PAVILION BUKIT JALIL BERTERUSAN MENYOKONG #SAPOTLOKAL

Oleh itu sempena meraikan ulang tahun kemerdekaan ke 66, pihak Pavilion Bukit Jalil menawarkan pelbagai tarikan menarik dalam meraikan semangat Malaysia dan memberi sokongan padu kepada usahasama #SapotLokal.

Antara usahawan tempatan di Pavilion Bukit Jalil yang mendapat sokongan #SapotLokal adalah:

Belanja Sakan Sekali Sekala di: duluKINI

Lain orang lain citarasa, alur cinta serta minat kepada industri kreatif tempatan. Susuri pelbagai tarikan menarik dan mengamit memori silam di duluKINI. Dengan sentuhan tersendiri penuh perlambangan jati diri Malaysia, dari barangan buatan jalinan kayu rotan, perhiasan rumah ke pelbagai jenis beg tenunan tangan dan pakaian traditional yang sesuai diperagakan untuk pelbagai acara.

Bukan itu sahaja, di outlet yang terletak diAras 2, Zon Merah Jambu ini, anda boleh dapatkan snek yang sama seperti di masa kanak-kanak dahulu seperti biskut gula ising, kerepek bawang dan biskut bangkit, pastinya membawa anda mengimbas kembali memori membeli barangan tersebut di kedai-kedai kecil berhampiran rumah anda bersama kawan-kawan sepermainan.

Serlahkan Keanggunan Gayamu Bersama: dUCk

Kekal anggun dengan busana minimalis dan menawan oleh dUCk sepadan kepada si pemakai tanpa mengira kaum. Pelbagai pilihan tatarias untuk digayakan tanpa mengira majlis, sama ada berpakaian kasual atau kemasan yang lebih menakjubkan, di sini terdapat bermacam-macam jenis serta corak eksklusif tudung pelbagai rona menarik, pakaian dan bag yang direka khas bersama fabrik yang elegen.

Bertemakan kopitiam, Edisi Terhad musim kemerdekaan boleh didapati sekarang di stor ini yang terletak di Aras 2, Zon Merah Jambu. Cepat dapatkan koleksi kemerdekaan ini memandangkan ianya sangat, sangat terhad!

Cantik Sepanjang Masa Dengan: Alha Alfa

Ekspresikan semangat patriotism dan kreativiti solekan anda dengan penggunaan produk perapian wajah keluaran Alha Alfa seperti Bright Boost Moisturizer Face Cream, Royal Propolis Foundation, Super Stay Fixing Powder, Pressed Powder Eyeshadow Palette dan banyak lagi.

Wajib anda dapatkan kesemuanya demi solekan yang memikat lagi mempesona!

Sebagai alternatif, diperbuat dari ekstrak tumbuh-tumbuhan dan cebisan bunga, produk kosmetik buatan tangan keluaran AIMÉ Beauty ini bertindak melembapkan dan melembutkan kulit serta bibir anda. Bibir dan kulit anda kekal gebu dan lembab sepanjang hari selepas penggunaan produk rawatan serta segar dengan wangian minyak bunga.

Nak tampil cantik? Singgah ke Alha Alfa di Aras 2, Zon Merah Jambu dan AIMÉ Beauty, Tokyo Town, Aras 2 (Zon Jingga)

Tampil kelainan di: Arte Handcrafted

Arte Handcrafted, kedai konsep dan bengkel cermin mata pertama di Malaysia, mengutamakan kreativiti dan keselesaan dalam menghasilkan cermin mata yang unik kepada pemakai. Disematkan dengan gelang dan rantai kunci rekaan yang tersendiri, anda boleh mereka cermin mata anda mengikut citarasa sendiri. Jom berkreatif di kedai konsep ini yang terletak di Aras 4, Zon Merah Jambu)

Anggun Di Hari Merdeka Dengan Busana Tradisional

Buntu mencari pakaian tradisional yang menawan untuk majlis Hari Merdeka ataupun Hari Malaysia?

Singgah di Oriental Noble Boutique, Aras 2, Zon Merah Jambu bagi seleksi meluas untuk pakaian tradisi kaum Cina seperti cheongsam dan samfu yang didatangkan dalam pelbagai gaya dan warna. Boleh juga lawati ke Yeshan Sareesdi aras dan zon yang sama untuk alami keaslian busana autentik kaum India seperti sari, kurti dan lehenga yang boleh disepadankan dengan penampilan harian anda.

