkara kecil yang boleh dilakukan, serta bagaimana mereka dapat memainkan peranan aktif dalam memahami cabaran yang dihadapi oleh ibubapa, terutamanya apabila setiap 1 daripada 2 orang warga emas mengalami masalah inkontinen.

IMG_20190815_120402

Oleh kerana inkontinen boleh menjejaskan pergerakan dan kualiti hidup seseorang, kempen ini menawarkan cadangan praktikal dari para pakar mengenai penjagaan yang betul menerusi pengurusan dan pengubahsuaian mudah di rumah bagi membantu ibubapa yang semakin tua merasa lebih selesa, sambil mengurangkan risiko terjatuh. Inkontinen menjejaskan 1.4 juta rakyat Malaysia dan dianggarkan meningkat sebanyak 4.5% setiap tahun.1 Namun begitu, kajian menunjukkan bahawa 69% daripada mereka tidak mendapatkan bantuan1 disebabkan stigma sosial dan sebahagian besarnya merasa malu.

“Di TENA, kami percaya bahawa mereka yang mengalami inkontinen masih dapat terus menjalani kehidupan yang aktif. Oleh itu, kesedaran perlu dipertingkatkan agar keadaan ini dapat diuruskan secara berkesan serta mendapat sokongan orang ramai, terutama sekali daripada anggota keluarga,

Ibubapa memang tidak berniat untuk menyusahkan anak-anak mereka, malah ada juga yang segan untuk membangkitkan topik yang sensitif seperti inkontinen kepada anak-anak. Oleh itu, TENA membekalkan anak-anak dengan idea dan sokongan yang mudah serta praktikal bagi membantu ibubapa kita berasa lebih selesa, terutama di rumah, tanpa memperkecilkan perasaan mereka,” kata Debby Ho, Pengurus Pemasaran, Vinda Malaysia.

Selaras dengan ini, TENA bekerjasama dengan beberapa pakar dalam menyediakan penyelesaian holistik termasuk idea pengubahsuaian mudah di rumah dan penyelesaian produk, seperti TENA Pants yang menyerupai seluar dalam yang boleh menyerap. Dengan TENA Pants, ia membantu mereka mengekalkan maruah diri dan kebebasan dalam menikmati usia emas tanpa rasa takut mahupun malu.

“Inkontinen adalah masalah yang biasa, menjejaskan kira-kira 50% orang tua. Ini memberi impak kepada kualiti kehidupan mereka dalam banyak cara, seperti terperuk di rumah seharian dek rasa segan atau kekerapan berulang alik ke tandas. Oleh kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa di dalam rumah, ia adalah amat penting untuk mengelakkan ibubapa kita daripada terjatuh mahupun tersungkur kerana ia boleh membawa banyak komplikasi seperti kesulitan untuk pulih, serta risiko -risiko lain jika diwadkan di hospital,” jelas Dr Peter Ng, Pakar Urologi dan Presiden Yayasan Kontinens Malaysia.

Di samping menggunakan TENA Pants, idea pengubahsuaian rumah yang mudah juga dapat memberi impak yang besar memandangkan ibubapa kita banyak menghabiskan masa di rumah.

Turut menyokong kempen ‘Sentiasa Denganmu Mak Abah di Mana Jua: Idea Mudah Untuk Rumah, Kempen Ibu Bapa Lebih Lebih Selesa’ adalah pereka terkenal Malaysia Dr Eric Leong yang akan berkongsi beberapa idea pengubahsuaian rumah secara berperingkat di laman Facebook TENA (www.faceboook.com/ TENA.Malaysia) dan laman web TENA (www.tena.com.my).

“Salah satu perkara terbaik yang boleh dilakukan untuk ibubapa kita adalah membantu mengekalkan kebebasan mereka. Idea pengubahsuian di kamar tidur, bilik mandi dan ruang tamu dapat memudahkan pergerakan mereka dengan selamat. Ini boleh dilengkapkan dengan penggunaan warna yang betul dan aroma yang menyegarkan untuk menjadikan rumah mereka lebih santai.”kata Dr Leong.

