
Dianjurkan hasil jalinan kerjasama stategik di antara Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Malaysia International Tourism Development Association (MiTDA), Global Islamic Tourism Organization (GITO) dan Santai Travel, Pameran AITEX diadakan di Sunway Convention Centre manakala Persidangan AITEX pula diadakan di Sunway Resort Hotel.

AITEX 2023 adalah satu acara pelancongan bertaraf antarabangsa yang melibatkan pemain industri pelancongan dari seluruh ASIA yang mempromosikan Pelancongan Islam serta Haji dan Umrah.

Ia terdiri daripada TIGA acara utama iaitu:
- Persidangan AITEX
-Berlangsung sepanjang hari di Dewan Utama, Sunway Resort Hotel mulai 13 September dan 14 September, persidangan ini mengetengahkan panel-panel professional tempatan dan antarabangsa yang terlibat secara langsung dalam sektor Haji, Umrah dan Pelancongan Islam.
Persidangan ini juga menjadi platform yang penting kepada agensi pelancongan, pelajar dan pensyarah universiti bagi mendapatkan ilmu serta pengalaman dari panel-panel profesional yang memberi manfaat kepada peserta serta delegasi yang hadir antaranya Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Saudi Tourism dan banyak lagi. - Pameran AITEX
-Diadakan di Sunway Convention Centre dari pukul 10 pagi hingga 6 petang sehingga 15 September ini, ia dipenuhi dengan pempamer-pempamer dari Timur Tengah serta Asia yang yang menawarkan perkhidmatan dan jualan pakej-pakej pelancongan serta Umrah dan Haji. Selain itu, pameran ini juga menjadi platform kepada agensi pelancongan tempatan dan antarabangsa menjalinkan jaringan perniagaan dalam Industri Pelancongan Islam, Haji dan Umrah.
Turut disediakan kepada pengunjung, pembeli industri dan pempamer, satu ruang diskusi khas yang dilengkapi dengan kafe untuk menjalankan jalinan perniagaan manakala Ruang Forum pula disediakan kepada pempamer untuk mengadakan persembahan produk atau perkhidmatan mereka kepada pengunjung. Dengan adanya ruang-ruang seperti ini, MATA percaya ia dapat membantu agensi pelancongan menjalinkan rantaian perniagaan mereka secara tidak langsung membantu Malaysia mempromosi produk-produk pelancongan Islam kepada pengunjung. - Malam Anugerah Pelancongan Islam Sedunia (WITA 2023)
-satu acara gilang-gemilang sebagai tanda mengahrgai sumbangan pemain industri yang menaikkan Pelancongan Islam ke taraf antarabangsa. Ia akan diadakan pada 15 September di Dewan Utama Sunway Resort Hotel dan dijangka akan dihadiri oleh lebih 10,000 tetamu.
Untuk maklumat lanjut mengenai AITEX, layari www.mata.travel

Leave a comment