MYDIN KOMITED DALAM AMALAN KERJA LESTARI ALAM SEKITAR

Komitmen ini merupakan sokongan terhadap dasar dan matlamat Kerajaan khususnya Kementerian Alam Sekitar, Sumber Asli dan Perubahan Iklim bagi memastikan setiap perniagaan perlu memainkan peranan dalam menjaga persekitaran dan mengurus tadbir urus sosial.

Sehubungan itu, MYDIN melancarkan inisiatif ESG ‘MYDIN Prihatin #forfuture’ bagi memberi fokus kepada usaha-usaha menjaga dan menerapkan budaya melestarikan alam sekitar dalam perniagaan. Antara inisiatif yang diaplikasikan dalam perniagaan antaranya Pemasangan Sistem Solar (PV), Sistem Kepintaran Data, Pengurusan Sisa Efektif, Kecekapan Tenaga, Penggunaan Tenaga Boleh Guna, Tong Pakaian Kitar Semula, Sistem Logistik Pintar yang membantu mengurangkan pelepasan karbon.

Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin,

“MYDIN komited untuk mencapai pengurangan sebanyak 15 peratus penggunaan tenaga dan pelepasan karbon serta mengurangkan pembaziran sisa bahan terbuang sebanyak 50 peratus, di samping mengurangkan penggunaan plastik dengan lebih serius menjelang tahun 2030 melalui inisiatif mampan ini.

MYDIN dalam pada masa yang sama turut menekankan aspek pelaporan dan penyelidikan ESG dengan menjalin kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi memastikan kolaborasi antara pemain industri serta pendidikan dalam menyokong agenda kelestarian nasional.”

Program ‘MYDIN Prihatin #forfuture’ dilancarkan oleh Menteri Alam Sekitar, Sumber Asli dan Perubahan Iklim, Yang Berhormat Nik Nazmi bin Nik Ahmad di MYDIN Subang Jaya, Selangor pada 1 Ogos lalu.

Sebagai contoh, melalui kerjasama pemasangan sistem solar dengan kolaborasi imperatif bersama GSPARX Sdn. Bhd. (GSPARX) sebuah syarikat subsidiari sepenuhnya milik Tenaga Nasional Berhad , sebanyak 26,464,764 kilowatt-jam (kWj) tenaga bersih dapat dijana setiap tahun melalui panel-panel yang dipasang. Penyediaan solusi tenaga solar sebagai sumber alternatif tenaga elektrik oleh TNB ini adalah selari dengan inisiatif Peralihan Tenaga TNB yang berteraskan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

MYDIN turut akan memperluas inisiatif ini ke 14 cawangan lain menjelang tahun 2025, perancangan ini dijangka mengurangkan sejumlah 20,643 jisim CO2 setiap tahun setara dengan penanaman 639,918 pokok setiap tahun.

Sebarang maklumat lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh mengunjungi laman media sosial atau laman sesawang rasmi MYDIN Malaysia di www.mydin.my

Leave a comment