Selain idea pengubahsuaian rumah bagi keselesaan ibubapa kita, kempen ini turut menyediakan sumber pendidikan lain menerusi laman web TENA, di mana e-Buku Panduan Caring 101 boleh dimuat turun dan sampel produk yang boleh dipohon secara online.

Untuk maklumat lanjut, layari:

  • laman web TENA (www.tena.com.my)
  • laman Facebook TENA (www.facebook.com/TENA.Malaysia)
  • hubungi talian bantuan bebas tol TENA 1-800-88-9988 (9 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat).

Sistem Imun Anak-Anak Terpelihara Dengan Susu Karihome

Tahukah anda, sistem imun adalah salah satu fungsi tubuh yang sangat penting untuk setiap golongan tanpa mengira usia. Tanpa sistem imun, maka mudah sekali badan diserang penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus.

66290977_2175555022493136_5635813591404773376_n

Sebab itu, amat penting terutamanya bagi anak-anak kita mempunyai kekebalan tubuh yang kuat untuk menghindari penyakit sepanjang pembesaran mereka. ebih-lebih lagi dengan penularan pelbagai penyakit berjangkit yang mudah menyerang anak-anak kecil.

IMG_20190801_162035

Selain sistem imun, kalsium juga amat penting dalam pembesaran serta perkembangan anak-anak terutamanya dalam pembentukan tulang dan gigi anak-anak. Sebab itu pengambilan susu yang betul dan lengkap dengan nutrisi yang diperlukan untuk tubuh badan mereka perlu dititkberatkan.

Sebab itu, sebagai ibu yang prihatin dengan kesihatan anak, saya memilih untuk mengguna susu kambing terbaik yang ada di pasaran iaitu Susu Kambing Karihome kerana ia menawarkan kalsium yang tinggi dan mampu mencegah masalah pereputan tulang, selain mengekalkan protein dan asid amino dalam badan anak-anak pada tahap yang diperlukan. Susu kambing ini diimport dari New Zealand, dan telahpun dipasarkan di banyak negara termasuk Australia, Perancis, United Kingdom, Itali, Singapura dan Malaysia.

Menariknya, Karihome adalah rumusan susu kambing yang pertama seumpamanya dan satu-satunya menjalani dua kajian klinikal, satu dari New Zealand dan kedua dari Eropah. Oleh itu, pengguna terutamanya ibu-ibu di luar sana tidak perlu bimbang untuk mengguna susu kambing Karihome.

Antara kelebihan yang ada pada susu Karihome adalah ia mengandungi nutrisi semula jadi yang tinggi dan lengkap yang amat diperlukan bagi kanak-kanak yang sedang membesar dan memerlukan keperluan kalsium yang mencukupi untuk perkembangan tumbesaran mereka.

Susu kambing Karihome ini menyediakan keperluan kalsium mengikut peringkat umur anak-anak iaitu:

1. Karihome 3 Goats Milk Growing-Up Formula bagi kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun
2. Karihome 4 Goats Milk Pre-School Formula bagi kanak-kanak berusia lebih 3 tahun

Selain itu, Karihome diformulasi dengan Double Action yang dapat membantu sistem imun dan berat badan pada anak-anak yang mana kandungan bahan-bahan bioaktif seperti Nukleotida meningkatkan serta menyokong perkembangan sistem imun manakala CLA dan kalsium menambah berat badan tanya menyebabkan masalah ‘obesity’.

Susu kambing Karihome turut mengandungi Casein Phosphopeptide (CPP) yang membantu meningkatkan kelarutan dan penyerapan mineral seperti kalsium, besi dan zink. Begitu juga Taurina menyokong perkembangan otak dan fizikal anak-anak manakala Vitamin A pula menyokong perkembangan mata dan sistem imun yang baik.

Protein curd susu kambing pula halus dan senang dihadam maka ia membantu mengurangkan masalah ekzema dan masalah penghadaman yang sering berlaku pada anak-anak yang sedang membesar.

Saya sarankan ibu-ibu di luar sana untuk mengguna susu kambing Karihome kerana ia memberi nutrisi keperluan mencukupi sepanjang pembesaran anak-anak anda.

