Dua dekad yang lalu, Eco-shop memulakan perjalanan untuk memperjuangkan jenama harian untuk setiap isi rumah di Malaysia, dan pada 5 Julai 2023, Eco-shop dengan bangganya meraikan Ulang Tahunnya yang ke-20.

Kempen “SYOKPPING GILA-GILA” dengan Satu Harga mencerminkan komitmen berterusan Eco-shop dan rasa terima kasihnya kepada masyarakat atas sokongan tidak pernah putus terhadap mereka.
Untuk memupuk lagi rasa cinta pada jenama ini di hati rakyat Malaysia, akan berlangsung satu pameran Eco-Shop “SYOKPPING GILA-GILA” bermula dari 1 Julai hingga 31 Julai 2023, pukul 10 pagi hingga 10 malam di aras platform LRT Masjid Jamek. Pelbagai siri acara dan aktiviti yang menarik diadakan bertujuan untuk mengetengahkan beberapa produk di bawah jenama Eco- Shop antaranya seperti Kreati, Delicies, Excue, Ganso dan Mama. Bagi aktiviti yang diadakan pula, orang ramai yang menyertainya bakal mendapat baucar dan hadiah misteri.
Untuk menambah keterujaanpada kempen ini, peraduan Eco-Shop “SYOKPPING GILA-GILA” menawarkan sehingga RM100,000 nilai Eco-Coins untuk pemenang menebus pelbagai hadiah pilihan mereka, daripada kereta serba baharu kepada hadiah lain seperti Pakej Umrah untuk keluarga, Perjalanan percutian, komputer riba, jam tangan pintar dan banyak lagi.

Cara untuk menang:
- Like Facebook page eco-shop Malaysia
- Belanja sebanyak RM40 dan ke atas di dalam satu resit
- Imbas kod QR di resit & isi butian peribadi
- Hantar & lampirkan bersama resit
Kempen ini menjanjikan acara yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan kerana Eco-Shop Malaysia terus mengorak langkah dalam berkhidmat kepada masyarakat dan menyediakan persekitaran mesra keluarga kepada pelanggan sejak dua dekad yang lalu.
Ketua Pegawai Operasi Eco-Shop, Cik Jessica Ng memperkenalkan Eco-App dimana pelanggan boleh mengumpul mata ganjaran dengan setiap pembelian di Eco-Shop. Pelanggan yang mendaftar akan menerima 500 mata ganjaran serta-merta, menikmati pelbagai faedah serta kemas kini terkini.

Eco-App merupakan salah satu daripada 10 aplikasi beli belah yang popular di Malaysia, dengan keahlian semasa sebanyak 800 ribu.
Terdapat lebih 10,000 pilihan produk yang ditawarkan oleh Eco-Shop. Ianya merangkumi pelbagai segmen termasuk keperluan rumah, makanan, minuman, alat tulis, peralatan memasak, mainan serta makanan kucing! Dengan lebih daripada 240 cawangan, pelanggan tidak perlu ke kedai lain kerana semuanya ada di bawah satu bumbung, pada satu harga tetap yang berpatutan.
Eco-Shop akan berusaha untuk berkembang dengan mengekalkan harga semasa dan sebolehnya tidak menaikkan harga jualan walaupun berdepan dengan kenaikan harga komoditi global, supaya rakyat Malaysia mampu membeli pelbagai barangan pada harga mampu milik iaitu RM2.40. Misi utama Eco-Shop adalah untuk menyediakan barangan rumah pada harga yang paling berpatutan supaya semua rakyat Malaysia mampu untuk membelinya.
Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Kempen Eco-Shop dan “SYOKPPING GILA- GILA” dengan Satu Harga, layari:

Leave a comment