Satu sidang media telah diadakan untuk mewar-warkan mengenai program-program sempena Aidil Adha Jemputan Haji ini.

Ia telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, YBRS. Encik Namanzee Harris, Exco TV AlHijrah, Haji Suffian Yahya dan Puan Nadzariah Mohamed, Pengurus Penjenamaan & Kajian Penonton TV AlHijrah, Encik Zulkarnaen serta barisan azatizah dan personaliti tanah air.

Sidang media ini turut dihadiri oleh rakan-rakan sinergi antaranya EZ Qurban.

Antara program yang bakal dipertontonkan adalah Program Cinta Ilmu Aidil Adha melalui TIGA segmen Islam, Iman dan Ikhsan yang akan ke udara pada setiap hari Isnin hingga Rabu pada pukul 7.30 malam.

Program bual bicara Labbaikalllah pula dikekalkan bagi mengundang nostalgia mereka yang pernah menunaikan ibadah ini agar dapat mengubat rindu mereka terhadap Baitullah serta mengimbau detik indah ketika melakukan persediaan awal hingga ke Hari Tasyrik.
Mulai bersiaran setiap hari bermula 18 Jun hingga 2 Julai nanti pada pukul 9 malam, program Labbaikallah ini akan mengundang barisan ustaz jemputan seperti Ustaz Jafri, Ustaz Rozi, Ustaz Zarifi, Ustaz Zul Ramli, Ustaz Hanafiah, Ustazah Muzayyanah, Ustazah Fatimah Syarha dan Ustaz Fazrul sebagai Pentadabbur serta Qari Ustaz Tarmizi dan Tilmiz Fahmi.
Antara program lain yang telah disusun adalah:

- Peristiwa Haji
-bakal bersiaran pada malam raya pada pukul 10.30 malam. Ia diadakan untuk mengajak penonton mengimbas kembali peristiwa-peristiwa di sebalik ibadah haji untuk diekstrak iktibar sebagai panduan kehidupan. Ia diteruskan atas permintaan penonton. - Program Siaran Langsung Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Kebangsaan 2023
-telahpun bermula pada 11 Jun lalu hingga 16 Jun di Pulau Pinang. - Program Munajat Arafah
-berdurasi 2 jam akan disiarkan pada 28 Jun pukul 12.30 tengah hari hingga 7 malam. Program ini mmebawa penonton bermunajat kepada Allah dan memperingati kelebihan Hari Arafah. - Hijrah Berselawat Istimewa Aidil Adha
-Penonton boleh berselawat dan berqasidah bersama-sama Kumpulan InTeam, Rabithah, Azan Addin, PotAmir dan Sharif Zero - Gema Hafiah Istimewa Aidil Adha
-mempersembahkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dengan variasi taranum oleh barisan qari dan qariah terkenal tanah air yang menjuarai Majlis Tilawah Al-Quran Antara Bangsa seperti Che Yahya Daud, Dato’ Ahmad Faizul Ghazali dan banyak lagi - Program Barakah
-dibawakan khas Pertubuhan Mihrab yang membicarakan tentang misi kemanusiaan, berkongsi kisah sukarelawan dan membantu golongan yang memerlukan. - Program Rehlah Ibrahim
-siri Travelog ini membawa penonton mengenali sejarah dan ibadah korban dengan lebih mendalam. - Seikhlas Hati
program travelog yang membawa penonton mengikuti perjalanan team yayasan Ikhlas melaksanakan ibadah korban dan akikah di Filipina.
TV AlHijrah juga membariskan beberapa program malar segar seperti:
- Kapsul Ibadah Haji
- Al-Haramain
- Interaktif Haji
- Ustaz Pilot
- Tangisan Baitullah
Diharapkan program-program ini dapat membentuk masyarakat yang kaya ilmu, bertamadun dan berjaya menjadi sebuah negara yang mendapat suluhan wahyu-Nya.
Rancangan-rancangan ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi pintar iaitu AlHijrah Plus dengan lebih 6,000 programilmu pendidikan serta hiburan berlandaskan Islam yang dapat ditonton pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Leave a comment