#karihomemalaysia #karihome_malaysia #susukambing #susuformulaterbaik #newzealand #goatsmilk #mummylove #karihome #nucleotides #stronginside #doubleaction #bestforchildren

PENSONIC Lancar Produk Siri Peralatan Pintar Dengan Aplikasi Toush

Dari jauh, peralatan Pintar siri Toush yang mengguna Wifi boleh dikawal dengan hanya  mengguna aplikasi Toush.

IMG_20190808_165822

Dan yang menariknya, peralatan Pintar Toush mempunyai ciri-ciri yang dapat membantu pengguna menjimatkan kuasa dan wang!!

CCS_3475

Majlis pelancaran peralatan Pintar Toush dirasmikan oleh YB Dr. Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri di Hotel W Kuala Lumpur dan dihadiri oleh Dato’ Seri Chew Weng Khak (Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Pensonic Holdings Berhad), Lembaga Pengarah Pensonic Holdings Berhad, Pengurusan Kanan Tuya Global, Dato’ Andy Kwan (Presiden Persatuan Penyaman Udara dan Penyejukkan), En. Mohd Azanuddin Salleh (Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS Antarabangsa) dan En.Gan Cheng Swee (Presiden Persatuan Persekutuan Peniaga Peralatan Elektrik Malaysia atau FOMEDA), Media, rakan kongsi, peniaga dan tetamu-tetamu.

Majlis pelancaran ini didahului dengan menandatangani ‘Strategic Cooperation Agreement’ antara Pensonic Holdings Berhad, yang diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan Pensonic En.Vincent Chew dan Cik.Eva Na, Ketua Pegawai Pemasaran Tuya Global Inc..

Jenama Toush ialah siri peralatan baru IoT pintar Pensonic yang digunakan dengan WiFi dan boleh dikawal secara jauh menggunakan aplikasi tunggal Toush.

CCS_3397

Jadi, apakah itu Toush?

Toush membolehkan anda menikmati, merasai, menyedari, menerokai kehidupan dengan cara yang indah. Peralatan IoT Pintar Toush adalah peralatan intuitif yang dapat menyedari dan bertindakbalas terhadap keperluan pengguna, dan peralatan pintar ini dapat dikawal dari jauh menggunakan peranti skrin sentuh.

Peralatan pintar Toush menghubungkan, mengautomatikkan, mengkuantitikan, mengoptimumkan tenaga dan sumber, memberi pengguna lebih banyak penjimatan sambil memudahkan kehidupan pengguna.

Melalui pengesan-pengesan pintar Toush yang berbeza seperti pengesan suhu, kualiti udara, lokasi, getaran, kelembapan dan pengesan yang lain, peralatan pintar Toush boleh berinteraksi dengan persekitarannya, menyampaikan data yang bermanfaat dan memberikan cadangan praktikal untuk memastikan suasana yang selesa untuk pengguna.

Pensonic, sebagai sebuah syarikat tempatan, menyokong sepenuhnya inisiatif-inisiatif 5G Kerajaan bagi membangunkan bandar pintar dan peralatan pintar. Berdasarkan satu laporan diterbitkan oleh MarketsandMarkets, pasaran rumah pintar global dijangka naik dari US$76.6 bilion dalam tahun 2018 ke US$151.4 bilion menjelang 2024, pada CAGR (Kadar Tumbesaran Kompaun Tahunan) 12.02%.

Bagi pasaran rumah pintar di Malaysia, ia dijangka meningkat pada kadar tahunan 25.5% sehingga tahun 2023. Berdasarkan maklumat Statista, pendapatan pasaran rumah pintar Malaysia dijangka melangkau US$105 juta (RM436 juta) dalam tahun 2019 dan boleh mencapai jumlah pasaran US$260 juta menjelang 2023.

Dalam tahun 2018, terdapat 28.7 juta pengguna internet dari penduduk 32 juta. Daripada nombor ini, pengguna dalam lingkungan umur 20an menggunakan telefon pintar lebih daripada 8 jam sehari. Rakyat Malaysia mempunyai purata 2.4 buah alat perhubungan setiap seorang, dengan telefon pintar menjadi peranti yang paling banyak digunakan.
Rakyat Malaysia meluangkan purata 3 jam dan 43 minit menggunakan internet mudah-alih, yang bermaksud telefon pintar merupakan alat yang paling baik untuk membantu pengguna menguruskan peralatan mereka. Berbanding dengan peranti yang lain, penggunaan telefon pintar sahaja dalam tahun 2018 telah mencapai 93.1%.

