MYDIN LANCAR KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA 2023

Majlis pelancaran KBBM 2023 telah disempurnakan pada 29 September lalu oleh Pengarah Kanan, Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Dato’ Rohaizi bin Bahari (tengah) di MYDIN Subang Jaya.

Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin berkata,

“MYDIN sentiasa memberikan ruang dan peluang kepada usahawan baharu bagi memasarkan produk mereka di MYDIN. Usahawan perlu menepati kriteria-kriteria yang telah digariskan dan pihak kami juga boleh memberi bimbingan dan latihan sekiranya mereka perlukan. Pihak kami menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 30 peratus bagi produk IKS bagi tahun 2024.

Setakat ini sehingga 250 usahawan tempatan telah memasarkan produk mereka di rangkaian kami dengan bilangan lebih 2,000 jenis produk. Pihak kami juga menyediakan rak khas bagi mempromosi dan memastikan produk mereka mudah dikenalpasti pelanggan”

Pelbagai promosi hebat dan aktiviti menarik telah dirangka sepanjang kempen berlangsung antaranya promosi produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana seperti makanan, minuman, barangan keperluan masakan, barangan dapur dan banyak lagi.

MYDIN dalam masa yang sama turut menganjurkan Karnival Jualan “Bangga Buatan Lokal” bagi mempromosi dan memperkenalkan produk-produk tempatan dari jenama yang terlibat di MYDIN USJ.

Turut diadakan penganugerahan trofi kepada pemain industri IKS yang cemerlang dan berjaya dalam perniagaan mereka sebagai pengiktirafan kepada usaha keras mereka sepanjang menjadi rakan pembekal MYDIN.

Antara yang menerima Anugerah IKS “Bangga Buatan Lokal” adalah:

  • Anugerah IKS Cemerlang 2023-Fitrah Food Manufacturing Sdn Bhd
  • Anugerah Inovatif 2023-Tishas Food Manufacturing Sdn Bhd
  • Anugerah IKS Terbaik Kategori Minuman-Ameen Products Sdn Bhd
  • Anugerah IKS Terbaik Kategori Minuman Sejuk-Dna Herbal pride Industries Sdn Bhd
  • Anugerah IKS Terbaik Kategori Makanan Sejuk Beku-Industri Keropok Dunia Noba

Bagi memberi peluang perniagaan kepada usahawan baharu, MYDIN dengan kerjasama MBSB Bank Berhad dan Halal Development Corporation Berhad (HDC) turut menganjurkan peraduan “Pitch to Win” pada 27 September lepas. Peraduan ini memberikan peluang usahawan baharu bersaing merebut hadiah yang merupakan pakej pemasaran bernilai sehingga RM200,000 selain peluang kemasukan produk secara percuma di seluruh cawangan MYDIN.

Pemenang-pemenang peraduan “Pitch to Win” adalah:

  • Juara: GNUBKINS SDN BHD membawa pulang RM15,000 tunai beserta Pakej Pemasaran bernilai RM50,000
  • Naib Juara: HS DELIGHT (M) SDN BHD membawa pulang RM10,000 tunai beserta Pakej Pemasaran bernilai RM30,000
  • Ketiga: FENNEX GLOBAL SDN BHD membawa pulang RM5,000 tunai beserta Pakej Pemasaran bernilai RM20,000

Turut berlangsung pada 27 September adalah seminar keusahawanan “Bangga Buatan Lokal” yang bertujuan memberi latihan serta bimbingan oleh pakar-pakar industri kepada usahawan IKS. Seminar ini telah dihadiri lebih 200 usahawan tempatan.

Sebarang maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh mengunjungi laman media sosial atau laman sesawang rasmi MYDIN Malaysia di www.mydin.my

Leave a comment