Penerbit Goldhill Pictures Sdn Bhd , Encik Haizul Anafer Ali menyarankan agar filem Cerana Biduk Bu Merah ini ditonton oleh semua lapisan masyarakat kerana terdapat banyak mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan.

“Saya menyeru orang ramai agar menonton filem Cerana Biduk Bu Merah ini , kerana selain wadah bersifat hiburan, ia turut menyelitkan natijah perbuatan syirik, pemujaan dan penyimpanan saka, roh-roh spiritual yang masih berleluasa dalam masyarakat kita. Semoga filem ini dapat memberikan impak kesedaran rohani dan spritual yang besar”
Filem ini memaparkan sikap segelintir masyarakat yang mulai alpa dan taksub dengan duniawi, terlalu rakus ingin mencapai kejayaan dan kebahagiaan dunia, sehingga ghairah dengan keseronokan dan keindahan dunia yang sementara sehingga terlupa kenikmatan syurga dan beban neraka yang menanti.

Filem Cerana Biduk Bu Merah ini dibarisi oleh pelakon-pelakon popular dan hebat tanah air antaranya Fasha Sandha, Pekin Ibrahim, Wan Hanafi Su, Badrul Muhayat, Sarah Daewoo, Pyan Kepoh dan ramai lagi.
Filem yang banyak berlatar belakangkan sungai dan hutan menghijau ini menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik sekitar negeri Perak.
SINOPSIS

Seorang wanita tua yang tinggal bersendirian di rumah pusakanya akibat terpinggir oleh masyarakat sekitar di sebuah kampung terpencil telah menyelamatkan seorang gadis yang cuba dirogol bernama Sofia. Meskipun sudah tua, namun wanita tua yang dikenali sebagai Bu Merah ini tetap kelihatan muda tanpa sebarang kedut di muka malah sentiasa kelihatan muda dan anggun. Ini kerana disebabkan oleh Penjaga Cerana Biduk yang berpuaka menjadikan Bu Merah sentiasa kelihatan cantik dan muda.

Tanpa disangka, rupanya Sofia adalah cucu tunggal Bu Merah yang telah dilarikan sewaktu kecil oleh anak dan menantunya kerana ketakutan dan tidak mahu dibunuh oleh Penjaga Cerana Biduk. Saka yang menetap di Cerana Biduk adalah tinggalan suaminya telah menyebabkan Bu Merah hidup terseksa kerana perlu mematuhi segala perintah saka tersebut. Kehadiran Sofia telah banyak menyedarkan Bu Merah akan ketaksubannya pada Cerana Biduk hingga melalaikan kehidupannya.
Oleh itu, Bu Merah merasakan bahawa Cerana Biduk perlu dibuang dan penunggu didalamnya harus dibunuh demi menyelamatkan warisnya Sofia dari mewarisi Cerana Biduk yang mencari penyambung warisan.
Namun,
Berjayakah perancangan Bu Merah membuang saka dan semangat Cerana Biduk?
Adakah Sofia akan menjadi penyambung warisan Cerana Biduk, menggantikan neneknya?
Anda perlu saksikan filem Cerana Biduk Bu Merah dipawagam berdekatan untuk mengetahui jawapannya!
Semoga Goldhill Pictures Sdn Bhd akan terus menghasilkan filem-filem bermutu yang terdiri daripada pelbagai genre pada tahun ini.
Senarai Karyawan:
- Terbitan: Goldhill Pictures Sdn Bhd
- Penerbit dan Pengarah: Haizul Anafer Ali
- Penerbit Eksekutif: Azlin Rahim & Fatimah Nordin
- Penolong Pengarah: Lenny Merlina
- DOP: Kamarul Arif
- Special Effect: Jlo
- Pengurus Produksi: Zalman Azreen Zainal Azlan
- Pengarah Seni: Abd Wahid Idris
- Make Up: Shah Peel
- Still Photo: Wan Khairul
- Konti: Zainudin Muhamad
Barisan pelakon terdiri daripada:
- Fasha Sandha sebagai Bu Merah
- Pekin Ibrahim sebagai Imran
- Wan Hanafi Su sebagai Hj Rusli
- Sara Daewoo sebagai Sofia
- Badrul Muhayat Husin sebagai Belati
- Pyan Kepoh sebagai Haikal

Leave a comment