Sempena meraikan 11 tahun yang penuh bermakna dalam membina pemimpin-pemimpin masa hadapan, satu acara marathon bakal diadakan pada 29 Oktober 2023 nanti.
Hank Khoo, Pengasas HANKidz berkata,

“HANKidzathon adalah bukti komitmen HANKidz terhadap dunia bahawa setiap kanak-kanak boleh menghidupkan potensi mereka sepenuhnya. Kita bukan hanya sekadar berlari. Kita berlari untuk satu tujuan, berlari untuk impian, dan berlari untuk dunia di mana hak setiap kanak-kanak untuk hidup sihat, diperlakukan dengan adil, didengari, dilindungi, dan berpendidikan bukan sekadar dihormati tetapi untuk dirai.”
HANKidzathon, maraton kepimpinan dengan jarak sejauh 3 kilometer di Rimbayu, bersedia untuk mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records dengan penyertaan terbanyak bagi acara yang memfokuskan kepada peningkatan kesedaran terhadap hak kanak-kanak. Selain itu, ibu bapa, kanak-kanak dan orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat turut diundang untuk menyertai acara ini bagi meningkatkan bukan sahaja kesejahteraan tubuh badan, tetapi juga untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan.
Perjalanan di HANKidz sentiasa penuh dengan semangat, cinta dan kasih sayang kerana mereka telah mewujudkan persekitaran bagi memastikan kanak-kanak diberikan peluang untuk berkembang maju dan mempunyai impian untuk bercita-cita besar. Maraton ini melambangkan bahawa setiap langkah larian selari dengan pencerahan terhadap seruan bagi hak kanak-kanak, terutamanya dalam pendidikan.
Maraton ini bukan sekadar acara pecah rekod; ia juga adalah harapan bagi kanak-kanak yang kurang berkemampuan, kanak-kanak pelarian, dan juga kanak-kanak berisiko, di mana impian mereka sering terhalang disebabkan oleh kesusahan yang dihadapi.
Dengan sasaran penyertaan seramai 1,200 sehingga 1,500 peserta, HANKidzathon berhasrat untuk mengumpul dana sebanyak RM100,000. Dana ini akan memberikan nafas baharu kepada impian kanak-kanak dengan menyokong pendidikan mereka melalui Yayasan Chow Kit (YCK) untuk enam tahun yang akan datang, dan menyinari jalan mereka menuju masa hadapan yang lebih cerah.
Pelancaran bagi acara ini telahpun berlangsung pada 6 Ogos 2023 di HANKidz Unite Space, pusat latihan dan bimbingan utama HANKidz di Kota Damansara. Hari tersebut menandakan permulaan bagi sebuah perjalanan yang akan menjamin masa hadapan yang lebih cerah buat semua anak muda yang berjiwa besar dan berfikiran hebat.
HANKidz dengan sukacitanya menjemput orang ramai untuk bersama menyertai perlumbaan ini demi satu perubahan. Sertai HANKidzathon, sebuah maraton yang bukan sekadar untuk memecahkan rekod tetapi untuk merangka masa hadapan yang lebih baik. HANKidz mengajak agar bersama-sama membangunkan dunia di mana setiap kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pendidikan selayaknya dan peluang untuk berkembang maju, walau apa jua keadaan mereka.
Daftarlah untuk HANKidzathon dan mainkan peranan anda dalam membantu kanak-kanak untuk memiliki masa hadapan yang cerah. Marilah kita berdiri bersama membayangkan dunia yang penuh dengan kedamaian dan dilimpahkan kemakmuran dengan melahirkan pemimpin-pemimpin yang berwibawa melalui kanak-kanak.
Penyertaan anda bukanlah sekadar satu langkah yang kecil, tetapi ianya satu loncatan yang besar bagi kanak-kanak yang kurang berkemampuan supaya mereka dapat memiliki kehidupan dengan pelbagai potensi dan kemungkinan. Bak kata pepatah, “Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.” Biarkan langkah anda menjadi pemacu untuk perjalanan ini.
Sertailah kami sekarang di https://checkpointspot.asia/event/HKZT23
Bersama-sama, kita akan berlari untuk mendapatkan hak, berlari untuk impian, dan berlari untuk hari esok yang lebih baik.
Tentang HANKidz
HANKidz adalah sebuah organisasi peneraju yang berdedikasi untuk melahirkan pemimpin-pemimpin masa depan melalui metodologi pendidikan yang berkembang pesat. Rangkaian komprehensif mereka yang terdiri daripada akademi, prasekolah, dan inisiatif kepimpinan dibina berasaskan kasih sayang, profesionalisme, dan inovasi. Dengan menggunakan kaedah seperti Neuro-Linguistic Programming (NLP), Metodologi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman (ELL), dan pemahaman mendalam tentang psikologi awal kanak-kanak, HANKidz membayangkan dunia yang penuh kedamaian dan kemakmuran yang dapat direalisasikan melalui pembangunan pemimpin yang terdidik sejak usia muda.
Tentang HANKidzathon
HANKidzathon adalah satu-satunya maraton kepimpinan sejauh 3 kilometer yang dikelola bukan hanya untuk meningkatkan kesedaran tentang hak kanak-kanak, terutamanya dalam pendidikan, tetapi juga untuk menekankan peranan penting kepimpinan dalam membentuk masa depan kita. Acara ini lebih daripada maraton; ianya adalah harapan bagi kanak-kanak yang kurang berkemampuan, seruan kepada masyarakat untuk mengambil tindakan, dan usaha untuk melakar nama dalam The Malaysian Book of Records. HANKidzathon menggambarkan usaha ikhlas untuk memberikan kepada kanak-kanak miskin bandar, kanak-kanak pelarian dan kanak-kanak yang berisiko, hak mereka yang selayaknya dan jaminan untuk masa hadapan yang diimpikan.
Tentang Yayasan Chow Kit
Yayasan Chow Kit (YCK) adalah tempat perlindungan bagi kanak-kanak di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur, yang terdedah kepada risiko. YCK menjadi mercu tanda di tengah-tengah kota yang sibuk, sebagai pusat yang menjadi tempat berlindung buat kanak-kanak yang memerlukan perlindungan serta persekitaran yang dapat membantu mereka untuk tumbuh dan berkembang dengan baik, ketika mereka jauh dari rumah. Dengan dua pusat singgah dan sebuah rumah perlindungan yang didedikasikan, Yayasan Chow Kit secara aktifnya menangani isu-isu penting seperti pendidikan, jagaan angkat, gelandangan, dan penderaan. Misi mereka lebih daripada sekadar menawarkan perlindungan; mereka berusaha menjadi coretan warna bagi mewarnai dunia yang kelam, memberikan semangat untuk kanak-kanak mencapai potensi penuh mereka serta menjentik perubahan positif dalam keluarga mereka dan komuniti yang lainnya.

Leave a comment