Bermula 1 Ogos hingga 31 Disember 2023, Hotel Santa Grand Signature Kuala Lumpur mengadakan promosi menu “Authentic Nyonya Noodles Hut” yang menyerlahkan keenakan kuisin Peranakan Baba Nyonya di ketiga-tiga restoran iaitu Kopi Bar, Kapitan Cafe dan Sky Lounge.

Memang ternyata lain dari lain promosi hidangan yang ditawarkan oleh hotel ini yang baharu beroperasi pada September tahun lalu.
Disediakan oleh TIGA orang Cef yang berpengalaman, mereka yang berminat boleh datang ke hotel ini untuk merasai sendiri keunikan hidangan Peranakan Baba Nyonya yang dihasilkan oleh Cef Tengku Abdul Hakim, Cef Nabilah Hanum dan Cef Syafik iaitu Laksa Asam, Mi Kari dan Laksa Peranakan Nyonya.
Ketiga-tiga menu ini cukup sempurna keenakannya sama ada dari segi tekstur, kaya dengan aneka rasa manis, masam, segar serta beraroma.

Untuk tambah kesedapan, Laksa Peranakan Nyonya perlu dimakan bersama sambal yang disediakan. Memang terangkat!

Sewaktu anda menghirup kuah Laksa Asam pula, memang cukup rasa masam menjadikan anda bertambah selera menikmati menu ini.

Manakala, Mi Kari pula yang dipenuhi dengan pelbagai bahan di dalamnya, ditambah dengan kuahnya yang merah lagi pekat, menjadikan ia satu hidangan yang pastinya, akan dimakan berulang kali.


Jangan lupa untuk menikmati Cucur Udang sebagai juadah sampingan. Rangup dengan dua pilihan sos cicah, anda akan terus mengunyah tanpa henti!

Mengguna bahan-bahan segar lagi premium, menjadikan semua hidangan yang disediakan, terasa keenakannya.
Jadi, sementara hotel ini menawarkan hidangan Peranakan Baba Nyonya yang sukar dicari di bandaraya ini, jangan lepaskan peluang untuk mencubanya.
Sebarang tempahan, bolehlah:
- Emel di: reservation@santagrandhotels.com.my
- Layari: www.santagrandhotels.com.my

Leave a comment