Objektif utama anugerah ini diadakan adalah untuk mengiktiraf mereka yang berkecimpung dalam industri Kembara Muslim dan mereka yang menawarkan produk-produk serta perkhidmatan terbaik bagi Kembara Muslim.
Menurut Dato’ Noor Zaleha Baharudin, Pengerusi Penganjur WITA, anugerah ini mengiktiraf mereka yang telah menyumbang kejayaan dalam Industri Kembara Muslim.

“Penerima-penerima anugerah ini telah ditapis dengan sebaiknya mengikut prosedur-prosedur yang telah diberikan oleh panel WITA. Dan panel-panel ini kesemuanya mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam industri pelancongan”

Ia telah dihadiri oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut menerima Anugerah Global Islamic Leader, Presiden MATA, YBhg Dato’ Dr. Mohd Khalid Harun, Dif-Dif Kehormat dan tetamu jemputan.

Malaysia menjadi tuan rumah penganugerahan ini apabila dipilih oleh Master Card-Cresent Rating Global Muslim Index (GMTI) 2022 sebagai “Top Spot As The Preferred Halal Tourist Destination”.
Penganugerahan pertama kali ini diharapkan menjadi inspirasi kepada pemain pelancongan Muslim seluruh negara supaya terus berusaha dengan lebih kuat seterusnya diiktiraf pada majlis penganugerahan di masa akan datang.

Antara penerima-penerima anugerah WITA 2023 adalah:
- The Best MICE Leadership: Dato’ Sri Dr Abdul Khani Daud
- Tourism Productive Personality: Datuk Rashidi Hasbullah
- Best Women Muslim Entrepreneur: Datin Riza Dato’ Hj Che Umar
- Best Muslim Friendly Hotel: Sunway Resort Hotel
- Best Muslim Friendly Hotel, Beach & Resort: Lotus Desaru Hotel, Beach & Resort
- Best Muslimah Islamic Moderator: Ustazah Hjh Asni Mansor
- Best First Badal Umrah Apps (Tawkeel Apps): Tawkeel Company for Commercial Services
- Best Muslim Friendly Nature Destination: Majlis Perbandaran Taiping, Perak
- Best Islamic Streaming TV: Nurflix TV
- Best Hajj and Umrah Operator: Ahmad Tammar Group of Companies
- Best Islamic Tour Packages: Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
- Best Islamic Banking: Bank Islam Malaysia Berhad
- Best Muslim Islamic Magazine: Santai Travel

Leave a comment