ERA, jenama radio No. 1 di Malaysia bakal memperkenalkan segmen-segmen hujung minggu yang diperbaharui, dengan menyajikan kandungan berinformatif dan menghiburkan menerusi segmen-segmen menarik, di udara dan di aplikasi SYOK sempena meraikan sambutan ‘ERA 25 Tahun’ dalam dunia penyiaran radio.

Jenama ERA telah mengukir nama sejak diperkenalkan pada 1998 dan kini menjadi radio utama kepada kira-kira 5.7 juta pendengar mingguan.

Bermula 12 Ogos nanti, semua rakyat Malaysia terutamanya peminat ERA boleh menantikan segmen-segmen baharu di hujung minggu, termasuk:

⦁ Super Safee ERA
-penampilan khas Safee Sali, personaliti jemputan ERA, di mana Safee akan berkongsi info terkini berkaitan sukan tempatan dan antarabangsa yang merangkumi berita, topik perbualan dan temu bual bersama tetamu undangan dari dalam dan luar bidang sukan. Segmen ‘Super Safee ERA’ akan ke udara mulai 12 Ogos, jam 10 pagi, setiap Sabtu.
⦁ Seram Sabtu ERA
-penyampaian semula cerita-cerita seram yang yang pernah dilalui oleh pendengar dan perkongsian di media sosial. Segmen ‘Seram Sabtu ERA’ akan ke udara mulai 12 Ogos, jam 11 malam, setiap Sabtu.
⦁ Throwbaek ERA
-ERA akan memainkan lagu-lagu terbaik sekitar 90-an hingga 2000 yang menjadi pilihan pendengar. Segmen ‘Throwbaek ERA’ akan ke udara pada 12 tengah hari hingga 1 petang, setiap Ahad.
⦁ Soundtrek ERA
-ERA akan memainkan pilihan lagu yang menjadi runut bunyi dalam filem serta drama tempatan dan antarabangsa. Segmen ‘Soundtrek ERA’ akan ke udara pada jam 1 petang hingga 2 petang, setiap Ahad.
⦁ Peminat ERA boleh terus berhibur dengan segmen-segmen di hujung minggu yang tersedia ada termasuk ‘Sabtu Pagi ERA’ bersama Namie dan Hawa Rizwana; ‘Carta ERA 40’ bersama Elly Mazlein @ Lina Pom Pom; ‘Flow ERA’ bersama Zahier; ‘Hallyu ERA’ bersama Munaa Bella; dan “Lagu Baru Nak Up” bersama Fazziq.
Ulasan daripada Hani Fadzil, Pengurus Kandungan ERA
“Kami teruja untuk meraikan ulang tahun ke-25 ERA yang merupakan bukti semangat dan dedikasi pasukan kami kepada para peminat yang memberi sokongan untuk segmen-segmen terbaik yang merangkumi 3 Pagi ERA, ERARATHON, Gempak Hit ERA, 101 ERA dan PM40 ERA. Oleh itu, kami berbesar hati untuk memperkenalkan ERA terkini dengan segmen hujung minggu yang diperbaharui, termasuk Super Safee ERA bersama Safee Sali, Seram Sabtu ERA bersama personaliti misteri ERA, serta Throwbaek ERA dan Soundtrek ERA. ERA akan sentiasa menawarkan kandungan menarik bukan sahaja melalui corong radio tetapi juga menerusi platform digital, sekali gus mengekalkan identiti kami sebagai penanda aras dan pencipta arah aliran dalam industri radio tanah air. Kami juga berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh peminat ERA selama 25 tahun ini.”
Untuk maklumat lanjut, layari: era.syok.my atau ikuti platform media sosial.

Leave a comment