Menurut Pengarah Konsert yang juga Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan UUM, Dr. Fitri Haris, objektif utama konsert ini diadakan adalah untuk memperkenalkan bahawa muzik itu luas dan didalamnya mengandungi mesej-mesej yang baik serta murni.

Muzik yang baik akan menjadi lebih bermakna pada generasi yang akan datang yang bakal menjadi pewaris bangsa.

“Kelebihan alunan zikir adalah ia satu terapi yang mempunyai kaitan dengan psikoterapi. Penonton akan dibawa ke satu dimensi dan menikmati pengalaman luar biasa. Saya berharap konsert ini dapat memberi impak serta mencipta momen ketenangan yang menyentuh dan membangkitkan jiwa”

Menariknya, konsert ini akan mendapat sentuhan pengarah sususan seni suara iatuHafiz Hamidun yang sememangnya sinonim dengan zikir apatah lagi pernah memenangi Susunan Vokal Terbaik di Anugerah Industri Muzik Malaysia.
Konsert ini juga akan diiringi oleh persembahan muzik live band oleh Kumpulan Chaan dan Leman Band yang menggabungkan elemen-elemen tradisonal. moden dan fusion.

Antara artis-artis yang turut terlibat dalam konsert ini termasuk Lan Solo, Zehra Zambri, Aniq Muhai, Dr. Fitri Haris, Hafiz Hamidun, Fedtri Yahya, Ustaz Tarmizi, Ustazah Sofia, Kumpulan Rabithah dan banyak lagi.

Jualan tiket sudahpun dibuka dan boleh dibeli secara online di web:

Orang ramai yang membeli tiket konsert zikir ini berpeluang memenangi Pakej Umrah secara percuma termasuktiket penerbangan pergi balik tajaan Legasi Travel and Tours.

Leave a comment