Lagu dan muzik video INSPIRASI ini telah diterbitkan oleh Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd manakala Masyur-Universal Music berperanan sebagai pengedar.

INSPIRASI adalah ciptaan Azmi Saat bersama Dato’ Haji Reduan Yusof yang menyatukan lirik-lirik yang mampu membangkit semangat dalam diri pendengar.

Muzik video pula diarahkan oleh Pengarah terkenal iaitu Amie Maziah Abd Rahman yang memberikan sentuhan lebih mendalam dalam penceritaan tentang semangat untuk menempuh kehidupan yang banyak dengan dugaan, apatah lagi lagu ini telah dicipta sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan yang kedua.

Banyak dugaan yang dihadapi oleh Azmi apabila segala perbincangan malahan rakaman perlu dibuat secara atas talian. Banyak masa dan tenaga dikorbankan untuk menghasilkan lagu INSPIRASI agar ia menjadi satu lagu yang dapat memberi tindak balas positif kepada mereka yang mendengar lagu ini serta menghayati bait-bait lagu yang didendangkan.
Muzik video dan lagu INSPIRASI telah pun diedarkan oleh Syarikat Universal Music dan telah pun dimainkan di corong-corong radio di Malaysia serta turut dikeluarkan di platform video atas talian seperti Youtube pada 4 Ogos tahun 2023.
Perancangan seterusnya untuk lagu Inspirasi ini adalah memasuki carta Muzik-Muzik dan disenaraikan dalam carta Muzik-Muzik.
Semoga kemunculan lagu baru dari Caliph Buskers ini akan memeriahkan lagi industri seni dan kreatif negara.

Leave a comment