PENGINAPAN MEWAH DI DUPLEX SUITE, GLENMARIE HOTEL & GOLF RESORT

Meskipun gaya kontemporari menjadi pilihan hiasan dalam bilik, susun atur perabot kayu yang kemas, tirai pintu sliding yang tinggi, penggunaan material berkualiti, sofa siang yang empuk, permukaan meja berjubin, memberi penampilan mewah.

Penggunaan kayu pada panel kiri kanan katil juga menyerlahkan suasana persekitaran dalam bilik.

Rak kayu dengan permukaan jubin putih berhadapan katil, memberi akses kemudahan untuk meletakkan makanan dan minuman, manakala rak bertingkat menempatkan perkakasan elektrik. Sinki pula membolehkan kerja pencucian dilakukan. Memang mudah kerana keperluan asas semua disediakan.

Balkoni yang menempatkan meja dan kerusi membolehkan anda duduk berehat sambil menatap kehijauan padang golf yang terbentang luas, terasa satu ketenangan.

Aras atas pula menempatkan dua katil bujang jika anda inginkan privacy berseorangan.

Anda juga boleh mencuci mata denganbersiar-siar di sekitar kawasan hotel yang turut menyediakan pelbagai fasilitasi yang menarik.

Antaranya kolam renang yang bersaiz Olimpik, menikmati secawan kopi di Starbucks corner atau melakukan senaman ringan di jim.

Memang tenang dan mendamaikan persekitaran hotel ini. Sesuai bagi mereka yang ingin lari dari hiruk-pikuk namun tidak perlu keluar jauh untuk mendapatkan ketenangan.

Untuk menempah unit penginapan di Glenmarie Hotel & Golf Resort, bolehlah:

Leave a comment