‘KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA’ MYDIN SUMBANG BAUCAR BERNILAI RM10,000 KEPADA PENJAJA

Inisiatif ini digerakkan atas keprihatinan MYDIN terhadap bebanan kos operasi perniagaan yang dihadapi oleh penjaja-penjaja ini.

Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin,

“MYDIN pernah bermula di kaki lima sebagai penjaja kecil, sudah tentu kami memahami bebanan dan cabaran yang dihadapi mereka. Justeru itu, pihak kami menghulurkan bantuan baucar tunai ini bagi meringankan bebanan kos operasi yang ditanggung mereka. Saya berharap orang ramai turut membantu perniagaan mereka dengan membeli barangan jualan peniaga kecil yang akan membuat mereka lebih bersemangat untuk berniaga”.

Program tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan sempena Kempen Beli Barangan Malaysia anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan merupakan komitmen MYDIN bagi menggalakkan orang ramai membeli barangan tempatan khususnya produk Industri Kecil dan Sederhana.

Penerima, Puan Halimah Kassim, pemilik perniagaan Halimah Pisang Goreng di Bangi,

“Bebanan perniagaan ekoran kenaikan harga kos operasi akibat bekalan barangan mentah menyebabkan keuntungan perniagaan hanya mampu untuk perbelanjaan harian sahaja. Ada kala rezeki terputus dan saya mempunyai tiga orang anak yang sedang membesar. Bantuan baucar ini amat membantu saya mendapatkan bekalan barangan mentah bagi perniagaan pisang goreng saya”

Penerima, Encik Herman Mohd Munir:

“Pandemik Covid-19 memberi impak besar kepada peniaga khususnya usahawan kecil seperti kami. Alhamdulillah, keadaan perniagaan sekarang semakin memulih secara perlahan. Dengan bantuan baucar ini dapat meringankan sedikit kos operasi perniagaan saya”, kata pemilik perniagaan buah-buahan tempatan di Subang Jaya.

MYDIN Prihatin merupakan program tanggungjawab sosial korporat yang digerakkan MYDIN bersama rakan pembekal bagi menyantuni dan membantu golongan asnaf, rumah kebajikan berdaftar, dan individu yang memerlukan.

Mengenai MYDIN
Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) merupakan rangkaian pemborong dan peruncitan terbesar tempatan yang beroperasi sejak Ogos 1957. Dengan slogan Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong! MYDIN terus menjadi penggerak utama industri peruncitan halal bagi membekalkan pelbagai pilihan produk berkualiti yang berorientasikan polisi harga borong setiap hari. MYDIN kini mempunyai 61 cawangan seluruh negara melibatkan tujuh format perniagaan. Layari laman sesawang rasmi http://www.mydin.my untuk maklumat lanjut.

Leave a comment