Kepelbagaian Juadah: Modus Penyatuan Rakyat Malaysia

Syurga Makanan Di Bawah Satu Bumbung, Aras dan Zon Yang Sama

Jika makanan menjadi bualan, Malaysia sememangnya menjadi syurga makanan Asia bagi penggemar makanan yang menggabungkan pelbagai rasa dari pelbagai hidangan ikonik.

Ingin nikmati citarasa Malaysia yang lazat, kunjungi Aras 1, Zon Merah Jambu dan singgah di Real Kungfu GD, cawangan restoran mesra muslim yang pertama mereka, menyajikan pilihan makanan ikonik Malaysia yang menarik seperti Nasi Lemak Pandan serta Char Kuey Teow yang diaromakan bersama bauan wok hei demi kepuasan makan anda.

Bagi penggemar laksa, Teh Tarik Place di aras dan zon yang sama memeriahkan sambutan Merdeka pada tahun ini dengan membawakan kepada para penggunjung 6 jenis laksa yang berbeza asal usulnya seperti Laksa Kelantan, Laksa Johor, Laksa Baba Nyonya dari Melaka, Laksa Penang, Laksa Goreng dari Kuala Lumpur dan Laksa Sarawak. Pengalaman makan yang wajib anda cuba.

Rasai Sensasi Dingin di: Kwong Wah Ais Kacang

Hidangan anda tidak lengkap tanpa semangkuk pencuci mulut. Nikmati ais kacang dari Kwong Wah Ais Kacang di Aras 3, Zon Merah Jambu yang masih mengekalkan resepi turun temurun. Suapan ais kacang ini bakal merancakkan hari anda terutamanya hidangan laris mereka, Musang King Cendol yang boleh dinikmati secara ekslusif di Pavilion Bukit Jalil.

Tonjolkan Kemahiran, Bakat dan Kreativiti Anda Dengan Sertai Bengkel: Bear It, Arts and Crafts

Serlahkan bakat dan imaginasi anda dengan menyertai bengkel kraf Merdeka di Bear It, Arts and Crafts di Aras 2, Zon Merah Jambu yang berlangsung setiap Ahad dari 27 Ogos sehingga 17 September, terbuka kepada semua peringkat usia. Sebagai tambahan, bawa si cilik anda sertai pertandingan mewarna Colours of Unity pada 26 Ogos dan berpeluang memenangi baucar tunai sehingga RM500.

Semangat Perpaduan Ditonjolkan Pada: Gaun Unity with Hope

Sempena sambutan bulan kemerdekaan, pelajar-pelajar Kolej Universiti Sedaya Antarabangsa (UCSI) telah menghasilkan gaun batik shibori terpanjang dalam meraikan seni fesyen yang mencerminkan semangat perpaduan rakyat Malaysia.

Gaun Unity with HOPE sepanjang 500 meter ini dipamerkan di Pavilion Bukit Jalil sehingga 17 September dan Pihak UCSI turut menjalankan penjualan amal gaun tersebut mengikut meter dalam usaha mengumpul dana RM10,000 bagi tujuan amal. Bawa keluarga dan rakan-rakan anda untuk menyaksikan usaha murni ini yang terltak di Aras 3, Zon Merah Jambu.

Lebih Meriah Sepanjang Cuti Sekolah

Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak anda dengan aktiviti yang menyeronokkan sebagai ganjaran penat-lelah mereka belajar sepanjang waktu persekolahan. Bawa anak-anak anda ke PinkFong’s Baby Shark Adventureville serta Toys R Us dan hadiahkan mereka dengan permainan bermotifkan pendidikan. Bagi si cilik yang gemar aktiviti lasak, bawa mereka sertai dan saksikan O-Zone Games dari 31 Ogos – 3 September yang pasti membuatkan anda teruja dengan aksi yang dipamerkan.

Lokasi:

  • PinkFong’s Baby Shark Adventureville, Aras 5 (Zon Oren)
  • Toys R Us, Aras 4 (Zon Merah Jambu)
  • O-Zone Games, Centre Court, Aras 2 – 31 Ogos – 3 September 202

Sambil meraikan hari kemerdekaan ini, anda juga secara tidak langsung dapat bersama-sama memberi sokongan pada #SapotLokal yang dianjurkan di pusat beli-belah ini.

Leave a comment