PERSADA GLOBAL HOLIDAYS TAWAR PAKEJ UMRAH MUKIM 80 HARI

Pakej Umrah Mukim 80 Hari (UM80) yang berkonsepkan pengajian bermodul, bakal membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk menetap lebih lama di Arab Saudi bermula pada bulan Rejab, Shaaban, Ramadhan hingga Syawal dan dalam masa sama berpeluang mendalami ilmu agama oleh tenaga pengajar berpengalaman yang dibawa khas sepanjang tempoh masa tersebut.

Pakej UM80 ini juga adalah kesinambungan dan penambahbaikan daripada Pakej Umrah Iktikaf Ramadhan yang merupakan program umrah tahunan yang sentiasa mendapat sambutan memberangsangkan daripada rakyat Malaysia.

Menurut Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PGH, Muhammad Shahir Ibrahim, antara program-program menarik yang disediakan adalah Daurah (Kelas) Tafsir, Hadis, Sirah, Program Iktikaf Ramadhan dan banyak lagi.

  • Peluang menziarahi kota Madinah selama 7 malam
  • Eksplorasi ke Kota Al-Ula selama 2 malam
  • Peluang beriktikaf di Masjidil Haram sepanjang bulan Ramadhan
  • Klinik Al-Quran di bulan Ramadhan
  • Shuttle bas 24 jam berjadual
  • Mutawwif berpengalaman

Kesemua program-program yang disediakan ini bakal memberi nilai tambah dari aspek kerohanian kepada setiap jemaah yang mengikuti pakej ini.

Dengan harga serendah RM19,980, sepanjang 80 hari di Haramain, jemaah berpeluang meraikan serta mengimarahkan Ramadhan seterusnya menyambut Syawal dengan jemaah lain.

Pakej ini disasarkan kepada merka yang ingin mendalami ilmu agama, golongan pesara dan mereka yang mempunyai kelapangan masa selain ingin mengetahui serta mempelajari budaya dan sejarah masyarakat Arab.

Pihak syarikat turut menyediakan perkhidmatan tambahan seperti medik dan bantuan perubatan khas bagi menjaga kesihatan jemaah sentiasa dalam kawalan.

Oleh itu, PGH telah menandatangani satu memorandum bersama Klinik As Salam selaku penasihat perubatan bagi musim umrah 1445H(2023/2024).

Sebagai sebuah syarikat pengendali umrah yang berpengalaman lebih 10 tahun, PGH sentiasa berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik dan menitikberatkan pengalaman perjalanan umrah yang bermakna dengan pengisian ilmiah yang dapat merangsang pembentukan rohani para jemaah.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Leave a comment