Mengikut artikel dalam StarBiz bertarikh 13 Mei 2019, peningkatan pasaran tempatan untuk peralatan pintar di Malaysia akan dipengaruhi oleh penggunaan telefon pintar dan peranti pintar, gaya hidup lebih sihat, peningkatan dalam menyelesaikan penjimatan tenaga dan kos rendah, dan peningkatan dalam lebih banyak pemain pasaran yang mempelbagaikan peralatan rumah pintar untuk memenuhi kehendak pengguna.

Dengan kemasukan peralatan pintar yang dihubungkan menggunakan WiFi, persaingan pasaran peralatan rumah semakin bertambah, telah dipelbagaikan dan lebih berorientasikan pengguna. Terdapat banyak pemain dalam pasaran yang mempromosi peralatan pintar rumah, tetapi kebanyakannya mempunyai satu applikasi untuk menguruskan satu peralatan.

Pengarah Urusan Kumpulan Pensonic En.Vincent Chew menerangkan,

“Pensonic ialah jenama tempatan yang pertama menjual peralatan elektrikal pintar IoT dan jenama peralatan elektrikal tempatan dengan aplikasi yang dapat menguruskan pelbagai produk Toush dengan hanya satu aplikasi. Anda boleh mengautomasikan peralatan Toush yang berlainan supaya beroperasi atau tutup pada masa yang tertentu, boleh menjadualkan pembersihan pada masa yang berbeza sehingga 7 hari, membantu memantau penggunaan tenaga untuk anda menikmati lebih banyak penjimatan, menerima notifikasi penyelenggaraan peralatan dan informasi terkini untuk mengekalkan peralatan anda dalam keadaan baik, mempunyai akses segera kepada manual pengguna, dan anda juga boleh mengajak seorang anggota keluarga untuk menguruskan peralatan Toush bersama anda.

Sekarang kami mempunyai Vakum Pembersih Robotik Pintar, Pemanas Air Pintar, Penapis Udara Pintar, Penyaman Udara Pintar, dan Kit Pintar. Kit Pintar Toush terdiri daripada Pengesan Pergerakkan Pintar, Pengesan Suhu dan Kelembapan, dan Pengesan Pintu dan Tingkap dengan Sistem Kawalan Gateway.

Lebih banyak lagi peralatan akan ditambah dalam siri peralatan Pintar Toush untuk menjadikan rumah pengguna sebuah rumah pintar seperti kipas angin, mesin basuh, peti sejuk, penghidup dan pemutus elektrik, palam dinding dengan USB, palam atas, penapis air dan dapur”.  

En.Vincent menyambung,

“Selain dari ciri-ciri penjimatan tenaga dan mesra pengguna seperti yang telah saya sebutkan tadi, Pensonic prihatin terhadap keselamatan pengguna, oleh itu semua peralatan Toush adalah diperakui dan diluluskan oleh SIRIM, Suruhanjaya Tenaga dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)”.

Pengguna bimbang mengenai privasi dan keselamatan data apabila menggunakan peralatan pintar. Dilengkapi dengan wawasan untuk menyediakan peralatan pintar rumah yang memudahkan kehidupan pengguna, Pensonic telah berganding bahu dengan Tuya Global Inc. (Tuya).

Tuya ialah penyedia platform IoT global dengan penyelesaian sehenti untuk peralatan pintar, termasuk akses peralatan, servis ‘cloud’, dan keupayaan pembangunan aplikasi. Pada masa ini, Tuya mempunyai 100,000 pelanggan antarabangsa dengan 100 juta alat perhubungan untuk menyediakan satu platform yang selamat untuk para pelanggan.
Tuya mempunyai banyak ciri-ciri keselamatan untuk melindungi privasi dan integriti data pengguna. Antara ciri-ciri keselamatan ialah pusat-pusat data global yang bebas, penghantaran data yang selamat dengan TLS, penghantaran AES128 tambahan yang telah dikodkan, dan bagi penyimpanan data, Tuya akan kodkan data yang sensitif dengan kod lazim industri, termasuk kod AES256 dan SHA256 (Algoritma ‘Hash’ Selamat) untuk penyahpekaan data dan simpanan.

