MYDIN TAWAR PENJIMATAN & GANJARAN SEHINGGA RM6.6 JUTA SEMPENA MERAIKAN ULANG TAHUN KE-66

Sepanjang kempen yang berlangsung sehingga 31 Oktober nanti, MYDIN menawarkan penjimatan, hadiah peraduan dan ganjaran pulangan tunai sehingga RM6.6 juta kepada orang ramai khususnya pelanggan setia MYDIN.

Menurut Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin,

“Program Semarak Gemilang Malaysia MADANI dan Kempen OHMYDIN! Meriah Bersama” pengguna dijangka dapat berbelanja keperluan harian dengan harga yang berpatutan, disamping berpeluang untuk mendapat ganjaran istimewa yang ditawarkan sepanjang kempen berlangsung. Ini merupakan manifestasi penghargaan kami kepada masyarakat yang telah menyokong kami sepanjang 66 tahun ini dan kami berharap orang ramai mengambil peluang menikmati tawaran istimewa ini”.

Kempen yang melibatkan rangkaian MYDIN di seluruh negara, telah mendapat kerjasama lebih 50 rakan strategik dan pembekal antaranya MBSB Bank, Setel, MyDebit, Boost, OPPO, P&G, Unilever, Wipro dan banyak lagi.

Berikut adalah intipati kempen-kempen MYDIN:

  • Karnival Jualan “Kita MADANI” menjanjikan penjimatan sehingga 60 peratus bagi barangan keperluan serta barangan keperluan harian antaranya pakaian dan alat tulis.
  • Melalui program kesetiaan Meriah, MYDIN menawarkan sebanyak 660 mata ganjaran Meriah bagi pelanggan yang mendaftar kad Meriah di samping turut mendapat hadiah istimewa.
  • Pelanggan MYDIN Online juga turut akan menerima e-baucar bernilai RM6 dengan menggunakan kod MYDINRM6.
  • Memberi kemudahan kepada pelanggan, MYDIN turut memperkenalkan “TikTok Shop” di aplikasi rasmi TikTok MYDIN Malaysia dengan menawarkan pelanggan kali pertama layak menerima baucar RM15 serta kod baucar istimewa. Di samping itu, pelanggan juga bakal mendapat subsidi penghantaran bernilai RM6 ke seluruh negara.
  • Melalui kempen “Belanja & Fuel Good” dengan kerjasama Setel, pelanggan yang berbelanja minimum RM120 menggunakan aplikasi tersebut akan menerima baucar Setel bernilai RM6.60.
  • Bagi menggalakkan penggunaan aplikasi pembayaran secara digital, pelanggan yang menggunakan MyDebit berpeluang memenangi baucar MYDIN bernilai sehingga RM280,000 bagi setiap pembelian RM66 dan ke atas dalam satu resit.
  • Di samping itu, pelanggan bertuah yang berbelanja terbanyak menggunakan mod pembayaran e-dompet melalui aplikasi Boost, MBSB Bank E-wallet, Mcash, Wavpay dan Zapp boleh merebut pulangan tunai dan hadiah dengan jumlah keseluruhan RM366,000.

Sebarang maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh mengunjungi laman media sosial atau laman sesawang rasmi MYDIN Malaysia di www.mydin.my

Leave a comment