
Bagi menyemarakkan sambutan ulang-tahun ke-20 IKEA Damansara, satu siri aktiviti dan tawaran yang mengujakan bakal menanti para pelanggan, bermula dari 14 Julai sehingga sambutan kemuncaknya pada 20 Ogos.
“IKEA Damansara telah melangkah begitu jauh, berkat sokongan yang diberikan kepada kami selama ini. ‘20 Years of Damansara Lah!’ meraikan perjalanan menakjubkan yang telah kami kongsikan bersama pelanggan kami, serta setiap detik gembira yang membuatkan mereka berkata ‘wow’ atau ‘cantiknya’ dengan terujanya. Pelanggan kami terus menjadi sumber inspirasi IKEA, dan kami berazam untuk berkembang lebih jauh dan menawarkan penyelesaian kelengkapan rumah dan banyak lagi yang bertepatan dengan keperluan mereka,” kongsi Malcolm Pruys, Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia.
Pelbagai aktiviti menyeronokkan di gedung yang berilhamkan kerusi MAMMUT yang digemari ramai
Sambutan itu dibuka tirai dengan penampilan sebuah replika gergasi kerusi kanak-kanak MAMMUT. Sejak diperkenalkan pada tahun 1993, kerusi tersebut yang berilhamkan komik dan merupakan sebahagian daripada rangkaian IKEA MAMMUT untuk kanak-kanak, telah membawa kegembiraan kepada ramai keluarga. Atas semangat itulah IKEA Damansara akan menganjurkan pelbagai aktiviti di gedungnya untuk dinikmati anak-anak anda!

Setiap hari, pelbagai aktiviti seni dan kraf akan disajikan khusus untuk kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti ini akan diadakan di IKEA Småland setiap hujung minggu sehingga 20 Ogos. Penyertaannya adalah percuma!
Diskaun dan tawaran hebat!

Bagi memeriahkan lagi sambutan ulang tahun ke-20 itu, satu siri tawaran mingguan yang menarik akan ditawarkan secara eksklusif bagi ahli IKEA Family. Tawaran itu akan dilancarkan secara berperingkat bagi barangan terpilih sahaja di IKEA Damansara dan Cheras bermula dari 14 Julai hingga 20 Ogos, termasuk produk-produk IKEA yang popular seperti Meja GRÅSALA, Kerusi Permainan MATCHSPEL, Troli NISSAFORS dan sebagainya. Fasa pertama tawaran ini telahpun bermula dan akan berlanjutan sehingga 20 Julai.
Dalam beberapa minggu sehingga 20 Ogos, IKEA Damansara juga akan memaparkan beberapa produk IKEA yang tersedia sejak tahun 2003 apabila gedung itu baru dibuka sehingga hari ini. Apabila membeli-belah di IKEA Damansara, anda dapat melihat bagaimana produk-produk IKEA kegemaran anda telah berubah seiring dengan peredaran masa. Bukan setakat itu sahaja – jangan lepaskan tawaran istimewa untuk beberapa produk ini!
Sertai kemuncak sambutan ulang tahun pada 20 Ogos
Sambutan itu akan ditutup tirai dengan acara kemuncak di IKEA Damansara pada 20 Ogos, termasuklah persembahan muzik ‘live’ dan perkusi gendang, sesi cuba rasa anjuran IKEA Food, aktiviti melukis dan mewarna, kerusi muzik dan sebagainya sepanjang hari. Semua acara ini adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai! Jadi, jangan lupa singgah ke IKEA Damansara pada 20 Ogos untuk meraikan sambutan ulang-tahunnya yang ke-20!
Untuk maklumat lanjut, layari IKEA.my

Leave a comment