FANNA PAMER AKSI WANITA LASAK DALAM DUNIA PEMOTORAN

Watak Fanna dilakonkan oleh Fify Azmi, seorang pelakon wanita yang mempunyai kemahiran dalam melakukan sendiri babak-babak aksi.

Fanna kemudiannya jatuh cinta kepada Syafik, dilakonkan oleh pelakon muda yang tidak asing lagi dalam industri filem tanah air, iaitu Syafie Naswip. Dalam filem ini, Shafik merupakan anak ketua kongsi gelap yang sering terlibat dalam kegiatan mafia. Bukan mudah bagi Fanna menjalin hubungan dengan seorang gangster yang kerap terlibat dalam pergaduhan dan nyawa sering diancam oleh musuh-musuh daripada kumpulan lain.

Banyak babak-babak aksi ganas diperlihatkan dalam filem Fanna memandangkan sering terjadinya pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap yang diketuai oleh Shafik dan ketua kumpulan bernama Black yang merupakan kumpulan kongsi gelap gagak Hitam.

Timbul juga tanda tanya siapakah gerangan “Mask Man” yang sering kelihatan sewaktu kedua-dua kumpulan ini bergaduh namun menghilang diri tanpa dikesan selepas kehadiran beliau disedari.

Pelakon Colleen Rosanna Augustin yang memegang watak Sabrina, adik angkat yang turut bertindak sebagai Bodyguard Shafik, mempamerkan aksi-aksi pertarungan yang hebat. Agak terpukau juga melihat kemahiran beliau mematahkan serangan demi serangan daripada ahli kumpulan saingan.

Selain Colleen, filem ini turut dibintangi oleh Sahromnizam Noor, Aleeza Shahadan, Roy Azman, Kenji Sawahii, Rashid Salleh, Andy Black Tan, Charles Nilbert dan ramai lagi.

Filem yang diterbitkan oleh JAGUAR LIM FILMS & PRODUCTION (M) SDN BHD serta edaran METROWEALTH menzahirkan setinggi ucapan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL ( KKD ) MELALUI PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA ( FINAS ) ATAS DANA KANDUNGAN DIGITAL ( DKD ) demi memastikan filem FANNA dapat menemui penonton di pawagam pada 28 September ini dengan jayanya.

Pihak penerbit filem FANNA juga mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan yang diberikan secara langsung mahupun tidak langsung dari semua pihak terutamanya media cetak, media elektronik, rakan blogger, serta penggiat filem tempatan.

Jadi jangan lepaskan peluang menonton filem FANNA untuk menyaksikan sendiri kehebatan lakonan dan aksi-aksi yang diketengahkan dalam filem ini.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Filem Fanna di https://fannamovie.com/

Leave a comment