
Peserta dari Malaysia, Muhammad Naqib Abu Bakar (tengah) telah menjadi Juara diikuti oleh peserta dari Singapura, Koh Chen Pin (kanan) dan Muhammad Faiz Saifulrahman (kiri) dari Malaysia menjadi pemenang tempat ketiga.
AEON Mall Shah Alam juga telah mengadakan satu pertandingan pada 15 Ogos 2023 yang menyaksikan DUA kumpulan telah terpilih bagi Pertandingan Local vs World Speed yang diadakan di ruang legar aras bawah pusat beli-belah Aeon Mall Shah Alam.
Bagi pihak Local, ia diwakili oleh Muhammad Naqib Abu Bakar dari Malaysia, Koh Chen Pin serta Gwen dari Singapura manakala Wakil Antarabangsa pula diwakili oleh Stephanie Zitis dari Australia, Caryl Cordt Moeller dari Switzerland dan Javier Rodriguez dari Mexico.

Pertandingan ini telah dihadiri oleh Timbalan Menteri, Kementerian Belia dan Sukan, Y.Bhg Adam Ali dan tetamu jemputan khas iaitu Ketua Pegawai Eksekutif, Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG), Morinari Watanabe, Ketua Pegawai Eksekutif, Persekutuan Gimnastik Malaysia, Dato Tan Gin Soon, Setiausaha Pertama, Konsulat Jepun Malaysia, Daisuke Takakashi serta Timbalan Pengarah Urusan AEON Malaysia, Naoya Okada. Turut hadir adalah atlet-atlet Parkour tempatan dan antarabangsa seperti Jerman, Jepun serta Filipina.

Pertandingan ini memperlihatkan ketangkasan peserta dalam menghadapi halangan-halangan yang diletakkan di dalam kawasan pertandingan sambil berlari mahupun melambungkan diri (flip) menuju ke destinasi tanpa mengguna sebarang peralatan dalam tempoh waktu yang diberikan, iaitu selama 45 minit.

Ia telah dimenangi oleh Wakil Antarabangsa yang menunjukan ketangkasan mereka melepasi kesemua halangan dalam masa yang tercepat.
Selepas pertandingan ini, AEON Mall akan mempergiatkan lagi usaha mempromosi sukan parkour di pusat beli-belah AEON seluruh negeri dalam usaha mereka memperkenalkan kehidupan gaya sihat kepada komuniti-komuniti persekitaran memandangkan aktiviti fizikal ini bukan sahaja sihat malah pergerakan-pergerakan dalam sukan ini membantu dalam meningkatkan kemahiran pertahanan diri serta membantu individu dalam yang dalam kesulitan melepasi halangan yang ada di hadapan.

Leave a comment