
Bertemakan ‘Raudah Jiwa’, program Tausiyah yang berkonsepkan sharing session ini diadakan dengan kerjasama Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa.

Meskipun baru pertama kali diadakan, namun seramai 500 muslimat datang menghadiri majlis ilmiah itu.

Majlis ilmiah diserikan dengan kehadiran panel-panel jemputan yang terdiri daripada Prof Madya Dr. Sharifah Hayaati, Ustazah Nony dan tetamu jemputan istimewa, Puan Masitah Mohd Afandy.


Menariknya, majlis ini turut diceriakan dengan dendangan lagu-lagu berunsur dakwah Islamiyah, doa-doa memuji Allah SWT serta Rasullah SAW oleh kumpulan Qasidah Tahfiz As-Safiyyah.

Mengulas mengenai program ilmiah ini, pemilik Munawwareen, Datin Hajah Aliza Abu Bakar (tengah) berkata sempena meraikan Awal Muharram yang merupakan satu hari penting bagi umat Islam seluruh dunia kerana ia mengingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Jadi Munawwareen mengambil inisiatif menyampaikan dakwah melalui program seperti ini. Ia sinonim dengan maksud Munawwareen itu sendiri iaitu”Engkau Datang Membawa Cahaya”, Awal Muharam dirai dengan semangat hijrah yakni niat untuk melakukan perubahan dalam pelbagai aspek.
Dalam masa sama, program ini juga telah memperkenalkan kolaborasi strategik jenama Munawwareen bersama Pertubuhan Kebajikan Projek Kengkawan untuk membawa jemaah OKU Penglihatan (SBM) dan OKU Pendengaran (MFD) seramai 40 orang ahli pertubuhan menunaikan umrah pada bulan Oktober 2023 nanti. Projek yang diberi nama “Projek Kerdil Menuju Baitullah 2.0” juga bertujuan merealisasikan impian jemaah-jemaah kurang upaya yang semuanya bakal mengerjakan umrah buat pertama kali.
Untuk maklumat lanjut, layari:
- www.munawwareen.com.my
- FB: Munawwareen
- IG:@munawwareen
- TikTok:Munawwareen

Leave a comment