
Filem yang mengguna dialog loghat Perak ini memang sesuai bagi mereka yang menyukai filem komedi ringan secara tak langsung dapat menghiburkan hati dengan lakonan bersahaja pelakon-pelakon filem ini.

Menariknya, filem ini juga diarahkan oleh Pengarah yang berpengalaman luas iaitu Dato’ Athy yang pernah menghasilkan 4 buah filem sebelum ini dan juga sebuah ‘Tele Movie’ yang telah menarik perhatian ramai penonton.

Filem KAU PILIH SIAPA? yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 8 Jun 2023 dibintangi oleh Syed Mohamad Asri atau lebih dikenali sebagai “Usop Wilcha”. Beliau sering muncul dalam beberapa drama dan filem arahan Mamat Khalid.
Selain Usop Wilcha, Avaa Vanja yang sebelum ini pernah muncul dalam filem Zombi Kampung Pisang arahan Mamat Khalid pada tahun 2007 juga adalah salah satu pelakon utama filem ini. Selain itu, filem ini turut dibintangi oleh bakat-bakat muda yang menyinar seperti Seramaymax, Anas Ridzuan dan ramai lagi.
Sinopsis filem

Filem ini berkisarkan tentang seorang ketua keluarga bernama Pian C (Usop Wilcha), yang terpaksa berjauhan daripada keluarganya di kampung demi menyara kehidupan.
Pada suatu hari dia terpaksa pulang ke kampung selepas khabar berita bapa angkatnya Pak Kassim iaitu seorang wakil rakyat telah meninggal dunia.
Sebelum meninggal dunia, Pak Kassim meninggalkan wasiat di mana dia mahu Pian C menjadi calon Wakil Rakyat untuk menggantinya. Penduduk kampung meletakkan harapan yang tinggi untuk Pian C diangkat menjadi wakil rakyat.
Bukan mudah menjadi calon wakil rakyat apabila muncul konflik demi konflik yang perlu dihadapi oleh Pian C termasuk fitnah dan helah yang dirancang oleh anak kandung Pak Kassim sendiri demi menjatuhkan Pian C serta kerenah penduduk kampung yang bermacam-macam perangai sehingga banyak aksi-aksi lucu yang mencuit hati.
Secara keseluruhannya, filem komedi santai ini pasti menghiburkan penonton. Ternyata pengarah telah memberi tumpuan pada konsep kekeluargaan untuk memupuk semangat kepimpinan.
Info “KAU PILIH SIAPA””
Pengarah: Dato Athy & Saifullah Khaisas
Penulis Skrip: Qawiem Hamizan & Hanis Ali
Terbitan: AT Movies
Tontonan bermula: 8 Jun 2023
Pelakon: Syed Mohamad Asri, Avaa Vanja, Seramaymax, Anas Ridzuan, d’boy Hamdan, Sathia, Bohari Ibrahim, Wei Tian TZ, Ema, Weera Audadi, Chillex

Leave a comment