DANA SUMBANGAN DIPERLUKAN UNTUK BANTUAN KEMPEN MUSIM SEJUK

Mengambil kira anggaran daripada HNO itu, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia telah melancarkan Kempen Musim Sejuk yang kini memasuki tahun ke-12.

Tujuan diadakan kempen tersebut adalah untuk mengumpul dana sumbangan bagi penyaluran bantuan kepada negara Syria serta dua negara lain yang turut mempunyai krisis kemanusiaan terburuk iaitu Palestin dan Yaman.

Palestin secara berterusan diserang rejim Israel tanpa henti bermula dari tahun 1948 manakala Yaman dikategorikan sebagai negara Arab termiskin setelah terperangkap dalam perang sivil yang berpanjangan mengakibatkan jutaan rakyat di negara itu di ambang kebuluran.

Menurut Pengerusi Peduli Insan, Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan yang ditemui ketika acara pelancaran kempen ini,

“Bantuan akan diutamakan kepada dua jenis, Suapan Kasih dan Selimut Kasih. Seperti tahun sebelumnya, Suapan Kasih akan diberikan di dalam bentuk makanan dan bekalan makanan ruji untuk kegunaan harian mereka manakala Selimut Kasih diberikan di dalam bentuk pakaian dan barangan khusus musim sejuk supaya dapat memberi kehangatan kepada saudara kita,”

Bantuan Suapan Kasih:

⦁ Set hidangan panas
⦁ Kotak makanan bekalan 2 minggu bagi setiap keluarga
⦁ Infaq Pembinaan Telaga air di Yaman

Bantuan Selimut Kasih:

⦁ Selimut tebal
⦁ Set pakaian musim sejuk (Jaket, stokin, kasut & mafla)
⦁ Alat Pemanas
⦁ Bahan bakar (Minyak diesel, birin;hampas kering zaitun)

Bantuan lain juga turut diberikan mengikut keadaan seperti bantuan kesihatan bagi golongan kurang upaya dan mereka yang terkesan akibat perang dan memerlukan rawatan atau pembedahan ekoran dari tragedi gempa bumi yang melanda bumi Turkiye dan Syria beberapa bulan yang lalu. Selain itu, Peduli Insan juga meningkatkan usaha mereka dalam memastikan kanak-kanak ini mendapat pendidikan sewajarnya.

“Kita semua sedar pendidikan adalah salah satu cara untuk membuka ruang dan peluang buat anak-anak ini mengubah nasib hidup mereka dan juga keluarga mereka. Kita dengar sendiri luahan anak-anak di kem pelarian Syria menyatakan hasrat mereka ingin ke sekolah ketika pasukan menyertai misi yang lalu tetapi keadaan kehidupan mereka yang terlalu dhaif tidak mengizinkan.”

Kempen Musim Sejuk (12) mensasarkan kutipan dana RM5 juta bermula dari tarikh pelancaran, iaitu 15 September 2023 lalu sehingga Febuari 2024.

Orang ramai yang ingin membantu ibu tunggal, anak-anak yatim, fakir miskin, orang kurang upaya serta warga tua di tiga negara yang terlibat di dalam kempen ini, boleh salurkan sumbangan melalui:

BANK ISLAM: PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA
0704 3011 0620 82

Leave a comment