Tuya bekerja dengan organisasi keselamatan global seperti NCC Group, institusi-institusi pihak ketiga untuk perlindungan data persendirian dan sokongan keselamatan, dengan TrustArc untuk GDPR, CCPA dan undang-undang privasi antarabangsa dan tempatan. Tuya juga mempunyai ISO27001, 27017 dan 27018 dari SGS.

Oleh kerana anda sudah mengetahui anda boleh menggunakan Peralatan Pintar Toush dengan hati yang tenang, anda hanya perlu mendaftar waranti peralatan Toush anda secara talian (online) menggunakan aplikasi Pensonic dan kami akan menghantar Toush Kit bagi anda percuma (untuk setiap alamat pendaftaran). Anda boleh muat turun aplikasi Pensonic menggunakan QR Code di pembungkusan atau manual pengguna.
Sebaik sahaja waranti peralatan telah didaftarkan, pengguna boleh muat turun aplikasi Toush, hubungkan peralatan Toush menggunakan aplikasi Toush, dan menguruskan peralatan Toush anda dari jauh jika terdapat sambungan WiFi. Sila kunjungi Toush Facebook atau menelefon nombor Pusat Khidmat Pelanggan kami untuk maklumat lanjut. Dapatkan peralatan Toush dan uruskan semua peralatan Toush anda dengan hanya satu aplikasi, dan nikmati lebih banyak penjimatan!

Anda dijemput melayari:

FGG x FWD Tawar Pelan Takaful Lebih Komprehensif Untuk Rakyat Malaysia

Tawaran pelan terkini daripada Financial Genius Group (FGG Group) dan FWD Takaful Berhad atau dahulu dikenali sebagai HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Berhad ini bakal memberi banyak kelebihan pada orang ramai!

IMG_20190731_163148

Ia dilakukan menerusi kerjasama strategik kedua-dua pihak yang ingin terus cemerlang memberi perkhidmatan dalam perancangan dan perlindungan kewangan untuk pengguna di Malaysia.

IMG_20190731_145431

FGG Group yang beroperasi di Bukit Damansara mempunyai pengalaman selama lebih 16 tahun dalam industri kewangan. Menerusi jenama terkenal mereka FGG, telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama FWD Takaful pada 31 Julai lalu sebagai rakan strategik dalam memberi perkhidmatan perancangan dan perlindungan kewangan takaful yang bersesuaian dengan undang-undang Islam untuk rakyat Malaysia.

MoU ditandatangani bersama Ketua Pegawai Eksekutif FGG Froup, Dato’ Sri Mahadi BZ dan Pengarah Eksekutif FWD Takaful Berhad, Tuan Salim Majid Zain dan disaksikan oleh panel syariah FGG.

IMG_20190731_162617

Dalam masa sama , FGG Group turut melancarkan entiti terbaharu yang berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan iaitu:

  • FGG Wealth Al-Khassah (VIP Private wealth Islamic)
  • FGG Islamic Entrepreneur Academy (seminar dan program motivasi)

Sejajar dengan perkembangan terbaharu itu, FGG Group telah melantik EMPAT panel syariah yang terdiri daripada tokoh-tokoh ilmuan dan agamawan negara iaitu:

  1. Prof Madya Dato’ Dr. Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
  2. Ustaz Dato’ Mohd Zawawi Yusoh
  3. Ustaz Shahul Hamid M.P.H. Seeni
  4. Ustaz Fauwaz Fazil Noor

Perlantikan keempat-empat panel syariah ini adalah berlandaskan kepakaran dalam bidang masing-masing dan persetujuan atas dasar matlamat yang sama demi menjayakan revolusi industri takaful di Malaysia.

Dengan itu, panel-panel syariah ini akan bertindak sebagai pemantau holistik dan penasihat keagamaan dalam setiap aktiviti serta halatuju FGG Group secara keseluruhan.