
Karya abstrak yang dihasilkan sepenuhnya dengan akrilik itu membawa pemerhati melalui perjalanan metafora kehidupan. Ia menggambarkan kesakitan, kekecewaan, kegagalan, dan perpisahan, dengan mengadunkan warna putih, hitam, kelabu dan merah. Gabungan warna-warna ini dan teknik menuang telah mencipta bentuk-bentuk organik yang amat menyerlah.

Pertandingan Seni Mr D.I.Y yang kini dalam tahun kedua anjuran peruncit perkakas rumah kegemaran Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad, menjemput bakat-bakat seni di Malaysia untuk mencetuskan dan menghasilkan karya representasi pemikiran, interpretasi, bentuk dan ekspresi kreatif berdasarkan tema “Panas atau Sejuk”, dan menterjemahkannya ke atas kanvas.

Selain Hadiah Utama, Anugerah Pilihan Juri dengan hadiah bernilai RM8,000 dimenangi oleh Arikwibowo Amril, 35 tahun bagi karya seni “Falling Apart”.

Manakala bagi Anugerah Pilihan CEO dimenangi oleh Adam Lais Ahmad Shukri yang membawa pulang wang tunai bernilai RM6,000 tunai melalui karyanya bertajuk ‘Grow with Me’.

Mohd Faris Ridzwan Che Abdul Malek, 30 tahun pula terpilih bagi Anugerah Pilihan ‘Pengasas’ yang membawa pulang sebanyak RM4,500 bagi karyanya ‘Pintu Keluar’.

Penganugerahan turut diberikan bagi Anugerah Seniman Kreatif, Anugerah Sorotan, Anugerah Cemerlang MR D.I.Y., Anugerah Pilihan Ramai, Anugerah Penghargaan Istimewa serta Anugerah Bakat Muda MR D.I.Y.
Pertandingan yang dilancarkan pada 9 Mac 2023 lalu, telah berlangsung sehingga 7 Jun 2023 dan telah berjaya menarik lebih daripada 300 penyertaan dari seluruh Malaysia, termasuk pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan juga sekolah menengah.

Paling muda penyertaan adalah pelajar berusia 7 tahun!
Penyertaan-penyertaan ini kemudiannya dinilai oleh panel juri ternama, yang merangkumi artis terkemuka seperti Fauzan Omar, Safrizal Sharir, dan Leong Mei Yin, serta pengumpul dan pengkritik seni ternama Bingley Sim, yang pernah menyertai pelbagai panel pertandingan seni sebelum ini.
Dalam majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Segaris Art Centre, Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2023, MR D.I.Y. telah menganugerahkan hadiah bernilai hampir RM70,000 kepada 31 bakat-bakat seni yang telah dipilih sebagai yang terbaik.
Penganugerahan kali kedua ini turut memperkenalkan satu kategori baharu iaitu ‘Anugerah Pilihan Pengasas’ sebagai penghormatan kepada pengasas MR D.I.Y., Tan Yu Yeh, yang amat menghargai seni.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR D.I.Y., Adrian Ong berkata,

“Apabila kami melancarkan pertandingan seni ini pada tahun 2022, matlamat kami adalah untuk memupuk penghargaan terhadap seni di Malaysia dan menyediakan platform yang mampan untuk bakat-bakat seni muda di Malaysia mempamerkan bakat mereka kepada audiens yang lebih besar. Pertandingan pada tahun lalu telah menarik pelbagai karya yang berkualiti, dan kami amat gembira melihat lebih banyak lagi karya hebat pada tahun ini, termasuk dari bakat termuda kami – seorang peserta berusia 7 tahun yang amat berbakat.
Tahun ini, para juri benar-benar memberi cabaran yang besar dengan tema yang menarik iaitu ‘Panas & Sejuk’ – dan saya ingin mengucapkan syabas kepada semua peserta yang berjaya menyahut cabaran tersebut dengan cemerlang. Kualiti hasil karya yang begitu bagus telah meyakinkan kami untuk meningkatkan nilai dan bilangan hadiah.”
Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada para juri, pasukan penganjur dan peserta kerana telah menetapkan standard penganjuran dan penilaian yang sangat tinggi,
“Visi kami di MR D.I.Y. adalah untuk menambah nilai dalam kehidupan rakyat Malaysia, dan anda semua telah mencapainya dengan kualiti pertandingan tahun ini. Saya menyeru rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang tinggal di Lembah Klang untuk merebut peluang melihat sendiri karya-karya ini – ianya benar-benar menakjubkan.”
Karya-karya pemenang akan dipamerkan di Segaris Art Centre, Publika Kuala Lumpur bermula dari 2 Ogos hingga 4 Ogos 2023. Kemasukan adalah percuma.
Pertandingan Seni MR D.I.Y. adalah salah satu daripada beberapa inisiatif impak sosial korporat yang dianjurkan secara berterusan oleh MR D.I.Y. Baru-baru ini, peruncit tersebut telah menerima Anugerah Syarikat Terbaik [Peruncit Perkakas Rumah] untuk program capaian terbesar bagi masyarakat, alam sekitar, dan inisiatif tempat kerja dalam Anugerah Kelestarian & CSR Malaysia 2023 yang dianjurkan oleh CSR Malaysia.
Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan seni MR D.I.Y. dan lain-lain program impak sosial syarikat ini, layari:
- laman web:www.mrdiy.com,
- platform media sosialnya di Facebook dan Instagram

Leave a comment