PAGARI BULAN SELAMI KISAH “CONSORT WOMAN”

Diterbitkan oleh Eleven Field Creative Sdn Bhd, ia bakal ditayangkan secara rasmi pada 5 Oktober 2023 nanti. Manakala Official Trailer telahpun disiarkan secara rasmi pada 12 September lalu di semua plaform sosial media Eleven Field Creative & Metrowealth.

Satu sidang media yang mempertontonkan Official Trailer juga telah diadakan bersama wakil-wakil media dan blogger di TGV, Pavilion Bukit Jalil.

Filem arahan Ts Raja Mukhriz, ia dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat-hebat antaranya Nazeera Sardi, Aniq Durar dan Trisha Ooi sebagai teraju utama dan dibantu pelaon lain seperti Andy Teh, Alvin Wong, Michael Ang dan Chelsea Ng.

Pagari Bulan mengisahkan tentang Bulan, anak sulung kepada pengusaha tanaman dan pemburu yang cekap, Ismail serta isterinya Hasnah yang berdepan dengan penjajahan Jepun ke kampung mereka di Kelantan. Demi mempertahankan kampung mereka, ramai penduduk kampung yang didera dan terkorban manakala anak-anak gadis yang ditangkap, ditahan dalam satu rumah dan dijadikan sebagai Comfort Woman. Bulan dan adiknya, Kasih serta rakannya, Sui Li ditangkap lalu dijadikan sebagai tempat pemuas nafsu askar-askar Jepun. Pelbagai dugaan dan rintangan yang dihadapi oleh Comfort Woman ini mmebuatkan Bulan nekad mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan diri, orang kampung dan tanah airnya dari terus dijajah oleh bangsa Jepun yang kejam.

Adakah Bulan, Kasih, Sui Li dan Comfort Woman yang lain dapat melepaskan diri mereka?

Anda perlu tontoni Pagari Bulan pada 5 Oktober ini di lebih 60 pawagam di seluruh Malaysia serta Singapura untuk mendapatkan jawapannya!

Leave a comment